Hostel /Guesthouse Bajet Murah je di Seoul Korea | Untuk makluman, ini adalah Percutian Bajet ke Korea. jadiknya, takkan ada hotel pilihan yang ada bathtub, takkan ada LIFT, takkan ada disini. kekekkee.. Ai is cari hotel yang murah murah, yang bajet bajet je masa bercuti di Korea ni.. bagi ai, sekadar dapat melepaskan lelah ok dah cukup . sebabnya, aktviti kita penuh dari satu hari ke satu hari. tak payah nak hotel sangat boleh? HAHAHA melainkan korang mempunyai duit kepuk kepuk dalam poket so silakaaaannnn ;)) so kami memilih untuk stay di hostel ataupun guesthouse sahaja heee ~
Hostel /Guesthouse Bajet Murah je di Seoul Korea | Macam biasa, website kegemaran bila book hotel hee ~ Agoda.com . .berbulan gak ah cari hostel/guesthouse .. mana tak nya, nak murah tapi dekat dengan subways .. nak ada provide break1st , nak ade heater, nak ada TV, haih semua nak !!! HAHHAHAH , tapi pape pun syarat pertama ianya mestilah M U R A H ;))
Last last, pada satu Jumaat yang indah, ai berjaya menempah. yeayy ! Tak banyak review pasal hostel/guesthouse kitaorang duduk ni. search dalam blog mana mana tak jumpa pun. berani matikkk je book ni. tapi tak pe la, lepas ni dah ade satu blog yang review. ehem. kikikiki ~
Kedudukan dia strategik bila dekat dengan subways dan station bus yang nak pergi ke airport.
Ai book Travelers A Hostel untuk 8hari7malam. paid via Agoda.com . . Kitaorang pilih bilik yang paling BASIC. Bilik kitaorang just ada katil queen, muat muat kami duaorang yang comel ini, ada TV tapi tak bukak pon, ada penyangkut baju, meja TV dan bilik air yang biasa sahaja . janji ada HEATER. air bapakkkkkkkkkkk sejuk teruk okay! mak gigil mandiii weiiii ;p
memang tak de lift hostel ni. naik tangga curam macam ni please selama 8hari. kesian kaki. bilik di Tingkat 2 harap maklum... apa kegunaan tempat gelungsur warna merah tu? jangan korang pi duduk situ main gelungsur sudah!!! itu tempat kita heret beg kita. kan ada roda kan? letak di tengah, then seret turun or naik..... xde la penat sangat bawak luggage naik tangga. kreatif !!!
tadaaaaaaaaaaaa.. inilah bilik kitaorang. walaupun di tingkat dua TAPI sebelah jee dengan sumber air kehkehkeh. tiap malam amik air buat air panassss weeeeee
buka je pintu bilik nampak pintu bilik air. laluan sempit sikit
TAPI xpe kami kurus HAHHAHAH *ajet ajet poyo*
bilik air bersih walaupun kecik. ada heater. itu paling UTAMA
ada toiletries disediakan. towel pun ada TAPI kene mintak dekat kaunter.
meja dan seketul kerusi
seketul katil queen dan tempat penyangkut baju. okay laaaaa
Bilik dia bagi ai, bersih tapi kecik. tapi okay je sebab nak balik untuk tidur je pun. tak yah grand sangat lah. duit kepuk kepuk baik kita shopping lagiiii bagus hee ~ selain tu, dalam bilik ni ada peti ais kecik, ada peti besi tapi kitaorang tak guna pun huhu .. TAPI yang paling paling paling BEST, wifi dia laju terukkkkkkkk walau dalam bilik! Mana tak laju, eyuh sampai leh layan drama korea dia tiap malam, ai is layan update status di media sosial HAHHAHA . . nyawa babee nyawaaaaaaaaaa :p
Oh ya, nak bagitahu, bilik ni ada floor heating. maknanya kalau musim sejuk sejuk, kita pasang la floor heating, so kalau duduk bersila or lepak atas katil still terasa warm gitu, suam suam gitu. so xde la kita tidur dalam kesejukan. kalau waktu panas pulak , musim summer la selalunya, ada aircond disediakan. gituh! punya la suka ada floor heating kan ai siap letak je stokin, panties bra yang dah siap basuh atas lantai, esok pagi bangun, dah kering !!! HAHHAHAHHA rare kan? chuiii
ada TV besar depan lobi tapi kitaorang tak sempat nak lepak lepak punnn
pintu masuk. tak boleh masuk sesuka hati . ada pasword yang mana guest sahaja yang tahu.
safety first! heee ~ balik pukul 12am pun tak de hal, janji ingat pasword anda! HAHAHAH
kaunter
ahjuma ni tak reti cakap english tapi ai tahu dia peramah. she try to be friendly dengan kitaorang walau kami macam ayam dengan itik kehkehkeh
ada PC korang leh check facebook secara FREE kehkehkeh TAPI malas la nk lepak bawah, dalam bilik pun ada wifi laju teruk. main facebook sambil goyang goyang kaki atas katil lagi syokkk woooooo hihihii
Hostel ini provide break1st wehooo ! TAPI kitaorang tak pernah satu hari pun brekky sini. sebabnya, pukul 6.30am dah keluar dari hostel. HAHHA kemain awal kan? kitchen ni bukak pukul 8am. so xdannnnnnn . .
lain lain kemudahan yang ada. ada mesin basuh juga TAPI nk basuh baju kene bayar. ahjuma tu yang akan basuh baju kita bukan kita . arraso?
ada menyediakan service letak beg if korang check out awal dan flight korang petang or malam. FREE je kalau tak silap ai heee ~


kitaorang berada di hadapan hostel wiiii ~
#EyuhIdaKeKorea
Direction ke Travelers A Hostel :
Kedudukan Travelers A Hostel
Kalau korang dari Incheon International Airport Seoul, Korea naik Bus Airport Limousine, korang kene turun di Station Bas yang berada di hadapan Kukdo Hotel a.k.a Best Western Gukdo. lepas tu cari Exit 4 Subways .. Kalau korang naik airport railroad dan subways je Incheon International Airport Seoul, Korea , turun di Subway Line 2 Exit 4 (Euljiro 4(sa)-ga) Line Hijau. . Okay directionnya macam ni :
Keluar je Subway Line 2 Exit 4 (Euljiro 4(sa)-ga) Line Hijau , akan nampak tiang ni. kalau korang jumpa tiang ni. dah betul laa tu. heee ~
depan area kawasan tiang tu, korang akan nampak pemandangan ini. cam kan nama kedai walau korang tak reti nk sebut nama kedai tu hihihihi . dari sini korang jalan terus sampai jumpe lorong belah kanan yang pertama
ini lorong sebelah kanan yang pertama. korang akan nampak kedai ni. masuk dan jalan terus lagi..
korang akan lalu kawasan parking kereta macam ni. jalan terus lagi sampai ke hujung lorong.. disitu ada simpang tiga..
haa jalan sampai hujung sana tuu......... yang ada motor lalu tu?
dah sampai hujung lorong , korang akan nampak kedai samsung ni depan mata, jalan menuju ke kanan okay? jalan tak berapa meter sila korang panjang panjang kan leher tengok signboard hostel yang berada di atas bangunan....
korang jalan terus tadi kan, alert sebelah kiri. korang akan nampakkkkkk Travelers A Hostel heeee ~ senang jek! walau kami sesatt masa nak cari tu kekekkekekke ;p
Ramai tanya kenapa tak duduk dekat Namsan Guesthouse? yang mana sangat popular dikalangan orang Malaysia yang pergi Korea. hmm bagi ai hostel tu mahal. sehari cecah RM200. kalau ikut harga agoda.com la . . Memang dekat dengan sumber shooping kehkehkeh. TAPI ai is lagi mementingkan MURAH HAHAHA since nak duduk pun 7malam kan? kayap weii kalau hostel saja kene bayar RM1400 kan? saia tak de duitttttt ;p
Untuk Hostel/Guesthouse Bajet Murah je ni , satu malam berharga RM106.50 (harga agoda.com ketika itu) . so, kami berdua, total ni kami bahagi dua dan darab dengan 8hari kitaorang berada di Seoul... tongtong kiranya. so jadiklah penginapan selama 8hari7malam di Seoul Korea untuk seoarang di TravelersA Hostel ialah RM426.00 SAHAJA. murahhhhhhhhhhh kannnnnnnnnnnn !!!
Jom repeat Korea !!! hikhikhik
Info,
http://www.travelersa.com/
http://www.agoda.com/travelers-a-hostel
Kira kira - Bajet seorang ke Seoul Korea
8hari7malam di Travelers A Hostel = RM426.00
TOTAL RM426.00
Last Entry , jemput baca : mohon di klik :
Travelog Ke Korea ke Ida?
Harga Tiket Flight ke Korea
TEASER KOREA
Persediaan ke Korea Musim Autumn (Musim Luruh) 2015
Hostel/Guesthouse Bajet Murah je di Seoul Korea
Harga Tiket Flight ke Korea
TEASER KOREA
Persediaan ke Korea Musim Autumn (Musim Luruh) 2015
Hostel/Guesthouse Bajet Murah je di Seoul Korea
Yang rekemen hostel/guesthouse ni!!! ,

Read More ->>