Friday, January 23, 2015

Percutian ke Koh Lipe PART 5

 


Percutian ke Koh Lipe PART 5 | kembali bersambung cerita cuti cuti di Koh Lipe . Entry ini last heee ~ ingat tak pukul 4pm kitaorang sampai di bilik , balik dari snorkeling, disebabkan lapar teruk, kitaorang decide mandi mandi segala terus pergi makan... makan di mana? mana lagi kalau bukan di Roti Mina hewhehwhehw. makan time petang petang macam ni banyak lalat weiii... pastu sakit pulak hati kita ni bila owner kedai TAK paham paham bahasa yang kitaorang mintak lilin nak halau lalat... buat muka selengaaa.. ishkk gewamm.. bahasa macam ayam itikkkk .. sabau ajelaa..... sudahnya kitaorang makan sambil tangan terhuyung hayang halau lalatttt super banyak ! menari kekdanya!


Percutian ke Koh Lipe PART 5 | lepas makan, kitaorang jalan jalan round Walking Street lagi cari tempat massage yang murah !  paling murah dapat THB270 dari THB300, sokay lah kan? ayuhh massage time ! best gilakk dapat massage time badan sakit sakit gini.. kan baru balik dari snorkeling? hubby pada mulanya taknak buat, ai paksa hikhikhik . . . ai bukan apa, risau balik umah nanti ai balik yang kene urut diaa muahahahahhaa ~ dont worry ada je tukang urut lelaki yeeeee, ingat ai nak bagi lakiku diurut pempuan thai kup kap niii? memang TAKKKK laaaa

 kitaorang massage kat sini. mula mula cam pening nak massage kat mana? kat mana? sebabnya bersepah tukang massage ni. cari la sebaik mungkin dan semurah mungkin ye?

ini la akak akak yang me-massage kitaorang heeee ~



Percutian ke Koh Lipe PART 5 | lepas massage, badan pun dah ringan, ayuh laa kita shoppingggg ! esok nak balik daaa ~ satu satu kedai kitaorang masuk.. nak cari apa yang boleh dibelii. duit Thai Baht banyak lagi niii amboii poyonyaa kaw HHAHHAHA , bukan apa sebabnya ai tadi tukar duit lagi RM100. kehkehkehh . . rate kat sini o.950. murah kan? jalan jalan lagi ternampak pancake kat kedai Roti Mina, lepas massage jadik lapa pulak *alasan* hihihi. so beli la pancake . makan ramai ramai dapnyaaaaaaaaaa padahal roti canai aje pun hihi . . sambung shopping, ada la fews item yang ai beli..................... bila malam makin lewat anjing makin banyak so balik la kita ke hotel untuk tidor........ tak kuasa nak round lagi ! tapi sapa sangka hubby boleh pulak dia pergi balik dekat kedai Roti Mina tuu sebab nak belikan ayam goreng untuk kucing yang datang dekat bilik hotel mintak makan.. hai laaa lakiku............ memang pantang nampak kucing! awak memang satu dalam seribu laa ~ eceh... lebiu!  *ala lupe pulak nak amik gambar kucing HAHA*

 
Roti Mina sampai sudahh tak sudah sudahhhh hihihi
Nanti korang makan dekat sini tau? next entry ai senaraikan harga makanan dekat sini, memudahkan korang bajet makan dekat sana k? muah ciked dekat ai ~ hiiiii


dalam banyak banyak benda, hubby beli keychain ni je? die letak nama dia. ceh. kot la nak letak nama kita sekali, nan hadoooooooooo    

 choiii kan?



Percutian ke Koh Lipe PART 5 | keesokkan harinya tiada aktiviti pagi so mari kita membuta sampai waktu nak check out muahahhahaha.. check out pukul 11am.. letak beg depan kaunter, pulang kunci terus cari makan.. kali ni tak pergi makan dekat Roti Mina sebab serik siang hari, kedai tu banyak lalat........... so, kitaorang ke Bungroon. mahal pun mahal laaa janji tak de lalat kannns.... kitaorang lepak lama dekat sini sesambil tunggu pukul 1pm yang mana kitaorang kene cek in dekat pejabat imigresen tuuuuuuuuu . . kat sini ada wifi hihi.. so time ni laa ai upload banyak gambar dekat ig dengan fb hewhehwhew ~  (follow ig @idabaharum, pasni kita upload pic bali pulak wiwiwiiiii~)

bila makan di Bungroon, sila order makanan di atas. 
perghhh sedap terbaik sehingga menjilatt jariii ~



Percutian ke Koh Lipe PART 5 | tepat jam 1pm kitaorang pergi pejabat imigesen , tempat yang kita turun mula mula dulu, nanti dia minta tiket dan pasport sekali, dia siap siap bagi boarding pass, sila simpan yek.... siap dia pesan, jangan pergi jauh jauh pukul 3pm kene datang sini balik untuk naik boat............. baiklah ~ mana lagi kitaorang nak pergi huhuhuhuhuuhu...................... balik balik berposing dekat tepi pantai dan jalan jalan dekat Walking Street jekk! so habiskan masa round sane lagi.. HAHAHA naik muak! tu yang ai cakap kalau duduk sini lebih dari dua malam, tak tahu laa muak tahap apa yang keluar nanti! HHAHHAHA

mat salleh panas panas ni diaorang lagi suka bersidaii..... pasgrahh jela lalu situ nampak dugong terdampar HAHA

 cuba teka kaki sapa lagi sorang tu? hihihi
 
memang sini attraction darat dia adalah Walking Street. hohohoho..oh ya jangan lupa amik pic dengan si makcik tek besau ni. tengok ig nazim othman dia pun tgkp pic dgn makcik ni HAHHAHA


siang hari ada a fews kedai yang bukak la. yang lain tutup. kitaorang beli ape eh dekat sini? lupe! HAHHAHHAHA  

ye yang pasti pergi singgah dekat Roti Mina again. nak pekena pancake dan pulut mangga buat kali terakhir.... hmm dapnyaaaa ~


Percutian ke Koh Lipe PART 5 | so dipendekkan cerita, kitaorang dibenarkan untuk naik ke longtail pukul 3.30pm, macam biasa dari long tail ke ferry. dan ferry gerak pukul 4pm dari Koh Lipe ke Terminal Telaga Langkawi.. dalam pukul 6.30pm (waktu malaysia) sampai.. sebelum gerak pulang, jangan lupa pergi ambil Pasport korang di Pejabat Imigresen .. dia akan panggil nama sorang sorang then pergi beratur untuk cop dah settel ;)) boleh balikkkk . . dijadikkan cerita, dalam ferry tadi sebenarnya, ai sempat msg akak teksi untuk amik kitaorang untuk hantar ke airport.. disebabkan sampai awal, flight pulak malam, so sempatlah kitaorang suruh akak tu tolong hantarkan ke Duty Free nak beli coklat hihihihiiii ~

 
tak de pic lagi nak letak, kita letak behind the scene ni boleh? mihmihmih ~

ehem..


Percutian ke Koh Lipe PART 5 | flight pukul 8pm lebih dah tak ingat pulak HAHAHA . . sampai KLIA2 terus cari bas . bas semua di Level L1 ya. beli tiket AeroBus Express seorang RM10 one way ke KL Sentral... bas jalan pukul 10pm. bas jalan kitaorang pun mentidooooooOOOOOOoooooOOOOOoooooo  ;p  tamat sudah shortvacay kami adik beradik ke Koh Lipe. segala details dan perbelanjaan semua ai dah catit. mohon jangan tanya dah HHAHAHHAHA *tapi sokmo ada orang tanya, ai is jawab jugakkk pasghrahhhhh*


Percutian ke Koh Lipe PART 5 | mau entry bajet kah? kang ada anon yang berfikiran negatiff kata ai poyo nak berlagak duit banyak HAHAHAHA padahal si anon ni tak paham kita jiwa Travel Blogger ni berkongsi cerita, bukan sekadar berkongsi cerita, segala details, setiap sen semua kene bagitahu. senang nak buat bajet if kalau nak pergi bercutiiii kat tempat tu.......... tolong laaa pahammm.. eh anon mana nak paham. sokmo negatif thinking punya. jangan layaaaaaaannn buwekkkk! kohkohkohkohhhh

babai Koh Lipe, till we meet again...........................





Kira kira bajet untuk dua orang!
Dinner di Roti Mina THB460 (convert duit M'sia , THB460 x 0.1038  = RM47.75)
Keychain sayang THB100 (convert duit M'sia , THB100 x 0.1038  = RM10.38)
Oil Massage THB540 (convert duit M'sia , THB540 x 0.1038  = RM56.05)
Oil Massage (belanja along) THB170 (convert duit M'sia , THB170 x 0.1038  = RM17.65)
** guna currency baru 2pcs Pancake THB110 (convert duit M'sia , THB110 x 0.0950  = RM10.45)
Sedikit sourvenir THB100 (convert duit M'sia , THB100 x 0.0950  = RM9.50)
Baju Koh Lipe untuk abah dan adik THB200  (convert duit M'sia , THB200 x 0.0950  = RM19.00)
Beg Tote Koh Lipe THB180 (convert duit M'sia , THB180 x 0.0950  = RM17.10)
2pcs ayam goreng untuk kucing THB120 (convert duit M'sia , THB120 x 0.0950  = RM11.40)
Lunch di Bungroon, THB385 (convert duit M'sia , THB385 x 0.0950  = RM36.58)
FM lagi THB200 (convert duit M'sia , THB200 x 0.0950  = RM19.00)
Pancake lagi THB140 (convert duit M'sia , THB140 x 0.0950  = RM13.30)
Coklat Langkawi RM59.60
Rokok syg RM23.50
Teksi dari Terminal ke Airport RM25
Aerobus Express dari KLIA2 ke KL Sentral RM20
Total RM396.26






tumpang lalu kejap nak iklan iklan iklan ;
  klik gambar jika berminat mahupun ingin mengetahui dengan lebih lanjut 
terima kasih korangggg ;))





*Entry Berkaitan* KLIK




Yang legaaa dah settle entry cuti2 ni, yeayy !
 signature ms eida

34 comments:

  1. Bestmye...hepi holiday sungguh2 ni...hehe

    ReplyDelete
  2. seronok giler nyer wehhhhhhhh..tersenyum senyum akak baca dik...seronok to the max!

    ehh jgn fedulik la dgn si anon tuh dia xde duit latuwwww nak jeles nie..phuii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhahahhahahhah kan anon xde duittt dah tu nak jelesss dah kenapaa kan kakk heeeeeeeee

      Delete
  3. assalamualaikum ida.. wahh bestnya. sheila suka blog travel camni yang share bajet supaya senang sheila nak bookmark eheheeeee pasni update bali pula. bestnyaaaaaaa ;))

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam sheila..... kann ida pun suka baca blog yg ade tulis bajet. info kat kita yang nak pergi ni kann.. tu yang ida gigih share bajet dlm blog ida supaya memudahkan orngg nak pegiii ;))

      Delete
  4. wah sedapnyer tengok pan cake tu...
    murahnye bajet bercuti tu... terima kasih sebab berkongsi...

    ReplyDelete
  5. Syoknya... lepas ni mesti ada baby..mommylona doakan Eida cpt2 hamil..amin..

    ReplyDelete
  6. Adik saya pun baru balik dari Koh Lipe, pergi via feri dari Langkawi. Memang cantik betul tempatnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. same laa via feri dari langkawii cantik sangat!!!!

      Delete
  7. Assalam ida,
    sapaka itu anon
    meh muah ciked :P
    he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. waslam akak. ntah . dah nama anon . mane ida tau HAHHAHHAHA muahh bykkkkk plsssssss

      Delete
  8. eida.. koh lipe cantik sangat.. teringin nak pergi.. inshaAllah.. satu hari nanti..

    ReplyDelete
  9. Alahaii anon..pegi main jauh2 la..klu xnk tau xyah la nk komplen itu ini..kite readers mesti nk tau bajet..mn tau 1 ari nnt nk gi sn..amenn3

    ReplyDelete
    Replies
    1. anon tu dah muak dgn travelog ida kott HHAHHAHA

      Delete
  10. Agak-agak kalau walk in masa cny ada kosong tak? Sebab kat agoda bagai dah takde hotel plak. Ade pn yg mahal2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm ntah laaa takut nk komen sbb mmg hotel sane bykkk tapii jauh dari pantai la yg banyak tu...........

      Delete
  11. perghhhhhhhhhhh jatuh cinta akak tau...kalau tau masa memula kahwin pi koh lipe...baru la lomantik de amor...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak julia,skrg dah ada anak..kalau pergi nk mandi pantai mcm xsesuai.. sbb byk anjing..

      Delete
  12. wowww...syok baca...
    dlm lalat dok byk pon boleh repeat lagi kedai roti mina tu..hihi

    ReplyDelete
  13. Yg x bole blah...pasai hanjing2...tu
    hahaha....

    ReplyDelete
  14. Gugel punye gugel sampai la ke belogg ahkak ni. 9/2/16 ni adik plak nak ke sana. Company trip katenye. Hopefully semua berjalan dengan lancar. Ai is takut dgn hanjing ����

    ReplyDelete
  15. Info yang best...Tq sgt.. plan nak pegi on November gak ..

    ReplyDelete
  16. lebih recom mana naik fery dari telaga harbour atau kuah jeti ?

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page