Thursday, June 11, 2015

Drama Novel Maid Astro

Drama Novel Maid (Astro) tak lama lagi nak siar dah dekat Astro Ria @ Astro Maya HD. Rumah ai tak da Maya HD so kita tengok dekat RIA sudahh ~ hehe. Ai memang tertunggu tunggu Drama Adaptasi Novel MAID ni. sebab apa? pelakon dia laaaa.. Gandingan Serasi Layar Perak ABP2014 weiii. Sapa lagi kalau tak, abam sado Zul Arifin dengan muah ciked, Ayda Jebat. HAHAHAHA


Siyes ai suka benor tengok diaorang berlakon. peminat ni Drama Cinta 200% weiii. HAHAHA gila drama betul laaaaa.... so nak set time, setiap Isnin-Jumaat Astro Ria, pukul 10pm, ai nk terpacak depan TV hihikhik ouhh abam sadooooo   ;p


Drama Novel Maid Astro
Lakonan Zul Arifin as Mr.F
Ayda Jebat as Noorul
Start 15Jun2015
Isnin-Jumaat Astro Ria @ Maya HD pukul 10pm


(sinopsis ni ai google jekk hihii)

Mengisahkan kehidupan seorang gadis bernama Noorul yang menjadi pembantuRUMAHDI RUMAHmewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang sangat cerewet sehinggakan Noorul mengelarkannya Mr.F (F jolokan untuk ‘fussy’). Noorul pernah bekerja di sebuah kilang tetapi telah ditutup dan menjadi penganggur seketika sebelum membuat keputusan untuk menjadi orang gaji. 

Mr.F seorang yang tidak mesra alam, suka menengking dan suka memberi arahan dengan meningggalkan nota di serata rumahnya. Pada suatu hari Mr. F menyuruh Noorul memasak Nasi Beriyani untuknya, huru-hara dibuatnya apabila Noorul tidak pandai memasak melainkan masak nasi, air dan manggi. Disebabkan itu, Noorul nekad untuk belajar memasak dengan menghadiri kelas memasak Chef Aidil. Lama-kelamaan mereka mula mengenali, Noorul mula jatuh cinta dengan majikannya.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan untuk menutup malu dan mahu menjaga reputasi perniagaan keluarga Tan Sri dan Puan Sri. Noorul yang memendam perasaan cintanya kepada Mr.F mula gusar bolehkah dia menerimnya sebagai isteri. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?



tazabarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr ! hihi
korang ada novel dia?
nak pinjam ngeeeeeee ~







Yang kaki drama kaa? pastu emo sorang sorang kalau ending TAK BEST HAHAHA
signature ms eida

4 comments:

  1. tak sabar tgk citer ni, citer Isteri separuh masa dah habis...

    ReplyDelete
  2. hahaha..iye la klu ending xbest nk jd ijoow rase..
    xsabar nk tgk ni..

    ReplyDelete
  3. huhu... jrg tgk drama astro..sbb asyik buka tv3 ajer

    ReplyDelete
  4. Assalam ida,
    oooooooooooo
    ok bai

    psst : motip sangat nak komen :P

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page