Thursday, January 14, 2016

Discover Korea Your Way 2016 | Macam mana nak dapatkan pelbagai voucher coupon FREE dari Korea Tourism Organization?

Ahneyonghaseyo a.k.a HELLO !

Hari ni ai nak share kepada korang korang semua, cara bagaimana nak dapatkan diskaun ataupun voucher-voucher free dari Korea Tourism Organization (KTO) termasuk lah Kad T-Money FREE yang tersangat penting itu ! Hal ni TERsangatlah penting buat korang yang nak pergi Korea dalam tahun 2016 ini. Bagi tahun tahun lain akan dapat deals yang lain okay? rerajin la bukak website http://www.visitkorea.com.my/ .. mana yang pm tanya tu, nahh ai bagi tutorial untuk mendapatkan nya ! gigih ke idok ai ajar ni? please kiss me kehkehkeh


Okay sebelum tu, nak bagitahu apa kegunaan voucher coupon FREE dari KTO ni. Kadang-kadang diaorang bagi coupon diskaun yang boleh digunakan untuk entrance tempat tempat yang korang nak pergi. dia takkan bagi semua tapi ada jugak coupon yang berguna. Macam Kad T-Money, memang ai dapat FREE jek. dari kita kene beli dengan harga 5000won (bersamaan RM15), so dah jimat sikit kan? belum lagi coupon diskaun 20% ke untuk entrance. dari 8000Won jadik 6000Won sahaja. jimat lagi kan? so ini lah kegunaan coupon coupon diskaun FREE yang diberikan. UNTUK MENJIMATKAN KITA. korang tak suka ke dapat berjimat cermat? kehkeh


Untuk Discover Korea Your Way 2016 ni, kalau korang jawab survey ini,
korang akan dapat :

  • FREE T-Money Card (with 2,000 Won cash value inside)
  • 15% discount on AREX ticket + free water bottle (only for AREX train users)
  • FREE Boarding Pass for Gapyeong City Tour Bus
  • FREE Boarding Pass for Chuncheon Circle Tour Bus

Actually banyak lagi korang akan dapat, korang boleh tengok SINI. so nak ke tak nak? kalau nak segala benda FREE ni, mohon ikut tutorial dibawah hehhehe~



Mula mula korang buka website KTO *klik SINI . dah buka? bagus ;p , Sebelum tu nak tanya, korang ahli Kaki Korea Club tak? Kalau belum jadik ahli, mohon register dulu boleh? Macam mana nak resgister? okay, KLIK SINI .. dah register sign up? bagus ;)) buat yang dah pun jadik ahli Kaki Korea Club sebelum ini, korang hanya perlu LOGIN sahaja. jangan lupa password sudah!!  ;p



jelas kan?



Okay. lepas dah settle. Korang kene jawab survey untuk mendapatkan voucher-voucher FREE tu. KLIK SINI . . jawab survey dia senang je . 5minit settle. heee ~


masukkan email then tekan Retrieve Account tu


 mohon jawab survey dulu yaaaaa


lepas dah habis jawab survey, tekan Button Submit Now tu


 korang akan dapat Redemption Code. . nak senang ingat, korang tekan button
Email me redemption code tu.


SENT ! korang check ada dapat tak email dari KTO?




Setakat ini, korang faham tak? Faham kan? senang je kan? hehe ~ Okay lepas korang dapat email Redemption Code tu, korang print email tu.. korang kene sediakan dokumen dokumen yang diperlukan untuk meng-redeeem..

 ini dokumen yang ai submit pada tahun lepas masa ai nak redeem. dokumen yang diperlukan sama je.. Oh lupa nak bagitau, kalau korang travel dalam satu group, setiap sorang kene isi survey untuk dapatkan redemption code masing masing. dan sila sediakan dokumen setiap seorang. . xde istilah sharing sharing yeee

Dokumen yang diperlukan :
1. IC depan belakang dalam satu kertas A4. Dimana dibahagian atas korang kene tulis ID Kaki Korea Club dengan Email Address korang.
2. Satu salinan Flight Itinerary (yang ada nama korang, redemption kali ini hanya untuk yang nak Travel pada tahun 2016 yekk - ikut tahun semasa lah kiranya)
3. Redemption Code. (print sahaja email dari KTO tadi)







  • The code generated after you have completed the survey form.
  • A copy of your flight itinerary details (Must contains the passenger's name as per IC/passport and travel date must be within 2016) together with your Kaki Korea Club member username and your e-mail address written on top of your document.
  • You are need to present the IC/Passport during redemption for verification purpose.
  • If you would like to redeem for others, please make sure that the flight details contain the passengers' names as per IC/Passport (you will need to present their IC/Passport details as well) and each one of them has completed the required survey.

  •  *petikan dari website KTO


    *Please note that the redemption can only be made from 21 January 2016*
    haaaa jangan pergi sekarang.. tunggu selepas 21hb Januari nanti ! hihi tau laa korang eksaited kehkekeh


    Kat mana nak redeem?

    dekat sini hihi ~ pergi ke KTO dan jangan lupa bawak dokumen yang diperlukan ye! lepas submit segala dokumen, orang Kaunter tu akan serah segala coupon FREE. Simpan bebaik. Jangan lupa mintak paperbeg macam ai tue heee ~ dan selamat menggunakan segala coupon untuk Trip ke Korea 2016 korang! yeayyy!

    Alamat : Korea Plaza (Tourist Information)
    Korea Tourism Organization
    Ground Floor, Menara Hap Seng,
    Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur
    No Tel : 603-2072.2515 / 603-2072.3552
    Email : klkoreaplaza@gmail.com
    (sedikit tips : dah sampai KTO, amik segala buku/pamphlet yang free free kat rak buku diaorang. mana tau dalam buku tu ada voucher lagi. heee~)




    Tapi macam mana pulak dengan orang yang berada di luar KL untuk redeem?
    Jangan risau. Nah ai copy dari website KTO hehehe~

    For those who are residing outside of KL and Selangor, you may follow these steps below:
      1. Prepare a self-addressed stamped envelope which should be in the size of C4 (229mm x 324mm) with a RM 3.50 stamp attached OR suitable self-addressed parcel by POS Laju (size: 220mm x 110mm). The delivery period will follow the POS Malaysia standard period. If your booklet quantities are more than 3, kindly provide a bigger parcel envelope with suitable size (for more booklets, bigger envelope/parcel size). 
      • Kindly include together all the documents (copy of flight itinerary - must contains the passenger's name as per IC & written of your details as needed on above section) with your parcel or envelope to send to us.
      • Kindly e-mail us at klkoreaplaza@gmail.com This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. and provide the required details such as: copy of your IC/Name/Mobile No./Quantity/When did you send us the parcel
      • Please take note that the delivery will only be done within Malaysia.
      • Please post your self addressed envelope to our address as below:
    Korea Plaza,
    Korea Tourism Organization
    Ground Floor,
    Menara Hap Seng,
    Jalan P. Ramlee
    50250 KL.


    
    Survey period:  Until 15 December 2016
    Travel period: Within 31 December 2016


    
    A BIG THANK YOU to Kak Anil Wanina coz alertkan ai pasal voucher FREE dari KTO ni untuk last trip (Nov/2015) ai ke Korea. Kak Anil ajar ai, ai plak ajar korang semua.. Ilmu dan benda benda FREE ni harus dikongsikan bersama gituh! HAHAHA.. Okay, untuk terma dan syarat dan details lanjut pasal Discover Korea Your Way 2016, korang boleh baca DISINI ~  Annyeong chingu !! HaengUneulbil !

    7 comments:

    1. assalamualaikum siss..sorry nk tanya..ni tok voucher apa ya?? ke dorang bg je apa2 voucher?? tqsm

      ReplyDelete
    2. Tq sis! done survey.. tunggu nak collect je. hehehe

      ReplyDelete
    3. thanks sis... btw nak tanya,gapyeon circle tour punya voucher memang dapat ke or bila kita tick gyeonggi-do baru dapat

      ReplyDelete
    4. voucher kali ni nampak macam lagi menarik.. moh ripit Korea.. hahahaa.. mau meroyan bos tgk anak buah dia asik pegi Korea je.. kikikiii

      ReplyDelete
    5. Tq ida.. info ni sgt berguna.. almaklumlah..ni baru first time nak g.. kecut perut sume ade..

      ReplyDelete
    6. Salam .. kalau sy pergi 2 org saje .. kne survey kedua2 ke ...

      ReplyDelete
    7. waaah memang terbaiklah kalau dapat redemption macam gini.. boleh repeat korea lagi ni.. weee!! thank you ida!

      ReplyDelete

    Kalau suka, komen la...
    S AY A N G uolss !!

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     

    Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page