Tuesday, May 26, 2015

Buffet Ramadhan 2015 Bangi Golf Resort


Buffet Ramadhan 2015 Bangi Golf Resort  |  Sempena Bulan Ramadhan 2015 yang akan datang tak sampai sebulan je lagi, Bangi Golf Resort Restoran menawarkan Buffet Ramadhan yang akan bermula pada 21Jun2015 sehingga 15Julai2015. Bangi Golf Resort menawarkan pelbagai jenis sajian istimewa sehingga ke 200 pilihan ! Termasuklah masakan Melayu, Sajian Barat, masakan Timur, segala jenis dessert dan semestinya tarikan UTAMA Bangi Golf Resort iaitu Kambing Bakar dan Sup Kambing Mamak  ~ yummy !

Bangi Golf Resort


Korang jangan risau Bangi Golf Resort ini merupakan salah satu resort di Malaysia yang ada Sijil HALAL daripada JAKIM.. boleh makan dengan senang hati.. meh nak tayang sajaaaa bagi korang semua terliur kehkehkehkeh ;p

UTAMA, KAMBING BAKAR. 
WAJIB okay bila korang Ramadhan nantiiii ;))














okay okay itu sebahagian dari lauk pauk yang ada. jenuh haii banyakkkk sangattttt makanan.. phew ~ belum masuk bab dessert? paling best tahun ni ada ice cream weiii. tahun lepas xdokk. hikhik.. sampai nak balik ai aim je ice cream ni. machem budak budak hihiihihi ~

over mak jemah makan ice cream!







telur ni korang patut cuba! rare jugak rasa dia 

churos cicah coklat pon ado !!

ini pun rare. kurma ada almond ada daging. haaaa mampu?
rasa boleh tahan sedap !!!
(credit pic to kak Salina Johari)



amacam? ada terliur? jangan lepaskan untuk Berbuka Puasa di Bangi Golf Reseort ni tau. Semua kemudahan ada jangan risau. ada surau disediakan. ada parking selesa FREE. . ruang makan besar. . Yang paling BEST, pada masa yang sama kita sedang makan, kita akan dihiburkan dengan Alunan Muzik Melayu Tradisional yang didendangkan LIVE oleh sebuah kumpulan kugiran dari pukul 6.30pm sehingga 9.30pm SETIAP HARI.

lagu raya satu kakkkkkkkkk   ;p

 

korang pun boleh jenguk #BGRMakan2015 di Instagram



Thanks to Bangi Golf Resort , sekali lagi tahun ini invite rakan rakan bloggers untuk memeriahkan Preview Buffet Ramadhan 2015 ini. tahun ni ai angkut sekali my family hee ~ selalu pergi food review sorang sorang kali ni ai angkut sekali. . my family nak nak my mom memang suka makan buffet. mak pergi tala kambing dulu wakkakakkaa... syabas mak ! makan puas puas, anga belanja ni kekekekee ~

angkut satu family !
teka mana kakak ai? mana adik ai? mana emak?
hihi
(bukan iklan ice cream hihihi)

dia adalah pengikut setia.
sokmo ikut pergi food review TAPI
tak gemuk gemuk jugak
susahhhnyaa nak bagi dia gemukkkk HAHHAHA



Tahun ni seperti biasa Bangi Golf Resort  tidak mengecewakan. rasa sedap itu lagi BEST ! ruang dewan makan LAGI BESAR ! LAGI SELESA ! Parking dah banyakkkk.. WOW ! Syabas Bangi Golf Resort , makin tahun makin bertambah baik.................... Terima kasih lagi.. Tahun depan jemput lagi ya? ;p Takzabarrrrr nak pergi repeat Bulan Ramadhan nantii heeee ~ 

bersama Chef Kamaruddin, chef sporting habis malam itu!




Buat korang yang dah planning nak berbuka disini bersama family ke,
bersama rakan rakan ke, nk buat iftar gathering ke, boleh la ke sini .

Info, 
BUFFET RAMADHAN BGR RESTORAN 2015
Harga Buffet : Dewasa RM55, Kanak-kanan RM27 
Tarikh Mula : 21 Jun sehingga 15 Julai 2015
Alamat : No. 1, Persiaran Bandar, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Telefon Booking : 03-8925 3728
Website : Bangi Golf Resort
Facebook : Bangi Golf Resort

*tips : call booking tempat dulu JANGAN walk in, 
harga walk in MAHAL. hihi








Yang sedar tak sedar, dah nak hampir Ramadhan kita ,
signature ms eida

26 comments:

  1. kemainnn chef... ha ha ha, sebab chef dah biasa dengan kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah cef dah bertahun dgn kita. dah sporting hahahahhaa

      Delete
  2. wah....da kuruih La eida....

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk kurus ke? alaa syoknyaaaaaaa ahhahaha pasan !

      Delete
  3. ehh chef kamarudinnn..
    sedappp telur cheff..hahahah..telur sous vide tu laaa..
    alaa tahun ni tak dapat merasa, hope tahun depan BGR sudi invite aye ni taw..huhuhuh

    ReplyDelete
  4. bilaaaa nak repeat tuuuuuuu..jommmmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. ida pergi hari bekerja kot kak pink heeeeeeeeeeeee.. atapun 21hb tu tengok la cmne. pape wasap kekekkeee

      Delete
  5. tahun lepas pergi sini. sedap satu, byk pilihan makanan. rambang mata. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap BGR ni. tak bazir duit byr untuk berbuka sini heeeeeeeeee

      Delete
  6. pegi 2thn lps jer..tgk presentation makanan tu makin menarik..ms tu sesaknye lahaiii..klu dah makin besar, kira makin selesa la kan?ermmm..best jgk klu pegi iftar cni thn ni kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah dulu dwan ni xde lagi. skrg dah ade. bestnyee. besar sangat. harap tak la sesakk daaaa huhuhu

      Delete
  7. eida.. weekend lepas lalu area sini.. tahun ni macam wajib ke sini lagi!~

    ReplyDelete
  8. Assalam ida,
    waa
    rege dia murah laaaaaaaaa
    kalo kat penang ni nak murah lagu tu kaaaaaaa
    kena beli kupon voucher on9
    kalo pubclished rate mahai hokeyh
    sekian :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam,
      yeke? mmg mahal eh penang? sini murah sajok kakk. makanan pulak byk. mai laa buka sini kak hehehehhee

      Delete
  9. Mak oiiiii...kalau x jejeskan yaqyoq den xsah...sedappppppnyew hihik

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhahahahhah soryyyyyyyyyyyyyy. buka puasa sini ok!

      Delete
  10. untuk tempahan buffet ramadhan dibangi golf resot boleh hubungi wani 016-9645544 atau 016-2678284
    juga melaui email . bgrrestaurant@gmail.com

    ReplyDelete
  11. nanti puasa confirm nak datang berbuka kat sini.. makanan semua sedap2

    ReplyDelete
  12. Hmm saya pun sempat juga merasa menu yang ada di BGR ni .. memang banyak yang sedap, saya paling syok tgk menu asas kambing pun banyak ... sup kambing ala mamak memang best, sama macam saya rasa kat Hameed Penang ...

    Memang berbaloi saya datang dari Penang untuk test menu di BGR sempena Buffet Ramadhan 2015 .. dan tak sangka pula jumpa kawan wife masa sekolah rendah kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezekii dapat makan sedap. wahh datang dari Penang? gigihhh tapi berbaloii kan hehehhe

      Delete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page