Thursday, December 31, 2015

Selendang Wanita Online MURAH ! MURAH !

Selendang Wanita Online MURAH ! MURAH ! | Akhir akhir ni ai tengok, dah makin ramai artis Malaysia yang jual tudung, jual selendang, dah semakin ramai artis Malaysia yang bertudung.. Alhamdulillah lah kan? kita ni yang bukan retis? hihi.. dengan adanya jenama jenama selendang wanita yang dijual bukan sahaja di kedai kedai malah secara online, yang berleluasa di pasaran, tidak jadik masalah untuk kita wanita bertudung untuk bergaya kan? lilit lilit siap ! kemahenn ~~

 sapa kenal jenama ni? 
yup. Ini Bawal Aidijuma .
sapa cakap tudung bawal tak leh digayakan sebegini stylo !



Selendang Wanita Online  |  Kemunculan golongan hijabista yang begitu menggilai fesyen Muslimah antara menjadi faktor populariti fesyen selendang a.k.a shawls naik begitu mendadak. Contoh, nampak Hanis Zalikha pakai shawls kemain cantik, terus kita as peminat nak follow. begitulah ~ pengaruh artis sangat! HAHAHA .. Tapi disebabkan itu, tak hairanlah trend hijabista menjadi lebih popular. Sapa yang bikin bisness tudung memang untung laaaa ;)) Ditambah pulak dengan kehadiran youtuber youtuber yang membuat tutorial gaya selendang pelbagai gaya, nampak simple, mudah dan cantik digayakan kemana sahaja. tak kira nak pergi kenduri kahwin ke, nak pergi pejabat ke, nak pergi lepak lepak dengan kawan ke, semuanya dah menjadi trend !!

 sapa suka lilit selendang gaya ini?
 mudah kan? ala ala keknis tak? hehe



Selendang Wanita Online  |  Ai sendiri memilih untuk berselendang kemana sahaja. nampak cantik. sapa tak mau cantik kan? kehkeh ~ pantang nampak SALE SHAWLS , kompem terjah. a.k.a visit my ig HAHAHAHA .. korang macam mana pulak? suka berselendang sahaja ataupun suka pakai bawal je? tapi korang tahu tak, dengan berbawal pun boleh menggayakan pelbagai gaya ! 

 gaya selendang ni yang selalu ai pakai bila keluar. ini macam selesa !
 bahagian dada pun dapat cover heeee ~

gaya ini stylo! nampak sangat hijabista ! boleh pakai ke event event gitu ~



Hai laa seronok tengok. kalau nak usha lelebih boleh jenguk Selendang Wanita Online.. ai pun tengah cuci mata ni.. dah la ade SALE sekarang ni. hmm hmm. dugaan sangat ! tapi nak cantik apa salahnya kan? Okbai ~




Read More ->>

Tuesday, December 22, 2015

Lunch di Zawara Coffee Bangi Sentral

Last weekend, ai sempat lunch di Zawara Coffee yang terletak di Bangi Sentral. Cawangan Zawara Coffee ni banyak daaa. nama pun dah makin famous. tapi sedap ke makanan dia? jom laa kita terjah hee ~ so ai ajak #coffeebuddy pergi sekali . apesal tak hubby? dah hubby tak mo pergi. kehkeh tapi ai tapau gak laa untuk hubby. . #istewiimithaliiii   ;p

 after order dekat kuanter, diaorang akan bagi buzzle ni. lepas makan dah ready, kita kene amik sendiri dekat kaunter. self servis temanya. mana nak tahu makanan kita dah siap? tu peranan buzzle ni. dia akan berbunyi bergegar. mohon bangun dari tempat duduk dan ambil makanan sendiri ye? sebiji konsep korean cafe. heee ~

       
 ayuh pekena !

 hello buddy !


Kitaorang sampai sebelum pukul 12tengah hari. so cafe tak berapa ramai orang. selamat. sebab dengar citer, Zawara Coffee ni selalunya fullhouse.. kadang tu kene buat booking tempat dulu, kalau walk in petang petang memang susah nak dapat tempat duduk. manjang je penuh hihi. TAPI serius la, orang memang tak putus putus datang makan dekat Zawara Coffee ni . makin petang makin ramai orang. ai tengok penuh sokmo jek.. So, korang kalau nak pergi, make sure datang awal sebelum lunch hour ataupun make a booking 1st okay?

 jenis jenis cup untuk coffee


Apa yang ai order?

Buffalo Wings RM15
Soft Shell Crab Burger RM23
Butterscotch Machiato Iced RM12
Coffee Butterscoth Frappe RM12
Churros with Ice Cream RM15
Skinny Coffee Latte Iced RM10 *take away for hubby
Cheese Meltz Burger RM15 *take away for hubby

*sorry sini xde menu nasik yek!*

 the menu

 walau gambar tak berapa cantik, tapi percayalah SEDAP sangat semua !!!
# maafkan lah Samsung mega ai, nanti ai beli iphone kompem gambar letops uols! HAHA


serius memang sedap semua makanan dia. try la makan burger soft crab tu memang terbaik ah! krap krup krap je ase.. eyuh makan chicken wings, nampak macam sikit je tapi sedap kenyang lah jugakk.. no wonder cawangan Zawara Coffee bersepah sepah dimana mana ada. hee ~ memang sedap. . ! rekemen korang datang melepak makan kat sini. Tapi harga? standard la kan kalau makan dekat cafe cafe macam ni. sekali sebulan boleh la. HAHAHA


 nah harga harga menu dia



Yang bestnya di Zawara Coffee ni tak de dikenakan GST. xde service charge. ahh legaaaaa hihi. puas hati makan sini. next time boleh jadik port melepak sebab berjam gak ah kitaorang melepak dekat sini. orang kiri kanan dah berganti tapi kitaorang still kat sini HAHHAHAH




Info:
Zawara Coffee
3-27-01, Jalan Medan Pusat Bandar 8,
Bangi Sentral, Seksyen 9,
Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor

Operation Hour
Jumaat & Sabtu 9am-12am
Ahad-Khamis 9am-11pm

Read More ->>

Monday, December 21, 2015

Tempat-tempat menarik di Seoul Korea | Petite France

Day 2 Itinerary: 
Petite France - The Garden of Morning Calm - Cheonggyecheon Stream - Dinner Ikan Bakar Dongdaemun - Shopping till drop di Flong Clothing Market

Percutian Bajet ke Seoul Korea  |  Tempat menarik di Seoul Korea salah satunya Petite France. yang mana ai pergi pada hari kedua.. seawal pagi 6am, kitaorang dah keluar dari hostel sebabnya Petite France ni jauh dari Seoul.. berhampiran dengan The Garden Morning Calm dan Nami Island.. Kalau korang nak jimat, boleh je sekali harung jalan tiga tempat ni seperti map di bawah TAPI ai nak luangkan masa LEBIH di Nami Island, jadiknya untuk hari kedua ni ai hanya pergi Petite France dengan Garden Morning je. Nami Island ai pergi keesokkan harinya. .. ;p
 
Nampak tak ade beberapa tempat yang tak sempat pergi, next time leh repeat hihi

 seawal 6am, tak de orang kat station hihi

 hanya ada seketul ahjuhsi sedang bermain hp ditemani oleh si eyuh bersilang kaki hihi

 keadaan dalam subway ketika jam 6am
 perjalanan lebih satu jam, berdiri. adehh lenguhhhh ;(


Tiga tempat ni (Petite France, The Garden Morning Calm dan Nami Island) kalau nak jimat, naik bas iaitu Gapyeong City Tour Bus yang lalu ketiga tiga tempat ni. Ai ada voucher bus free dari KTO (Korea Tourism Organization). so jimat sikit. Voucher tiket bas 5000Won , tambang bas sebenar adalah 6000Won, jadiknya ai perlu tambah 1000Won sahaja. jimat kan?


Direction ke Petite France & The Garden Morning Calm by Gapyeong City Tour Bus :
Turun di St Cheongpyeong (Gyeongchun Line) , Exit 2. Tunggu bas di bus stop dihadapan Station. Exit 1 jika nak ke Tourist Information.

 macam biasa tengok dulu route



Direction dari hostel adalah begini :
St Euljiro 4 sa-ga Line 2 (Hijau) --- St Wangsimni  --- dari St Wangsimni Line 2 tukar ke Jungang Line (Line J) --- berhenti di St Mangu Line J --- TRANSFER ke Gyeonchun Line --- berhenti di St Cheongpyeong .





dah nak dekat sampai baru dapat duduk, duduk pulak tepi antu juon hihi

 keadaan 8pagi di St Mangu

 dah nampak kaki memasing makin runcing hihi




Kitaorang sampai awal pagi sangat dekat St Cheongpyeong tu. sejuk ya amat masa tu. xberani nak keluar dari station kehkeh. Nampak pulak mesin gedegang jual kopi. ayuh beli. murah je air kopi dekat mesin mesin gedegang ni.. 300won je secawan huu ~ Nak naik Gapyeong City Tour Bus kene Exit 2. tunggu bas dekat bas stop berhadapan dengan station. keluar keluar je terus nampak bus stop. don't worry. bas pertama pada pukul 9.35am. bas datang ikut masa yek. jangan berani pergi mana mana kalau tak kene la tinggal bas hihihi . . kalau korang tak de vocuher bus tak pe, boleh je bayar masa nak naik bas itu. sediakan duit tambang ngam ngam sebab diaorang jenis tak baki baki. Sementara tunggu bas, kitaorang posing sikit. hihi. walaupun sejuk, ase nak pakai glove TAPI macam poyo lak. tapi serius SEJUK gilaaakk ! baru Autumn ni? kalau Winter ntah macam mana huu ~

 kereta korean besar besar semuanya

 belakang ai tu la bus top di hadapan St Cheongpyeong

 sebelah bus stop pastikan ada tiang signboard ini.

 ada jadual bas. bas pertama pukul 9.35am

 ni la voucher tiket dari KTO untuk Gapyeong City Tour. diskaun 5000Won hee~


Bila bas dah sampai, naik bas just serahkan kupon KTO berserta duit dan mohon duduk bebaik yek. sebabnya jalan kona kona untuk ke Petite France ni. layan laaa kona sikit ahjuhsi bawak ... Sampai di Petite France orang dah ramai. berderet bas tour parking. huhu. so terus ke kaunter tiket yek. disebabkan ai ada kupon KTO untuk entrance Petite France, sila guna. macam eyuh dia xde.. Kupon KTO sebanyak 1000won sahaja. So ai just bayar 7000Won. Entrance fee sebenar 8000Won

yang tak de vouchr dari KTO, boleh je bayar dalam bas terus. tu harga tambangnyaa

 
 view dari dalam bas
 kiri kanan ada tasik eh tasik kan? hihi




Apa je yang ada di Petite France? sapa peminat Korean Drama boleh la datang sini. banyak gak port port menarik drama 'My Love From The Star' untuk kita posing hiii ~ pemandangan dia bagi ai cantik. angin sejuk sejuk. kawasan di Petite France ni besar. ada persembahan bagai kalau korang nak tengok. tapi kitaorang tak tengok pun. just jalan jalan snap gambar sana sini. ok dahh. explore pun tak sampai separuh. penat dah HAHAHHAHA


 dah sampai depan Petite France

Eyuh #1

Eyuh with LOVE  

dimana ada korean, disitu ada Eyuh hihi

nampak takkk berduyun tour datang belakang tu? huhuhu

 tutup mata pls?

 taknak, nk tutup mata sebelah jewww hihi

peace ! jalan jalan round satu Petite France sampai lenguh kaki !

asal jumpa mural, berhenti bergambar hihi

ada oppa tak sana?

Eyuh & Ida



korang nampak macam panas TAPI percayalah sejukkkkkkk !!!!



Korang perasan tak? kitaorang TAK makan dari pagi. HAHAHA time ni perut dah lapaaa teruk ! ada je café dalam Petite France ni TAPI tak tahu halal ke tak kan? so kitaorang tak lepak makan , just beli Waffle Chocolate kongsi dua orang hihihi as alas perut ku ;p .. sambil makan sambil jalan menuju ke bas stop yang mula mula kita datang tadi. malas dah nak pusing Petite France, cukup la.. ayuh kita ke next destinasi pulak.. heee ~ menuju ke bus stop mula mula datang tadi, tunggu bas disitu untuk ke The Garden Morning Calm . naik bas yang sama. TAK perlu bayar. dia sekali bayar je masa mula mula naik tu. tu yang jimat hihi. korang just perlu tunjukkan je tiket mula mula datang tadi. hah! korang jangan letak merata mahupun mengatal tangan nak buang tiket tu ye? sila simpan ;p


 ni bas stop kita datang tadi. so tunggu bas nak ke The Garden Morning Calm
 pun dekat sini jugak.


 berderet bas. oh ada Cu Mart di situ. nak beli jajan boleh la hihi





Info,

Admission Fees
Adults: 8,000 won / Group: 6,000 won
Youths: 6,000 won / Group: 5,000 won
Children: 5,000 won / Group: 4,000 won
* Group: 20 people or more

Directions
[Bus]
From Dong Seoul Bus Terminal or Sangbong Bus Terminal.
Take an intercity bus to Cheongpyeong (청평).

From Cheongpyeong Terminal, take a local bus bound for Goseong-ri (고성리).
Or, from the Cheongpyeong Terminal, take Gapyeong City Tour Bus to Petite France.

Operating Hours

09:00-18:00 (Last admission: 1 hour before closing.)
* Late night opening hour has been extended.


Info lain di Petite France , korang leh baca DI SINI ;))






Kira kira - Bajet seorang ke Seoul Korea

Kopi 300 Won (convert ke duit Msia = RM1.10)
Gapyeong Tour Bus 1000 Won (convert ke duit Msia = RM3.70 )
Entrance Fee Petite France 7,000 Won (convert ke duit Msia = RM26.30 )
Waffle 2,000 Won (convert ke duit Msia = RM7.50)

TOTAL RM38.60




Last Entry , jemput baca : mohon di klik :
Read More ->>

Thursday, December 17, 2015

Produk Salina'z Herbs Untuk Wanita Cun Kekal Cantik Menawan Malah Kurus & Putih !

Sapa nak cantik angkat kening please? Sapa wanita cun mari dekat dekat sikit.. hari ni ai nak kongsikan dengan korang korang semua mengenai Produk Salina'z Herbs. Korang pernah dengar tak? Produk Salina'z Herbs ni dah menapak lama dekat Malaysia ni. dah lapan tahun da! daebak! Bukan calang calang orang mampu nak kekalkan produk mereka ye dengan lambakan produk lain yang ada di Malaysia sekarang ni, ternyata produk Salina'z Herbs ini mampu memikat hati wanita cun diseluruh Malaysia, tak gituh? hihi


wanita cun bersama produk terbaik Salina'z Herbs ahaks!


Produk Salina'z Herbs ni dimiliki oleh sepasang suami isteri, Mohd Zamzuri Zahari dan Pn Salina Abd Sani. Ai berkesempatan tempoh hari untuk menghadiri satu majlis tertutup dan sangat sangat berbesar hati bila dapat berjumpa dengan Pn Salina sendiri dengan beberapa blogger yang lain.. Korang jangan risau, produk Salina'z Herbs bagi produk penjagaan diri dan Salina'z Beauty pula bagi produk kecantikan ni adalah HALAL, selamat digunakan serta mendapat kelulusan KKM.

me with Pn Salina ;)


   Nak Kurus Nak Putih? Salina'z Beauty lah jawapannya !


Event bersama Salina'z Herbs bermula jam 3pm di Alamanda Putrajaya. sampai sampai je, ai disapa oleh Pn Salina, alahai baiknyaaa.. Sementara tunggu rakan rakan blogger yang lain, ai ape lagi terjah la semua produk produk yang ada. heee ~ dibenarkan untuk mencuba . auw suka ! apa lagi cuba cuba jugak , selfie tak dilupakan hihi. Ini sebab Pn Salina baik hati untuk memberi hamper berupa produk kepada pemenang. ala, ai tak menang pun! HAHHAHAHHA tapi puas hati dapat terjah semua produk.

    Pn Salina ketika memberi penerangan sedikit sebanyak mengenai produk produk beliau ;)

 bersama rakan blogger yang lain ;)



Diantara produk produk Salina'z Herbs adalah : 


Jus Kembali Dara. Paling LARIS korang ! Ramuan Jus Kembali Dara seperti tumbuhan, akar kayu, buah-buahan dan pelbagai lagi yang mempunyai khasiat tersendiri. Antara khasiat nya adalah
* merawat masalah keputihan & haid yang tidak teratur
* menaikkan tulang punggung & payudara wanita
* menyuburkan rahim & peranakkan wanita
* menegang & mencerahkan kulit
* melambatkan proses menopaus
* memberikan tenaga dalaman wanita
* meningkatkan system imunisasi
* mengurangkan senggugut
* menambahkan keinginan seksual wanita
* mengetatkan dan mengecutkan rahim wanita selepas bersalin
* menguatkan otot faraj dan mengetatkan faraj
* menambah kolagen dalam badan
* mencantikkan kulit dan menaikkan seri wajah
* membantu menghilangkan bau badan
* menyeimbangkan dan mengawal kelembapan vagina
* membantu wanita dari dijangkiti penyakit kelamin yang disebabkan
oleh jangkitan fungus dan bakteria

 Harga WM RM43.90 / EM RM46.90


Okay ini Minyak Kelapa Dara. Apakah khasiatnya? Sapa sapa yang ada masalah migraine, amik la minyak kelapa dara, boleh bantu insyaALLAH . Selain itu, Minyak Kelapa Dara ini bagus untuk
* mengatasi masalah resdung
* mengatasi masalah sembelit
* mengatasi masalah ruam lampin
* mengatasi masalah psoriasis
* mengatasi masalah alahan makan & ezima
* mengekalkan berat badan ideal
* melembutkan rambut
* membantu mencairkan kahak & melegakan pernafasan

Harga WM RM39.90 / EM RM43.90



 Ini Feminine Wash. TERsangat lah penting untuk kita ye.. Sebab tempat yang sensitive , kita kene extra care sikit. Feminie Wash ini bagus untuk
* mengembalikan kewanitaan
* merapatkan otot vagina yang longgar selepas bersalin
* membantu mengatasi masalah kegatalan
* membantu mengatasi masalah keputihan
* membantu mengatasi masalah berbau akibat bakteria
* memelihara keseimbangan PH
* memberi kesegaran & keselesaaan sepanjang hari

Harga WM RM22.90 / EM RM27.90



Ai teringin sangat nak minum ni. hee~ nenanti nak beli lah! Putri Drink ni untuk
* meningkatkan keinginan seksual
* meningkatkan kesuburan wanita
* mengimbangi hormone
* membantu mencerahkan kulit
* menghilangkan kedutan pada kulit
* membantu menegangkan kulit
* membantu mencantikkan & menggebukan kulit
* membantu menambah tenaga

WM RM39.90 / EM RM43.90



 Slimax White Café. Ini ai dapat as goodies bag. Thank you Pn Salina. Bagusnya kopi ini ialah tiada kafein.. sapa sapa yang tak minum coffe boleh la cuba kopi Slimax ini. minum kopi dengan campuran habbatus sawda. terbaik ah ! Selain tu Slimax White Café ini bagus untuk
* membantu melangsikan badan
* membantu merendahkan kolestrol
* membantu mencerahkan kulit
* membantu masalah rambut
* membantu masalah insomnia
* membantu mengurangkan sakit sendi & otot
* membantu menambah tenaga

Harga WM RM39.90 / EM RM43.90

dan beberapa lagi produk yang lain.. Selain produk produk penjagaan diri, Salina'z Beauty juga ada barangan kosmetik. haaaaa. ai dah try hihi. ai try bedak compact dia. ngam ngam dengan warna kulit ai. heee ~ suka !


 
 
barangan kosmetik yang ada..



So, tunggu apa lagi? korang juga boleh mencuba produk produk heibat ini. Kat mana korang boleh dapatkan? okay ai bagi sikit info. hee ~ Selamat Mencuba ya ! muah ciked~




Info :
Salina Herbs
Nor Salina
Tel : 019-279 6949
Juga boleh didapati di mana mana
cawangan Salina Herbs/ Salinaz Beauty di :

Shah Alam
**No.10 Tingkat 1, Alam Budiman, Seksyen U10, Shah Alam, Sel.

Putrajaya
**No.26A, Tingkat 1, Jln Diplomatik, Presint 15, Putrajaya
**K03, Pasar Awam, Presint 16, Putrajaya
**K08, LG, South Area, Alamanda Shopping Centre, Jalan Alamanda, Presint 1, Putrajaya


Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page