Tuesday, June 30, 2015

Update Kisah CibubuTheCat #1

Masih ingat CibubuTheCat yang ai selamatkan tu? okay mari sambung cerita update kisah kucing yang malang buatan manusia ni.. sobs.... korang kalau nak baca macam mana ai jumpa cibubu ni, boleh baca DISINI yekkk ;)) Ai bawak ke klinik haiwan untuk pemeriksaan lanjut sebab tangan dia macam patah...... So, Dr.Zul dari Klinik Haiwan & Surgeri Taman Equine pon decide nak x-ray cibubu ni. so kene tinggal satu hari di klinik, esoknya ai kene datang untuk jumpe doc lagi sekali untuk tahu result.... 

 ni dr.zul yang merawat cibubu

cibubu sangat garang time ni
marah gaknya



dipendekkan cerita, 27hbJun2015 ai datang balik ke Klinik, Dr.Zul explain memang tangan depan dia patah sebelah kiri.. ada tulang yang terkeluar dari paksi dia. boleh dirawat dan tulang boleh disambung semula DENGAN syarat lakukan pembedahan. ai tanya berapa kos? doc cakap paling murah RM2K. gulp ! kita mana ada duit nak bayar ? sobs.. sedih... kalau laaaa ai orang kaya kan besttt , slumber je ai bayar untuk cibubu................ so ai cakap dengan doc, ai akan datang balik bila duit dah cukup. buat masa sekarang ni, ai akan jaga sendiri........ disamping bantuan ubatan dari doc...



dua gambar X-ray cibubu
Real pic ye
bukan tipu tipu



total bils yang pertama kali untuk cibubu adalah RM297.70. ini kos termasuk x-ray separuh badan cibubu... ada orang kata x-ray cibubu tipu. HAHAHA ai rasa macam nk gelakk depan muka orang yang cakap tu.. kelako okay.... tapi xpelaa manusia kan? kita buat baik salah, kita buat salah memang dah salah.. so abaikan jelaaaaaa manusia cenggini........

agak agak macam ni korang rasa, ai tipu ke? hmmmmm




tapi masalahnya lain pulak lepas ai bawak balik rumah, lepas beberapa hari ai jaga dekat rumah, cibubu start muntah muntah keluar lendir kuning... ahh sudah. dah kenapaa ni?? taknak makan taknak minum asyikkk muntahhhh sajaaaaaaaaaaaa... dah makin kurus.ahh sudah kenapaaa? ai syak keracunan makanan or virus je. sebab kucing tengah badan tak sihat ni, virus senang kene.................... dulu ai pernah jaga kucing kene virus, end up kucing tu mati sebab tak leh lawan virus tu. untuk pengetahuan korang, kucing kalau kene virus memang xde ubat dan tunggu masa sahajaaaaaaaaaaaaaaaa... hmm..

rindunya lahaii masa ni, cibubu makan banyakkkk
sekarang? taknak makan langsung 
ai suap dia ludah balik



so, lagi sekali ai bawak cibubu pergi klinik yang sama (pada 28Jun2015), doc cakap mungkin jangkitan kuman or virus.. tapi nk tahu virus or not kene scan terlebih dahulu.. tapi sebelum scan, try bagi makan ubatan dulu, doc bagi ubat cirit, muntah dan vitamin bentuk cecair............. Total bils RM55.35... kalau lepas dah habis semua ubatan ni, cibubu still muntah muntah, doc suruh datang untuk scan......... sekarang ni fasa ai tengah bagi makan ubatan ni laa.. tapi YA ALLAHH, susahnyaaa nak bagi ubatan bentuk cecair ni dekat cibubu. dia pandai ludahhhh balik weii... eii sakit hatiii.. setiap kali ai bagi makan ubat die ludah balik. penat ai bebel kat dia suh makan ubat , macam mana nk cepat sembuh.. ishkk macam mak mak dah rasaaa hukhukhuk


kita tengok macam mane dalam seminggu ni, kalau dia still muntahkan balik ubatan yang ai suap ni, memang kene scan dak cibubu ni.... dan ai harap sangatttt, bukan la virus. amin amin.. korang doakan tauuu!!


**ai akan rekod segala perbelanjaan cibubu dalam entry
ai akan tulis semua perkara berkaitan dia,
BUKAN RIAK, tapi ada orang yang ingin tahu....................



Ringkasan CibubuTheCat 20.06.2015
1st pergi Klinik (23062015) = Xray +ubatan = RM297.70
2nd pergi Klinik (28062015) = ubatan muntah/cirit & vitamin = RM55.35
Kedai Haiwan 2(8062015) = beli barang2 ubatan = RM28.45



p/s : sesiapa ingin membantu menghulurkan bantuan
kewangan kepada cibubu, boleh pm ai di FB , Ida Baharum
TQ korang ;))







Yang hari hari fikir pasal cibubu ni, risau aku lahaiiii !!!
signature ms eida
Read More ->>

Friday, June 26, 2015

Resepi Ayam Masak Kurma Paling Senang


Resepi Ayam Masak Kurma Paling Senang  |  Serius seumur hidup ai, ini kali pertama ai masak ayam masak kurma.. ai tak suka makan kurma sebab ada santan #ehh.. tapi ini menu request dari hubby. takkan tak masak? kita kan istewiii solehahhhh sangatt kohkohkoh ~ nak masak ayam masak kurma ni rupanya senang jeee.. mudah sangat sangatt.. tutup mata siapp kohkohkohh okay itu tipu.. ;p


Resepi Ayam Masak Kurma Paling Senang  |  Cara cara masak ayam masak kurma paling senang abad ini , ai belajar dari resepi belakang rempah kurma tu jekkk hikhikhik... memang senang! sekali masak je, hubby cakap "okay sedappppp" YES ! tiada apa yang lebih bermakna bila suami puji masakan kita sedap.. HHAHAHHA  *pengsan*


Okay jom masak,

 Bahan bahan Resepi Ayam masak kurma ialah :
1) Ayam 8ketul
2) Santan (ai guna satu senduk jek)
3) Bawang merah/putih/halia
4) Satu paket Serbuk kurma
5) segala rempah ratus , secubit jintan manis, secubit jintan putih, 1biji buah pelaga, secubit bunga cengkih,  1 batang kecil kulit kayu manis





Cara masak ayam masak kurma adalah seperti ;

1) Tumis Bawang merah/putih/halia dan segala rempah ratus , jintan manis, jintan putih, buah pelaga,bunga cengkih, kulit kayu manis... tumis sampai naik bau wangiiii

2) Masukkan pes serbuk kurma. Serbuk kurma tadi korang letak air sikit dan kacau dalam cawan lain. pastu masukkan je dalam periuk. tumis lagii

3) masukkan ayam. biarkan seketika ayam.. pastu baru baru masukkan air. biarkan sampai didih

4) masukkan santan satu senduk je.. ai tak sukaa santan banyakkk huhu tapi okay je rasa dia bila santan kurang niiii... ngam!

5. masukkan garam dan biarkan mendidihhh ~





dan hasilnya adalah,



 rupa HODOH tapi rasa SEDAP 
HAHAHHAHAH
pengsan puji diri sendirii   ;p





haa korang pernah masak ayam masak kurma?
macam mana resepi korang?
lagi mudah ke lagi complicated?
hikhikhik...







Yang sebulan sekali masak ayam kurma ni okaylahh, kalau tak muakk hikhikhik
signature ms eida
Read More ->>

Tips Kurus Semasa Puasa


Tips Kurus Semasa Puasa |   Pejam celik pejam celik. dah lebih seminggu kita berpuasa kan? macam mana korang puasa? ada tertinggal lagi tak? ai setakat ni penuh. Alhamdullillahhh ;)) sahur je dah beberapa kali terlepas. jam tak bunyikk. ehh## salahkan jam pulak HAHHAHA.. selalu kalau time puasa ni, berat badan macam menurun sedikit or bertambah naik? kuikuikuii soklan cepumassss  ;p  ai rasa macam ai ade turun sikitttt , SIKIT je laa tapi mihmihmih ~


Tips Kurus Semasa Puasa |  Macam mana kita nak kekal aktif, bertenaga dan paling penting, kita boleh kuruskan badan time puasa ni? ada seorang kakak ni , bersahur hanya dengan kurma dan minum air sahaja. hebakkk ! ai tak boleh.. mesti nak makan sesuatu... kang naya tak larat buat kerja kan.. kita nak berdiet ni ikut body masing masing jangan ikut cakap orang OR tiru gaya orang berdiet tak samaaaaaaaaaa weii badan lain lain ;))


Tips Kurus Semasa Puasa |  Apa yang ai amalkan? masa sahur minum air kosong (bukan air sejuk) dalam 3gelas ke. Tapi jangan la sampai 8gelas yang macam selalu disarankan tu sebabnya, nanti minum banyak badan akan cepat membuang. Kalau pagi pagi dah pergi tandas membuang, so tengah hari or petang sementara nak berbuka tu, kita dah hilang banyak air dalam badan dan mula lesu....... Kalau time berbuka puasa pula, jangan minum air SEJUK. minum air panas. jangan minum air manis bergelas gelas. cukup la segelas sahaja. lepas tu kalau haus lagi, teguk la air kosong....


Ehh korang dah download E-Book FREE Tips Kurus Ramadhan dari Kevin Zahri?  Download la. best jugak baca. nk follow laaa
mana tahu raya nanti jadik Che Ta 
kahkahkah !




antara TIPs yang ada dalam Ebook Kevin Zahri. ;))







Yang nak kurusssssssssssssssssssssssssss jugokkkkkkk, ;p
signature ms eida
Read More ->>

Thursday, June 25, 2015

Fashion Baju Raya 2015 | MINIMALACE

Fashion Baju Raya 2015  |  MINIMALACE  |  Korangggg dah cari baju raya ke belum?? dah dapat tema raya 2015? fashion apa korang buat tahun ni? heee ~ baru seminggu puasa dah dok citer pasal baju raya tak pe kan? heee ~ Hari tu, ai ada lah shopping sikit sikit di Butik Minimalace Shah Alam.. Baju diaaaaa lawa habis korangg ! serius rambang mata tak tahu nak pilih baju yang mana untuk Raya 2015 hikhikhik... 


selain jual Baju, Manimalace juga jual tudung/shawls ;))

manaaaaaaaaaaaaaaaa satu nak pilih niiiiiiiii hmm hmm



Fashion Baju Raya 2015  |  MINIMALACE  |  Masuk masuk je butik, wahhhh kemasnyaaa, luas.... ada tempat menunggu yang selesa. ini kalau pergi dengan hubby, dia selesa, ai pun senang hatii nak pilih baju. hikhik. ai kategorikan Butik Manimalace sebagai Mesra Suami. heee ~ parking berlambak depan kedai. no worries.... kalau datang butik best tapi parking berbayar or serabut, tak best jugak kan?? hiihi



 #ini semua suami orang tau  ;p



Ayuh mula shopping ? hehe. ai is rambang mata........... baju baju di Butik Manimalace ni semuanya lawa lawa sangat. . sampai penat tukar baju dibuatnyaaaa. last last ai decide untuk memilih ? biarlah rahsiaaaaaaaaaa ..korang tunggu laa ai posing sakan Raya nanti ya ya ;p

kemas bersih luas kawasan dalam Butik Manimalace

ai kasi belanja sikitttt baju yang ai sempat try tempoh hari 



Ohh yaaaaaa, korang korang ai nak bagitahu jugak sebelum terlupa, Butik Manimalace ni akan lancarkan SALE RAYA 2015 di Butik Manimalace Shah Alam pada 27hb & 28hb Jun 2015 ni !!!! Dengar cerita banyakkkkkkkkkkkkkk harga BEST ! perghhh. korang jangan lepaskan peluang ni okayy? dah gaji kan? dah bonus kan? haa pergi cari baju raya cepat cepat sebelum kehabisan stokkkkkkkk kehkhekehkeh . . TAPI, PALING BEST is, bila korang purchase mana mana baju raya di Butik Manimalace, korang sebut je korang readers IDABAHARUM.com, korang PASTI akan dapat DISKAUN !!!!!! suka ke idok? ai belanja korang semua ni... gunaaa laaaa nama idabaharum.com. xkenal ai pun xpe... janji korang dapat baju raya meletops macam ai hikhik.. jom posing sama raya nanti? muahahahahhahaha


nak tengok baju baju yang bakal ada di SALE RAYA 2015 di Butik Manimalace?

Kebaya Batik
Hot Selling Minimalace
Harga Asal RM179
Tapi SALE RAYA jadik RM160 


Minimalace Lily Kurung
Harga RM199
Saiz S-XL
*jgn lupe sebut nama ai tuk dapat diskaun hihihihi*

Saloma Peplum Tweed
Harga RM249
*jgn lupe sebut nama ai tuk dapat diskaun hihihihi*

Baju Kurung Hanna ni yang ai pilih..
Harga RM189.
*jgn lupe sebut nama ai tuk dapat diskaun hihihihi*

 
Minimalace Classic Kurung
Cap ibu dan anak. sesuai pakai untuk Hari Raya Pertama
berdondon dondon gitueww ~
Baju Ibu RM179
Baju Anak RM99
Saiz anak -- 2/3tahun, 4/5tahun, 6/7tahun
 *jgn lupe sebut nama ai tuk dapat diskaun hihihihi*
*jgn lupe sebut nama ai tuk dapat diskaun hihihihi* 

 Camilia Kurung
*jgn lupe sebut nama ai tuk dapat diskaun hihihihi*

PALING tertarik di mata ai
Kurung Myra, ada di SALE RAYA okay!
jom serbu sebelum habis saiz! hihihi
Boleh pakai Raya, boleh pakai masa Tunang, masa Nikah. 
ohsem !
Harga RM259
*jgn lupe sebut nama ai tuk dapat diskaun hihihihi*

Minimalace Lanna Kurung
Harga RM189
*jgn lupe sebut nama ai tuk dapat diskaun hihihihi*


Itu jela. nk tengok banyak lagi saiz, banyak lagi warna, korang kene pergi sendiri dan cuba sendiri pakai okay?
kalau ngam angkat terus ! hihihihi ~  jangan tak beli kang menyesal ~

kenalkan, ini Fatin. Owner Butik Manimalace.
yang pegang baby tu. yang pegang monopod tu idabaharum.com 
HAHHAHHHA, yang kat sebelah tu pinkymomma. ai pergi shopim dengan kak pinkkk hihihi~


 TQ MinimaLace kerana dirimu BAKAL menceriakan Hari Raya ku wiiiii ~
settle shopim, jom balik! nk posing depan cermin kat rumah pulak kekekkkee








Info, 
Minimalace
Website : minimalace.com
IG : minimalace
FB : MinimaLace (ML)
Call : 03-5523 4408 (butik) / 019-623 1822 (owner)
Alamat : Minimalace Shah Alam Store
B-9-1, Jalan Serai Wangi G, 16/G Alam Avenue 
Section 16, 40200 Shah Alam Selangor.
Operasi Hour : 11am-7pm




DATANG TAU SABTU AHAD NI
JGN LUPEEEEEEEE




Yang dah dapat satu baju raya yeayyy !,
signature ms eida
Read More ->>

Tuesday, June 23, 2015

Buffet Ramadhan 2015 di Kuala Lumpur Restoran Dulu & Kini @KLMUC

Buffet Ramadhan 2015 di Kuala Lumpur  |   Restoran Dulu & Kini @KLMUC   |   Kolej Universiti Metropolitan KL (KLMUC) telah membuka restorannya sendiri. korang tahu tak? serius ai pun baru tahu heee ~ yang dikenali sebagai Restoran Dulu dan Kini @KLMUC . Restoran ini terletak di tengah tengah KL yang membawakan menu masakan Melayu Asli ;)) Baru-baru ini, Kolej Universiti Metropolitan KL (KLMUC) telah membuat pelancaran sempena pembukaan.. tq sudi invite ida dan kawan kawan bloggers yang lain hee ~

 Halim Othman -- Lecture di KLMUC

with Chef Adu as Icon KLMUC
with boni kacak again ~




Restoran Dulu dan Kini @KLMUC  dibuka untuk orang awam dan pelajarnya. Lainnya restoran ini disebabkan para pelajarnya sendiri yang mengendalikan operasi 3x seminggu... bak kata boni kacak, time ni la nk usha student KLMUC hikhikhik ~ Restoran Dulu dan Kini @KLMUC memulakan operasinya pada 1Julai2015 yang juga merupakan usahasama antara Kumpulan Cosmopoint dan Malai Food Industries. Masa ai dapay invatation dari pihak KLMUC, ai tertanya tanya kenapaa restoran ni nama di Restoran Dulu dan Kini?? rupanya nama itu diambil sempena dengan suasana restoran yang dihiasi gambar gambar lama berlatarbelakangkandi tengah-tengah bandar KL ni.... rare kann ;))

 #bloggerkakimakan
#bloggerkakiselfie
hihi
dari kiri berdiri  , Helena - Eyza - Emi - Rara - Ayue - Kecik - Boni Kacak
duduk Ida


jemput makan semua? bismillahhh.............


Harga makanan di Restoran Dulu dan Kini @KLMUC ini serendah RM5 untuk menu ala carte. Manakala special untuk Bulan Ramadhan 1436H/2015M ini, Buffet Ramadhan hanyalah berharga RM48(dewasa) dan kanak-kanak hanyalah RM24 (12 tahun ke atas).. ai sendiri sudah rasa menu menu melayu yang diketengahkan oleh Restoran Dulu dan Kini @KLMUC . seriussssssss paling sedapp.............. sapa sangka ditengah tengah bandar KL ada pulak restoran Melayu Asli murah dan sedap macam ni.. rugilaa korang tak cuba makanan di sini heee ~


Apa menu-menu di Restoran Dulu dan Kini @KLMUC 
untuk Ramadhan 1436H/2015M,

Aneka Lauk Tradisi
Ayam masak lemak rebung
Ikan Patin masak tempoyak
asam pedas tulang rawan kacang hijau *
Daging dendeng
asam rebus nanas dengan ikan masin



Aneka Lauk Kini
Tafu lembut kukus
sambal udang petai*
sotong masak kicap
sayur campur
kari ayam ubi kentang


Sup
Sup campuran(daun sup& bawang goreng)


Ulaman Kampung
Aneka ulaman
Sambal belacan/tempoyak/cencaluk/budu/sambal gesek 

Aneka Lauk Sampingan
Aneka ikan masin/aneka telur
tempe/tahu/kerabu

Kaunter 1 
Kambing Panggang*
Lidah/Ayam Pangang
Air asam/black pepper mushroom/percik/mint souce

Kaunter 2
Roti Jala/Pengat Durian *
Rebusan Tradisional(Ubi/Pisang)
Kelapa Gula/Sambal
Bubur kacang hijau/ pulut hitam/pengat pisang

Kaunter 3 
Aneka kuih melayu
Aneka buah tempatan
air




*menu akan di rotate, setiap hari tidak akan ada menu sama*
**yang mana menu bertanda * tu, ai rekemen! sedap sangat !!!!!*








Info, 
Restoran Dulu dan Kini @KLMUC 
Waktu Operasi : Jam 8am-9.30pm
Alamat : Tingkat Bawah Blok A Wisma Sachdev di Jln Raja Laut, KL
Tempahan Ramadhan : Call 016-680 6994, 016-250 2073, 012-423 8120

map untuk ke Restoran Dulu dan Kini @KLMUC 







Yang pasti akan datang lagiii, rekemen !!!
signature ms eida
Read More ->>

Monday, June 22, 2015

Seri Lagenda Chicken Kenny Rogers Roasters

Kenny Rogers Roasters (KKR) mempunyai empat hidangan lazat yang baru sepanjang bulan Ramadhan 1436H menampilkan Seri Lagenda Chicken. Ianya ayam panggang Kenny Rogers Roasters (KKR) yang telah diperap dengan pelbagai rempah tempatan dengan kuah kacang pedas untuk menambat selera. Seri Lagenda Chicken juga dipadankan dengan nasi tomato serta pelbagai menu sampingan dan muffin perisa pandan..


Berikut adalah empat menu lazat Seri Lagenda Chicken ;

Seri Lagenda Lite Meal RM19.24


Seri Lagenda Lite Meal RM19.24


Seri Lagenda Soup Meal RM22.04


Seri Lagenda Chicken Meal RM25.07



amacam terliur? selain empat menu yang lazat ini, Kenny Rogers Roasters juga mempekenalkan minuman baru, sesuai sepadan dihidangkan bersama Seri Lagenda Chicken, iaitu Lychee Splash yang mana kedua dua menu ini hanya akan terdapat di KKR dalam tempoh yang terhad sahaja. jadik ayuh kita sama sama menjamu perut di bulan Ramadhan ni di Kenny Rogers Roasters. 


perfecto iftar ;))



Sedikit info untuk pemegang Kad KKR, korang akan dapat diskaun sebanyak 40% untuk Seri Lagenda Meal ini (dine in) dengan membuat membayar dengan menggunakan Kad KKR. Lagi, jika korang membeli dua set Seri Lagenda Chicken, korang akan dapat diskaun 20%, manakala jika korang membeli 3 set yang sama , korang akan dapat diskaun sebanyak 30%. Begitu juga pembelian 4 set Seri Lagenda Chicken dan ke atas, akan dapat diskaun sebanyak 40%!!!! jimat kan? boleh laa belanja family iftar di Kenny Rogers Roasters dengan mencuba Menu Seri Lagenda Chicken ;))




Harga Ayam Jatuh Mendadak di Kenny Rogers Roasters

Kenapa mendadak? korang tahu takk, kita akan dapat membeli Kenny's Whole Chicken yang kedua dengan harga RM1 SAHAJA apabila kita membeli Kenny's Whole Chicken yang pertama pada harga biasa di 100 Restoran KKR di Malaysia. *Tawaran ini hanya untuk dibawa pulang sahaja serta tidak sah untuk promosi atau diskaun lain, dan hanya terhad pada 100set yang pertama yg terdiri daripada dua ekor ayan setiap hari di setiap restoran*. okay? so korang, cepat cepat grabbbb tau ! buat menu tambahan untuk juadah berbuka puasa di rumah heeee ~




Bagi korang yang ingin berbuka puasa di KKR, 3langkah mudah untuk tidak menunggu lama. CALL @ datang ke Restoran KKR , membuat tempahan hidangan dan seterusnya membuat bayaran dan dapatkan nombor meja. satu jam sebelum berbuka puasa , korang dah boleh datang restoran dannn jemputt makann heee ~





Katering Kenny Rogers Roasters
ditawarkan di Lembah Klang, Penang, Perak & Johor.
Call 1-300-888-878 untuk info lanjut mengenai Roasters Catering.

Info lanjut Kenny Rogers Roasters,
Call 03-2199 9888
Website : www.kkr.com.my
FB : KKRMalaysia








Yang nak pergi KKR jugakk lahh hee, jom korang ?
signature ms eida
Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page