Wednesday, October 21, 2015

Aktiviti di Extreme Park, Avani Sepang GoldCoast Resort?

Ramai tanya apa je aktiviti yang kitaorang buat masa bercuti di Avani Sepang GoldCoast Resort? Entry pertama korang boleh baca SINI ;)) Ramai kot yang TAK TAHU, di Avani Sepang GoldCoast Resort ada Extreme Park. yang mana ada beberapa games yang kita boleh main untuk isi masa semasa bercuti di sana. ohh kalau tak suka, korang just boleh jalan jalan ataupun naik basikal kayuh kayuh pusing tawaf satu Avani Sepang GoldCoast Resort ;)) best tau !!
 


Sebelum kita explore Extreme Park, pagi pagi lagi ai dah ajak hubby pergi break1st.. bangun pagi tau. jangan TAK percaya HAHAHA ~ mula mula tu kitaorang just jalan kaki je. jalan berdua-duan sambil pegang tangan , hanyun hanyun... ditambah pulak dengan angin sepoi sepoi bahasa meniup kekadang dekat kitaorang, arghhhhh seronoknyaa feel ni ! Thank You ALLAH for giving me this happiness ;)) syukrannnn ;))


 posing kejap depan bilik heee ~




   
break1st di Sepoi Sepoi Restoran


Kenapa dipanggil Sepoi Sepoi Restoran? sebabnya makan tepi pantai . angin sepoi sepoi datang temankan kitaorang break1st pagi tu heee.. lepas dah makan kenyang-kenyang, pagi masih awal, so jom kita round The Avani ni dengan kayuhan basikal? cewahhhh ~ basikal yang disediakan JIKA tidak berkunci itu bermakna FREE untuk setiap pengunjung, boleh je amik dan kayuhhh.. lain la kalau ada berkunci itu TAK BOLEH amik sebabnya itu basikal sewa.. okay? so, kita amik yang free ajelaa heee ~




Ni rumah paling BEST ! menghadap laut
No.624
(korang datang sila la request rumah ni okay? heee)




Lepas dah ber-exercise , turun 2kilo berat , kitaorang pun balik bilik, nak kemas kemas nak check out sudah. kejap ke cuti cuti kali ni. tak puas rasa , what to do , bilik mampu sewa satu malam sahaja HAHAHHAHA ;p kitaorang park basikal depan bilik, bila nak keluar check out, basikal pon hilang. HAHAHA.. memang kat sini, basikal FREE ni memang cepat je hilang kalau letak merata.. orang lain pun nak guna kan? 


Lepas check out , terus ke Extreme Park. nak redeem voucher. hee. kan bilik ai include tiket extreme park? kan? Extreme Park ni tak jauh mana dari pintu gerbang Avani. dekat parking luas, itu la dia..
 
 Voucher Extreme Park
1. ATV Jungle Trail
2. Archery
3. Paintball Target Shooting
4. Go Kart


Mula mula kita main Go Kart. Walk inGo Kart ni agak mahal ya. ada jenis single dan couple. harga dua dua berbeza, main selama 5-10min jek. dalam RM30++ gitu rasanya. tapi BEST sbb Go Kart dia LAJU. bukan krik krik krik macam dekat Genting tu HAHHAHA ..

yeayy menang TANPA bertanding ! HAHA


Lepas main Go Kart, jom ke permainan lain pulak. Ada Archery. ni ai memang FAIL lah kan. semua ai suruh hubby yang main. dia teror sikit hee ~ Harga Achery RM10 (12 Arrows) ..



Lepas tu main pulak Paintball Shooting. ni memang favourite hubby jugak. Ai duduk tepi tolong tangkap gambar jekkk. hihi ~ Harga Paintball Shooting RM10 untuk 20 Pellets. Enjoy la main tembak tembak WALAU tak kene sasarannya heee... bukan ade rules pun ! to have fun jekk ;))



Kedua-dua tempat ni bersebelah jek. Lepas tu kitaorang main aktiviti kegemaran ai ! yeahhhhh ! ATV. ai suka gilaaaaaaaaaaaaa ride menatang besar gabak ni. HAHHAHA.. fefeling langgar lopak air, pastu sedih kasut seluar semua kotor. HAHHAHHA . Harga? ai lupe sorry. TAPI tak mahal below RM30. ai ingatkan mahal . huhu. Below RM30++  , guide bawak round satu hutan selama beberapa minit.... enjoy !


eeeeiiiii kotorr gelii laaaaa sayang !!!





Walaupun permainan dia bebiasa je, best juga menghabiskan masa dengan pasangan. hee ~ korang boleh la cuba nanti. bawak anak anak lagi BEST! lepas habis main, kitaorang terus gerak balik.. ingat nak pekena Seafood di Bagan Lalang TAPI awal sangat pulak , kedai pun tak bukak lagi heee ~ so makan apa yang ada je pastu terus balik. Secara kesimpulannya, percutian pendek dapat menghilangkan stress, enjoy holiday dgn family walaupun dekat, so what u need actually? u need time and enjoy your holidayyyyy with ur love  ;)) wiiiiiiiiiiiii ~







Yang terfikir nak cuti pendek lagi, kat mana eh? any idea? huuu~
signature ms eida

10 comments:

  1. daaa akk datanggg daaa hahhahahaha..hoihh mengaderrrr nak geli2..lepok kang hahahahahaha..da ko suruh skit andi senyum time amik gbr makan blh tak..y so serius andi hahahahahhaha

    ReplyDelete
  2. kt mn?lexis pulakk la idaaaa..amik yg ade private pool..hohoho

    ReplyDelete
  3. ida... walk in ke boking kat website avani ni?

    ReplyDelete
  4. hihihi...Sally macam nak g Pulau Pangkor..tak pun duduk mana-mana villa yg best...cuma tu laa..aishh!

    best gila Avani!

    ReplyDelete
  5. check PUT tu apa? hahahahahaha. daaa best nyaaa! nt nk dtg jugak lah!

    ReplyDelete
  6. Fuuhh..macam menarik je.boleh buat proposal kat en.hubby ni,hehe

    ReplyDelete
  7. Bestnya kak.. Teringin nak bawak kereta tu.. Bila la diri ni dapat pergi vacay

    ReplyDelete
  8. Akak sukaaaaaa....suka sgt2 tgk romantik ye korang...akak ada anak kecik ni susah sikit nak main extreme tu...kena tgl dgn nenek baru leh main hahahhahaha...syok lah

    ReplyDelete
  9. bestnyaaa.... tengs infonya.... 😊🤗

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page