Monday, December 21, 2015

Tempat-tempat menarik di Seoul Korea | Petite France

Day 2 Itinerary: 
Petite France - The Garden of Morning Calm - Cheonggyecheon Stream - Dinner Ikan Bakar Dongdaemun - Shopping till drop di Flong Clothing Market

Percutian Bajet ke Seoul Korea  |  Tempat menarik di Seoul Korea salah satunya Petite France. yang mana ai pergi pada hari kedua.. seawal pagi 6am, kitaorang dah keluar dari hostel sebabnya Petite France ni jauh dari Seoul.. berhampiran dengan The Garden Morning Calm dan Nami Island.. Kalau korang nak jimat, boleh je sekali harung jalan tiga tempat ni seperti map di bawah TAPI ai nak luangkan masa LEBIH di Nami Island, jadiknya untuk hari kedua ni ai hanya pergi Petite France dengan Garden Morning je. Nami Island ai pergi keesokkan harinya. .. ;p
 
Nampak tak ade beberapa tempat yang tak sempat pergi, next time leh repeat hihi

 seawal 6am, tak de orang kat station hihi

 hanya ada seketul ahjuhsi sedang bermain hp ditemani oleh si eyuh bersilang kaki hihi

 keadaan dalam subway ketika jam 6am
 perjalanan lebih satu jam, berdiri. adehh lenguhhhh ;(


Tiga tempat ni (Petite France, The Garden Morning Calm dan Nami Island) kalau nak jimat, naik bas iaitu Gapyeong City Tour Bus yang lalu ketiga tiga tempat ni. Ai ada voucher bus free dari KTO (Korea Tourism Organization). so jimat sikit. Voucher tiket bas 5000Won , tambang bas sebenar adalah 6000Won, jadiknya ai perlu tambah 1000Won sahaja. jimat kan?


Direction ke Petite France & The Garden Morning Calm by Gapyeong City Tour Bus :
Turun di St Cheongpyeong (Gyeongchun Line) , Exit 2. Tunggu bas di bus stop dihadapan Station. Exit 1 jika nak ke Tourist Information.

 macam biasa tengok dulu route



Direction dari hostel adalah begini :
St Euljiro 4 sa-ga Line 2 (Hijau) --- St Wangsimni  --- dari St Wangsimni Line 2 tukar ke Jungang Line (Line J) --- berhenti di St Mangu Line J --- TRANSFER ke Gyeonchun Line --- berhenti di St Cheongpyeong .





dah nak dekat sampai baru dapat duduk, duduk pulak tepi antu juon hihi

 keadaan 8pagi di St Mangu

 dah nampak kaki memasing makin runcing hihi




Kitaorang sampai awal pagi sangat dekat St Cheongpyeong tu. sejuk ya amat masa tu. xberani nak keluar dari station kehkeh. Nampak pulak mesin gedegang jual kopi. ayuh beli. murah je air kopi dekat mesin mesin gedegang ni.. 300won je secawan huu ~ Nak naik Gapyeong City Tour Bus kene Exit 2. tunggu bas dekat bas stop berhadapan dengan station. keluar keluar je terus nampak bus stop. don't worry. bas pertama pada pukul 9.35am. bas datang ikut masa yek. jangan berani pergi mana mana kalau tak kene la tinggal bas hihihi . . kalau korang tak de vocuher bus tak pe, boleh je bayar masa nak naik bas itu. sediakan duit tambang ngam ngam sebab diaorang jenis tak baki baki. Sementara tunggu bas, kitaorang posing sikit. hihi. walaupun sejuk, ase nak pakai glove TAPI macam poyo lak. tapi serius SEJUK gilaaakk ! baru Autumn ni? kalau Winter ntah macam mana huu ~

 kereta korean besar besar semuanya

 belakang ai tu la bus top di hadapan St Cheongpyeong

 sebelah bus stop pastikan ada tiang signboard ini.

 ada jadual bas. bas pertama pukul 9.35am

 ni la voucher tiket dari KTO untuk Gapyeong City Tour. diskaun 5000Won hee~


Bila bas dah sampai, naik bas just serahkan kupon KTO berserta duit dan mohon duduk bebaik yek. sebabnya jalan kona kona untuk ke Petite France ni. layan laaa kona sikit ahjuhsi bawak ... Sampai di Petite France orang dah ramai. berderet bas tour parking. huhu. so terus ke kaunter tiket yek. disebabkan ai ada kupon KTO untuk entrance Petite France, sila guna. macam eyuh dia xde.. Kupon KTO sebanyak 1000won sahaja. So ai just bayar 7000Won. Entrance fee sebenar 8000Won

yang tak de vouchr dari KTO, boleh je bayar dalam bas terus. tu harga tambangnyaa

 
 view dari dalam bas
 kiri kanan ada tasik eh tasik kan? hihi




Apa je yang ada di Petite France? sapa peminat Korean Drama boleh la datang sini. banyak gak port port menarik drama 'My Love From The Star' untuk kita posing hiii ~ pemandangan dia bagi ai cantik. angin sejuk sejuk. kawasan di Petite France ni besar. ada persembahan bagai kalau korang nak tengok. tapi kitaorang tak tengok pun. just jalan jalan snap gambar sana sini. ok dahh. explore pun tak sampai separuh. penat dah HAHAHHAHA


 dah sampai depan Petite France

Eyuh #1

Eyuh with LOVE  

dimana ada korean, disitu ada Eyuh hihi

nampak takkk berduyun tour datang belakang tu? huhuhu

 tutup mata pls?

 taknak, nk tutup mata sebelah jewww hihi

peace ! jalan jalan round satu Petite France sampai lenguh kaki !

asal jumpa mural, berhenti bergambar hihi

ada oppa tak sana?

Eyuh & Ida



korang nampak macam panas TAPI percayalah sejukkkkkkk !!!!



Korang perasan tak? kitaorang TAK makan dari pagi. HAHAHA time ni perut dah lapaaa teruk ! ada je café dalam Petite France ni TAPI tak tahu halal ke tak kan? so kitaorang tak lepak makan , just beli Waffle Chocolate kongsi dua orang hihihi as alas perut ku ;p .. sambil makan sambil jalan menuju ke bas stop yang mula mula kita datang tadi. malas dah nak pusing Petite France, cukup la.. ayuh kita ke next destinasi pulak.. heee ~ menuju ke bus stop mula mula datang tadi, tunggu bas disitu untuk ke The Garden Morning Calm . naik bas yang sama. TAK perlu bayar. dia sekali bayar je masa mula mula naik tu. tu yang jimat hihi. korang just perlu tunjukkan je tiket mula mula datang tadi. hah! korang jangan letak merata mahupun mengatal tangan nak buang tiket tu ye? sila simpan ;p


 ni bas stop kita datang tadi. so tunggu bas nak ke The Garden Morning Calm
 pun dekat sini jugak.


 berderet bas. oh ada Cu Mart di situ. nak beli jajan boleh la hihi





Info,

Admission Fees
Adults: 8,000 won / Group: 6,000 won
Youths: 6,000 won / Group: 5,000 won
Children: 5,000 won / Group: 4,000 won
* Group: 20 people or more

Directions
[Bus]
From Dong Seoul Bus Terminal or Sangbong Bus Terminal.
Take an intercity bus to Cheongpyeong (청평).

From Cheongpyeong Terminal, take a local bus bound for Goseong-ri (고성리).
Or, from the Cheongpyeong Terminal, take Gapyeong City Tour Bus to Petite France.

Operating Hours

09:00-18:00 (Last admission: 1 hour before closing.)
* Late night opening hour has been extended.


Info lain di Petite France , korang leh baca DI SINI ;))






Kira kira - Bajet seorang ke Seoul Korea

Kopi 300 Won (convert ke duit Msia = RM1.10)
Gapyeong Tour Bus 1000 Won (convert ke duit Msia = RM3.70 )
Entrance Fee Petite France 7,000 Won (convert ke duit Msia = RM26.30 )
Waffle 2,000 Won (convert ke duit Msia = RM7.50)

TOTAL RM38.60




Last Entry , jemput baca : mohon di klik :

7 comments:

  1. sana sini pun canti karr korea nih!!! arghh sakit hati kita wak!! hahaha..

    ReplyDelete
  2. petite france, tempat penggambaran running man episod awal2 dulu... heheheh....

    ReplyDelete
  3. waaah seronoknya pergi awal awal pagi!

    ReplyDelete
  4. Mcm mana nak dapat kupon diskaun tu??... leh share?? :)

    ReplyDelete
  5. My LOve From the Starrrrrrrrrrrrrrrrrrr Ya Allah bestnya daaaa. aku rasa mcm aku dh kat sana masa baca entry ko! doa kan aku sampai sannnnaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page