Wednesday, February 24, 2016

Majlis Sidang Akhbar & Pelancaran Karnival Peaceyall, Komik "Skoolastik" oleh Kartunis Ubi dan Permainan Aplikasi "DAC Peaceyall" oleh Dato AC Mizal

Baru baru ni ai dijemput sebagai media bloggers untuk menghadiri Sidang Akhbar yang dianjurkan atas kerjasama bersama antara OMGFest Ventures dan Peaceyall.FM yang berlangsung di Hotel Pullman by Lakeside Putrajaya. . Untuk pertama kali ai berjumpa dengan Dato' AC Mizal dan Datin Emylia Rosneida sendiri. ilek ilek je diaorang ni. sikit pun tak sombong. ai kadang konfius, ni sidang akhbar ke sesi beramah mesra dengan peminat? Sebabnya Dato' AC Mizal sesuka hati dia buat lawak spontan dalam ucapan beliau, ingat Maharaja Lawak Mega kah? hikhikhik ...
 
 Majlis Sidang Akhbar & Pelancaran Karnival Peaceyall, Komik "Skoolastik" oleh Kartunis Ubi dan Permainan Aplikasi "DAC Peaceyall" oleh Dato AC Mizal



Okay berbalik pada tadi, sebenarnya sidang akhbar kali ni untuk mewarwarkan 3 agenda utama iaitu :

1 ) Majlis Sidang Akhbar & Pelancaran "Karnival Peaceyall"
2) Pelancaran Komik "Skoolastik" oleh Kartunis Ubi
3) Majlis Pelancaran Permainan Aplikasi "DAC Peaceyall" oleh Dato' AC Mizal



Karnival Peaceyall

Okay kejap, ai is sharing satu satu ya? kang korang pening, ai lagi haru pening kihkih. Sebelum tu, korang tahu dah kan yang Dato' AC Mizal mempunyai stesen radio online yang berkonsepkan radio interaktif pertama di Malaysia yang diberi nama Peaceyall.FM . pernah dengar tak? Dato' AC Mizal cakap, stesen radio ni khas untuk semua yang kaki menghadap handphone 24jam! sesambil layan media sosial (FB/IG dll) korang masih boleh dengar radio online 24jam sehari.. dah tak perlu nak angkut radio besar gedabak kehulu kehilir hihi.. semuanyaa dihujung jarii jekk. nak dengar sekarang? pon boleh.. laju laju klik Peaceyall.FM 

 Dato dan Datin bersama VJ nya 




Oleh itu, untuk mempromosikan lagi Peaceyall.FM by Dato' AC Mizal akan mengadakan satu karnival besar-besaran untuk mempromosikan dan meraikan peminat setia Peaceyall.FM di seluruh Malaysia. wow! Karnival Peaceyall akan bermula di Melaka pada 2-3 April 2016 bertempat di Dataran Ayer Keroh, Melaka dan diikuti di Penang, Perak, Terengganu, Johor dan berakhir di KL..



Apa yang bestnya di Karnival Peaceyall?  Bak kata Dato' AC Mizal, karnival ini bakal menunjukkan kelainan kerana ia menekankan konsep rekreasi santai dan riadah khusus untuk family gathering untuk berhibur dan bergembira bersama. Selain itu, Dato' AC Mizal juga akan membawa lebih 150 Usahawan yang juga terdiri daripada artis-astis Malaysia untuk memeriahkan karnival ini dengan jualan produk terkini dengan harga yang lebih berpatutan. Sapa nak shopping? inilah masanya! 

Selain itu, aktiviti yang menarik perhatian ialah :
* persembahan artis terkenal, Dato' AC Mizal dah janji nak perform HAHAHA (jangan larikkk ye Dato')
* Permainan untuk kanak-kanak yang hadir
* Untuk sapa yang berminat nak jadik Family Peaceyall.FM, haa boleh datang Karnival Peaceyall ini sebab ada Ujibakat pencarian VJ Peaceyall.FM , jgn lepaskan tau !!!
* Lucky Draw sehingga RM10k ! WOW !
* Dan kemuncaknya tentunya, KONSERT! yeayyyyy 


Bagi mereka yang berminat untuk menjadi usahawan bersama di Karvinal Peaceyall, boleh hubungi :
** Daz 011-2626 1656 
** Lieza 019-279 6275
** Email : karnivalpeaceyall@gmail.com
Segala INFO boleh layan di Peaceyall.FM ataupun di OMGFEST2014



Permainan Aplikasi "DAC Peaceyall" oleh Dato' AC Mizal

Settle mengenai Karnival Peaceyall. Sekarang nak cerita pasal games. haaa ini ai suka sangat !! Sapa sapa yang kaki main games kat handphone tu, ini berita baik untuk korang !! Dato' AC Mizal juga melancarkan permainan aplikasi terbaru yang cukup trendy dan menarik iaitu "DAC Peaceyall". Kata Dato' AC Mizal, ini adalah cara terbaru beliau nak berinteraksi dengan peminatnya.. Mana taknya, sesambil korang main games "DAC Peaceyall" ni, korang masih boleh mengetahui aktiviti-aktiviti dan pesanan ringkas WOW dari Dato' sendiri. Selain tu juga, sesambil korang berhempas pulas nak menang games tu, korang still boleh beli produk wangian keluaran Dato' AC Mizal yang tengah HOT dipasaran. ai dah cuba sendiri perfume tu. memang wangiiii sangat! Dan pastinya, sambil main games sambil dengar Peaceyall.FM ... seronok tak hidup? kehkeh

 
 DAC Versatile untuk lelaki
DER Amaze untuk Perempuan
RM39.90 sahaja
 


Ok berbalik pada games. Yang bestnya "DAC Peaceyall" ni, semua watak adalah watak watak Dato' AC Mizal itu sendiri. ai sendiri tak lepas level lagi , geram sangat sebab nyawa satu je. Dato' pleaseeee tambah nyawa lebih sikit boleh takkkk hikhikhik.. asik matikkk je ! Okay ini paling best.. main game "DAC Peaceyall" ini bukan saja saja tau, boleh menang hadiah misteri pemberian khas dari Dato' AC Mizal kalau korang menang laaa.. try dulu. menang ke idok? ai main asik matik jee ni HHAHAHHA grrr sangat!

 kalau kalah, dia cakap See ya! HAHHAHA


"DAC Peaceyall" boleh didownload secara percuma di Google Play Store untuk pengguna Android. Manakala pengguna Iphone, belum lagi boleh didownload. sabar sikit naaaa .. Pengguna Android, nah ai share cara cara untuk meng-download Permainan Aplikasi "DAC Peaceyall" oleh Dato' AC Mizal yaaa ;))

                               1) Pergi dekat Play Store ,  Search DAC Peaceyall                                     
    


2) Tekan INSTALL


3) Yeayy dah boleh mula berperang!!! 
Tekan Play





Pelancaran Komik "Skoolastik" oleh Kartunis Ubi


Korang kenal tak Kartunis Ubi? Sapa peminat setia Komik Ujang, pasti kenal!  Kartunis Ubi buat come back korang!!! Kali ni, Kartunis Ubi atau nama sebenarnya Raja Ahmad Kamil Raja Mokhtar kini kembali dengan hasil karya komik terbaru yang bertajuk "Skoolastik". Peaceyall.FM akan menjadi penaja utama pembikinan dan mempromosikan Komik Skoolastik..

Korang tahu tak, bukan senang ye nak hasilkan Komik Skoolastik ni yang mengambil masa lebih 8tahun untuk hasil yang penuh teliti agar ia dapat menepati citarasa pembaca dahulu dan sekarang. Ai dah ada seketul Komok Skoolastik yang mempunyai 100muka surat. dan selamat dah ai baca, hehe ~ Okay bagi hint sikit jalan penceritaan Komik Skoolastik ni. Mengisahkan 3 rakan karib iaitu Khairy, Pian dan Aina yang menjalani kehidupan sebagai pelajar sekolah yang penuh dengan kisah lucu, menarik, penuh dengan nasihat dan tauladan  serta pelbagai cabaran yang mereka terpaksa lalui. gitu lah. hihi. nak tahu lebih lanjut, boleh la beli Komik Skoolastik by Kartunis Ubi ni yaaa ;))


Harga Senaskah : RM19.90
Beli di semua cawangan kedai buku seluruh Malaysia bermula 20/02/2016.
Info lanjut : Facebook Kartunis Ubi  ataupun Instagram @kartunisubi


 
 #PeaceyallBlogger yang hadir Sidang Akhbar. 
Thanks halim invite ida ;))

3 comments:

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page