Tuesday, July 14, 2015

Iftar bersama National Kidney Foundation dan Lion Club di Klang Parade

Bulan Ramadhan 2015 membawa satu seribu makna kepada 5 buah keluarga yang mempunyai sakit buah pinggang dari National Kidney Foundation Malaysia (NKF) kerana Klang Parade sudi menggembirakan hati mereka di kala sakit yang menimpa. bukan calang calang pihak sudi mengadakan sesi berbuka puasa dan shopping sakan untuk mereka yang kurang bernasib baik ini. Tahniah kepada Klang Parade atas usaha murni ini.. ;))

Iftar Bersama Klang Parade & Kelab Lions


Ai bersama beberapa rakan blogger yang lain sempat meluangkan masa untuk berbuka bersama pesakit buah pinggang ini. Sedikit sebanyak kita bantu untuk mengembirakan hati mereka kan? ai tahu sakit yang diaorang tanggung sebabnya ai juga adalah anak kepada seoarang yang mempunyai sakit buah pinggang. Abah ai. sekarang tengah menjalani rawatan dialisis seumur hidup. Sedih hidup kene bergantung harap pada mesin ni tau. Hanya mereka je yang tahu sakit dia macam mana. Jadi, kita yang sihat ni, kalau tak boleh bantu dari segi lain, mohon laaaaaaa ceriakan hidup mereka. aminn


di tengah tengah Klang Parade
ohsem kan dekorasi sini?



9Julai2015, sampai la kitaorang (the bloggers) di Klang Parade untuk meraikan pesakit pesakit ini. Ini kali kedua ai sampai sini. Sedia maklum, Klang Parade dah makin selesa, besar, lawa , parking mudah. . Majlis Berbuka Puasa di bahagian tengah tengah Klang Parade. Lawa dekorasi Hari Raya Klang Parade ;)).. Sebenarnya sebelum kami sampai, kelima lima buah keluarga ini dah dibawa round satu Klang Parade untuk shopping raya. bestnya kan? Lepas sudah shopping sakan untuk hari raya, baru lah majlis dimulakan dengan berbuka puasa..


para blogger jemput makan semua ;))
bismillah



Majlis diserikan lagi dengan kelincahan petah berkata kata, Baki Zainal yang menjadi host pada malam itu. kelakar jugak abam Baki ni hehe ~ Tak lengkap laaaa kalau kita tak ceriakan hari mereka dengan kehadiran artis artis tanah air. Sapa? Dina Nadzir, Aesar Mustafa dan Azizi Zakaria.. sambil layan persembahan mereka, sambil makan. dan beramah mesra dengan keluarga pesakit buah pinggang... 

 bersama Dina Nadzir
  
bersama Aesar Mustafa
sedap suara dia



Selepas acara persembahan artis, acara yang ditunggu tunggu. sesi pemberian ikhlas duit raya, dan hamper raya dari Klang Parade buat mereka mereka dari NKF. yeayyyy. . seronok nampak diaorang happy. sedikit sebanyak beban nak sambut hari raya dapat dikurangkan dengan bantuan ini.. 

 pemberian duit raya dari Klang Parade 

 blogger bersama Kelab Lions

antara bloggers yang hadir memeriahkan lagi majlis ini



Info, 
Klang Parade
2112, KM2 Jalan Meru,
41050 Klang,
Selangor.
03-3343 7889

Facebook : Klang Parade 
Instagram : @KlangParade

Waze : Klang Parade








Yang berharap mereka gembira !
signature ms eida
Read More ->>

Restoran Rumah Thai di Taman Melawati


Restoran Rumah Thai di Taman Melawati   |  Macam pernah dengar kan nama restoran ni? Bila ai ajak family berbuka puasa di sini, diaorang sebut sebut Restoran Rumah Thai di Taman Melati (dulu sederet dengan Leha Kelfood).. ye betul TAPI bermula pada Ramadhan 2015, Restoran Rumah Thai sudah berpindah di Gaya Melawati di Taman Melawati.. walaupun lokasi sudah berpindah, korang jangan risau, harga masih sama, tukang masak masih sama, yang penting TIADA GST dikenakan heee ~ ohh ini lagi penting, WIFI FREE HAHAHAHA 

 
depan kedai. signboard tak naik lagi. nama akan dikekalkan as Restoran Rumah Thai



Lokasi Restoran Rumah Thai yang baru ini mempunyai lebih banyak tempat letak kereta.. mudah sangat kesini.. WAZE sahaja AM Bistro Melawati.. cumanya mungkin korang akan terlepas pandang kedai ini sebabnya signboard masih belum ada. baru pindah kan? kerja kerja renovation dalam kedai pun masih dijalankan.. cumanya restoran ini sudah dibuka untuk pelanggan-pelanggan ;)) kawasan dalam kedai pun bertambah luas.. sangat selesa kalau datang bawak keluarga ke sini.. 




Kelmarin ai datang berbuka puasa di sini bersama keluarga.. siap siap call tempah meja .. dinasihatkan kalau korang ingin datang berbuka sini , sebaik baiknya call dulu. sebab selalunya restoran ini full house. benda sedap kan? ramai lah terjah heee ~ ai dah siap siap order menu. apa ai order ehh? 


Ai memilih Set Menu Deluxe 8orang makan, 

 Tomyam Campur
tomyam dia memang kaw ! sedap ! banyak isi dalam. xde la sayur semata je kan? next time datang boleh pekena tomyam songkhla pulak . dengar citer yang itu pun sedap meletop!

Siakap Steam Halia
abah ai makan tambah berkali kali. suka sangat lewteww? dia kata isinya lembut. senang telan. takyah kene banyak kali mengunyah. heee ~ orang tua kannn

 Udang Tepung

Ayam Gajus
INI WIN jugak................. ai sempat rasa secoet jek sebabnya lain dah habis di makan oleh adik beradik yang lain... sedap sangat lewteww !

Kailan Ikan Masin

Udang Butter (add on)
 dalam set menu yang ai order ni, tak de udang ni. TAPI disebabkan banyak review cakap, udang butter PALING WIN, harus lah ai order dan rasa..... dan hakikatnya, MEMANG PALING WIN ! segala serbuk serbuk dia ai boleh ratah cenggitu jekkkkkkkk.. sedapnyaaaaaaaaaa

Sagu Puding
ini memang favourite ai.. ai balun sampai dua mangkuk. kekekkeke ~



Bestnya jika korang berbuka puasa di Restoran Rumah Thai ni, ada promosi Ramadhan. FREE air sirap/air kosong, kurma dan pencuci mulut untuk semua pelanggan yang datang. pencuci mulut setiap hari akan berubah ubah. macam kelmarin ai datang, ada kuih pisang dan kuih seri muka.. adik ai berkali kali repeat ambil kuih seri muka tu. sedapnya lahaiiii..................... serius !




Korang jangan risau, owner Restoran Rumah Thai ini asalnya dari Tanah Merah Kelantan, Puan Nas. Puan Nas malu sikit nak tunjuk muka heee, kalau tak ai dah tepek dalam blog ni haaa ~ bila owner ni Melayu harus la ada surau yang disediakan. bawak aje telekung k? habis solat ayuh sambung makan lagi . . . 
surau


 luas kan keadaan dalam restoran? selesa sangat.. sejuk. kalau tak sejuk, kompem abah ai dah ajak balik. hee ~ ni lama jugak ai melepak kat kedai ni sampai pukul 9malam hehehe..



Okay kejap nak bagitahu korang ni, tak semestinya korang datang untuk berbuka puasa tau. Restoran ni pun buka setiap hari selepas raya. . tiada cuti. dari pukul 11pagi sehingga 11malam.. Puan Nas cakap, menu ada lain sikit masa operasi hari biasa. ada pulut mangga . ada rojak. sedapnyaaa.. nanti nak datang sini lagii.. jom korang?

ifthar bersama keluarga. semua cakap sedap sedap sedap.
ida bagi empat bintangggg yeayyy !


" Good Food, Good price, Good Ambience "



Info untuk korang,

Alamat :
Restoran Rumah Thai
B-4, G-2, Gaya Melawati, Taman Melawati

Call untuk booking :
Restoran : 03-4162 8207
Ema : 018-278 2460

Waze: AM Bistro, Taman Melawati (Bersebelahan Kedai Mamak)
GPS: Lorong Selangor, Taman Melawati 

Facebook: Restoran Rumah Thai 

Waktu Operasi :
Isnin-Ahad
11pagi - 11malam








Yang pasti datang lagi !!!
signature ms eida
Read More ->>

Monday, July 13, 2015

Healthy Food For Delivery | Epic Fit Meals

Healthy Food For Delivery  |  Epic Fit Meals  |  Ai suka makan healthy food. kadang kadang ai buat sendiri je dekat rumah.. pratha chicken grill la ape la.. TAPI tak sangka sekarang dah ada Healthy Food for Delivery.. dah ada penghantaran laahhh.. macam kita order pizza hut ke kfc ke mcd ke. macam itu laa. bezanya, ini adalah makanan sihat..... ini BEST ! ;)) Epic Fit Meals Co satu satunya yang membuat penghantaraan menu makanan sihat kepada kita.. taknak cuba ke?




selalu kita bayangkan makanan sihat ni TAK sedap kan? tapi percayalahhh menu dari Epic Fit Meals Co ni lain dari yang lain. kelmarin ai berpeluang untuk mencuba. memang kene pada tekak ai. walaupun bukan tekak hubby, but its okay, slow slow ye sayang? jom tengok menu. mesti korang terkejut hehehe ~


Menu makanan sihat dari Epic Fit Meals antaranya ada pizza. 
bukan sebarangan pizza. ni pizza versi sihat punyaa . .

Gourmet "Flying" Pizza ada 7flavour :
 
TriColour Margarita 380kcal RM17.80
Epic's Italian flag pizza with red tomatoes, white mozarella and green basil. Its a vegeterian delight.

Shrimpy Affair 489kcal RM19.80
A delicious taste of the sea combining flavours of fresh prawns. real mozarella cheese, cherry tomatoes and English parsley

Sam's Hawaiian Luau 509kcal RM19.80
A luau (feast) of real mozarella cheese and spiced lean chicken strips, onions and pineapple.

Pizza Epic Pesta RAYA Special *new
3A : Apple, Ayam & Api 545kcal RM 19.80
Fiery Pizza with minced chicken, real mozarella cheese, onions and caramelised apple.

Pizza Epic Pesta RAYA Special *new
Nasi Lemak Pizza 591kcal RM19.80
Our original and special tribute to the nasi lemak and it includes spiced lean chicken strips, eggs, peanuts, achovies, cucumber, eal mozarella cheese and of course our fire S.O.S

OZ'Beef Delight 567kcal RM19.80
Delightful combination of pulled Australian beef, pineapple, onions, tomato and sesame seed.



Serius pizza dia semua sedap sedap. ala ala crunchy sikit. pizza dia sikit pun tak guna tepung yek TAPI sebaliknya menggunakan bread crumb dan beberapa bahan lain........ tu yang menjadikan pizza diaorang ni healthy ;)) okay selain pizza, Epic Fit Meals juga ada ayam. 


Epic Chicken ada dua jenis :
iaitu Epic Chicken Grilled 249kcal
dan Epic Chicken 'Fried' Chicken Schnitzel
Ala carte Grilled RM12.80 , Fried RM13.80
Chicken Combo 1 (chicken + sos + 2 side + 1 Epic Side) RM15.80(Grilled)  RM16.80(Fried)
Chicken Combo 2 (chicken + sos + 2 side + 1 Epic Side) RM20.00(Grilled)  RM21.00(Fried)

keenakkan ayam-ayam ini bila korang diberi peluang untuk memilih sos sendiri. ada tujuh jenis sos. iaitu Eziki (70kcal), OZ's Babie-Q (91kcal), Bonza Peppa (96kcal), Apple Salsa (25kcal), Country Gravy (52kcal), Curry Grande (241kcal) and Fire S.O.S  (61kcal).. ai sempat merasa beberapa ayam bersama sos-sos yang meletopsss ni, jom ai belanja gambar je !







selain pizza dan ayam, Epic Fit Meals ada Sides Dish.. diorder secara ala-carte.
diantaranya ialah :

Crunchy/Fire Chookies 233kcal  RM5.80  &    Mashed Sweet Potatoes 271kcal  RM5.80

Spiced Baked Wedges 132kcal RM4.80

Frugertii 98kcal RM5.80

Aglio E Olio  297kcal RM5.80

Garden Salad 91kcal RM4.80

tekak melayu mesti nak nasik kan?
Epic Fit Meals ada menyediakan nasi versi sihat hihi
Cilantro Lime Rice 217kcal RM4.80 , Brownie Oat Rice 176kcal RM4.80
 & Epic's Cauli Rice 134kcal RM5.80

yang diaorang makan ni Epic Artisan Wrapper. Ada 7 jenis wrapper. semuanya healthy hihi
RM12.80 setiap satu harganya



amacam? sihat kan menu menu dia? setiap menu yang disedikan ada pengiraan kalori. untuk memudahkan kita mengira kalori kita.. perghhh terbaik ah ! kan? minuman yang ada di Epic Fit Meals hanyalah Juice sahaja dan Mineral Water. korang carik teh tarik? memang tak da sorry HAHAHA


Epic Fit Meals ada 4 jenis juice
iaitu Red Apple Honey Smoothie 79kcal  RM8.80
Coolie Beauty 41kcal  RM7.80
Classic Trifecta 78kcal  RM 7.80
Agua Mello Smothie 61kcal   RM 8.80   **Epic Raya SPECIAL

ai minum semalam Apple Smothie dan Coolie Beauty. hihi. Apple tu sedappp !!!


Epic Fit Meals sebenarnya fokus kepada delivery services.. masa kitaorang datang, memang waktu puncak mereka terima order bertubi-tubi.. kawasan agak strategik sebabnya, area Cafe Epic Fit Meals ada gym gym yang berdekatan. so orang orang gym situ banyak order dengan Epic Fit Meals. . WALAUbagaimanapun, korang dialu alukan jugak untuk makan dicafe (dine in) cumanya tempat adalah TERHAD..



Cara order di Epic Fit Meals, simple jek. korang dial 03- 7733 3375 , pilih makanan yang korang nak. ada ala carte. ada combo chicken. jika pilih combo chicken boleh la pilih side dish tapi side dish jugak boleh di add on. tak jadik masalah ... nak order pizza sahaja ke. nk order wraps sahaja ke. call sahaja. Masa penghantaraan adalah 45minit.. TAPI, kawasan penghantaraan adalah terhad.. setakat ini hanya di Kota Damansara dan Tropicana area sahaja ;)) Tapi jangan risau, Epic Fit Meals akan buka branch lain tak lama lagi... yeayy ! Cheras pleaseeeeeeeeeeeeeeee . . 



terima kasih  Epic Fit Meals sudi ajak kami bloggers berbuka puasa disini 
dengan menu makanan sihat !! 




Info,

Call For Delivery : 03- 7733 3375
Opening Hours : 11am-11pm (last order : 10.30pm)
Kota Damansara and Tropicana areas ONLY

For dine in :
Alamat Kedai Epic Fit Meals Co
E105, Block E, East WingMetropolitan SquareJalan PJU 8/1
Bandar Damansara Perdana
47820 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Apa menu menu nya korang leh jenguk website dibawah;
Webiste : www.epicfmco.com.my
Facebook : Epic Fit Meals Co 
Instagram : @EpicFitMealsCo











Yang rekemen sapa sedang berdiet datang SINI !,
signature ms eida
Read More ->>

Thursday, July 9, 2015

Cash Out Nuffnang Kali ke-3

Bukak FB penuh timeline kawan kawan bloggers dok tayang cek dari nuffnang, wahh bestnyaaa . . pandai korang timing cash out nuffnang time nak dekat raya ni kann. alahhh menyesall tak buat jugakkk hukhuk ~ ai cash out awal Julai hari tu. cadang nak dapat lepas lepas raya TAPI bukan kegunaan untuk raya , nak simpan dalam tabung travel anyonyonyonyoooooo huuuiii ~







selamat dah cash out awal bulan hari tu. nanti dapat lah kot bulan depan ke, bulan lagi satu ke, ntah.. tunggu je. hihi.. tak rushing pun.... nak guna bulan november nanti heeee ~ berapa? ala malu laa nak bagi tahu, korang punya banyak riban riban kan.. ai is sikit jekk.. tiga angka. hihi. nanti dah dapat baru cerita laa.... segan lak nk gebang benda tak dapat lagi HHAHAHAHHA okbai ngantuk ~



1st cek SINI
2nd cek SINI








Yang tak tazabarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr,
signature ms eida
Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page