Bulan Ramadhan 2015 membawa satu seribu makna kepada 5 buah keluarga yang mempunyai sakit buah pinggang dari National Kidney Foundation Malaysia (NKF) kerana Klang Parade sudi menggembirakan hati mereka di kala sakit yang menimpa. bukan calang calang pihak sudi mengadakan sesi berbuka puasa dan shopping sakan untuk mereka yang kurang bernasib baik ini. Tahniah kepada Klang Parade atas usaha murni ini.. ;))
Iftar Bersama Klang Parade & Kelab Lions
Ai bersama beberapa rakan blogger yang lain sempat meluangkan masa untuk berbuka bersama pesakit buah pinggang ini. Sedikit sebanyak kita bantu untuk mengembirakan hati mereka kan? ai tahu sakit yang diaorang tanggung sebabnya ai juga adalah anak kepada seoarang yang mempunyai sakit buah pinggang. Abah ai. sekarang tengah menjalani rawatan dialisis seumur hidup. Sedih hidup kene bergantung harap pada mesin ni tau. Hanya mereka je yang tahu sakit dia macam mana. Jadi, kita yang sihat ni, kalau tak boleh bantu dari segi lain, mohon laaaaaaa ceriakan hidup mereka. aminn
di tengah tengah Klang Parade
ohsem kan dekorasi sini?
9Julai2015, sampai la kitaorang (the bloggers) di Klang Parade untuk meraikan pesakit pesakit ini. Ini kali kedua ai sampai sini. Sedia maklum, Klang Parade dah makin selesa, besar, lawa , parking mudah. . Majlis Berbuka Puasa di bahagian tengah tengah Klang Parade. Lawa dekorasi Hari Raya Klang Parade ;)).. Sebenarnya sebelum kami sampai, kelima lima buah keluarga ini dah dibawa round satu Klang Parade untuk shopping raya. bestnya kan? Lepas sudah shopping sakan untuk hari raya, baru lah majlis dimulakan dengan berbuka puasa..
para blogger jemput makan semua ;))
bismillah
Majlis diserikan lagi dengan kelincahan petah berkata kata, Baki Zainal yang menjadi host pada malam itu. kelakar jugak abam Baki ni hehe ~ Tak lengkap laaaa kalau kita tak ceriakan hari mereka dengan kehadiran artis artis tanah air. Sapa? Dina Nadzir, Aesar Mustafa dan Azizi Zakaria.. sambil layan persembahan mereka, sambil makan. dan beramah mesra dengan keluarga pesakit buah pinggang...
bersama Dina Nadzir
bersama Aesar Mustafa
sedap suara dia
Selepas acara persembahan artis, acara yang ditunggu tunggu. sesi pemberian ikhlas duit raya, dan hamper raya dari Klang Parade buat mereka mereka dari NKF. yeayyyy. . seronok nampak diaorang happy. sedikit sebanyak beban nak sambut hari raya dapat dikurangkan dengan bantuan ini..
pemberian duit raya dari Klang Parade
blogger bersama Kelab Lions
antara bloggers yang hadir memeriahkan lagi majlis ini
Info,
Klang Parade
2112, KM2 Jalan Meru,
41050 Klang,
Selangor.
03-3343 7889
Facebook : Klang Parade
Instagram : @KlangParade
Waze : Klang Parade
Yang berharap mereka gembira !

nice bj eida......selamat ari raya...moga selamat pergi dan kembali :)
ReplyDeleteMeriah!!!!
ReplyDeleteSeronok tengok masing-masing selfie heheh
Selamat hari raya maaf zahir batin ye dik ida...
Kosong-kosong :)
semoga pesakit2 tu happy..bukan mudah hadapi penyakit tu..Allahu..smga kuat smgt mereka
ReplyDeletealhamdulillah..ada pihak yg prihatin..korang pun ada bahagia korg jugak sebab meraikan dorg ;)
ReplyDeleteidaaaaaa..nape x update?
ReplyDeletehehehe comelnya ramai2 makan kat tngh2 ruang legar tu.. orang dr floor lain nampak eh.. hehe..
ReplyDelete