Thursday, April 2, 2015

Percutian Honeymoon ke Bali PART 3



Percutian Honeymoon ke Bali PART 3 | Hari ke -3 di Le Pirate Beach Club Hotel. Masa untuk check out TAPI, ai pepagi lagii dah bangun, nak mandi pool buat kali terakhir hikhikhik ~ syok mandi pagi ni sebabnya geng geng salleh tak bangun lagi huu ~ so ini pool anaaaa yang punyaaaaaaaa ... lepas mandi siap siap packing, van shuttle akan hantar kita ke Jambatan Kuning balik, dari Jambatan Kuning, van boat pula yang akan pick up kita dihantar ke tepi pantai untuk menaiki boat ke Sanur semulaaa . . Pukul 10.30am check out. Segala bils perlu dilangsaikan. HAHAHA tahu berapa bils kitaorang ? tu laa order minuman laa french fries laaa hikhik.. RP540k!! mana taknya, bila ai tengok bils, semua item yang kita order kene TAX. each item okay! total kene TAX lagi. perghhh kayap duduk Nusa Ceningan lelama gini huuu ~

 ini pool saya ;)
berendam sambil tengok pemandangan depan tu.
serius nyaman gilaakkk


 dalam van shuttle ke Pantai menaiki boat

 babai Jambatan Kuning. sehingga kita bertemuk kembali. ehh?  ;p



Van shuttle datang amik pukul 11.45am gitu, boat bergerak dan sampai di Sanur semula pada 12.15pm.. kat tepian pantai tu bersepah supir tunggu kita untuk dihantar ke Hotel. Ai dah book Hotel kedua di Tanjung Benoa. kenapa sini? ntah. malas serabut dekat Kuta HAHAHA lagipun Hotel ni cantikkkkkkkkkkkkk selesaaaaaaaaaaaaaaaa dan served Halal Food itu yang penting ;)) Bilik dah tersedia masa kitaorang sampai. dalam jam 1.30pm. so dah boleh hua hua hua dalam bilik..... wiiii ~ Bagi ai hotel ni strategik sebab sebelah hotel ada mart ala ala 7E, ada money changer, ada SPA. ada deretan kedai. semua ada. heee~ berkali kali ai singgah HABIS duit HAHHAHA

 check in di Ibis Styles Bali Benoa Hotel di Tjg Benoa
untuk 4hari3malam

 bilik luas gila, selesa sangat ! rekemen untuk sesiapa yang tak ingin bermalam di Kuta



Oh ya, selama seminggu ai dekat Bali, ai tak beli pun simkad. just bergantung pada WIFI. tu yang WAJIB pilih hotel yang ada WIFI dalam bilik. kekkeke ~ ai wasap supir suruh datang dalam 2.30pm.. apa aktiviti hari pertama di daratan Bali? hkhikhik.. Ai just nak pergi Uluwatu dan Jimbaran. TAPI supir nama dia Qalib bawak pergi Dreamland. katanya masih awal untuk ke Uluwatu. alah, ai dah survey si Dreamland ni so so jekk. malas nak singgah pun tapi dah supir dah bawak, ikutkan jelaaaa................................ ada entrance fee. dalam RM15/seorang kita. just masuk untuk tengok pantai yang so so jek?? what a waste laa bagi ai. eii menyesal TAK cakap TAKNAK PERGI DREAMLAND HAHAHA. serius tak de ape. . tak yah pergi la korang? huhu.. ai just pergi ke arah pantai then beli air Teh Botol, beli aiskrim sebab panas ya ampun. pastu terus blahhhhh HAHHAHHA... rugi kan?

 lepak kejap ai minum teh botol. hubby sepam dua rokok.
HAHAHA

 xde ape. tak yah pergi la korang bazir RM30 ! huhu~



Terus ai ajak Qalib pergi Uluwatu jelaa.. haaa Uluwatu ni korang jangan MISS ok? Tempat ni WAJIB pergi. View OHSEM ! Tapi kawasan dia besar dan berbukit bukit. perghh semputtt naik tangga HAHHA.. sini kene berhati hati sikit, banyak monyet kot? kalau dia tak kacau orang tak pe weii, masalahnya monyet monyet ni kacau orang !!! jaga jaga barang personal korang...... brooch bunga ai pun dirampas oleh monyet tu! bayangkan !!! brooch atas bahu tauu. monyet tu melompat atas kepala ai dan tarik brooch tu.. menjerit ai tahuk !!!! HHAHAHHAHA siut betul monyett ni !

 kene menapak untuk masuk ke dalam. 

 terus jumpa view cantik ni !

 monyet bersepah hati hati korang. simpan semua benda. jgn pegang pape. kalau tak, monyet rampas huhuhuhuhu ~

 terus jalan lagi jumpe view ni. perghh !

 susah nak posing sini sambil menunggu xde orang.
dont mess in my picture okay! HAHAHA

 
 suka sangat posing mendogak nii hikhikhik




Kat Uluwatu ni ada Kecak Dance. kalau taknak tengok xpe. Kalau nak tengok kene bayar. Ai memilih untuk tengok. sebab tak pernah tahu apakah Kecak Dance ini? heee ~ ternyata, serius pergilaa menonton Kecak Dance okay? BEST sangat ! Plus tengok Kecak sambil berVIEWkan sunset. osem sangatt ~ dan jangan lupe pilih tempat atas atas tengah tengah untuk nampak jelas. hikhik.. apa itu Kecak Dance? korang google eh hikhikhik

 beli tiket dulu yukk

 pilih port memasing 

 dah mula 

 kusyuk benor laki ai nengok Kecak Dance ni haaa sampai berdiri diri hikhikhik

 show Kecak Dance dekat 1jam. lepas habis show, 
boleh la bergambar dengan pelakun pelakunnya hihihi



Lepas dari Uluwatu, kitaorang lapaaa teruk.. Qalib bawak dinner di Jimbaran Beach. padahal ai tahu, ramai dah cakap dalam blog,  dinner seafood di Jambaran memang MAHAL sangat ! Tapi ada yang kata sedap. alah makan tak yah berkira sangat la? kesian perut. ehh HAHHAHHA  Tapi serius memang MAHAL . padan muka aku hikhihik. . tapi korang jangan LEPASKAN peluang rasa jagung tongkol sedap sangatt.. Jagung Tongkol Jimbaran yekk ;p  Yang syoknya makan dekat Jimbaran Beach ni, meja di susun tepi pantai, ada busker dok nyanyi dekat meja, siap boleh request nak lagu apa? boleh la sekali sekala tune mood macam ni hikhihikhik

 makan tepi pantai. xde orang. sebab mahal kot?

 disebabkan mahal kita order bebiasa jekk.
nasi putih dua, ikan bakar, sayur dan sotong. air teh botol dua.
TOTAL ? *rujuk kira kira dibawah hihii*

 busker datang nyanyi. kitaorang request lagu Amy Search HAHHAHHAH
pastu bagi la tips sikitttt ~



dalam pukul 10pm lebih sampai hotel. penat ya ampun padahal bukan banyak pun aktivitinya HAHHAA cuma, dari satu tempat ke satu tempat memang jauh. masa habis dalam kereta jek. nasib baik Qalib ni pandai buat lawak. kadang kadang senyap jugak hihii........... Hari ni last kitaorang dengan Qalib sebabnya esok akan berjumpa dengan Yanto pulak. bertukar tukar orang supir kitaorang ni hikhikhik ~ ok sambung next entry ya.. ;p





Kira Kira
Segala bils makan minum di Le Pirate Beach Club Rp540k (covert duit M'sia, RM154.98)
Tol and tips untuk driver dari Sanur ke Tjg Benoa Rp50k (covert duit M'sia, RM14.35)
Beli jajan Rp21k (covert duit M'sia, RM6.03)
Beli rokok digisamsoe Rp17k (covert duit M'sia, RM4.88)
Beli Seluar Rp60k (covert duit M'sia, RM17.22)
Ibis Styles Bali Benoa Hotel di Tjg Benoa 4hari3malam, RM422.73
Entrance Fee Dreamland Rp50k/pax , Rp100k (covert duit M'sia, RM28.70)
Teh Botol Rp10k (covert duit M'sia, RM2.87)
Aiskrim Rp35k (covert duit M'sia, RM10.05)
Entrance Fee Uluwatu Rp20k/pax , Rp40k (covert duit M'sia, RM11.48)
Tengok Kecak Dance Rp100k/pax, Rp200k (covert duit M'sia, RM57.40)
Dinner di Jimbaran Beach Rp396k (covert duit M'sia, RM113.65)
Tips to busker Rp50k (covert duit M'sia, RM14.35)
Jagung setongkol Rp10k (covert duit M'sia, RM2.87)
Tips to Supir Rp50k (covert duit M'sia, RM14.35)
Total RM875.88






tumpang lalu kejap nak iklan iklan iklan ;
             
  boleh call/wasap/sms jika berminat mahupun ingin mengetahui dengan lebih lanjut 
terima kasih korangggg ;))





 * Entry yang lepas * klik untuk baca *

FREE SEATS AIR ASIA | 5th Anniversary kami keee ...... ??

Hari Nyepi Bali






Yang lamaaa gilakk nak habis cerita Bali, maaf kikikiki,
signature ms eida

32 comments:

  1. Assalam ida,
    alaaaaaaaaaaa
    zoom la food tu he3
    kalaparan kekdahnya pepagi ni :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam kak. hahahhahaha xleh xleh zoom nnti semua laparrr huuu ~

      Delete
  2. Assalamualaikum ida, wahh bestnya. syok tengok gambar2 ida. berangan sheila dibuatnya. muahhahaha. siut la monyet siap lompat atas ida. hahahha sabor jelah ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam, terkejut lebih ida die lompat sabarrr je laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

      Delete
  3. jagung bakar jimbaran tu is a must yer, waktu mkn kt jimbaran dulu habis 2 juta rasanya......tp mkn rmi2....dlm 10 org

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak aii juta? mahal .. ida ni makan berdua pun dah dekat serat lebihh huhuhuhuhu

      Delete
  4. rindu bali!!!..uluwatu tuh mmg byk beruk kan..active2 lak tuh suke kejar org...ishhh..jimbaran sgt romantik...hehehe..

    ReplyDelete
  5. wahhh untungnyer.. bestnyer..
    teringin nak pegi sane 1 hari nanti :)

    ReplyDelete
  6. sporting hubby ida.. memg suka bergambar dia ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. die kene paksa bergambar dgn ida hahhahahahha

      Delete
  7. Replies
    1. nangesssss jugak tgok pic die ke japan hihihihi

      Delete
  8. Ooo... jimbaran beach namanya... masa aku dgn daus g Bali diorang bwk mkn sini...tp hjn mlm tu... x dpt lepak kat beach...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooooooooo makan mahal tak? eh lupe korang FOC je kan HAHHAHHA

      Delete
  9. seronok nye pegi Bali. nak try pegi nanti, bole refer sini nanti untuk rujukan thanks! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yee pegi laa nnti jenguk blog ida yekk macehh ~

      Delete
  10. wah bestnye eida...teringin nk mkn2 dating kt tepi pantai tuuuuu...hehe

    ReplyDelete
  11. Subahanallah..cantik giloss view..berbaloi la ida wlupun kene serang ngan monyet..kikikiki

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. sangat !!! mencik tapii fefeling sekali boleh laa. dua kali jahanammm HHAHHA

      Delete
  13. lama tak menyinggah sini.. dah sampai ke Bali rupanya.. untung la.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai hati tak singgah sini huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..

      Delete
  14. Teringat Dato Sheikh Muzafar dgn Dr Harlina ber romantika kat sini...
    Gambar cantik cantik Eida...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouh yeke? ada ehh. ida tak ingat hehehe... maceh kakkk

      Delete
  15. assalam kak.suke baca blog akk.nak tanye apps ape gambar mantop cam tu.hehe

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page