Thursday, February 25, 2016

Chiba Sweet Potato, Keledek Manis dari Jepun Kini di Malaysia !!!

Terima kasih kak fink, ajak ida rasa keledek manis, lembut yang sedap sangat ni. ini kalau tak pergi rugi la sebabnya nak kene pergi Jepun baru dapat HAHAHA Tapi korang jangan risau, sebabnya, KINI Chiba Sweet Potato sudah pun berada di Malaysia !! yeayyy ~ jangan tak tahu ye korang, Chiba Sweet Potato ni asalnya dari Jepun. Original dari Jepun tau ! siapa suka makan sweet potato??

Ida-chan berada di depan Kiosk Chiba Sweet Potato 
di Village Grocer, Bangsar Village

Kiosk Chiba Sweet Potato 
di Village Grocer, Bangsar Village

teruja sangat nak cuba Chiba Sweet Potato 


Kenapa Chiba? Okay Chiba tu nama salah satu daerah di Jepun yang menanam sweet potato ni. Sebab itulah diberi nama Chiba Sweet Potato.. Untuk makluman korang, Chiba Prefecture adalah salah satu pengeluar sweet potato terbesar di Jepun ! Maskot Chiba Sweet Potato ni pula diberi nama Chiba Kun, yang mana diinspirasikan dari gambaran bentuk daerah Chiba itu sendiri... korang tengok gambar dibawah? sama tak?

Sama tak ? Chiba Kun dengan peta daerah Chiba? hehe


Bila lah kita nak sampai ke Chiba ni ye? Tapi tak apa, korang boleh dapatkan Chiba Sweet Potato yang serius lembut , manis, sedap sangat ni di Village Grocer , Bangsar Village. tak lama lagi akan diperluaskan di seluruh Malaysia. . Harga tak mahal sangat bagi ai. Sebab dalam 1 pek tu tak sampai RM20 pun. murah sangat la mampu beli dan bagi lah anak anak makan. . Kalau korang tengah berdiet nasi, korang ambil saja sweet potato sebagai makanan ruji, kenyang juga ;)) tak pun sebagai snek kudap kudapan dikala hujan hehe ~

 ha nampak, 1 pek tak sampai RM20 pun. lepas la anak tekak nak merasa kemanisan 
Chiba Sweet Potato ni heeee ~

ai diberi cubaan untuk merasa, hoiihh sedap sangat ni !
tak sama macam kita punya keledek. lagi lembut lagi manis !

 
Chiba Sweet Potato All the way from JAPAN ;))



Chiba Sweet Potato ni akan lebih manis jika di bakar. Haa Baked Chiba Sweet Potato. yelah kan? Negara Jepun kan sejuk. Masa sejuk sejuk tu makan Chiba Sweet Potato panas panas, so yummy kan?? Selain bakar, korang masih boleh kukus a.k.a steam kan. Tapi masa ai cuba rasa di kiosk, ai lebih suka yang bakar. memang sedap ! dan makin manis dan lembut !!

 saiz Chiba Sweet Potato


Korang nak tahu tak, tips pemilihan Chiba Sweet Potato, makin banyak hitam bintik bintik dekat kulit Sweet Potato tu, makin manis lah jawabnya. hee ~ Lagi satu masa korang baked Chiba Sweet Potato ni, jangan pergi buang lak kulit dia, sebab kulit dia masih boleh dimakan begitu sahaja.. Okay meh ai kongsikan cara cara nak buat Baked Chiba Sweet Potato :

1. Basuh Chiba Sweet Potato dan balut dengan aluminium foil
2. Panaskan oven pada suhu 200'C, dan bakar selama 40-50minit
3. Kalau nak tahu Chiba Sweet Potato dah masak ke belum, korang boleh cucuk dengan lidi dekat isi Chiba Sweet Potato terlebih dahulu, kalau dah lembut, makanya Baked Chiba Sweet Potato sudah siap dimasak dan boleh dimakan panas panas!


Tapi kalau korang tak suka makan panas panas, lepas baked Chiba Sweet Potato tu, korang tunggu sejuk sikit dan masukkan ke dalam peti ais, lepas beberapa jam korang makan. perghhh sedap bak hangggg yummy!

isinya kuning . serius manis lembut sangat..

yang dah siap baked pun ada dijual . terus makan je !



Sejak dua menjak ai sedang berdiet ni, boleh la ai makan Chiba Sweet Potato ni. Makanan diet juga ni. Selain tu juga, korang tahu kan, sweet potato  ni sesuai untuk perempuan yang nak jaga kecantikan, sebabnya sweet potato mengandungi vitamin, kalium dan serat banyak ! Dah la sedap banyak pulak khasiat ! bagus kan?


 千葉サツマイモの甘さを味わう来ます


Info lanjut :

#ChibaSweetPotato

3 comments:

  1. uihhh dapnya...teringat masa kat Cameron dulu,, zul cicah dengan coklat fountain ida...hahahaha

    ReplyDelete
  2. Last makan swwet potato masa kat China dulu. Memang sedap. Tapi macam ni lagi sedap je. Hihi

    ReplyDelete
  3. Sedap.. Saya paling suka mkn keledek ni lg2 Mse beli Kt cemoron tu..

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page