Sunday, May 24, 2015

Dip N Dip The Curve Damansara


Ai tak pernah makan Dip N Dip. . Baru beberapa lepas ai ajak gula hati pergi makan sana. Nak merasa jek sebab terliur dek abah careno makan. boleh? ai kan cepat terpengaruh plus sekarang tengah 'cuti', hormon nak manis manis jekkk.. tekak suruh badan gemok! muahahahhaha ;p Secara kebetulan hari Rabu lepas ada preview filem di The Curve, alang alang kita ke Dip N Dip The Curve laaa heeeeeeeeeeeeee ~ sukanya mencipta alasan sebegitu kuikuiiiiii ~


Kalau lapar jangan pergi sini sebab menunya semuanya berasaskan COKLAT ! 
Apa yang kitaorang order ?

Dip Crispies RM13.50
satu mangkuk yang ada crispies rice dekat bawah, dipenuhi dengan coklat, dibahagian atas ada bertaburan mallow putih suci murni niii...... cara makan? gaul gaul gaul ngap! HAHAHA

 
Brownies Crepe RM28.50
boleh tak ai panggil dia lempeng? HAHAHA dah rasa macam seakan akan jek.hihi. 
lempeng yang dibahagian tengahnya ada brownies cake, lempeng di disaluti dengan coklat penuh. ada dark coklat.milk.white. . ini SEDAP!!! tapi cepat muakkkkkkkk   ;p



 disebabkan kitaorang takut muak, just order air mineral (RM 2.50) dan POLO Juice (RM15.50). Siyes ai rekemen korang order Polo Juice ni yang mana ai panggil dia air rumput haaaa.. hijau jek warna dia kan!


air rumput ni boleh tahan masam ada rasa pudina & lemon, memang sesuai untuk bagi "potong" rasa muak kita bile dah banyak makan coklat huuu ~ order ni tau! jangan la pulak makan coklat pergi order pun coklat. haaa pengsannnnn nak menghabiskan hikhikhik  ;p


mungkin ada orang yang kata coklat je pun. tapi penggemar coklat rasa lain tau. jangan hina kami HAHAHAHA.. biasalah tekak orang lain lain kan. rilekss. dunia ni sementara jek. hadap selagi boleh hadap. ehhhh?  ;p korang tak teruja, tapi ai giler sangattt teruja! masa sampai tu rasa nk order semua.............. rasa nak itu ini. heyy *tepuk poket* ohh nipis jekk. so kita order berpada pada yekk hikhikhi.. actually satu menu coklat korang boleh je share sebabnya percayalahhhhh MEMANG TAKKAN HABIS PUNYA. muak babe.............................. tapi ai gigih makan. .


teruja nyaa saya.. hm dap dap dappppppp



sambil makan sambil chatting.. just rileks. take ur time to feel the taste cewahhh ~~ juga sesambil makan kita selfie hihihi. nasib laaa masa tu tak ramai orang. so buat bising gelak berdekah dekah pun, tak da halllll  ;p


selfie selfie selfieeeeeee




ohh ya, banyak lagi menu yang ada di Dip N Dip ni..
nahh ai tepek sini buat rujukan korang yang pergi nanti, boleh sesiap planning nak order apa, sedia duit banyak sikit. sini harga mencekik sikit. HAHAHA



 


 

pilih jangan tak pilih heee ~ 





Total kami makan pada hari tu is RM69.60.
Berbaloi? akan datang lagi?
okbaiiiii  ;p



Alamat :
No.1B-2 1st Floor (kedai di LINK 2 E-Curve)
The Curve, Mutiara Damansara
03.7733 4442
Buka 11.30am - 11pm





Yang rasanya boleh buat sendiri ni, kata tokey coklat! hihi
  signature ms eida

22 comments:

  1. wahhh...sedapnyaaa....dah 2 tahun tringin nak makan dip n dip ni...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua tahun mengidam?? amboii lama sangat ni.. nak kene pergi cepat2 niii HHAHAHHA

      Delete
  2. eeeee teliyorrr tgk memanis camni...penggemar desert no 1...hikhik

    ReplyDelete
  3. mmg nmpk keterujaan disitu..kat sini x byk pilihan restoran y best2 camni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe mmg teruja habiss niii.... sini tu mana? eh lya duk mana ehhh

      Delete
  4. eida.. fifi pergi hari tu.. order 'lempeng' biase.. triple choc kot namenye.. ala2 eida punye brownies.. cume takde kek tu la.. punye la susah nak habis.. makan 3 orang.. haha.. kene pulak member order smootie.. walaupon strawberi.. tetap muak.. masak nak habiskan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah ade pasan yg biasa punya. kan? coklat die terlmpau banyak sampaii muak, satu dish kene makan 10 org kekdahnya ! HAHHAHAHHAHA

      Delete
  5. semalam baru pergi kat ioi.. saya suka waffle dia nyums!

    ReplyDelete
  6. kak juju pun x pernah mkn dip n dip...tinginnnyaaaaa lahai...sedap kan...order sikit2 pun jadilah...rege pun leh tahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ju order satu dish makan tiga orang k! hahhahahaa

      Delete
  7. mahal tapi berbaloi kan?hikhik..dap dap dap..yg ktorg mkn aritu pun fettuccini tu mcm lempeng la jgk..hahaha..lebih sesuai namanya lempeng coklat..hahaha..ehh..tokey coklat blh mkn kt umah la..hari2 bllh buat..hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. berbaloi plus muak HAHHAHHAHAHHA.. boleh buat je hari hari tapi MALAS la ila kekkeee

      Delete
  8. Assalam ida,
    he3
    tiap kali nengok gambor tersengeh itu mesti akak gelak :P
    nampak benor teruja :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam kak,
      hahahhahahahhahhaha yeke kak? mmg sebenor benornya terujaaa nii hahahhaa

      Delete
  9. Sdap nya.boleh serbu ni..ada logo halal tak?

    ReplyDelete
  10. Em dah lama dah craving dip n dip ni 😭 teringinn . harga pun boleh tahan . tak terlalu mahal . nanti nak try lah . dkt sunway pyramid pun ada kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sunway tak pasti sbb ida pergi yg kat the curve ni.. try tgok kat website die ehhhh

      Delete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page