Friday, May 15, 2015

Aku TAK FAHAM LELAKI ni nak apa sebenarnya??

 


Pagi ni, aku bukak blog. Ternampak satu blog tajuk yang macam aku dah agak da apa isi kandungan dia.. Aku bukak dan aku baca. Aku dah agak dah.. Tanpa disedari aku baca dan aku menangis. . bergenang air mata aku. Satu je soalan aku, LELAKI, korang nak apa sebenarnya????? 


Ada segelintir lelaki, yang perfect dimata aku, means ada rumah, ada anak, ada isteri yang pandai manage rumah/anak/ willing untuk bekerja untuk tolong support perbelanjaan rumahtangga, tapi END UP diceraikannya. KENAPA? kadang kadang tu aku suka berimiginasi kenapa dan kenapa.. apa punca penceraian, mostly kalau pasangan itu ada anak, yang menjadi punca adalah lelaki or perempuan tu ada SKANDAL ! Yang menjadi permasalahan aku sekarang ni, KENAPA DAH KAHWIN PERLU ADA SKANDAL ????? aku is TAK PAHAM okayy, korang faham? ;p


Kalau pasangan itu bercerai TAKDE ANAK, itu mungkin aku faham sebabnya punca tiada anak dan bercerai. ini biasa dengar. TAPI aku doa sangattt JANGANLAH jadik dalam rumahtangga aku. aku sendiri tak tahu aku ada peluang bagi anak ke tidak kat suami, tapi banyak kali aku cakap, jangan la jadikkan kekurangan kita tak da anak ni, punca kita TAK BOLEH HIDUP BAHAGIA ye sayang? awak buat la apa yang awak nak buat asal awak BAHAGIA disisi saya SELAIN awak kene CARI PEREMPUAN LAIN. please. . jangan la hina saya macam itu sekali. . 

Terima kasih sayang..

Dan berbalik pada tajuk di atas, LELAKI nak apa sebenarnya ni? dah ada segala tapi masih TAK PUAS.. ada kurangnya suami or isteri, setiap masalah ada penceraiannya. dulu tak ingat la ai dengar ceramah dekat mana, ustaz tu cakap macam ni 


"ada satu masa, rumahtangga kita akan dilanda UJIAN BESAR. ALLAH nak uji. Kalau kita lepas ujian tu, nescaya kita akan bahagia sampai bila bila sebab yang akan datang ujian kecik kita boleh tempoh............. sebab kita kuat bersama dgn pasangan kita. kita ada kekuatan tu. datang la ujian besar mana, slumber je tempoh."


Aah korang, ustaz tu sebut SLUMBER ! HAHAHA..... aku syak, ujian 5tahun hidup suami isteri tanpa anak inilah UJIAN BESAR kitaorang. sehabis baik aku akan pertahankan.. korang doakan yek! dan please lelaki lelaki luar sana, ISTERI KORANG ADALAH PILIHAN KORANG DULU, JADIKKAN DIA ISTIMEWA SAMPAI AKHIR HAYAT , JANGAN ADE DAH PEREMPUAN LAIN DIHATI KORANG...



Buat wanita yang terpaksa tempuh lelaki begini, aku harap korang TABAH. Tak da lelaki kita tak semestinya TAK bahagia. tak boleh hidup. kita masih ada ALLAH kan? Allah UJI SEBAB ALLAH SAYANG kitaaaa ;)) kalau kita adalah yang terbaik untuk dia, DIA akan datang balik dekat kitaaa ;)) kalau tak datang pun xpe, jangan hadap lelaki macam ni HAHHAHAHHA ;p



p/s : aah korang tak boleh komen post ni. saja aku nk meroyan sekejap. hihi








Yang emo lak tetiba *sorry*

signature ms eida
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page