Tuesday, May 26, 2015

Buffet Ramadhan 2015 Bangi Golf Resort


Buffet Ramadhan 2015 Bangi Golf Resort  |  Sempena Bulan Ramadhan 2015 yang akan datang tak sampai sebulan je lagi, Bangi Golf Resort Restoran menawarkan Buffet Ramadhan yang akan bermula pada 21Jun2015 sehingga 15Julai2015. Bangi Golf Resort menawarkan pelbagai jenis sajian istimewa sehingga ke 200 pilihan ! Termasuklah masakan Melayu, Sajian Barat, masakan Timur, segala jenis dessert dan semestinya tarikan UTAMA Bangi Golf Resort iaitu Kambing Bakar dan Sup Kambing Mamak  ~ yummy !

Bangi Golf Resort


Korang jangan risau Bangi Golf Resort ini merupakan salah satu resort di Malaysia yang ada Sijil HALAL daripada JAKIM.. boleh makan dengan senang hati.. meh nak tayang sajaaaa bagi korang semua terliur kehkehkehkeh ;p

UTAMA, KAMBING BAKAR. 
WAJIB okay bila korang Ramadhan nantiiii ;))














okay okay itu sebahagian dari lauk pauk yang ada. jenuh haii banyakkkk sangattttt makanan.. phew ~ belum masuk bab dessert? paling best tahun ni ada ice cream weiii. tahun lepas xdokk. hikhik.. sampai nak balik ai aim je ice cream ni. machem budak budak hihiihihi ~

over mak jemah makan ice cream!







telur ni korang patut cuba! rare jugak rasa dia 

churos cicah coklat pon ado !!

ini pun rare. kurma ada almond ada daging. haaaa mampu?
rasa boleh tahan sedap !!!
(credit pic to kak Salina Johari)



amacam? ada terliur? jangan lepaskan untuk Berbuka Puasa di Bangi Golf Reseort ni tau. Semua kemudahan ada jangan risau. ada surau disediakan. ada parking selesa FREE. . ruang makan besar. . Yang paling BEST, pada masa yang sama kita sedang makan, kita akan dihiburkan dengan Alunan Muzik Melayu Tradisional yang didendangkan LIVE oleh sebuah kumpulan kugiran dari pukul 6.30pm sehingga 9.30pm SETIAP HARI.

lagu raya satu kakkkkkkkkk   ;p

 

korang pun boleh jenguk #BGRMakan2015 di Instagram



Thanks to Bangi Golf Resort , sekali lagi tahun ini invite rakan rakan bloggers untuk memeriahkan Preview Buffet Ramadhan 2015 ini. tahun ni ai angkut sekali my family hee ~ selalu pergi food review sorang sorang kali ni ai angkut sekali. . my family nak nak my mom memang suka makan buffet. mak pergi tala kambing dulu wakkakakkaa... syabas mak ! makan puas puas, anga belanja ni kekekekee ~

angkut satu family !
teka mana kakak ai? mana adik ai? mana emak?
hihi
(bukan iklan ice cream hihihi)

dia adalah pengikut setia.
sokmo ikut pergi food review TAPI
tak gemuk gemuk jugak
susahhhnyaa nak bagi dia gemukkkk HAHHAHA



Tahun ni seperti biasa Bangi Golf Resort  tidak mengecewakan. rasa sedap itu lagi BEST ! ruang dewan makan LAGI BESAR ! LAGI SELESA ! Parking dah banyakkkk.. WOW ! Syabas Bangi Golf Resort , makin tahun makin bertambah baik.................... Terima kasih lagi.. Tahun depan jemput lagi ya? ;p Takzabarrrrr nak pergi repeat Bulan Ramadhan nantii heeee ~ 

bersama Chef Kamaruddin, chef sporting habis malam itu!




Buat korang yang dah planning nak berbuka disini bersama family ke,
bersama rakan rakan ke, nk buat iftar gathering ke, boleh la ke sini .

Info, 
BUFFET RAMADHAN BGR RESTORAN 2015
Harga Buffet : Dewasa RM55, Kanak-kanan RM27 
Tarikh Mula : 21 Jun sehingga 15 Julai 2015
Alamat : No. 1, Persiaran Bandar, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Telefon Booking : 03-8925 3728
Website : Bangi Golf Resort
Facebook : Bangi Golf Resort

*tips : call booking tempat dulu JANGAN walk in, 
harga walk in MAHAL. hihi








Yang sedar tak sedar, dah nak hampir Ramadhan kita ,
signature ms eida
Read More ->>

Monday, May 25, 2015

Cafe Nora Danish | Kopi Xoxo Bangsar


Cafe Nora Danish |  Kopi Xoxo Bangsar  |  dah lama aim nak pergi sini. biasalah food hunter. tengok je dekat IG mana mana cafe sedap sedap terus aim nak pergi. pergi sendiri bayar sendiri, jangan nak panas sangat laaaaaaa? hikhikhik . . .  Lokasi di Bangsar. tempat serabut banyak kereta HAHAHAHA redho pergi redahh jugakk.. ajak sekali geng kembar yang lain.. 

dari dalam kereta ai snap gambar ni. ok dah sampaii. 
banyakk keretaaaaaaaaaaa . . . parking sini susah ya amat !!!




Cafe Nora Danish |  Kopi Xoxo Bangsar  |  walaupun niat di hati nak selfie dengan Nora Danish (jika dia ada) tapi malangnya dia tak da, tak koser la nak stalk dia ade ke tak. just ada selfie. tak da xyah . yang penting, motif ke sini adalah Bubur Betty dan Pisang Cheese The Gorpis kehkehkekheh . . .  sampai sampai je mak aiii? ramainyaa umat manusia.. tempat dia tak da la besar mana. so, bile ramai orang, aku rimas HAHAHAHA . . meja penuh. so duduk sekejap tunggu giliran meja.. tak sampai 15minit , ai dah dapat meja. . cara order sini adalah pergi ke kaunter order dan terus bayar. ok? menu ada di kaunter nanti......

 suasana di dalam kedai.. pada petang ahad  


Apa yang ai order di Kopi Xoxo ni?

 of course, Bubur Betty untuk ai..
actually yang jaga kaunter masa ai datang tu Betty. ni menu dia lah ni
BUBUR BETTY ni TERSANGATLAH SEDAP ok !
Rekemen korang order !

 Dried Chilli Chicken untuk hubby ku..
Hubby cakap pedas sikit. set dia ada nasi dan telur mata ;))
yang mana ada set mesti ada nasi dan telur mata


 Hot Hazelnut Latte for me
dekorasi meja, pinggan love, semua cantik !!! cozy 


 Cheezy Beef Burger ni yaya order. yaya suka benor dengan burger ni. sedap katanya. itu air namanya Kopi Xoxo. Ai rasa jugak, perghhhhh sedap ! minum dalam kole  ;p



dan ini MOTIF utama dia, 
THE GORPIS weehheooooooo !

 Pisang cheese The Gorpis. kitaorang order semua flavour one set setiap satu HAHHAHAHA
TAMAK !!!  Ada 4 flavour, sepinggan RM8. Kalau nk Platter pun ada. campur semua flavour RM13.. puas sangat hatiiii perut semua dapat makan. dah lama teringin ni!!  ;p




ada banyak menu lain selain menu yang kitaorang order, 
nahh gambar untuk korang,

menu di Kopi Xoxo
order jangan tak orderrrrrr   ;p



sambil makan sambil chatting. kalau lengkap satu geng ni, mesti lagi syok hihi.. dalam pemerhatian mata ai, cafe ni ramai gila orang serbu . biasalah cafe retis kens . . . so korang sila datang awal kalau tak nak tunggu lama. masa kitaorang tengah makan, ramai gilaaa yang tengah menunggu... dan harap bersabar menunggu Pisang Cheese tu sebab boleh tahan lama. tapi ai is sanggup je sebab penantian ku berbaloiiii sedap ya ampunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn. tolong pergi cuba makan ye?



 apo dio lah mek ni cuba lakukan? hihi


cukup dua jam kitaorang melepak dekat sini, moh la kita bangun dan bagi peluang pada orang lain pulak. heee ~ akhir kata, nak repeat lagi cafe nora danish ni? OF COURSE !!! sebab The Gorpis dan menu lain yang tak sempat nak order. hihi cumanya, ai akan datang awal sikittt pukul 1pm dah terpacak nanti depan kedaii muahahhahhahahha ~

 till we meet again heee ~ muka ada senyum


Info
RUMODA
No.3, Jln Riong, Off Jalan Maarof, Bangsar.
(search waze : Kopi Xoxo)

Isnin TUTUP
Selasa - Ahad
12.30pm - 9.30pm


p/s herot herot tudung dapat makan The Gorpis ni hihihihi  ;p




UPDATE JUN2015
ai ade datang lagi sekali ke Kopi Xoxo last week
kali ni parking amat mudah sebabnya sudah ada Vallet Parking. just bayar RM5, serah kunci kereta dan diaorang akan park kan untuk kita.. ;))






Yang pasti akan repeat lagi !!!
signature ms eida
Read More ->>

Bayar Saman DBKL


Bayar Saman DBKL pulak. haih laki ai ni, tak habis habis dengan saman dia . hikhikhik . . slip saman tu sampai dekat kampung. MIL call bagitahu ada saman. kene bayar dalam tempoh terdekat kalau tak saman akan naik. haishhhh.. jadiknya pergi la kitaorang ke DBKL, Jln Raja Laut tu, dekat aje pun dengan office. .


disebabkan slip saman dekat kampung, so kene pergi print semula saman tersebut. sampai je DBKL terus ke Bilik No.13. untuk semakan/print semula/diskaun saman. beratur la pepanjang tu.............

beratur



lepas dah dapat slip saman yang baru, pergi la Kaunter Nombor untuk amik nombor giliran membayar saman pulak..

beratur sini pulak



Kaunter Bayaran dekat DBKL ni banyak. laju. ai sokaaaaaaaaaa.. walaupun masa menunggu tu ada 33 orang depan kitaorang, tapi tak sampai 30mins, nombor hubby dah dipanggil. cepat ekfisyen kan DBKL sekarang? hihi ~

aah kesalahan hubby adalah memaking motor di atas divider . di Jln TAR pulak tu. yelaa mana nak carik parking proper kat Jln TAR, teruk betul laaa polis ni..  yang peliknya tahun kesalahan pada 2008!!!! HAHAHA kemain laaaaaaamaaaaaaaaaaaa, masa tu belum bercinta cintun lagi kekkeke!



disebabkan kitaorang dapat surat terus bayar dalam tempoh dia, Bayaran Saman hanya RM30 jek. kalau lengah lengah kan, boleh cecah RM250 tau!!! 






korang ada saman? kalau ada bawak bawak la pergi bayar yek. jangan tunggu sampai surat sampai. buat nye surat sampai, duit tengah tak da? acena? huhu ~ dah dapat surat pun terus bayar la. kalau malas nk bayar, sayang duit, jangan la melanggar peraturan lalu lintas yek nakk... eh eh macam Inspektor Aliza tak? kah kah kah !







Yang setakat ni tak da saman atas nama ai sebab xde satu pun atas nama ai! HHAHAHHAHA
signature ms eida
Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page