Sunday, May 10, 2015

Majlis Menandatangani Artis di bawah Naungan GSR Malaysia Production & Pelancaran Single Lagu Raya "Nur Aidilfitri"



29April2015 yang lalu, bertempat di Bridge Bar, G-Tower Hotel Kuala Lumpur, dimana telah berlangsung Majlis Menandatangani Artis di bawah Naungan GSR Malaysia Production & Pelancaran Album Single Raya "Nur Aidilfitri" . Ai berpeluang bersama beberapa rakan blogger hadir sebagai Media Blogger ke majlis tersebut. 

Kami datang as Media Blogger.
suka jumpa artis hihi



Sedikit informasi mengenai GSR Production, ianya merupakan salah satu cabang perniagaan yang dikendalikan oleh Global Station Resources Sdn Bhd yang diterajui oleh Zulfitri Zhu Feng Tao sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Amilathon Jamaluddin sebagai Pengarah Operasi Global Station Resources Sdn Bhd. Global Station Resources Sdn Bhd telah melebarkan sayapnya dengan berkolaborasi bersama stesen televisyen tempatan seperti RTM, Media Prima, Astro, TV-Alhijrah, TV Pengguna dan Bernama. Melalui perkhidmatan produksi, beberapa artis 'in house' telah dipilih untuk bernaung dibawah GSR Production. Mereka kini giat mengembangkan bakat dan mencipta nama di dalam industri lakonan tanah air. 

GSR Production


Mereka yang terpilih ialah :

 Azrel Ismail
Bukan Remy Ishak ye kawan kawan. Bakal muncul dalam drama Fajar Di Bukhara

 Elya Miera
kenal tak ? ni kan PA Kyra Lydia dalam Teman Lelaki Upahan heee ~

 Ikram Rashid
memulakan drama pertamanya dengan RTM iaitu drama Tarbiah Cinta

 Kamal Rezuan
menempah nama dalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan.
patut macam familiar kan? best juga lakonan dia

 Lia Asmizza
Kenal takkk Cikgu Edrina dalam drama Hati Perempuan? ini la orangnyaaa hee

 Liza Semion
Sapa tengok Suami Sebelah Rumah?
Best takk lakonan Liza? hehe

Syaffiq Sahli
popular dalam drama Asam Pedas Untuk Dia





Majlis bermula sekitar pukul 4pm.. Majlis Menandatangani berjalan dengan lancar. Selain daripada Majlis Menandatangani Artis Naungan GSR, pada hari tersebut juga mereka telah melancarkan single raya "Nur Aidilfitri" - Pulanglah di hari raya, yang dicipta oleh Cat Farish yang mana turut menyanyikan lagu tersebut ialah Azrel Ismail, Syaffiq Sahli, Tiga Swagger dan Hanarose. 

Majlis Menandatangani Naungan Artis di bawah GSR Malaysia

Tiga Swagger dan Hanarose


Diucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua Artis artis baru. Semoga dapat mewarnai Industri Seni Tanah Air kita dengan bijaksana, elakkan kontroversi. Mantapkan lakonan. Ikhlas dari peminat drama Melayu kikikikiikikiii ~ okbaii



ajak welfie bersama. sporting semua
keep up !




SOKONG LA ARTIS TEMPATAN !








Yang suka tengok drama Melayu,
signature ms eida

6 comments:

  1. bestnya dapat pi event camni..
    moga artis baru ni jadi artis yang berkaliber!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan moga menjadi artis yg besssttt !! hihii

      Delete
  2. yang suka tgk cikgu edrina muka manis sangat ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn die pun depan2 lembut jeee orangnyaa heeee

      Delete
  3. Assalam ida,
    waaaaaaaaaaaaaaa
    sonoknya jumpa retis uols :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam kak,
      sonok kakkkkkk.. tapi lelama bosang kot HAHHAHHAHA sbb artis lupa kitaaa.. pls pls jgn lupaaa hihiihiih

      Delete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page