Thursday, October 1, 2015

Bercuti di Avani Sepang GoldCoast Resort

Maaf baru update shortvacay ni.. Bercuti 2h1m di Avani Sepang GoldCoast Resort   |  Syukur.. akhirnya tiba lah masa ai meng-redeem voucher yang ai beli di Matta Fair tempoh hari.. cadang memang nak pergi redeem masa ini sebabnya badan dah letih sangat since bulan raya sibuk sangat dengan tempahan Coklat Fountain. dapat bercuti dua hari satu malam dekat dekat macam ni pun dah kira syukur alhamdullillah heee ~

Kedudukan bilik 
Voucher beli dari Matta Fair. sedikit murah dari kita book ONLINE dengan hotel.
Amik pakej 2D1N Superior Room with Dinner & Break1st. Include all Extreme Park Games - RM640 /-

 Avani Sepang GoldCoast Resort ;))

 pemandangan dari balkoni bilik sebelah kanan

pemandangan dari balkoni bilik sebelah kiri



Dari Bandar Tun Hussin Onn, Cheras ke Avani Sepang GoldCoast Resort tak lah makan masa yang lama. dalam 1jam dah boleh sampai kalau tidak menyinggah mana-mana tempat lain. macam ai, dekat 2jam baru sampai di Avani Sepang GoldCoast Resort sebabnya dok menyinggah pekene Cendol Bakar @Dengkil *klik* hikhikhik ~ situ je melepak melepaskan haus berjam jam kekekkekeke ~

 honey to the moon starts! hihi




Sesampai sahaja di Avani Sepang GoldCoast Resort, terus check in. TAPI ada satu masalah sini iaitu parking.. menurut guard hotel, kita tak dibenarkan parking sesuka hati di dalam kawasan hotel. kene parking nunnnnn jauh ke luar. itu parking FREE tapi jauh nak menapak ke Lobi Hotel. kalau STILL nak parking dalam kawasan hotel (Valet Parking), kene bayar Per Entry RM20. kalau dah parking pastu keluar balik pastu nak masuk balik parking, sila bayar lagi RM10 HAHAHAHA menangis ai is dengar guard tu explain huuuu ~ sudahnya? moh la kita parking FREE.. menapak sikit laaaaa ;p *bolehkurus*


 
 parking la kita macam ni. kat tepi tepi bahu jalan. parking risiko sendiri. 
TAPI ai parking sini tiada masalah apa apa. sib baik ~




Lepas parking, terus check in. urusan di kaunter check in senang je. sebab ai kan guna voucher yang mana ai dah bayar sepenuhnya. just amik kunci bilik. siap request tak mo bilik yang kat Main Trunk Palm. nak duduk dekat dahan dahannya hii~ nasib baik dapat ;)) disebabkan lobi hotel jauh sangat dari bilik dalam 5km gitu, so kitaorang beratur untuk naik buggy car. ohh ya check in pukul 2.00pm.. jangan lambat, rugi. bilik mahal dan cantik HAHAAHA

 
 naik buggy hihi~




masuk masuk je bilik, wahhhhhhhhhhhhhhh mata terpaku. cantiknya view ! bilik macam biasa. standard hotel lah kan kecantikan dia. TAPI view balkoni dia lawa. plus hotel semuanya diatas air kekekke. ai is perasan ala ala maldives sikit ! HAHAHAHA.. PALING RARE, shower dia cermin babe. kalau lupa tutup langsir, kompem ko bagi free show dekat block depan ko. HAHHAHAHA .. tapi sayang, Bilik Superior Room xde bathtub . . baru nak menyelam same same kekekekke ;p

 dari dalam bilik

 nampak tak hubby berdiri sebelah cermin shower tu? hihi


 TV kemain besar. dok layan movie jekk memalam tau. ehem. ;p

 nice room. angin kuat suka !!!!

 ai rasa disebabkan hotel ni di tengah laut sedikit, macam aircond TAK kuat sangat. ke ade sebab lain? tu pasal ai suka bukak sliding door biar angin masukkkkkkkkk

 
 petang petang chit chat dekat sini. bincang masa depan kekekeke
kopi mana kopi???  ;p




Apa je aktiviti hari pertama? lepak lepak bilik. malam pergi dinner. esoknya bangun pergi break1st. pastu masuk bilik sambung melepak lagi. perghh heavennyaaaaaa hidup macam ni.. nak hari hari macam ni boleh tak sayang? kekekeke ;p tapi keesokkan harinya ada aktiviti. nanti ai share next entry okay? hehe
 
ni masa nak pergi dinner. jalan kaki sajokk. . boleh tahan penat HAHHAHA
sbb bilik ai hujung kaliiiii 


sunset dari balkoni bilik
CANTIK ! SUBHANALLAH ;))




Alamat Hotel :

AVANI Sepang Goldcoast Resort,
No. 67, Jalan Pantai Bagan Lalang, 
Kg Bagan Lalang,, 43950 Sungai Pelek, 
Selangor Darul Ehsan
T : +603 3182 3600E : sepang@avanihotels.com








Yang rasa kalau nak lepak sini selalu TAPI duit yillek! HAHHAHA
signature ms eida

27 comments:

  1. santekkkk sgtttt view..blk pun cantekkkkk tp sygnya xleh mandi sesama..rugiiiilaaa..hihihi

    ReplyDelete
  2. Wah.. bestnya Ida.. Berhoneymoon.. ;)

    ReplyDelete
  3. wowwww - bestnyer - teringin nak g

    ReplyDelete
  4. Cantiknya AVANI ni, tengok dari luar sahaja, mandi kat pantai bagan lalang tu

    ReplyDelete
  5. cantik.


    (matik la drop komen 1 patah je macam orang yg suka drop komen, tp sebenarnya tk baca pun apa isi entry. Haha. Tapi akak baca tau....)

    ReplyDelete
  6. Duit. Marilah dikau. Hahaha. Best r da..

    ReplyDelete
  7. Ok dah jatuh cinta dgn avani...ritu kak ju pi depan avani je sekodeng dari jauh hahahhahhaha, bila tgk sunset tu mak aiiiiiiiii jatuh cintaaaaaaaaaaa....bila lagi matta fair ni huwaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  8. alamak!! ari tu cuti² g melaka pun x update² wakakaka .. cantiknya ida snap gambar pemandangan ... gambar 2, 4 dan yg akhir sekali ...

    ReplyDelete
  9. syoknya, tak pernah lagi bercuti di sini..

    ReplyDelete
  10. alaaaa parking sndiri ke daaa..pttnya dia sediakan la parking utk tetamu kan..tapi tmpat ni cantikkk..teringin nak pegii

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni satu aje kerisauan aida...
      anak ramai... nak bwk brg byk mak aii!
      parking kat luar la plak kan...

      Delete
    2. parking luar pun ada buggy/van ambik dan hantar ke lobby, (parking luar tu ada guard jaga xde masalah).if nk stay avani
      2 bedroom villa rm600 , 0122208140

      Delete
  11. bestnyaaa cntik viewnya idaaaaa oii

    ReplyDelete
  12. ok dah baca.. bila lak mata fair nie? nak p beli gak la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. matta fair tahun 2016 adee dkna. mohon suh jai pergi k? hihihihi

      Delete
  13. pehhh lawah gilerrrrrrrrr anga ada rasa2 nak terjun tak dari bilik tu hehehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. anga ade rasa kaklin tp xreti berenang TAKUTTTT HHAHHAHHAA

      Delete
  14. wow. aida singgah sini time google pasal avani :)
    wow. menarik!

    ReplyDelete
  15. Assalam kak, bpe satu malam kat sini ya kalau booking?

    ReplyDelete
  16. Tumpang iklan...sesiapa yg teringin nak bercuti di avani sepang boleh cntct saya..saya ahli tapi dah selalu pergi..saya jual harga ahli je..0132695286..

    ReplyDelete
  17. Tak pernah lagi sampai sini. Tengok dalam tv kot kat astro ada artis datang sini.

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page