Tuesday, January 26, 2016

Review Teater Bikers Kental

Teater Bikers Kental di Istana Budaya bermula pada 23hb Januari - 31hb Januari 2016 ! Siapa pernah tengok Filem Bikers Kental? Teater ni digarap dari filem tu la. cuma diubah sedikit jalan ceritanya.. Pelakon masih sama. Menampilkan Awie, Zizan, my faveret pelakon is Amerul Affendi yang berlakon jadik orang Thailand tu hehe ~ dan ada pelakon baru. Nadia Brian. dan ramai lagi laaaaaa... Tiket Teater Bikers Kental boleh didapati di www.redtixairasia.com atau Kaunter Box Office Istana Budaya. Tiket berharga RM45, RM65, RM95, RM125, RM155, RM185, RM305..

Teater Bikers Kental

seketul tiket bersama abam awieeeeee

Terima kasih pada team Projek Travel, terutamanya pojie, yang sudi bagi ida peluang untuk menyaksikan abam jijang beraksi ! Aah kitaorang dapat tengok sehari awal dari tayangan Asal dia. Kira macam Tayangan Perdana lahh hehe~ So secara tak langsung boleh la ai bagi review pada korang semua yang bakal menonton Teater Bikers Kental di Istana Budaya ;)

 Team Projek Travel . Thanks korang. Next time invite lagi yaaa ;))

aweks Bikers !
kahkahkahkahkahkahkahkahhhhhhh

antara blogger yang ada pada malam Tayangan Teater Bikers Kental 
ehh perasaan tak retis tu hehe

ada motor besar, adelah awek besar disebelah! 
HHAAHHAHHA



Korang tau tak, sebelum tayangan, penat bergambar jek. haha!! Dalam 9.30pm gitu, baru kitaorang masuk Panggung Sari, Istana Budaya.. boleh tahan lama tau Teater Bikers Kental ni. siap ada rest 15minit. kehkeh. sempat gak ah 15minit tu dok update segala dekat ig @idabaharum hehe ~

ai duduk sebelah atas kanan pentas. ada part yang ai tak berapa jelas nak nampak sangat  sebab bukan duduk depan pentas kan. hihi. pun ai xberapa jelas nak dengar dialog diaorang. tahu tahu penonton gelak jek. HAHAHAHA

dari sudut pandangan seat ai ~

ni masa Zizan keluar . untuk 10minit pertama, pihak media diberi peluang untuk merakamkan babak babak dalam teater. so sempat gak laa ai tangkap gambar sana sini hee ~



Bagi ai, Teater Bikers Kental ni lawak habis ! yelaaaa ada zizan kan? mahu tak lawak! ai syak zizan banyak dialog spontan je. . kelakar habis! sesuka dia je nak singkap kain pelikat awie HHAHAHHA berair mata ai is tahan gelak tau takkkk... hikhik ~ tapiiiiiiiiii ...............

kemain terus ride motor besar atas pentas Istana Budaya. berderrrruuuuuuuuuuummmmm bunyi satu panggung ! reallllllllllll ~ ini baru Bikers!!


tapii, ada juga adegan yang pada pendapat ai, tak perlu kot untuk Teater Bikers Kental ni. like macam adegan Awie merokok in real atas pentas.... walaupun itu mungkin untuk menaikkan lagi realiti cerita tu tapi, dengan Teater sebegini tak salah kalau kita niat nak ajar anak anak muda kan? bagi pendapat ai lah.. tak tahu la kalau orang lain tak kesah hihihi


Bagi ai, gandingan Awie dengan Zizan memang TIPTOP sangat !!! Menjadi sangat gandingan diaorang.... sakit perut aku gelak weii.. tapi itulahh, kalau lah tak de, dialog yang double meaning, mesti Teater Bikers Kental ni mesti lagi TERANGKAT !!! Bagi ai, tak perlu dialog double meaning untuk tarik penonton gelak. no need . sebab korang dah memang lawak habis ! heee ~ 

adegan tari menari . zizan memang pandai menarii. kemain asyikk dia gelek! kekekke

 ade juga adegan zizan berangan sebab dia kan suka awek thailand, saya sukhaporn.. dah macam teater hindustan pulak hikhikhik



Keseluruhannya, ai masih terhibur dengan Teater Bikers Kental.. Lebihkan adegan Bikers pun xpe. baru lah ngam dengan tajuk hehe~ korang kalau berminat nak tengok Teater ni, boleh la jenguk info dibawah :

‪‎Teater Bikers Kental‬ di Istana Budaya
bermula 23 Jan - 31 Jan 2016!
Tiket berharga 
RM45, RM65, RM95, 
RM125, RM155, RM185, 
RM305 boleh didapati di 
www.redtixairasia.com @ Kaunter Box Office Istana Budaya!

T A H N I A H buat semua pelakon Teater Bikers Kental !!



Thank you Projek Travel

Fan Page Projek Travel
www.projektravel.com



3 comments:

  1. da tak joget ke lagu tu kalok kalok kalok dkt umah da hahhahahahaha..best pula lagu siam tu

    ReplyDelete
  2. amboiii..seronoknyeeee..
    full house tuuuu

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page