Monday, February 22, 2016

Perkhidmatan hotel boarding kucing di Selangor

Hai korang !! lamanyaa tak update blog, sorry busy sikit akhir akhir ni, nanti ai is story kenapa okay? hari ni nak cerita, korang ingat tak ai pergi Lombok bulan lepas? okay fine. story Lombok pun tak mula lagi.. ampunnn !!! Ni nak cerita, Hotel Boarding mushang masa kitaorang cuti seminggu ke Lombok ..
 
 
Sekali ai percaya, selamanya ai akan percaya. Tapi sekali kau buat taik , jangan harap ai akan pandang kau semula. Gitulahhh. Itu lah perumpamaan nak bagi bila ai suka sesuatu. Ai suka sangat dengan Perkhidmatan Boarding Zul & Azizi Pets Centre (ZAPC) .. so kesitu ajela setiap kali kalau ai nak hantar mushang untuk boarding......... Bukan selalu ai hantar pun, ikut keadaan sebabnya dak mushang ni bukan suka sangat boarding. dia punya takut alahaiiiiiiiii.................. sebaldi ai boleh nangis tengok muka dia tau takkkk huuuu ~
 
 

 
malam yang kitaorang nak pergi hantar ke ZAPC
 
 

Apa apa sebelum korang nak terjah Kedai ZAPC ni korang kene call owner dia dulu, tanya ada kat kedai ke tak? sebab kadang kadang diaorang xde kat kedai pergi pick up kucing la, delivery kucing la.. so playsafe, korang kasik call dulu ya? Ni nombor 014-7206 120 .



ni masa mula mula nak hantar. masukkan cage je, mushang terus duduk terperuk ketakutan macam tu. siap duduk dalam bekas pasir dia. alahaiii anak bulus...... sedihnya! kasi mak pak iye nak honeymoon kejap eh?? xla ... seminggu jaaaaa  ;(
 
 
 
 

Harga? RM15/per day . Ini untuk hari biasa. (makanan bawak sendiri oleh owner). Kesemua berbeza mengikut hari, makanan or maybe delivery... So korang boleh check dekat website Zul Azizi Pets Centre untuk tengok keseluruhan harganya.. ai hantar mushang seminggu, makanan mushang ai bawak dari rumah, dan ai hantar dan amik mushang sendiri,  so total RM105 untuk hotel mushang. gulp!


ni selepas seminggu. ai datang amik semula ni.... ilek je mushang lepak atas tu....
 

 
gelagat mushang bila nampak ai datang... suka ah tu !
 
 
 
yeahh nak balikkkkkkkkkkkk !! tongek bontot ciked! hihi
 
 


 
situasi dalam kereta. mushang pulak duduk depan. lama benor tak jumpa apak iye. windu ah tu ! mak iye kene duduk belakang jadik datin. baeklahhhhhh
 
 
Kenapa ai suka sini?
Sebabnya kedai dia bersih. ai memang masuk sampai ke dalam tempat cage cage tu, memang bersih. teratur sahaja cage tu disusun. xde bulu bulu kucing bersepah. maknanya sentiasa dibersihkan la.. kawasan yang sunyi tak bising. ai suka... sebab mushang takut kalau bunyi2 bising... huhu...  
 
 
 
So kalau korang berminat nak letak kucing disini,
incase korang nak bercuti lama ke, nak balik kg ke,
 
Alamat :
Zul Azizi Boarding Pets
K-02-08, Jalan PPK2, Kinrara Seksyen 3,
Puchong, 47100, Selangor.
Tel : 014-7206 120


 


4 comments:

  1. salam tq share. snang la nnti nak letak kucing :D

    ReplyDelete
  2. ala iye..anje nyer dgn apak iye..suka la tengok!! padan muka mak iye...kene duudk belakang! hahaha..eee mushannnngggg kalau la ko kucing aku mmg aku tido peluk ko ketat-ketak tauuuu...lantak la situ~ geram sgt...!

    Ehhh da....minta tolong buat entry macam mana nak kasi kucing gumuk sampai jadi macam mushang tuh?? kucing kita org kurus jah...argghh...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...

    Wahhh terharu kami...Terima kasih atas artikel terbaik ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi Puan Ida dan keluarga. In Shaa Allah.. :)

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page