Monday, November 23, 2015

Persediaan ke Korea Musim Autumn (Musim Luruh) 2015

Persediaan ke Korea Musim Autumn (Musim Luruh) 2015  |  Entry pertama untuk Percutian Bajet ke Seoul Korea dimulakan dengan entry persediaan. Persediaan dilakukan beberapa bulan sebelum pergi.. duit dah simpan setahun. kira oklah kan? Kejap, kenapa ai pilih Autumn? bukan Winter? bukan Summer? Spring ? sebabnyaaaaa dah lama pendam cita cita nak pegang daun maple merah. boleh gitu? hihi .. Tapi orang kata, musim paling BEST nak pegi Korea ialah masa Autumn dan Spring.. orang kata laaaa .. nanti lepas ai dah tawaf empat musim, ai bagitahu yang mana paling best ok? #ehhh  ;p

belanja sekeping daun merah hiiii ~


Persediaan ke Korea Musim Autumn (Musim Luruh)   |  Persediaan antaranya barang barang yang nak dibawa ke sana. Al maklum la tak pernah pergi negara 4 musim kan? so tak tahu apa yang penting, apa yang perlu dibawak ..so selepas baca beberapa blog dan research , inilah senarai yang ai dah buat untuk keperluan ketika di Seoul nanti ;))

alamak gelap sikit. tapi still nampak kan? hihi
Check list Keperluan ke Seoul Korea


Persediaan ke Korea Musim Autumn (Musim Luruh)   |   Basically, itu lah senarai dia TAPI ada jugak yang ai tak bawak, macam Mafla, cukup memadai glove sahaja. Autumn memang sejuk kalau dipagi hari dan ketika hujan. Dua hari sebelum ai balik Malaysia, hujan je sepanjang hari. Masa tu, sejuk sampai ke tulang, sampai tak boleh berfikir . jem otak ! sebab menahan sejuk sangatttt.. nak menyorok kat mana pun dah tak tahu hukhuk ~ 

Macam raincoat bagi ai tak penting TAPI sebenarnya diperlukan ketika hujan.. masa hujan tu, eyuh siap beli payung lagi... cute comel je payung dalam 3000won. siap bawak balik Malaysia lagi !!! hikhik ~ so kalau ada raincoat sesiap dari Malaysia jimat sikit ah kan? hihi

 FRAGILE kemain hikhikhik
Orang yang jaga kaunter Air Asia ni, siap buat muka bila ai cakap nak check in payung ni kehkhekeh . tau tak orang Msia ni jimat orangnya!!! hihi



Sambal ikan bilis ai tak jadik bawak sebabnya tak boleh naik fly means tak boleh hand carry . Boleh bawak tapi kene masuk luggage ke kargo. Kitaorang tak check in luggage. konon nak jimat hihi. So korang kalau nak bawak pape makanan boleh je tapi make sure masuk dalam luggage dan check in kargo. pastu jangan lupa declare semua benda yang korang bawak okay?


Senarai barang barang yang dibawa ke Seoul:

 ai bawak stok makanan ini jek. hihihi

 ubat-ubatan


korang nampak Vicks tu? tu lah nyawa ai dekat sana, HAHAHAA, kenapa? bila kita masuk subways diaorang, satu BAU semacam ai buat ai rasa nak muntah ! 1st day naik macam cannot goo.... ai cepat2 sapu vicks ni kat hidung kat dahi. hihi. baru macam legaaa sikit dok dalam subways tu... bau apa pun tak tahu, yang pasti kurang enak ah! bau tak mandi kot? hihihi ~ so korang WAJIB bawak VICKS okay! ai kan, setiap kali nak masuk subways, dah menggelupur sapu. hikhikhik..

 Heat Pack a.k.a Pocket Warmer ni serius WAJIB!!! 
Beli dekat Daiso satu paket RM5.30 jek hihi
cara nak guna poket warmer ni : bukak plastik dia, masukkan je dalam poket. sebaik2 nya bukak plastik bila korang start keluar dari hostel, sebab boleh tahan lambat dia nak panas hihihi.. ai selalu bukak plastik masukkan dalam poket kiri dan kanan selepas keluar dari hostel dalam pukul 6.30am, nanti dekat dekat pukul 10 11am die panas lahhhh HAHHAHAHA lmbtkan?


 lip bam sangat penting. waktu sejuk, bibir cepat kering dan merekah. kang pedih, so sesiap sapu lip bam ye.... toiletries ai bawa walaupun hostel dah sedia.. tak biasa guna hostel punya hihihi

 neck pillow. disebabkan perjalan dari KLIA2 ke Seoul makan masa 6jam30minit, so aktiviti dalam flight adalah mentidoooo ZZZzzzzZZZz jek, so naik Air Asia ni faham faham jelan kan? seat tegak kemain. so neck pillow diperlukan untuk sedikit keselesaan . sedikit je tau! HAHA

yang lagi satu tu, panties pakai buang. sebelum beli ramai cakap tak selesa pakai bila nak berjalan? ai pakai ok jek hihi. mungkin ai beli jenis cotton. tapi nama je pakai buang, tapi kitaorang still bawak balik Msia jugak...... haaa sayangggggg HHAHAHHAA

*beli kat Jaya Jusco, Brand Scarlet 1 paket RM10*



 Pergi Korea, plug yang digunakan ialah dua pin tu haaa.. kalau korang beli Travel Adapter adalah sekali. Tapi cari yang dua pin tau. dan extension wayar pun ai angkut sekali, al maklum laaa banyak gadjet yang perlu di charge hehehhee 

 dan INI pun penting . Itinerary korang. ai siap kan dalam versi buku kecik A5. hee~ senang nak rujuk kesana dan kemari.. siap print maps subways.. nasihat ai, korang print segala maps, print segala voucher yang korang nak guna sesiap. macam maps ke hostel ke. voucher book hostel ke . simpan dalam satu sampul dan bawak itu okay?

 INI lagi WAJIB, xde duit korang tak leh nak jalan hehe. oh yaaa, ai kan sesiap buat jadual tukaran duit heee ~ print siap siap senang nak refer bila nak shopping nanti heee...


Settle masalah itu. masalah pakaian pulak HAHAHA. memang masalah sampai ke sudah tak habis habis lagi. sebab ada blog yang kata Autumn tak berapa sejuk. pakai sweater settle. ada blog yang kata sejukk .. so dia sebenarnya depends cuaca korang nak pergi tu macam mana? kene rerajin check ramalan kaji cuaca kat Seoul.... mengikut kajian, tarikh yang ai pergi tu sejuk dia cecah 8°c .. silap besar ai xde jaket tebal. sebabnya, memang sangat diperlukan bila hujan. sejuk dia lain macam. sweater sangat tak berkesan. akibatnya, kitaorang menggigil HAHHAHHA .. tapi nasib baik ada warmer sedikit sebanyak membantu memanaskan badan huuu ~ so korang, at least sediakan satu jaket tebal ye? boleh je beli dekat Seoul, tapi harga boleh tahan. ai survey dalam RM200 tapi sebenarnya dah cukup murah berbanding KL yang harga RM400 kan? hihi


Untuk percutian ke Korea selama 8hari7malam ni, ai just bawak 3helai seluar yang paling SELESA, 3helai baju ala ala sweater, 1 baju tebal, ai ada bawak inner baju 2helai , konon konon nak cover sejuk, sedikit sebanyak membantu laaa kott hihihi .. 2helai baju yang lain, ai just beli dekat Seoul sahaja... harga? cari paling murah tu pun dah lawaaa sangattt. boleh dapat 5900Won, 10,000Won, 19,000Won.. TAPI, sebaik-baiknya, korang get ready satu jaket tebal ye? sbb kadang kadang cuaca tak menentu.....


Kalau beg pulak, tak payah la bawak handbeg, melainkan korang ikut tour. macam ai jenis backpakers je, disarankan bawak bagpack. memudahkan tiap masa. kalau beg silang pun okay sebenarnya TAPI bila dah macam macam benda korang sumbat dalam beg tu, dah jadik berat. lama kelamaan bahu korang pun sakit.. so play safe, please bawak bagpack SAHAJA heee~ 


Bab kasut, pleaseee JANGAN pakai sandal, heels,TAPI seelok eloknya pakai kasut sukan. memang KAKI takkan sakit sangat.. bertutup la sebab sejuk. at least kaki tak kene dek angin sejuk hihihi... Tudung? ai ingat nak pakai tudung ala kadar jek sebab hostel tak sediakan iron. TAPI eyuh baik hati sangat waktu pergi nak tolong bawakkan mini iron ai heee ~ so ape lagi , ai pun bawak la 5helai shawls kekekkekkekee... korang ade mini iron? beli ah! online banyak jual hihi

kebanyakkan hari, OOTD ai macam ni jek. HAHAHA mana tak sejuk ye tak? kehkehkeh
Ada yang bertanya harga selalu , sini pun ai letak sekali.. dalam IG FB pun ada ;))
Kasut Cotton On : RM59
Seluar Brands Outlet RM49
Sweater HRC Seoul 54,900Won
Begpack 10,000Won



Persediaan ke Korea Musim Autumn (Musim Luruh)   |  Itu jela yang ai boleh kongsikan. kalau ada apa apa lagi yang ai teringat, ai akan update sini... Ai pergi tarikh 1hb-8hb November. time awal November, memang daun tengah merah kuning. hai laaa cantik sangattttt ;)) kenapaa Malaysia xde macam ni kan? hihi . .  Next entry ai share macam mana nak fahamkan subways di Seoul Korea okay? senang je kacang goreng... jom backpacker ke Korea ! no need tour agent. korang enjoy kehidupan Korean people . turun naik subways. turun naik tangga. enjoy sangat !!! ;))




p/s : korang , ai is ada beli sourviner untuk readers yang setia membaca blog ai. so pastikan korang keep reading my travelog ke Korea ni sebabnya dari entry entry yang akan datang, ai akan pilih the lucky one . suka takk? heee ~ dont miss !



Last Entry , jemput baca : mohon di klik :







Yang nak repeattttttt ! sapa nak ikut jom !! hihi,
signature ms eida

30 comments:

  1. niceeeeee..........boleh bookmark entry korea ni.......yay!

    ReplyDelete
  2. Part tang viks tu hahahha, masuk subway bau semacam ye, haishhh pelik plak orang Korea ni tak ada perfume khas ke dalam Subway hahaha okey noted, nak pergi ntah bila tapi suka baca je dulu.

    ReplyDelete
  3. tak sabar nak tunggu next entry...
    ni yang rasa nak je pegi korea..

    ReplyDelete
  4. fuh terbaiklah ida.. tak sabar nak melancong gak ni hihihi

    ReplyDelete
  5. wahhhhhh..details....bestnyeeee..tggl nk pegi je ni..haha

    ReplyDelete
  6. finally eida pergi korea jugak! woot woot! tengok entry sy pulak ye, backpack jugak tak bawak luggage.. hehe..

    ReplyDelete
  7. ida.. nak jugak itinerary
    amerda@ssm.com.my

    ReplyDelete
  8. kt korea mmg byk naik subway..turun naik tgga tp sbb akak bw ank guna stroller bole guna lif...time akak pegi dlu tkde plak ada bauan dlm subway

    ReplyDelete
  9. daaaa akk tak leh pegi lg kan da..nnt sakit kaki pulak nak heret budak2 ni hahahahaha..ke akk pegi, ida jg kan 4 hulubalang..plsss da hahhahahaha

    ReplyDelete
  10. Bestnye musim luruh..dpt mandi bunga hehe

    ReplyDelete
  11. yang pertama baca tapi yg akhir komen hahah

    ReplyDelete
  12. Terus exited nk g korea bl baca blod ida ni..haih,hope tercapai lah hasrat..aminn..sentiasa follow blog ni tuk amik ilmu..hehe..

    ReplyDelete
  13. Exited sgt nk pegi bl baca blog ida ni..hope tcapai hasrat nk jejak kaki ke korea..i wish..
    Sentiasa follow blog ida..

    ReplyDelete
  14. suke suke..terasa nak pergi koreaaa, kak ida mcm best je kalo dapat peluang join kak ida travelling mana2..

    ReplyDelete
  15. Hai awk..bole emailkan sy jadual tukaran duit korea? Ida pg korea bwk beg galas je ke msuk kabin?sbb sy xbeli baggage 25kg dr msia. Nak jimat..hehe
    Ni email sy coennurul@gmail.com

    ReplyDelete
  16. Hai awk..bole emailkan sy jadual tukaran duit korea? Ida pg korea bwk beg galas je ke msuk kabin?sbb sy xbeli baggage 25kg dr msia. Nak jimat..hehe
    Ni email sy coennurul@gmail.com

    ReplyDelete
  17. tq atas semua info.... berangan sgt nk gi korea...tp angan dulu la hihihi.....mntau akan jd kenyataan

    ReplyDelete
  18. woah....bt mkin tk sabar nak pergi...hahaha wlaupun lme lg nk g...dh excited bt research psl trip autumn nnti XD

    ReplyDelete
  19. Nak jadual tukar duit, itenary & barang utk di bawa ^_^
    Thank you in advance kakak cantik :)

    Email: btravels2015@gmail.com


    ReplyDelete
  20. Salam
    Sy akan ke korea bln 11 ni dgn anak2 umur 3thn 1& 2 thn.. boleh x emailkn details2 yg awak nak share tu norheleza.sharipudin@yahoo.com
    Tq in advance :)

    ReplyDelete
  21. HYE IEDA.. saya dh emial kat ieda request the itinery n jaduak tukar wang tu.. in case blh email saya x pliss. nash_oshyaa@yahoo.com

    ReplyDelete
  22. Salam sis. Nak jgk segala itinerary tu. Kasi je sume nanti i nak study semuanya. cikhanamo@gmail.com

    ReplyDelete
  23. Salam sis. Nak jgk semua itinerary jadual duit ape sume tu. Tq cikhanamo@gmail.com

    ReplyDelete
  24. Salam Dear, sambal ikan bilis camne yang tak bole bawa naik cabin? sebab plan nak bawa juga ni.hahahha

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page