Thursday, January 21, 2016

Resepi Ayam Bali Viral di Facebook

Resepi Ayam Bali Viral di Facebook
 
Asal ada benda viral je ai mesti nak try hihi. biar ah . dapur kita. HAHAHA.. Resepi Ayam Bali ni nampak menyelerakan, nampak senang hehe, jom kita cuba! Resepi asal dari SINI .. Cumanya resepi asal ayam bali ini sukatannya adalah seekor ayam. tapi kitaorang duduk berdua je, ai masak setengah ekor sahaja... so sukatan ai buat adalah untuk setengah ekor shj. ai bahagi je kan dua sukatan resepi asal tu hihihih ~
 

Bahan-bahan :
  1. 1/2 ekor ayam
  2. Cili mesin dalam dua senduk (cili kering di rebus dan di blend, ai panggil cili mesin HAHAHA)
  3. Bawang besar 3biji, bwang putih setengah labu, halia sikit, belacan sikit (semua ni diblend sekali dengan cili mesin tadi)
  4. Serai 3 batang dititik
  5. Daun kari 3 tangkai
  6. Garam & gula secukup rasa
  7. Kicap (owner resepi cakap renjis 5kali, so ai pun renjis sebanyak 5x sahaja hehe)





Cara Masak Ayam Bali :
  • Mula mula gorengkan ayam. Letak satu sudu kecil kunyit dan garam. gaulkan. dan goreng  Jangan garing sangattt. just juicy juicy je..



  • Lepas settle goreng ayam, dengan minyak yang sama, masukkan serai tadi dan goreng     sampai warna coklat coklat gitu.... time ni bau serai wangi sangat!! hihihi .. 

  • masukkan daun kari pulak. goreng sekali dengan serai yang dah sedikit coklat tadi... bau masih sedap!! hahahaha... goreng jangan sampai hangus....


  • dah garing kita punya serai dan daun kari, masukkan pulak bahan bahan yang diblend tadi... tumis sampai naik bau dan garing... jangan hangus...


  • tapi ai punya terhangus sikit pulak HAHAHAHAHA. ralit sangat tengok hp kahkah! tapi jangan risau masih sedap kuikuiii......  masukkan garam, gula dan renjis 5x kicap...


  • last sekali masukkan ayam tadi. kacau sebatikan. masak dalam 10minit lagi. api sederhana. kang hangus lagi lak... haha!




Dan hasilnya, tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


sedap gilak !!!
 
 
 
Jangan tanya ai sebab apa cili tak berapa merah... hihi... tapi tanya ai sedap ke tak? gila tak sedap. sedap weiiiiiiiiiiiii !! bukan sebab ai pandai masak (kahkah!) tapi resepi ayam bali ni memang sedap !!! hubby cakap boleh masak lagi tapi dia nk ada kuah kuah sikit heee~ baiklahhhh. next time ai masak kasikk banjirrrrrr !! HAHAHA okbaii Selamat Mencuba korangg ;))
 


6 comments:

  1. pagi tadi masak lauk ni!..
    bekal untuk anak ke rumah pengasuh..
    sebab senang mudah dan sedappppp...

    :p

    ReplyDelete
  2. argh resipi ni belum try lagiii...oke mlm kang beli stok ayam and bhn² lain..esok nk msk kita tgk blog ida kayy...^_^

    ReplyDelete
  3. Ty pun de save resepi ni. Hihi tapi bz xsempat lagi jejak dapur. Lik kampung je kot men masak2 dgn family. Hikhikhik..

    Sedap ye..kena la try.

    ReplyDelete
  4. i dah buat, sedapla..kena pandai ejas rasa utk kasi betul2 sedap.. plan nak buat lauk ni utk raya akan dtg nanti..follow la my ig k https://www.instagram.com/mizanskitchen/ kita share2 resepi kat sane kalau sudi :)

    ReplyDelete
  5. dapnyeeee..hubby ila pun suke jenis berkuah jgk..so klu msk ni xleh kering2 sgt la kot..yesss..cuti pjg..nk try buat..

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page