Sunday, January 4, 2015

Teater Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta




Pada o2 Januari 2014, ai berkesempatan untuk menghadiri Tayangan Perdana Teater Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta di Istana Budaya bersama geng #kelabbloggerbenashaari, Ben Ashaari, Yaya Natsumi, Fatin Bella, Angah Judin dan Nadia Johari. sepatutnya Ruby pon ada, eh boleh lupa yek busy sangat dia niii heeee ~

 


Teater bermula pukul 9pm, tapi kitaorang dah ada kat Istana Budaya dari pukul 5.30pm lagi weehooo semangat ke idok ? hikhikhik . . Okay sebenarnya Teater arahan Erma Fatima kali ni adalah bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul bagi memperingati kelahiran Junjungan Besar RASULULLAH MUHAMMAD S.A.W 1435H . . Betapa besarnya kelebihan umat yang memuliakan maljlis keputeraan RASULULLAH MUHAMMAD S.A.W , ianya kerana berniat sahaja untuk mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahal dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dkira amal soleh.


Tahun ini, Amazon Entertaiment dengan kerjasama Istana Budaya telah membangkitkan semula SIRAH JUNJUNGAN yang dipentaskan di Istana Budaya Kuala Lumpur yang berjudul SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA. Teater ini membariskan pencinta seni hebat seperti Dato Siti Nurhaliza, Amy Search, Awie, Tegar, Datin Sri Umie Aida, Remy Ishak, Beto Kusyairy, Elly Suryati, Dato Rahim Razali, Shiha, Shahronizam, Jessie Lim dan ramai lagi tak tersebut nama. . Selain menggabungkan 20 orang pelakon utama, Teater Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta juga menampilkan 80 orang pelakon tambahan, 15 orang pemuzik yang bermain secara LIVE dan 6 orang penyanyi latar. Manakala set dan props pementasan Teater Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta terdiri dari 12 set pentas dan 20 jenis props. phew ~


Teater SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA merupakan sebuah drama muzikal riwayat hidup Nabi Muhammad S.A.W dari kelahiran sehingglah kewafatan baginda diiringi lagu lagu kisah Nabi dan selawat . .Teater SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA merupakan satu-satunya produksi pementasan Teater Islam yang PERTAMA di Asia Tenggara yang memaparkan sejarah hidup Rasulullah S.A.W. Jangan tak tahu, segala skrip dan konsep persembahan Teater SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA ini telah diluluskan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


Okay mari ai ceritakan serba sedikit Sinopsis Teater SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA , ianya berkisar tentang dalam kerosakan dan kejahiliahan kaum Quraisy, telah lahir bayi yang amat molek rupawan, bayi inilah yang menjadi cahaya menerangi gelitanya kesesatan pada masa tersebut. Di saat bayi ini dilahirkan, tangisannya menyebabkan dinding Istana Kisra retak dan beberapa menaranya runtuh. Ai di kuil Parsi pun terpadam. Air di tasik sawah menjadi kering. Berhala berhala disekeliling Kaabah tumbang. Aneh. Dalam masa yang cukup singkat, Baginda berjaya dengan cemerlang untuk membentuk Madinah menjadi Daulah Islamiyah yang bertamadun tinggi. Tidak pernah rugi bagi seorang yang beriman, diberi nikmat dia bersyukur maka syukur menjadi kebaikan. Diberi ujian, dia tetap bersabar maka sabar itu mejadi kebaikan. Perjalan untuk menunaikan kewajipan yang pasti penuh dengan pengorbanan tetapi tidak pernah ada kerugian bagi orang orang yang mahu berkorban ke jalan yang diredhai ALLAH S.W.T . .


Berminat korang nak tonton Teater SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA ini?  Pementasan Drama Muzikal ini akan ditayangkan pada 3 Januari sehingga 6 Januari 2015. Pada 7 Januari 2015, mulai pukul 2petang, orang ramai boleh datang ke Istana Budaya bagi pengumpulan makanan kering, pampers, selimut, wang tunai atau barangan-barangan keperluan lain buat mangsa banjir. Artis yang terlibat dalam inisiatif pengumpulan adalah seperti Dato Siti Nurhaliza, Amy Search dan Erra Fazira. Untuk makluman semua, hasil jualan tiket dari 3 sehingga 6 Januari 2015, sebahagian hasilnya akan diserahkan pada mangsa banjir manakala pada 7 Januari 2015, kesemua hasil jualan tiket akan diserahkan kepada mangsa banjir.


ARTIS DAN TARIKH PERSEMBAHAN:
3 & 4 Jan :   Dato Siti Nurhaliza
5 Jan :  Awie
6 Jan :   Amy Search
7 Jan :   Semua artis terlibat sempena malam amal sumbangan mangsa- mangsa banjir




PENJUALAN TIKET UNTUK SIRAH RASULULLAH TAHAJUD CINTA

Tiket tiket untuk menyaksikan drama muzikal SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA pada 3 hingga 6 Januari ini telah mula dijual sejak 26 Disember 2014. Harga tiket adalah seperti berikut :

RM 53.00 |RM 103.00 |RM 153.00 |RM 203.00 |RM 253.00 |RM 403.00 |

Untuk tempahan secara online :www.airasia.redtix.com


Pendapat jujur ai, Teater ini adalah yang TERBAIK! Terbaik untuk semua lapisan masyarakat. pergilah menonton.. kadang kadang kita ni lupa baginda. ini boleh menyemarakkan lagi rindu kita kepada baginda, percaya atau tidak, ai menitiskan airmata semasa pementasan Teater SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA , YA ALLAH, kerdilnya kitaaa .. hinanya kita.. mulianya baginda.......................................... #selawatKeatasNabiMuhammadS.A.W 







Yang sangat mengesyorkan para ibu bapa bawak anak anak menonton !
 signature ms eida

16 comments:

  1. seronoknye kalau dapat tengok teater tu..

    ReplyDelete
  2. amboi eida..cntik bj. ari tu ade pgi juga. tix yg 50 ringit tu...hehhehe

    ReplyDelete
  3. tengok teater ni memang nampak real lakonan

    ReplyDelete
  4. mcm best je..seumur hidup ila penah skali je tgk teater (sedey kan..sobs sobs)..tp mmg best gle la..xmcm tgk movie..bgs la erma fatima wat teater cmni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best ila............ ida pun baru 3x masuk istana budaya huhuhuhu

      Delete
  5. Assalam ida,
    ewah3 nomeinya ida..macam mak DAT :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam kak.................. mak datin? fuyo! amin amin harap2 dapat jadik mak datin bebetul HAHHAHAHHA

      Delete
  6. nmpk mcm best..artis pon best2 jgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. mg bestt tapi dah habis tayangannyaaaa huhuhu....................

      Delete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page