Thursday, March 17, 2016

Kat mana nak makan pretzel yang sedap ?

Kat mana nak makan pretzel yang sedap ? tu laaa.. asyik auntie anne je, nak juga sesekali cuba kedai lain pulak kan? Aha ! ai ada jumpa satu kedai yang memang menjual pretzel !!!! so pretzel lover, dont worry. kita ada banyak pilihan sekarang yeayyyy ! hihi


Pretz n' Beanz Cafe

Pernah dengar tak korang? ai pun pertama kali dengar. dan juga pertama nak rasa makan hee ~ Pretz n' Beanz Cafe ni hanya ada di Solaris Mont Kiara sahaja, TAPI jangan risau korang, branch lain bakal dibuka di Bangsar.. wahh suka lah orang bangsar gitu! sapa orang bangsar sini? tunggguuuuuuu tau .. tapi bukan orang bangsar, kalau Pretz n' Beanz ni jauh dimata, korang still boleh dapatkan menu menu sedap melalui food panda. best kan??

jom pilih menu?



Menu paling TERBAIK kat cafe ni dah tentu tentulah Pretzel nya . haih ~ lembut sangatt.. doh yang digunakan tiada bahan pengawet dan tidak liat. walaupun pretzel dah sejuk, MASIH TIDAK LIAT. sedap !!! dicicah pulak dengan dipping sauce dia, meltingggg bak hang ~~~ tapi yang paling TERBAIKnya, Pretz n' Beanz Cafe ada menyediakan Pizza Pretzel. kenapa panggil Pizza Pretzel? sebabnya pizza ni bukan sebarang pizza, ianya menggunakan doh yang sama yang buat pretzel. that why namanya Pizza Pretzel.. aduhh sedap weii.... ber slice slice ai makan. habislaa diet ahkak!!!! dan yang pasti, ianya adalah Pizza Pretzel PERTAMA di MALAYSIA ! wehooooo!

Parmesan Cheese Pretzel

 Cinamon Sugar Pretzel

 Rekemen korang makan ni!!
Basil Cheese Pretzel

 Chocolate Cookie Crunch Pretzel with caramel dipping sauce

 yang ini pun ai rekemen korang rasa, pernah makan pretzel dengan green curry? aha!
kalau nak tahu rasa dia pergi macam mana sedap, order ini tau !!!
Pretz n' Stew - Green Curry

  haaa ini lah Pizza Pretzel yang ai sebutkan tadi. amacam ? nampak gebus gebas tak? hehe order tau!! ini pun ai rekemen korang makan.. Pepperoni Beef Pretezel Pizza

 Hot Pepper Chili Chicken Pizza Pretzel



Selain menu menu pretzel dan pizza, cafe ni juga ada menu lain. . ai sempat lah merasa beberapa menu lain, yang mana ai rasa, SEDAP JUGAK ! paling berebut is Penne Chicken Bolognese with Meatball . sampai dua kali order sebab tak cukup. hey sedap sangattt niii..

Penne Chicken Bolognese with Meatball
 
 ini adalah menu Breakfast. korang boleh pilih apa yang korang nak makan sbb Continental Breakfast ni ada pilihan Choice of 3 or 5.. 
Menu ini available walaupun bukan waktu breakfast ya. 
so korang leh je order sepanjang masa gituh!


Untuk penggemar kopi, korang jangan lepaskan tau merasa kopi di  Pretz N Beanz Cafe. . macam macam jenis kopi ada, selain itu minuman lain pun ada. tapi biasalah ai memang nampak kopi jek. hikhikhik . . ~ ai order, Green Tea Latte Hot . untuk rasa, memang SEDAP! memang terasa green tea dia. tapi silap ai makan tak stop stop, borak tak habis habis, bergambar tak sudah sudah, jadiknya, Green Tea ai jadik sejuk daaaa... tak dapat menikmati Green Tea Latte time dia panas. arghhhh kene repeattttt !! sedap weiiiiiiiiii

 my Green Tea Latte

 Caramel Machiato Hot

 Caffe Latte Hot




 

 Happiness is when u drink a cup off coffee katanyaaa hehe

 
A cup of Coffee shared with a friend is HAPPINESS tasted and time well spent ;))
 


Korang ingat dah kenyang ke? tak lengkap ah kalau tak pekena dessert kan? banyak pilihan TAPI kitaorang memilih untuk rasa Volcano Chocolate Cake With Ice Cream . kemain nama kan? siap ada lava tau hahaha. TAPI ni lava boleh makan punyaa. sedapnyaaa tapi too sweet.. mencari air masak lah pulak TAPI dont worry, plain water disediakan FOC sahaja ;)


Volcano Chocolate Cake With Ice Cream  
korang nampak tak lelava dia kuar meleleh tu. . dap dap dappp!!

 sharing is loving ;))


Oh ya, bagi penggemar pretzel dan seangkatan dengannya, korang boleh dapatkan Pretz n' Beanz Card.. Regsiter Membership. so bebila korang datang ke Pretz n' beanz, boleh la nikmati privilege yang ditawarkan. so kalau korang nak dapatkan card macam ai dapat ni, just pergi kaunter dan bagitahu nak daftar membership. settle.... time birthday ada special. ehem. besday kita hujung bulan ni ehem ehem. kekekkeehh!!
 
 Membercard , nk pinjam? NO!
pergi daftar cepat !!!


okay okay, ai tahu kalau korang mencari cafe makan, mesti nak tengok menu kan? betapa baiknya hidup ai bila ai upload gambar menu menu ini KHAS untuk readers ai is yang kaki kuat makan jugak macam ai. heyy korang cepat pergiiiiiiiiiiiiiii cuba! baca dulu menu hehe ;))
 
 











Pretz n' Beanz Solaris Mont Kira
No. 22, Ground Floor, Jalan Solaris 4,
50480 Kuala LumpurOperating Hours :
Sun – Thurs : 7.30am – 12am.
Fri, Sat and PH Eve of holiday : 7.30am – 1am.


Read More ->>

Wednesday, March 9, 2016

7Eleven Fresh To Go - Menu Ready To Eat !

Korang jangan tak tahu sekarang kan, 7Eleven kan, dah tak macam dulu. makin hari makin bagus. . dulu bagus sekarang LAGI bagus. mana taknya, sekarang dah ada tambahan makanan Ready To Eat. nak melepak makan dekat 7Eleven sendiri pon bolehh... wahhhh zaman makin moden uolsssss ;)) Tahniah diucapkan kepada team 7Eleven seluruh Malaysia !!

Macam ni, beberapa hari yang lepas, ai berkesempatan untuk menghadiri Food&Coffee Testing bersama sama dengan beberapa blogger lain di 7Eleven Jalan Sultan Ismail.. motif tujuan dia nak bagi kami rasa makanan Fresh To Go yang diperkenalkan oleh 7Eleven.. orang panggil suruh makan, engko tak mo kah? laju terus pergi !!! HAHAHHA

perut kempis lagi time ni tak mula makan lagi hihi

ready to test?


Fresh To Go ni khas untuk kita yang bekerja ni. tak sempat balik rumah nak masak segala bagai, korang singgah je 7Eleven yang terpilih, pilih makanan apa dan bayar. pastu boleh reheat. nak makan time tu jugak pon xde hal. nak tapau bawak balik rumah lagi bagus. . sampai rumah, korang tinggal hidang jee atas mejaaa.... hihihi



pelbagai jenis sandwich


menu dia boleh tahan tau ! ada menu untuk breakfast, lunch, dan dinner. semua adaaa... tu yang ai puji 7Eleven sekarang ni. bukan kedai serbaneka biasa daaaaah! dan yang pasti korang jangan sesekali risau, makanan Fresh To Go ni bukan fast food ya. tiada bahan pengawet diletakkan.. semuanya fresh dimasak pada hari berkenaan. khas di delivery setiap hari pada cawangan 7Eleven yang terpilih.. ;))


jom usha menu yang sempat ai rasa ;

serius. nasi lemak dia adalah paling SEDAP !!


 ini lagi satu favourite. rendang ayam okay !! ai slumber je ratah ayam rendang sebab sedappp !! sama macam mak mak kita masak wuhuuu~


walaupun bihun goreng biasa je kita nampak, tapi percayalahhh sedap !!! 
korang nampak tak harga dia kat tepi tu?



ada roti jugaaa








haaaa pelbagai jenis sandwich ! boleh ngap terus waktu pagi yang mana terkejar kejar nak pergi office tak dan nak breakfast di rumah kan? singgah sajaaa di 7Eleven ayuh !






tak cukup dengan itu? dessert pun ada dekat 7Eleven sekarang ni, macam macam biskut ada. brownies kedut pun adoo... bagus kan?

bagus kan ai?makan semua. baru lah boleh komen jujur lepas ni . hehe

lapar ke kak? ai is tengah ratah ayam rendang tu! HHAHAHAHHA


apa apa pun, semua makanan Fresh To Go ni mampu bayar.. percaya atau pun tidak, semua tak sampai RM5 pun.. jimatttttt :)) ehh dah ada makanan, takkan xde minuman? hihi . . Sekarang 7Eleven dah ada Fresh Brew Coffee homemade sendiri ;)) macam ai sendiri coffeelover kan, memang rasa kesedapan kopi dia. ai minum sampai 3cup okay !!! HAHAHAHA tenkiuuuuu 7Eleven, bila lagi kan nak bedal semua kopi yang ado? hihi


Premium Roast Coffee 7Eleven ni, biji kopi dia dari 100% Arabica coffees dari Colombia dan Brazil.. biji kopi yang digunakan setaraf dengan kedai kedai coffee yang terkenal kat luar sana tu... ! tapi harga coffee 7Eleven? serius murah gila !!! Dia ada 2 jenis cup iaitu 8oz dan 12oz. Each cup Rm2.65 untuk 8oz dan Rm3.50 untuk 12oz. dua dua harga tak sampai RM5 kan? murah kan? kita boleh buat coffee kita sendiri kat mesin yang disediakan tu. senang je. picit picit siap !!! pastu minum. ahhhh legaaaaaaaaa ;))


Ada 3 jenis kopi yang disediakan
1. Black Coffee
2. Cappucino
3. Latte




coffee latte 8oz



okay dah lepas makan, jangan lupa vote dan komen pada makanan tu semua. ai is banyak vote pada nasi lemak dan cookies dia. sedap sangat bagi tekak ai ni !!! nasib laaa 7Eleven dekat rumah ni tak de lagi, kalau tak, sebelum pergi kerja tu, ai suruh laki singgah beli nasi lemak 7Eleven HAHHAHA

voteeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!

Blogger Gathering 7Eleven. xjanji pun nak pakai biru. ramai lak tetibe blue girl! hihi


So korang, jangan lupa singgah mana mana
7Eleven terpilih untuk rasai apa yang ai sudah rasa okay! hihi .


Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page