Monday, July 6, 2015

Buffet Ramadhan A'Famosa Resort Melaka


Buffet Ramadhan 2015 di Melaka  | A'Famosa Resort Melaka  |  Tahun ini dengan bertemakan Bazar Ramadhan, A'Famosa Resort telah menyediakan lebih daripada 100 juadah menarik dan lazat dari hidangan utama hingga ke pemanis mulut serta minuman yang pelbagai perisa. Buffet Ramadhan A'Famosa Resort diadakan di Restoran Golfer's Terrace bermula dari 18Jun2015 sehingga 17Julai2015. Harga Buffet Ramadhan A'Famosa Resort hanya RM45 Dewasa dan RM35 Kanak-kanak (4-12tahun) untuk tempahan awal sebelum 10Julai2015. Manakala harga biasa adalah RM68 Dewasa dan RM55 Kanak-kanak. Jadi, segeralah membuat tempahan ye korang?

 

 yang bestnya di sini, hari hari ada Lucky Draw. setiap tetamu berpeluang memenangi voucher stay di A'Famosa Resort 2h1m.. datang sini, mana tau luck korang malam tersebut? heee ~



Beberapa minggu lepas, ai berpeluang untuk berbuka puasa di A'Famosa Resort. percayalah, walaupun ai anak Melaka, TAPI inilah kali pertama ai menjejakkan kaki ke A'Famosa Resort. ahh sedihhnyaaaaaa . . . Perjalanan dari KL hanya memakan masa 1jam sahaja. Dari KL ke A'Famosa Resort, korang boleh ikut Highway PLUS ke arah Selatan. ambil exit Simpang Ampat.. dan follow signboard, mudah saja untuk ke A'Famosa Resort ;))  

geng makan untuk hari itu ;))



Sampai sampai kitaorang terus cari surau. keadaan surau memuaskan. sorry tak dapat ambil gambar surau sebab ada kakak tengah solat hee .. tandas pun bersih. Untuk kebersihan A'Famosa Resort, ida bagi lima bintanggggggggggggggggg !  heee ~ Melangkah masuk je Restoran Golfer's Terrace, terus rasa macam dekat kampung sahaja . Restoran dihias dengan keadanya gerai gerai umpama bazar memberikan suasana berbuka puasa yang sempurna bagi ai ;)) Restoran Golfer's Terrace mempunyai dua tempat makan iaitu tidak berhawa dingin dan berhawa dingin. ai memilih untuk berada di tempat berhawa dingin la.. of cos hikhikhik ~ 

masuk masuk je A'Famosa Resort, terus nampak replika rumah Melaka..
welfie satu !

Buffet Ramadhan A'Famosa di sini
Restoran Golfer's Terrace 

 Ruang makan yang tidak berhawa dingin #1

 Ruang makan yang tidak berhawa dingin #2

  Ruang makan yang berhawa dingin #1

 Ruang makan yang berhawa dingin #2




Serius rambang mata, tak tahu nak makan yang mana satu.. menu terlampau banyak. semuanya nampak sedap heee ~ untuk permulaan ai round dulu untuk lihat juadah yang ada.. kali kedua baru kita aim mana yang nak makan. jangan tamak... tau tau....  eh, jom ai is belanja korang gambar menu juadah di Buffet Ramadhan A'Famosa tempoh hari... belanja gambar jela kan tapi hihihi ~ 


 masakan tradisional di sini 




 WAJIB ada . WAJIB cuba. SEDAP !



 Nasi Briyani ni memang SEDAP !!!

tak lupa juga segala jenis kuih muih orang Melakaaa ;))





 ai cuba ini. SEDAP. daging lembut. black pepper dia WIN !





 paling ai suka INI. ai makan bertambah. cicah dengan sos, sedap terangkat !!!





 
 pelbagai jenis minuman yang ada.
Cumanya minuman ini berada di tempat makan di luar, jadik, kami yang berada di dalam agak susah nak ulang alik amik air. next time mungkin, pihak A'Famosa boleh sediakan minuman untuk tempat makan yang didalam pulak ye? 



 rojak


 SEDAP SEDAP SEDAP !! kalau disediakan pulut sekali LAGI SEDAP ! heee

Section PALING Digemari !!


  

 
 ini sedap ! cepat sangat habis. tak restock ehh? ;p



 bape kali ntah ai ulang alik ke sini. 
HAHAHAHA



Semua menu yang ai cuba, semua sedap. aduii.. nak makan semua tapi perut kecik jek. terpaksa la amik untuk setakat merasa sahaja. tapi bab dessert memang terjah habis. . penuh gak la meja kitaorang hari tu. kenyang plus sedap semuanya....................... serius ai selesa untuk makan disini. sesuai sangat kalau nak berbuka puasa bersama keluarga pulak ;)) 

 penuh tak meja kami.......... wiiiiiiiiiii ~

wakil geng makan dari #KelabBloggerBenAshaari
di food tasting Buffet Ramadhan A'Famosa Resort



Korang yang berada di Melaka, sempat lagi ni kalau nak cuba berbuka puasa di A'Famosa Resort. kang tak cuba menyesal tak sudah. setahun baru jumpa Buffet Ramadhan ni tau. heee ~ kat bawah ai sertakan maklumat untuk korang yang berminat.. terjah jangan tak terjah yekkk ;)) selamat menjamu seleraaaaaaaaaaaaa ;)) yummyyyy happyyy tummyyy ;))

nah senarai menu yang ada,






Info,
Buffet Ramadhan di A'Famosa Resort Hotel 
Alamat : Jalan Kemus, Simpang Empat, 78000 Alor Gajah, Melaka
Call Booking : 019-600 3517 / 06-552 0888 (ext:88874)
Website : www.afamosa.com
Facebook : afamosa.my
Instagram : @afamosaresort
We Chat : afr6033







Yang teringat ingat bubur durian dia, hmm dapnyaaaa ;))
signature ms eida

6 comments:

  1. wahh sakan tu...sedap tgk nye..hihih

    ReplyDelete
  2. Daaaaa.cantiknyaaaa ada the pictureew.i loikeee

    ReplyDelete
  3. ida kalau review makan memang terbaikk..menaikkan selera orang nak pegi tauuuu.. gambar tu semua mabelesss nyaaa

    ReplyDelete
  4. wahhhh banyaknya makanan.. kalau dekat mmg dah pi dah..

    ReplyDelete
  5. wahhhh..sume nmpk sedap2..tambah2 desert2 tuuu..perghhhh..meleleh ailio..

    ReplyDelete
  6. murahnye eida.. RM45 makan macam tu.. tahun depan la kalau nak try pon.. hehe.. last stay a famosa.. 4 tahun lepas..

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page