Tuesday, July 14, 2015

Restoran Rumah Thai di Taman Melawati


Restoran Rumah Thai di Taman Melawati   |  Macam pernah dengar kan nama restoran ni? Bila ai ajak family berbuka puasa di sini, diaorang sebut sebut Restoran Rumah Thai di Taman Melati (dulu sederet dengan Leha Kelfood).. ye betul TAPI bermula pada Ramadhan 2015, Restoran Rumah Thai sudah berpindah di Gaya Melawati di Taman Melawati.. walaupun lokasi sudah berpindah, korang jangan risau, harga masih sama, tukang masak masih sama, yang penting TIADA GST dikenakan heee ~ ohh ini lagi penting, WIFI FREE HAHAHAHA 

 
depan kedai. signboard tak naik lagi. nama akan dikekalkan as Restoran Rumah Thai



Lokasi Restoran Rumah Thai yang baru ini mempunyai lebih banyak tempat letak kereta.. mudah sangat kesini.. WAZE sahaja AM Bistro Melawati.. cumanya mungkin korang akan terlepas pandang kedai ini sebabnya signboard masih belum ada. baru pindah kan? kerja kerja renovation dalam kedai pun masih dijalankan.. cumanya restoran ini sudah dibuka untuk pelanggan-pelanggan ;)) kawasan dalam kedai pun bertambah luas.. sangat selesa kalau datang bawak keluarga ke sini.. 




Kelmarin ai datang berbuka puasa di sini bersama keluarga.. siap siap call tempah meja .. dinasihatkan kalau korang ingin datang berbuka sini , sebaik baiknya call dulu. sebab selalunya restoran ini full house. benda sedap kan? ramai lah terjah heee ~ ai dah siap siap order menu. apa ai order ehh? 


Ai memilih Set Menu Deluxe 8orang makan, 

 Tomyam Campur
tomyam dia memang kaw ! sedap ! banyak isi dalam. xde la sayur semata je kan? next time datang boleh pekena tomyam songkhla pulak . dengar citer yang itu pun sedap meletop!

Siakap Steam Halia
abah ai makan tambah berkali kali. suka sangat lewteww? dia kata isinya lembut. senang telan. takyah kene banyak kali mengunyah. heee ~ orang tua kannn

 Udang Tepung

Ayam Gajus
INI WIN jugak................. ai sempat rasa secoet jek sebabnya lain dah habis di makan oleh adik beradik yang lain... sedap sangat lewteww !

Kailan Ikan Masin

Udang Butter (add on)
 dalam set menu yang ai order ni, tak de udang ni. TAPI disebabkan banyak review cakap, udang butter PALING WIN, harus lah ai order dan rasa..... dan hakikatnya, MEMANG PALING WIN ! segala serbuk serbuk dia ai boleh ratah cenggitu jekkkkkkkk.. sedapnyaaaaaaaaaa

Sagu Puding
ini memang favourite ai.. ai balun sampai dua mangkuk. kekekkeke ~



Bestnya jika korang berbuka puasa di Restoran Rumah Thai ni, ada promosi Ramadhan. FREE air sirap/air kosong, kurma dan pencuci mulut untuk semua pelanggan yang datang. pencuci mulut setiap hari akan berubah ubah. macam kelmarin ai datang, ada kuih pisang dan kuih seri muka.. adik ai berkali kali repeat ambil kuih seri muka tu. sedapnya lahaiiii..................... serius !




Korang jangan risau, owner Restoran Rumah Thai ini asalnya dari Tanah Merah Kelantan, Puan Nas. Puan Nas malu sikit nak tunjuk muka heee, kalau tak ai dah tepek dalam blog ni haaa ~ bila owner ni Melayu harus la ada surau yang disediakan. bawak aje telekung k? habis solat ayuh sambung makan lagi . . . 
surau


 luas kan keadaan dalam restoran? selesa sangat.. sejuk. kalau tak sejuk, kompem abah ai dah ajak balik. hee ~ ni lama jugak ai melepak kat kedai ni sampai pukul 9malam hehehe..



Okay kejap nak bagitahu korang ni, tak semestinya korang datang untuk berbuka puasa tau. Restoran ni pun buka setiap hari selepas raya. . tiada cuti. dari pukul 11pagi sehingga 11malam.. Puan Nas cakap, menu ada lain sikit masa operasi hari biasa. ada pulut mangga . ada rojak. sedapnyaaa.. nanti nak datang sini lagii.. jom korang?

ifthar bersama keluarga. semua cakap sedap sedap sedap.
ida bagi empat bintangggg yeayyy !


" Good Food, Good price, Good Ambience "



Info untuk korang,

Alamat :
Restoran Rumah Thai
B-4, G-2, Gaya Melawati, Taman Melawati

Call untuk booking :
Restoran : 03-4162 8207
Ema : 018-278 2460

Waze: AM Bistro, Taman Melawati (Bersebelahan Kedai Mamak)
GPS: Lorong Selangor, Taman Melawati 

Facebook: Restoran Rumah Thai 

Waktu Operasi :
Isnin-Ahad
11pagi - 11malam








Yang pasti datang lagi !!!
signature ms eida

13 comments:

  1. mmg sedap..tu la time tau tutup kt tmn melati frust gk..rupanye pindah lokasi...akak dh 7x mkn sini

    ReplyDelete
  2. harus lah pegi leaps raya mase korg semua tak balik dr kampung lagii..hehehee..ehhh raya tuutp bape lama nie??

    ReplyDelete
  3. alahai..terliur nau nengok siakap tu.. ok dekat dengan rumah..mekasih ida :)

    ReplyDelete
  4. Gulpppp.. sedapnya tengok menu.. Pas lik Raya nnt nk gila...

    ReplyDelete
  5. memang kena ajak en tunang pergi jugak one day nanti...semua review cakap sedap

    ReplyDelete
  6. sedappppkannnn..dah la portion dia besorrr..mmg puas hati!

    ReplyDelete
  7. perggghh.. tomyam tu..nampak meletopsss..

    ReplyDelete
  8. wah boleh try ni nampak sedap sangat! :)

    ReplyDelete
  9. butter prawnnnn!!!
    dapnye...besauuu plak tuuu

    ReplyDelete
  10. terliur tengok tomyam tu haaa..

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page