Thursday, February 25, 2016

Chiba Sweet Potato, Keledek Manis dari Jepun Kini di Malaysia !!!

Terima kasih kak fink, ajak ida rasa keledek manis, lembut yang sedap sangat ni. ini kalau tak pergi rugi la sebabnya nak kene pergi Jepun baru dapat HAHAHA Tapi korang jangan risau, sebabnya, KINI Chiba Sweet Potato sudah pun berada di Malaysia !! yeayyy ~ jangan tak tahu ye korang, Chiba Sweet Potato ni asalnya dari Jepun. Original dari Jepun tau ! siapa suka makan sweet potato??

Ida-chan berada di depan Kiosk Chiba Sweet Potato 
di Village Grocer, Bangsar Village

Kiosk Chiba Sweet Potato 
di Village Grocer, Bangsar Village

teruja sangat nak cuba Chiba Sweet Potato 


Kenapa Chiba? Okay Chiba tu nama salah satu daerah di Jepun yang menanam sweet potato ni. Sebab itulah diberi nama Chiba Sweet Potato.. Untuk makluman korang, Chiba Prefecture adalah salah satu pengeluar sweet potato terbesar di Jepun ! Maskot Chiba Sweet Potato ni pula diberi nama Chiba Kun, yang mana diinspirasikan dari gambaran bentuk daerah Chiba itu sendiri... korang tengok gambar dibawah? sama tak?

Sama tak ? Chiba Kun dengan peta daerah Chiba? hehe


Bila lah kita nak sampai ke Chiba ni ye? Tapi tak apa, korang boleh dapatkan Chiba Sweet Potato yang serius lembut , manis, sedap sangat ni di Village Grocer , Bangsar Village. tak lama lagi akan diperluaskan di seluruh Malaysia. . Harga tak mahal sangat bagi ai. Sebab dalam 1 pek tu tak sampai RM20 pun. murah sangat la mampu beli dan bagi lah anak anak makan. . Kalau korang tengah berdiet nasi, korang ambil saja sweet potato sebagai makanan ruji, kenyang juga ;)) tak pun sebagai snek kudap kudapan dikala hujan hehe ~

 ha nampak, 1 pek tak sampai RM20 pun. lepas la anak tekak nak merasa kemanisan 
Chiba Sweet Potato ni heeee ~

ai diberi cubaan untuk merasa, hoiihh sedap sangat ni !
tak sama macam kita punya keledek. lagi lembut lagi manis !

 
Chiba Sweet Potato All the way from JAPAN ;))



Chiba Sweet Potato ni akan lebih manis jika di bakar. Haa Baked Chiba Sweet Potato. yelah kan? Negara Jepun kan sejuk. Masa sejuk sejuk tu makan Chiba Sweet Potato panas panas, so yummy kan?? Selain bakar, korang masih boleh kukus a.k.a steam kan. Tapi masa ai cuba rasa di kiosk, ai lebih suka yang bakar. memang sedap ! dan makin manis dan lembut !!

 saiz Chiba Sweet Potato


Korang nak tahu tak, tips pemilihan Chiba Sweet Potato, makin banyak hitam bintik bintik dekat kulit Sweet Potato tu, makin manis lah jawabnya. hee ~ Lagi satu masa korang baked Chiba Sweet Potato ni, jangan pergi buang lak kulit dia, sebab kulit dia masih boleh dimakan begitu sahaja.. Okay meh ai kongsikan cara cara nak buat Baked Chiba Sweet Potato :

1. Basuh Chiba Sweet Potato dan balut dengan aluminium foil
2. Panaskan oven pada suhu 200'C, dan bakar selama 40-50minit
3. Kalau nak tahu Chiba Sweet Potato dah masak ke belum, korang boleh cucuk dengan lidi dekat isi Chiba Sweet Potato terlebih dahulu, kalau dah lembut, makanya Baked Chiba Sweet Potato sudah siap dimasak dan boleh dimakan panas panas!


Tapi kalau korang tak suka makan panas panas, lepas baked Chiba Sweet Potato tu, korang tunggu sejuk sikit dan masukkan ke dalam peti ais, lepas beberapa jam korang makan. perghhh sedap bak hangggg yummy!

isinya kuning . serius manis lembut sangat..

yang dah siap baked pun ada dijual . terus makan je !



Sejak dua menjak ai sedang berdiet ni, boleh la ai makan Chiba Sweet Potato ni. Makanan diet juga ni. Selain tu juga, korang tahu kan, sweet potato  ni sesuai untuk perempuan yang nak jaga kecantikan, sebabnya sweet potato mengandungi vitamin, kalium dan serat banyak ! Dah la sedap banyak pulak khasiat ! bagus kan?


 千葉サツマイモの甘さを味わう来ます


Info lanjut :

#ChibaSweetPotato

Read More ->>

Wednesday, February 24, 2016

Majlis Sidang Akhbar & Pelancaran Karnival Peaceyall, Komik "Skoolastik" oleh Kartunis Ubi dan Permainan Aplikasi "DAC Peaceyall" oleh Dato AC Mizal

Baru baru ni ai dijemput sebagai media bloggers untuk menghadiri Sidang Akhbar yang dianjurkan atas kerjasama bersama antara OMGFest Ventures dan Peaceyall.FM yang berlangsung di Hotel Pullman by Lakeside Putrajaya. . Untuk pertama kali ai berjumpa dengan Dato' AC Mizal dan Datin Emylia Rosneida sendiri. ilek ilek je diaorang ni. sikit pun tak sombong. ai kadang konfius, ni sidang akhbar ke sesi beramah mesra dengan peminat? Sebabnya Dato' AC Mizal sesuka hati dia buat lawak spontan dalam ucapan beliau, ingat Maharaja Lawak Mega kah? hikhikhik ...
 
 Majlis Sidang Akhbar & Pelancaran Karnival Peaceyall, Komik "Skoolastik" oleh Kartunis Ubi dan Permainan Aplikasi "DAC Peaceyall" oleh Dato AC Mizal



Okay berbalik pada tadi, sebenarnya sidang akhbar kali ni untuk mewarwarkan 3 agenda utama iaitu :

1 ) Majlis Sidang Akhbar & Pelancaran "Karnival Peaceyall"
2) Pelancaran Komik "Skoolastik" oleh Kartunis Ubi
3) Majlis Pelancaran Permainan Aplikasi "DAC Peaceyall" oleh Dato' AC Mizal



Karnival Peaceyall

Okay kejap, ai is sharing satu satu ya? kang korang pening, ai lagi haru pening kihkih. Sebelum tu, korang tahu dah kan yang Dato' AC Mizal mempunyai stesen radio online yang berkonsepkan radio interaktif pertama di Malaysia yang diberi nama Peaceyall.FM . pernah dengar tak? Dato' AC Mizal cakap, stesen radio ni khas untuk semua yang kaki menghadap handphone 24jam! sesambil layan media sosial (FB/IG dll) korang masih boleh dengar radio online 24jam sehari.. dah tak perlu nak angkut radio besar gedabak kehulu kehilir hihi.. semuanyaa dihujung jarii jekk. nak dengar sekarang? pon boleh.. laju laju klik Peaceyall.FM 

 Dato dan Datin bersama VJ nya 




Oleh itu, untuk mempromosikan lagi Peaceyall.FM by Dato' AC Mizal akan mengadakan satu karnival besar-besaran untuk mempromosikan dan meraikan peminat setia Peaceyall.FM di seluruh Malaysia. wow! Karnival Peaceyall akan bermula di Melaka pada 2-3 April 2016 bertempat di Dataran Ayer Keroh, Melaka dan diikuti di Penang, Perak, Terengganu, Johor dan berakhir di KL..



Apa yang bestnya di Karnival Peaceyall?  Bak kata Dato' AC Mizal, karnival ini bakal menunjukkan kelainan kerana ia menekankan konsep rekreasi santai dan riadah khusus untuk family gathering untuk berhibur dan bergembira bersama. Selain itu, Dato' AC Mizal juga akan membawa lebih 150 Usahawan yang juga terdiri daripada artis-astis Malaysia untuk memeriahkan karnival ini dengan jualan produk terkini dengan harga yang lebih berpatutan. Sapa nak shopping? inilah masanya! 

Selain itu, aktiviti yang menarik perhatian ialah :
* persembahan artis terkenal, Dato' AC Mizal dah janji nak perform HAHAHA (jangan larikkk ye Dato')
* Permainan untuk kanak-kanak yang hadir
* Untuk sapa yang berminat nak jadik Family Peaceyall.FM, haa boleh datang Karnival Peaceyall ini sebab ada Ujibakat pencarian VJ Peaceyall.FM , jgn lepaskan tau !!!
* Lucky Draw sehingga RM10k ! WOW !
* Dan kemuncaknya tentunya, KONSERT! yeayyyyy 


Bagi mereka yang berminat untuk menjadi usahawan bersama di Karvinal Peaceyall, boleh hubungi :
** Daz 011-2626 1656 
** Lieza 019-279 6275
** Email : karnivalpeaceyall@gmail.com
Segala INFO boleh layan di Peaceyall.FM ataupun di OMGFEST2014



Permainan Aplikasi "DAC Peaceyall" oleh Dato' AC Mizal

Settle mengenai Karnival Peaceyall. Sekarang nak cerita pasal games. haaa ini ai suka sangat !! Sapa sapa yang kaki main games kat handphone tu, ini berita baik untuk korang !! Dato' AC Mizal juga melancarkan permainan aplikasi terbaru yang cukup trendy dan menarik iaitu "DAC Peaceyall". Kata Dato' AC Mizal, ini adalah cara terbaru beliau nak berinteraksi dengan peminatnya.. Mana taknya, sesambil korang main games "DAC Peaceyall" ni, korang masih boleh mengetahui aktiviti-aktiviti dan pesanan ringkas WOW dari Dato' sendiri. Selain tu juga, sesambil korang berhempas pulas nak menang games tu, korang still boleh beli produk wangian keluaran Dato' AC Mizal yang tengah HOT dipasaran. ai dah cuba sendiri perfume tu. memang wangiiii sangat! Dan pastinya, sambil main games sambil dengar Peaceyall.FM ... seronok tak hidup? kehkeh

 
 DAC Versatile untuk lelaki
DER Amaze untuk Perempuan
RM39.90 sahaja
 


Ok berbalik pada games. Yang bestnya "DAC Peaceyall" ni, semua watak adalah watak watak Dato' AC Mizal itu sendiri. ai sendiri tak lepas level lagi , geram sangat sebab nyawa satu je. Dato' pleaseeee tambah nyawa lebih sikit boleh takkkk hikhikhik.. asik matikkk je ! Okay ini paling best.. main game "DAC Peaceyall" ini bukan saja saja tau, boleh menang hadiah misteri pemberian khas dari Dato' AC Mizal kalau korang menang laaa.. try dulu. menang ke idok? ai main asik matik jee ni HHAHAHHA grrr sangat!

 kalau kalah, dia cakap See ya! HAHHAHA


"DAC Peaceyall" boleh didownload secara percuma di Google Play Store untuk pengguna Android. Manakala pengguna Iphone, belum lagi boleh didownload. sabar sikit naaaa .. Pengguna Android, nah ai share cara cara untuk meng-download Permainan Aplikasi "DAC Peaceyall" oleh Dato' AC Mizal yaaa ;))

                               1) Pergi dekat Play Store ,  Search DAC Peaceyall                                     
    


2) Tekan INSTALL


3) Yeayy dah boleh mula berperang!!! 
Tekan Play





Pelancaran Komik "Skoolastik" oleh Kartunis Ubi


Korang kenal tak Kartunis Ubi? Sapa peminat setia Komik Ujang, pasti kenal!  Kartunis Ubi buat come back korang!!! Kali ni, Kartunis Ubi atau nama sebenarnya Raja Ahmad Kamil Raja Mokhtar kini kembali dengan hasil karya komik terbaru yang bertajuk "Skoolastik". Peaceyall.FM akan menjadi penaja utama pembikinan dan mempromosikan Komik Skoolastik..

Korang tahu tak, bukan senang ye nak hasilkan Komik Skoolastik ni yang mengambil masa lebih 8tahun untuk hasil yang penuh teliti agar ia dapat menepati citarasa pembaca dahulu dan sekarang. Ai dah ada seketul Komok Skoolastik yang mempunyai 100muka surat. dan selamat dah ai baca, hehe ~ Okay bagi hint sikit jalan penceritaan Komik Skoolastik ni. Mengisahkan 3 rakan karib iaitu Khairy, Pian dan Aina yang menjalani kehidupan sebagai pelajar sekolah yang penuh dengan kisah lucu, menarik, penuh dengan nasihat dan tauladan  serta pelbagai cabaran yang mereka terpaksa lalui. gitu lah. hihi. nak tahu lebih lanjut, boleh la beli Komik Skoolastik by Kartunis Ubi ni yaaa ;))


Harga Senaskah : RM19.90
Beli di semua cawangan kedai buku seluruh Malaysia bermula 20/02/2016.
Info lanjut : Facebook Kartunis Ubi  ataupun Instagram @kartunisubi


 
 #PeaceyallBlogger yang hadir Sidang Akhbar. 
Thanks halim invite ida ;))
Read More ->>

Tuesday, February 23, 2016

Lunch di Coffee Societe Publika

Dah bosan makan dekat kantin office, kitaorang lari kejap pergi Publika mencari tempat lunch yang enak enak. nasib baik Publika tu sejengkal aje dari office heee ~ last last kitaorang singgah Coffee Societe, Publika. . cannot move on dari coffee hihi lagipun, eyuh nak sangat rasa air melelehhhh tu.. so kesinilah kami ;)
 
 

 
 
Boleh tahan susah cari parking dekat Publika ni ye, tak kira weekdays ataupun wekeend. hm hmmm.. kitaorang nak pergi Blok D, Publika, berpusing pusing cari . HAHAHA dah laaaa laparrrr hoiiii ... kalau nak parking valet depan kedai, RM15/3jam okay !! pengsan!


 disebabkan datang untuk lunch, ada set lunch. murah sajaaaa RM10. tapi jangan harap dapat nasik disini okay? hihihi
 
dan ini adalah tujuan utama eyuh! hihihi
The Messup Family a.k.a air melelehhhhhhhhhh
 
 
 
Eyuh order The Son RM18.50. dan ai disebabkan lapar so amik set lunch hari selasa (datang pada hari selasa) RM10... untuk perut ai, kenyang je makan. tak tahu la perut korang kan?? tapi kalau perut laki ai, memang tak kene. sebab jiwa dia nasikkk !!! hihihihi.. 
 
 

Lunch. Minuman ai pilih Coffee Latte
Kenyang Alhamdulillahhhhh
 
 
Eyuh and her The Son
The Son ni memang sedap !! tapi lama kelamaan muak pulak. mula mula eyuh minum dengan teruja lepas tu die dah kenyang, dah mula muak, ai is kene habiskan pulak! cisss
HAHHAHAHHA
 
 
 
 
Jika korang bukan datang waktu lunch , korang boleh pilih menu menu dibawah,
 

 
 

 
 


 

If korang datang time Hi-Tea, boleh la rasa Societe's Hi-Tea ni... nampak macam wow je! tapi ai pun boleh buat dekat rumah macam ni HAHHAHHA.. kata tokey coklat kens  ;p
 

 Info About Coffee Societe
 

 

 Next time nak dating, nak order Messup Up Family je. sebab kalau order itu je pun dah kenyang weiiii.. hihihi
 
 

 

Read More ->>

Monday, February 22, 2016

Perkhidmatan hotel boarding kucing di Selangor

Hai korang !! lamanyaa tak update blog, sorry busy sikit akhir akhir ni, nanti ai is story kenapa okay? hari ni nak cerita, korang ingat tak ai pergi Lombok bulan lepas? okay fine. story Lombok pun tak mula lagi.. ampunnn !!! Ni nak cerita, Hotel Boarding mushang masa kitaorang cuti seminggu ke Lombok ..
 
 
Sekali ai percaya, selamanya ai akan percaya. Tapi sekali kau buat taik , jangan harap ai akan pandang kau semula. Gitulahhh. Itu lah perumpamaan nak bagi bila ai suka sesuatu. Ai suka sangat dengan Perkhidmatan Boarding Zul & Azizi Pets Centre (ZAPC) .. so kesitu ajela setiap kali kalau ai nak hantar mushang untuk boarding......... Bukan selalu ai hantar pun, ikut keadaan sebabnya dak mushang ni bukan suka sangat boarding. dia punya takut alahaiiiiiiiii.................. sebaldi ai boleh nangis tengok muka dia tau takkkk huuuu ~
 
 

 
malam yang kitaorang nak pergi hantar ke ZAPC
 
 

Apa apa sebelum korang nak terjah Kedai ZAPC ni korang kene call owner dia dulu, tanya ada kat kedai ke tak? sebab kadang kadang diaorang xde kat kedai pergi pick up kucing la, delivery kucing la.. so playsafe, korang kasik call dulu ya? Ni nombor 014-7206 120 .



ni masa mula mula nak hantar. masukkan cage je, mushang terus duduk terperuk ketakutan macam tu. siap duduk dalam bekas pasir dia. alahaiii anak bulus...... sedihnya! kasi mak pak iye nak honeymoon kejap eh?? xla ... seminggu jaaaaa  ;(
 
 
 
 

Harga? RM15/per day . Ini untuk hari biasa. (makanan bawak sendiri oleh owner). Kesemua berbeza mengikut hari, makanan or maybe delivery... So korang boleh check dekat website Zul Azizi Pets Centre untuk tengok keseluruhan harganya.. ai hantar mushang seminggu, makanan mushang ai bawak dari rumah, dan ai hantar dan amik mushang sendiri,  so total RM105 untuk hotel mushang. gulp!


ni selepas seminggu. ai datang amik semula ni.... ilek je mushang lepak atas tu....
 

 
gelagat mushang bila nampak ai datang... suka ah tu !
 
 
 
yeahh nak balikkkkkkkkkkkk !! tongek bontot ciked! hihi
 
 


 
situasi dalam kereta. mushang pulak duduk depan. lama benor tak jumpa apak iye. windu ah tu ! mak iye kene duduk belakang jadik datin. baeklahhhhhh
 
 
Kenapa ai suka sini?
Sebabnya kedai dia bersih. ai memang masuk sampai ke dalam tempat cage cage tu, memang bersih. teratur sahaja cage tu disusun. xde bulu bulu kucing bersepah. maknanya sentiasa dibersihkan la.. kawasan yang sunyi tak bising. ai suka... sebab mushang takut kalau bunyi2 bising... huhu...  
 
 
 
So kalau korang berminat nak letak kucing disini,
incase korang nak bercuti lama ke, nak balik kg ke,
 
Alamat :
Zul Azizi Boarding Pets
K-02-08, Jalan PPK2, Kinrara Seksyen 3,
Puchong, 47100, Selangor.
Tel : 014-7206 120


 

Read More ->>

Monday, February 15, 2016

GLOWTOX | Tips kempiskan perut korang !


Glowtox  |  Tips kempiskan perut korang !  |  Korang nak tahu tak, dah dekat seminggu ai minum Glowtox... ai tengok rancak diperkatakan pasal Glowtox ni, ai pun cuba laaaa.. Kejap sebelum tu, sebelum korang pening pening lalat, apa itu Glowtox ? Glowtox ialah Nutritious Supplement Mixberry Yogurt Drink adalah formulasi lengkap dengan gabungan bahan semulajadi berasaskan:
 
* Ekstrak Biji Anggur
* Acai Berry...
* Ekstrak Zaitun serta
* Habbatussauda
* Fructooligosaccharida,
* Multivitamin

 
selfie sikit dengan sekotak Glowtox heee ~
 

 
GLOWTOX ini di gabungkan dengan formula;

✔ Pre-biotic untuk penjagaan usus
✔ Anti-oksida untuk anti penuaan, awet muda & mengekalkan kulit yang cantik
✔ Anti-kanser untuk mencegah daripada penyakit kritikal

 

 
belakang kotak
 



Kenapa ai minum Glowtox? Ai ada masalah angin dalam perut sikit. so kadang kadang perut ai tak selesa, rasa lapar tapi xleh nak makan sebab perut tak selesa. duduk dalam toilet berjam jam tapi xbuang pape pun. HAHHAA.. pelik benor..... penat pulak ai telan air halia jekk kehkeh... So ai minum la Glowtox ni.....rasa berries itu sedap dari air halia okay !! HAHHHA~ hari pertama ai minum, ai selamat melakukan 'aktiviti' pembungan dengan clear.. wahhh ! tau takkk legaaaa gilaaaaaaaaaa lepas tu? hihi.. Perut selesa hati senang, baru selesa nak buat kerja seharian..... kalau perut buat hal, mood ke laut sepanjang hari tau takkkk!! Selain masalah angin dalam perut ni, Glowtox juga boleh membantu dalam masalah masalah seperti :

✔ Cirit-birit
✔ Sembelit
✔ Gastrik dan ulcer perut
✔ Ketidakhadaman (angin, ketidakselesaan perut)
✔ Allergik
✔ Jangkitan bakteria
✔ Selsema
✔ Kolestrol
✔ Sistem imunisasi rendah
✔ Buasir
✔ Kulit kusam
✔ Kulit berjerawat
✔ Susah turun berat badan
✔ Badan tidak bertenaga & cepat letih (banyak toksin dalam badan)


Kalau korang ada masalah seperti di atas, jangan segan silu untuk cuba Glowtox. mana tahu berhasil kan? macam ai. so sekarang ai continue je minum Glowtox. nak habiskan sekotak , nak tengok perut rasa macam manaaaa... ai syak, kalau setiap pagi pembuangan dapat dijalankan dengan senang, lama kelamaan, perut boleh kempis. kan? kan? sukanya !!!! hihi  #harapansetinggigunung



 


Cara pengambilan: Satu sachet dibancuh (dikacau or dishake pon boleh) dalam 100 ml air dan terus minum (air suam atau air sejuk) ... ai lebih suka guna air suam. membantu kempiskan perut sikitt hihih~ Cara makan : 1-2 sachet sehari. Sebaiknya diambil waktu pagi dan malam  (dalam keadaan perut kosong) . ai selalu amik time pagi je... heee ~



Harga:
RM80 / box (15 schts x 20g)


PROMOSI!
RM150 - 2 boxes

FREE SHAKER
FREE POST (Sabah/Sarawak add RM10)


Berminat?
wassap/wechat/telegram:  011 1194 1101  /    019 280 5383
 
 

 

Untuk keterangan lanjut :
 

 

Read More ->>

Wednesday, February 10, 2016

Kereta sewa paling murah di Kuching, Sarawak

Kereta sewa paling murah di Kuching, Sarawak  |  Dulu ai pernah buat entry pasal Kereta sewa murah di Kuching, Sarawak. Tapi ai bukan naik kereta sangat tapi naik van. over tau dua orang tapi naik van , siap pakej driver lagi ! HAHAHA Tapi entry kali ni , ai nak kenalkan korang semua dengan bebetul Kereta Sewa Paling Murah di Kuching, Sarawak..


Kereta sewa paling murah di Kuching, Sarawak | Kalau korang semua datang bercuti cuti di Kuching, Sarawak dan mencari kereta sewa, ai syorkan Cikgu Halid ni. Dia ada banyak kereta, untuk berdua/bertiga korang boleh pakai Viva or Axia. Kalau korang datang ramai, maybe pergi bercuti dengan kawan-kawan ke, bercuti dengan family besar ke, ai syorkan korang amik Alza or Toyota Hiace, yang mana lebih selesa ;))


Kereta sewa paling murah di Kuching, Sarawak |  Nahh, ai bagi siap senarai kereta dan harga. Korang tengok la yang mana korang nak. semua harga mampu milik kan? kalau agak agak teringin nak diskaun, try la mintak. Cikgu Halid baik je. hee ~


Senarai Kereta Sewa di Kuching, Sarawak
1. Viva/axia/kenari/kelisa RM100
2. Saga flx/myvi RM120
3. Mpv(alza/exora/grand livina/avanza) RM180
4. Innova RM250
5. Toyota hiace RM250
6. Nissan urvan RM300
7. Kia pergio RM230

*Harga semua pandu sendiri..*
*boleh request nak add on driver, tambah RM60*




Ai share sekali gambar gambar kereta. masih dalam keadaan baru. semua putih. 
leh geng dengan ai ni, geng kereta putih kehkehkeh ;p


Viva

 Alza

 Toyota Hiace

 



Kuching, Sarawak ni best tau. Ai dah 2x pergi. tak pernah bosan. . tiket Air Asia pulak dah makin murah ke sana, dah boleh da korang riki riki travel ke Kuching pulak heee ~ or korang leh je baca Travelog Kuching ai di Travel Bajet ke Kuching Sarawak untuk menaikkan semangat! kuikuii ~ okay, Selamat Bercuti semuaaaa yeay!


Okay, kalau korang berminat nak sewa mana mana kereta, 
korang boleh contact :

Cikgu Halid
No HP : 0168559792  /  0198787101 (Izan)

Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page