Friday, October 30, 2015

Macam mana NAK KURUS DENGAN CEPAT DAN BERKESAN ?

Macam mana NAK KURUS DENGAN CEPAT DAN BERKESAN ? Okay meh nak ajar. walaupun orang yang nak ajar ni TAK berapa nak kurus sangat kan? ai is sedang melalui proses proses mengurus ni laa.. ayuh la sesama kita cuba ! belum cuba tak tahu. dah cuba baru tahu . jadik ke idok? hihi


Mula mula kita kene minum air masak 2.5liter SEHARI. INI WAJIB ! Angkut la kemana sahaja korang pergi dengan botol air okay? heee ~ Dah minum air yang cukup, jangan lupa senaman. Cukup memadai hanya 15minit satu hari jugak.... tak perlu senaman teruk teruk.. dekat rumah pon boleh..... ai selalu buat macam dekat gambar di bawah ni dekat rumah malam malam gitu.. 

 
 simple je. terkinja kinja sorang sorang dalam bilik heee ~



TAPI sekarang ada pertambahan BARU. Sejak dua menjak ada HOT SHAPERS ni, ai pakai ini jela bila nak mula senaman dekat rumah tu..... sarung HOT SHAPERS dan mula bersenaman ! AYUH !! GIGIH !!! Korang tahu tak, HOT SHAPERS ni memang HOT sangat HAHAHA. Belum mula senaman, korang pasti akan berpeluh. bayangkan kalau korang dah mula senaman, merecikkkkkkk peluhhhh weiii....... babai lemak ku sayanggg... i dont want see u again ! we clash !!! HAHAHHA





Apa ke benda HOT SHAPERS ni sebenarnya? Sebenarnya, HOT SHAPERS ni adalah pakaian sauna yang menjana peluh . Kadang tu ada orang yang susah untuk berpeluh semasa senaman, ilek ilek je dia tak berpeluh langsung... itu bukan benda baik yek. tu sebenarnya, toksin susah nak keluar dari badan............. lemak dah banyak macam tu la hikhk .. Tu pasal si HOT SHAPERS ni menjana peluh.. Seluruh badan akan rasa berpeluh . . cuba pakai dulu korang akan setuju dengan pendapat ai ni.. ai dah pakai dan dah cuba pun bersenam dengan pakai HOT SHAPERS ni. memang berpeluh TAPI tak boleh la nak letak gambar dekat sini.. auratttttttttttt hee ~ 


Yang ai dapat ni HOT SHAPERS Seluar dan T-shirt. Ada lagi set yang lain macam Bra dan Belt . tapi itu nanti dulu bebila duit dah banyak boleh beli heee.. Kualiti kain HOT SHAPERS ni ai suka sangat !!! tak mudak koyak, melekat dekat badan a.k.a FIT . . Tak semestinya masa bersenam je korang boleh pakai HOT SHAPERS ni, masa kita tengah buat kerja rumah pon boleh. Kompem berpeluh hee . . 


Nak lagi cepat kurus? sebelum pakai HOT SHAPERS tu, boleh sapu Lotion Slimming ni. . sapu sapu sikit dekat bahagian berlemak macam peha, bawah lengan, betis perut dan lain lain tempat.... dalam beberapa minit korang akan rasa panass.. tapi tak de la panas yang perit sampai pedih kulit tu.... over tau ! hihihi. pastu korang dah boleh mula bersenama. double PANAS, double LEMAK akan cair. Tak kurus jugak tak tahu laa ida weiiiii HAHHAHHAHA


Okay itu la dia, SlimTrimz a.k.a Lotion Slimming WaterBase... Ai serius tak sangka , lotion ini sangat wangi dan cantik sebabnya colour pink hihihi... sikit pun tidak berminyak. Cara guna : korang just sapu sapu kat tempat tempat lemak sedang melepak. .  padan muka dia ! HAHAHA . . Selain sebelum bersenam, korang juga boleh sapu SlimTrimz ni sebelum pergi kerja dan malam sebelum tidur. .



 Halal. Muslim Produk. LULUS KKM.





Apa apa pun, apa benda yang kita tengah buat, macam tengah nk turunkan berat badan ni kan, 
ai pegang pada satu je.. GIGIH dan NO TURNING BACK. kalau angan angan tahik ayam memang TAK kurus la kau. 
Lepas tu jangan salahkan produk pulak kalau tak berjaya kannnnnnnnnnnns  ;p





Nak beli jugak?
Nak kurus jugak?
Laju laju contact Kak Junn okay?
Junn 013-954 8783 (call/whatapps)
FB : Junn Outlet
IG : @junn_outlet









Yang doa doa la kurus la lepas ni HAHHAHAH
signature ms eida
Read More ->>

Monday, October 26, 2015

Harga Tiket Flight ke Korea

Okay marilah kita bercerita mengenai Tiket Flight ke Seoul Korea terlebih dahulu.. Tiket flight dibeli pada Januari 2015. Nak perginya November 2015. nampak? 11 bulan menanti. sikit lagi nak genap setahun huuu ~ berjanggut menunggu sabau ajela...
 
 Confrimed ke Korea kita weeeeeeee~



Tips : Tiket Flight Murah >>> beli la awal awal  ;)) . . Ingat lagi time tu ai sedang berhoneymoon di Bali , gatal sangat tangan bukak Website Air Asia, tengok tengok tarikh yang ai nak ada MURAH, terus laju laju pm Eyuh, terus capai kata sepakat JOM BELI !!! thanks to my sister yang tolong belikan tiket since ai xleh terima TAC number di hp since berada di Bali. hukhuk


Berapa harga tiket flight?
Ai memilih 1hb November - 8hb November 2015 untuk Autumn Fever  ! #minggu depan je hihi
ai is menyimpan hajat di dalam sudut hati nak bermain dengan daun hijau kuning merah hihi ~

#Percutian Bajet ke Korea 2015
#EyuhIdaKeKorea 


ada sesiapa yang sama fly dengan kitaorang takkk? hee
RM688/person


Murah tak? tak sangat kan? orang dedulu pergi Korea dapat lagi murah tiket. sobs. redho ini jelaaa yang mampu dibayar untuk dua ketul budak perempuan berlibur di Bumi Kpop nanti hihi ~ Tapi itu baru Harga Flight SAHAJA belum campur segala add ons yang ada. . takkan la tak add on meals? jenuh la perut menahan lapar dalam flight selama 6jam++ tu weiii. saiaaaa tak kuaddddd ;p . dan juga luggage. saiaaa nak shopimmmmmm pleaseeeeeeeeeeee  ;p

so berapa segala add ons ?


tambah lagi RM256 untuk dua orang 






Makanya , 
Ini Kira kira bajet untuk ai seorang ke Korea yekk :

Harga Flight RM688/seorang
Add ons meals (pergi dan balik)  RM15 (Nasi Lemak) + RM15 (Nasi Ayam)
Luggage (balik sahaja) 25kg/RM99
Total Harga Flight ke Seoul, Korea selama 8D7N ialah RM817.00/person







p/s: macam biasa, nak tengok gambar gambar LIVE UPDATE dari Korea nanti,
korang leh la follow media sosial ai hee~

FB : Ida Baharum
IG : @idabaharum



Last Entry , jemput baca : mohon di klik :







Yang TAK sabar nak pergi yeayyy !!! doakan dapat pergi yekk hihi  ;p
 signature ms eida
Read More ->>

Thursday, October 22, 2015

Travelog Ke Korea ke Ida?

Wuhuuuuuuuu ~ dah nak sampai masanya ai fly ke Seoul Korea, my bucket list ! Wohakk ! Lama sangat peram cita cita nak sampai Korea. akhirnya termakbul ;)) belum fly lagi dah teruja, korang kasi chance lah ye? mak enon teruja lebihhh  ;p cuma ai is sedih bila, Korea bukan dihati hubby.. anti sangat Korea, ai is pun tak tahu kenapa? Rasanya Korea lagi cantik kot? typikal manusia xsuka Kpop , semua pun jadik TAK suka sekali kot? HAHAHAH ahh lantakk, nanti ai is tayang dekat hubby The Other Side of Korea heeee ~ but ai still ada partner in crime ke Korea.. sapa? tunggu laa.. yee ni minah GILA Kpop ;)) ;p . . This time, kami travel ke Korea berdua-duaan sahaja. Kata orang, berdua lebih baik puiii ~ #terimakasihsayangizinkanayangpergi  hihi

 trip kali ni kita naik Air Asia jekk hihi



Tak sampai dua minggu lagi .. perasaan? seghonokkkk ya amattt !  persiapan itinerary dah SIAP sepenuhnya. ai google sepenuhnya. . dalam masa lima bulan ai siapkan itinerary ni. harap harap TAK sesat kat bumi Kpop tu. hihi.. bukan apa, kitaorang tak guna travel agent pun, ni semua perancangan main redah sendiri.. hanya bergantung info info yang dicari.. matilah nakkkk .. copy paste info info dari semua blog akak abang yang dah pernah pergi Korea. korang sangat membantu !! Thank youuuuu !! Info dalam blog korang sangat sangat membantu since seketul seketul HARGA/INFO/DIRECTION korang tulis.. ada tu siap lukis lagi semula direction.. ai is sukaaaaaaaaaaaaaaaa ;)) you are THE REAL TRAVEL BLOGGER ! muah cikit ! korang nak tahu sapa? ni ai list kan yekk ;))


Panduan Blog Travel ke Seoul Korea

1. Jari Manis Travel
2.  A Traveller's Note
3. Skampung
4. My Life, My Thoughts, My Dreams
5. Kura Kura Yang Slow


Bagi ai, korang yang nak ke Seoul Korea, baca je lima blog ni, settle. korang pasti dapat gambaran macam mana, bagaimana, kenapa dan lain lain. heeee.. ~ Lima blog ni memang berjuta kali ai terjah nak korek tahu pasal Korea heeeee.... lagipun saat diaorang bercerita dalam blog tu feel dia sampai dekat ai, macam ai travel sekali dengan diaorang je rasa. haih. suka la baca blog macam ni. korang suka tak? heee.. A BIG CLAP for them yeahh ! nanti kita travel sama boleh? #ehhh  hihi

 
web check in SETTLE !



Apa lagi ehh? Korean WON pun dah tukar. . MAHAL gila ! Menyesal tak sudah tak tukar awal awal. hukhukhuk.. berapa bajet ai bawak ke Korea? nanti ai is buat satu entry khas okay? sekarang tengah pening nak bawak baju apa je. since beg pun seketul kecik je, tak boleh bawak banyak baju nanti beg berat sapa nak bawak? badang kecik ai dah la tak ikut. . ada yang ai seret jek bagpack je kalau dah tak mampu sangatt HAHAHHAHA. pening jugak nak fikir baju yang sesuai untuk negara empat musim ni. huuu ~ Since ai pergi di kala Autumn Season, jenuh gak laaaa.... takut membeku je kat sana. HAHHA over!

 
selama setahun ai mengumpul dengan kaedah menyampul ni. huhu. dah cukup masa kita tukar WON, jom flyy................ gigih ke idok selama setahun? nak travel kan? kumpul lah! duit tak datang bergolekk yekkk.. hihihi




Apa apa pun, ai is terujaaaaaaaaaaaaa sampai rasa nak masuk poket doraemon je terus pergi ke tarikh fly tuh! kekkekkee... korang jom sama sama teruja !! hihi .. jangan miss ye baca Travelog Ke Korea Ke Ida ni? hikhikhik



Last Entry , jemput baca : mohon di klik :








Yang TAK SABAR !!!
signature ms eida
Read More ->>

Wednesday, October 21, 2015

Aktiviti di Extreme Park, Avani Sepang GoldCoast Resort?

Ramai tanya apa je aktiviti yang kitaorang buat masa bercuti di Avani Sepang GoldCoast Resort? Entry pertama korang boleh baca SINI ;)) Ramai kot yang TAK TAHU, di Avani Sepang GoldCoast Resort ada Extreme Park. yang mana ada beberapa games yang kita boleh main untuk isi masa semasa bercuti di sana. ohh kalau tak suka, korang just boleh jalan jalan ataupun naik basikal kayuh kayuh pusing tawaf satu Avani Sepang GoldCoast Resort ;)) best tau !!
 


Sebelum kita explore Extreme Park, pagi pagi lagi ai dah ajak hubby pergi break1st.. bangun pagi tau. jangan TAK percaya HAHAHA ~ mula mula tu kitaorang just jalan kaki je. jalan berdua-duan sambil pegang tangan , hanyun hanyun... ditambah pulak dengan angin sepoi sepoi bahasa meniup kekadang dekat kitaorang, arghhhhh seronoknyaa feel ni ! Thank You ALLAH for giving me this happiness ;)) syukrannnn ;))


 posing kejap depan bilik heee ~




   
break1st di Sepoi Sepoi Restoran


Kenapa dipanggil Sepoi Sepoi Restoran? sebabnya makan tepi pantai . angin sepoi sepoi datang temankan kitaorang break1st pagi tu heee.. lepas dah makan kenyang-kenyang, pagi masih awal, so jom kita round The Avani ni dengan kayuhan basikal? cewahhhh ~ basikal yang disediakan JIKA tidak berkunci itu bermakna FREE untuk setiap pengunjung, boleh je amik dan kayuhhh.. lain la kalau ada berkunci itu TAK BOLEH amik sebabnya itu basikal sewa.. okay? so, kita amik yang free ajelaa heee ~




Ni rumah paling BEST ! menghadap laut
No.624
(korang datang sila la request rumah ni okay? heee)




Lepas dah ber-exercise , turun 2kilo berat , kitaorang pun balik bilik, nak kemas kemas nak check out sudah. kejap ke cuti cuti kali ni. tak puas rasa , what to do , bilik mampu sewa satu malam sahaja HAHAHHAHA ;p kitaorang park basikal depan bilik, bila nak keluar check out, basikal pon hilang. HAHAHA.. memang kat sini, basikal FREE ni memang cepat je hilang kalau letak merata.. orang lain pun nak guna kan? 


Lepas check out , terus ke Extreme Park. nak redeem voucher. hee. kan bilik ai include tiket extreme park? kan? Extreme Park ni tak jauh mana dari pintu gerbang Avani. dekat parking luas, itu la dia..
 
 Voucher Extreme Park
1. ATV Jungle Trail
2. Archery
3. Paintball Target Shooting
4. Go Kart


Mula mula kita main Go Kart. Walk inGo Kart ni agak mahal ya. ada jenis single dan couple. harga dua dua berbeza, main selama 5-10min jek. dalam RM30++ gitu rasanya. tapi BEST sbb Go Kart dia LAJU. bukan krik krik krik macam dekat Genting tu HAHHAHA ..

yeayy menang TANPA bertanding ! HAHA


Lepas main Go Kart, jom ke permainan lain pulak. Ada Archery. ni ai memang FAIL lah kan. semua ai suruh hubby yang main. dia teror sikit hee ~ Harga Achery RM10 (12 Arrows) ..



Lepas tu main pulak Paintball Shooting. ni memang favourite hubby jugak. Ai duduk tepi tolong tangkap gambar jekkk. hihi ~ Harga Paintball Shooting RM10 untuk 20 Pellets. Enjoy la main tembak tembak WALAU tak kene sasarannya heee... bukan ade rules pun ! to have fun jekk ;))



Kedua-dua tempat ni bersebelah jek. Lepas tu kitaorang main aktiviti kegemaran ai ! yeahhhhh ! ATV. ai suka gilaaaaaaaaaaaaa ride menatang besar gabak ni. HAHHAHA.. fefeling langgar lopak air, pastu sedih kasut seluar semua kotor. HAHHAHHA . Harga? ai lupe sorry. TAPI tak mahal below RM30. ai ingatkan mahal . huhu. Below RM30++  , guide bawak round satu hutan selama beberapa minit.... enjoy !


eeeeiiiii kotorr gelii laaaaa sayang !!!





Walaupun permainan dia bebiasa je, best juga menghabiskan masa dengan pasangan. hee ~ korang boleh la cuba nanti. bawak anak anak lagi BEST! lepas habis main, kitaorang terus gerak balik.. ingat nak pekena Seafood di Bagan Lalang TAPI awal sangat pulak , kedai pun tak bukak lagi heee ~ so makan apa yang ada je pastu terus balik. Secara kesimpulannya, percutian pendek dapat menghilangkan stress, enjoy holiday dgn family walaupun dekat, so what u need actually? u need time and enjoy your holidayyyyy with ur love  ;)) wiiiiiiiiiiiii ~







Yang terfikir nak cuti pendek lagi, kat mana eh? any idea? huuu~
signature ms eida
Read More ->>

Friday, October 9, 2015

Apa itu Jump Street KL Asia's Largest Trampoline Park


Jump Street KL  |  Hari minggu yang lalu, ai dengan beberapa orang blogger lain pergi membakar lemak di  Jump Street KL yang terletak di Petaling Jaya, Selangor. seawal pagi dah bangun , gigih ke idok? ramai cakap Jump Street ni seronokkkkkkkkkk sangattt ! mahu tak seghonok? main lompat lompat terkinja kinja HAHHAHA tapi bukan sebarangan lompat tau.. ada gaya punya lompatan hee ~

 Finally im here yes !!

 Pintu Masuk Jump Street 



Kat mana Jump Street KL ni?
Di Petaling Jaya. atau lebih tepat lagi Jump Street KL di area Jaya One Mall (area cold strorage) . Jump Street KL betul betul belakang bangunan Bosch . Jangan risau depan bangunan Bosch tu ada signboard. Parking di mana? boleh parking di hadapan pintu masuk Jump Street KL. free sahaja.

 besar tempat letak kereta dia kan?



Disebabkan semua adalah pertama kali di Jump Street KL, kitaorang ada trainer yang akan menemani selama 2 jam. hehehe. dah la comel. pandai lompat pulak tu. heyy comel nau nau Trainer Lia ni ;)) Mula mula sampai je , korang kene pergi kaunter Check-in. cakap nak jump berapa lama. satu jam ke dua jam ke. okay? tapi percayalah satu jam pun dah cukup. semputt weiii HAHAHA.. okay, then nanti kene isi satu borang. lepas tu diminta bayar RM5 untuk stokin KHAS untuk melompat. TAK BOLEH pakai stokin sendiri yek kang tergolek korang. Stokin KHAS ni ada function nya sebab dia ada grip heee ~

 

kaunter check in

 
Stokin Jump Street

yeayyyyy dah pakaii hee. smart pulak rasa!


Apa yang BEST dekat Jump Street ni ?
Lepas dah dapat stokin, acara melompat bermula. yeayyyyyyyyyy ! Lia bawak kitaorang ke satu satu tempat. Di Jump Street KL, ada lapan tempat lompatan ~

 sesat ?

  1. Main Court
  2. Foam Fit
  3. High Performance
  4. Big Bag
  5. The Wall
  6. Dodge Ball
  7. The Cage
  8. Slam Dunk

The Foam Fit
Slam Dunk

High Performance


Dodge Ball

Main Court


segala video masa kitaorang berada di dalam Jump Street, ai is kongsikan di www.instagram.com/idabaharum .. rajin rajin korang tengok la lawak haih ! ada lompat xserupa lompat... ada lompat berlipat lipat. ada yang lompat tak  boleh bangun bangun dahh HAHHAH kelakar sangat !


Korang datang sini WAJIB la cuba kelapan lapan tempat ni. semua ada keunikan masing masing. ai STILL tak pandai nak melompat dengan betul.. mungkin kalau repeat lagi lepas ni, boleh pandai la sikit sikit kot? tak lah asyik kene gelak jee ... mana ntah nya, lompat lompat jatuhhh HAHHAHA sedih!!!

 
Khatam habis habisan dulu baru jump okay! 


Okay ini adalah yang paling acara TERBARU di Jump Street . . Jump Academy . Jump Academy adalah untuk adik adik yang berminat nak belajar teknik dan pergerakan melompat dengan betul. kalau adik adik lulus dan lakukan dengan baik, pihak Jump Street akan hantar adik adik yang berbakat ini masuk pertandingan. perghh cayalah kan! 

Lagi satu untuk ibu ibu pulak. Jump Aerobics. ini ai pun SUKA. heee ~ Sementara ibu ibu menghantar anak anak ke Jump Academy, para ibu boleh la join Jump Aerobics ni.. Boleh kurus woooo main lompat lompat atas trampoline ni. hee~ acara ni lebih relaks dan santai ;)) next time boleh join acara ni pulak heee ~ nak kurus pleaseeeeeeeeee  ;p

Untuk keterangan lanjut mengenai dua acara ini , korang boleh buka www.jumpstreetasia.com


Kemudahan di Jump Street
Di Jump Street KL ni ada banyak kemudahan. Ada tandas lelaki dan perempuan. ada loker untuk simpan barang (free jek) , ada cafe TAPI sedia maklum mestilah mahal kan? mineral water je dah RM3 hukhuk . so korang datang sini sila bawak bottle air sendiri, kalau air habis xpe, watercular ada boleh refiil. okay ? tak lupa juga ada kemudahan surau bagi Muslim ;))


Tempat simpanan barang

Surau Lelaki dan Perempuan

Tandas, mesti lah kena ada kan? hihi

No Outside Food/Drinks ye
Minum saja air dari watercular ini hihii

dah penat melompat? juga ada disediakan tempat berehat ;))


Berapa HARGA nak masuk Jump Street ni?

Harga (termasuk GST)
Off Peak RM22/person
Peak RM27/person
(kanak kanak bawah dua tahun FREE, atas dua tahun harga SAMA)
Stokin Grip RM5/sepasang

*off peak (Isnin-Rabu)
*peak (Khamis-ahad & Public Holiday)

Multi Visit Pasess
5 Visit RM90/person
10 Visit RM170/person


Waktu Operasi :
Ahad-Khamis 10pagi - 9malam
Jumaat & Sabtu 10pagi - 10malam



The bloggers yang hadir. Terima kasih la banyak banyak ye pihak Jump Street kerana menjemput kami melompat lebih tinggi di Jump Street ! yeahhhh !

 

Jump Street KL - Asia's Largest Trampoline Park
Alamat      : No.8a, Jalan 13/6, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor (next to Jaya One Mall)
Website     : www.jumpstreetasia.com
Facebook  : JumpStreetAsia
Instagram  : JumpStreetAsia




dah tunggu apa lagi?
jom pergi melompat !







Yang nak repeat ke tak ke nak ke tak? HAHHAA semputttttt  ;p
signature ms eida
Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page