Percutian ke Koh Lipe PART 4 | sudah masuk hari kedua bercuti di Koh Lipe. baru cerita hari kedua? HAHAHA lambat kens. mohon bersabau, tuan tanah kedaung busy ya amat *buat taking off tak settle settle lagi*... hari kedua bersamaan,
17hb November 2014 - Isnin
Percutian ke Koh Lipe PART 4 | seawal 4.30am kitaorang dah bangun. motif? harus laaa nak pergi detim dekat tepi pantai sambil tengok
sunriseeeee wiwiwiii ~ yang kelako nya
TAK mandi ye. basuh muka gosok gigi ok dah jom gerak.
nak tengok sunrise disarankan untuk ke Sunrise Beach. kat mana Sunrise Beach tu? i've no idea. redah saja dipagi butaaaaaa ituew . itu lah plannya. HAHAHAHA . okay disinilah bermula episod malang kitaorang . sebelum cerita nak gelak dulu boleh? KHAKAHKAHAKAH.. okay macam ni,
nak ke Sunrise Beach actually senang je, jalan masuk walking street pastu jalan terus terus dan terus sampai jumpa pantai dihujungnyaaaa. simple je journey dia.
TAPI, yang buat kitaorang punya journey jadik adventure sangat adalah si hanjinghanjing yang bapakbanyakgila bersepah. pepagi buta ni diaorang
TAK tido okay! semua berjaga........ amagad................ ! macam mana kitaorang lalu di celahan hanjinghanjing ituew? nyawa dihujung tanduk tahu???? salah langkah mahu kene kejar dek hanjinghanjing itue...... apa yang kitaorang buat?
jalan slow slow sambil pegang tangan kuat gila ............ bayangkan berjalan bersama hanjing yang bapak besar tu disebelah... apa perasan ko? huwaaaaaaaaaaaaaaa nak nangis ! ai dah ajak hubby patah balik dah since ai tengok adik beradik ai yang lain dah kejung takmo bergerak dahhh bila ada sekor hanjing besau duk tenung jee diaorang... mau adik ai melangkah, anjing tu terkam kot !!!
azabnya nak tengok view secantik ni. usaha kita berbaloii !
Percutian ke Koh Lipe PART 4 | tapi, hubby kan... ai tak sangka dia se-cool ini... dia cakap "tak pe, jalan slow slow... anggap macam kucing je.. dia tak kacau kita ,, jalan jee.. jalan rapat rapat" haaaaa kenapaa hubby berani sangat ni? huwaaaa.. tengah kitaorang keras kejung kat tengah tengah jalan tu, ada la couple cina dari Penang , nak pergi Sunrise Beach jugak... so, kitaorang follow dia dan cakap dgn dia, kitaorang TAKUT hanjinghanjing nii.. boleh tolong halaukan takkk? huhu
Percutian ke Koh Lipe PART 4 | so, sepanjang jalan, couple cina tu tolong halang hanjinghanjing tu dari berjalan rapat dengan kitaorang............................. ada satu scene tu, couple cina tu agaknya jalan terlalu laju, sampai tertinggal adik ai dekat blkg dgn hanjinghanjing, adik ai siap jerit "pleaseeee help ussss!!!!' HAHHAHAHHAH sekarang boleh gelakkk.. time tu kitaorang cuak sangat bila toleh, adik ai dikerumun hanjing! kuikuiiii.. pengalaman sangatt weiiii.................. hikhikhik setiap kali teringat mesti kitaorang gelak terbahak bahak... please help us! kekekkekkehhh . . dalam mana tengah cuak dengan hanjinghanjing yang gila banyak tu, datang seekor kucing kejar hanjinghanjing tu..macam tahu tahu kitaorang tengah dalam kesusahan, dia datang tolong halaukan!!! bayangkan? depan mata okay kejadian nii. thay why saya sayanggggg sangat dengan kucing !! meow ~
Percutian ke Koh Lipe PART 4 | akhirnya sampai kitaorang dekat Sunrise Beach. terus amik port duduk , tak berani nak bangun bangun dah. terbantut segala keinginan nak bergambar dengan sunrise sebab anjing kat Sunrise Beach pon boleh tahan banyakk.... disebabkan cuak ya amat, kitarorang duduk dekat dekat je dengan couple cina tadi. senang mintak tolong kekdahnya hikhikhik.. Sunrise santek sangat tapi kitaorang dalam ketakutan kan.... xde perasaan sangat laaaaaaaaaaa , so korang layan gambar je k. hihi
dari gelap ke terang . . subhanallah ;))
pukul 6am matahari mulai naik yeee

tengok hubby, berani die pegi tepi pantai.. ai snap pic dari jauh jeee memang TAK laaa nak berganjak kannnn . masa ni dekat belah kiri kitaraong ada hanjing tengah tido huhu
Percutian ke Koh Lipe PART 4 | balik dari tengok Sunrise, kitaorang tetap follow couple cina itu. perjalanan balik tak se azab perjalanan pergi sebabnya, dah ramai orang, so hanjinghanjing banyak merayau ntah manaaaa lantak diaaa.... kitaorang jalan laju laju , nampak je kedai Roti Mina dah buka terus masuk duduk diam diam sana. HAHHAHA syukur sangatt dapat duduk dengan selamat kehkehkehhh.. terus break1st lah jawabnyaaaaaa ;p makan kenyang kenyang kejap lagi kita nak buat aktiviti kedua yeayyy !
break1st dengan pelbagai jenis roti dengan nescafe je pun, tahu berapa ni semua? RM37+ hmm hmmm. makan mahal ouh Koh Lipe niiii
Percutian ke Koh Lipe PART 4 | apa dia aktiviti kedua di Koh Lipe? yeayy betull... its snorkeling time bebehhh ! pergi Koh Lipe tak snorkeling memangggggg rugi yeeee....... sebab disinilah keindahan Koh Lipe ~ coral ikan semua cantik2! kalah Krabi ! kalah Perhentian ! kalah kalah kalah.. Koh Lipe WIN WIN WIN ! HAHA
apa pakej snorkeling yang kitaorang dapat?
5 tempat cover , snorkel/mask, mineral water & pack lunch
9am-4pm, satu boat hanya kami sahaja means Private Boat laaa
THB525/per person
Percutian ke Koh Lipe PART 4 | pukul 9.30am baru boat kitaorang gerak.. tukang kemudi boat kitaorang nama dia BOT. hikhikhik.
BOT kemudi BOAT kehkehekhehh.. BOT ni pandai sikit sikit English. sokay la senang jugak nak mintak tolong nantiii.. yang penting BOT pandai berenang sampai ke dasar dia tanpa life jaket. okay good then ! rasa selamat sikit kitaorang ada dua orang yang pandai berenang plus hubby sekali hewhewhehewww
kemain depan dia duduk. hikhikhik
ai like this picture! yeayyy we're going snorkelingg wiwiwiiiii ~
Percutian ke Koh Lipe PART 4 |
Spot Pertama. Koh Hin Ngam Noi. dekat sini banyakkk gila ikan. open sea yek. tapi jangan risau snorkeling saje. kita ada dua perenang hebakk jaga kitaorang HAHAHAHA. . tapi malangnyaaaa ikan semua takut nak datang dekat. terlupa gila nak beli roti sebagai umpan nak panggil ikan. jadiknya, kita just jamu mata sambil sebut
cantik ikan tu ikan tu pun cantik haaaa ni lagi cantyik besau lak tu.................. hikhikhikhik sepatutnya kitaorang singgah kat kawasan batu hitam yang nama dia Koh Hin Ngam, tapi BOT cakap penuh, balik nanti kita singgah ok baiklah BOT ;))
SubhanALLAH . . cantik air laut diaaa , macam berlapis lapis kaler dia hikhihk
ape lagi tunggu? jommmm terjunnn !
keadaan laut dalam.. banyak ikan. ohsem !
ouh BOT memang style turun ke dasar tanpa life jaket. BOT tu sebenarnya nak cari nemo tuk kitaorang heeeee ~
Percutian ke Koh Lipe PART 4 |
Spot Kedua. Koh Yang. sini spot snorkeling paling
TAK best bagi ai. ikan sikit giler. tak singgah pun xpe HAHAHA. so sekejap je la kitaorang dekat sini hikhikhik.. tak best buat apa nak lama lama kannns
dekat sini mask ai buat hal. longgar pulak dah siap tercabut sabau ajelaaaahhhh
Percutian ke Koh Lipe PART 4 |
Spot Ketiga. Koh Adang. kita berhenti lunch disini. snorkeling bukan open sea hanya di persisir pantai. sini berhenti lama gilaaaaaaaa. BOT siap tido lagii dalam BOAT dia kehkehkeh. kitaorang? snorkeling LOL.......
sini banyak gilaa ikan yang manja habisss . . pantang ko sua tangan dia datang padahal dalam tangan xde ape makanan pun.. kesian ikan thai kene tipu dengan dak malaysia HAHHAHA , bila lapa kitaorang makan. pack lunch bapak
TAK sedap. tapi lapa kan? hadap jelaaaaaa.. so tak habis lah jawabnyaaaaa . .
pack lunch di Krabi lagi sedap hoiiii ;p disebabkan nasi tak habis, jadiknya kitaorang bagi nasi tadi dekat ikan , haaaa baik hati tau dak malaysia nii. ikan kau jangan macam macam HAHAHAAH.. ikan makan dengan pelahapnya! sesambil kita selfie bersama ikann wiwiiwiiii ~ serius puas gila main main dengan ikan dekat sini..
haaa sini, ai syorkan sapa sapa ada anak kecik yang nak biar anak anak main tepi pantai, main pasir pantai ke, main dengan ikan ke, inilah tempat nyaaaa.. pantai dia bersih xde anjing.. selamat ! okay semua?
bersepah long tail parking sinii..
kecintaan hati
pack lunch yang so so ajeeee... bagi ikan boleh laaaa huu ~
lepas makan sambung snorkeling lagiii.......... jelly tengok pic hubby ni. banyak gila ikan kerumun diaaa mintak nasikk hehehhe ~
eh kita nak jugakk heeeee ~
serius sini memang banyak gilaaaaaa ikan.... datang sini k?
jangan risau tak dalam mana pun, kitaorang siap berdiri bagi makan ikan
tu haaa rilekss heeee ~
Percutian ke Koh Lipe PART 4 |
Spot Keempat. Koh Rawi. macam biasa snorkeling lagi dan lagi HAHAHAHA selepas tu
Koh Jabang. dekat Koh Jabang ini kene hati hati sikit sebab bebetul tengah laut diberhentikan kita. ombak kuat.. terhuyung hayang sambil terminum air laut tu biasa hikhikhik. tapi yang
bestnyaaa sini ada coral yang MAHA LAWA , besar pulak tuh ! warna warni weiii ada merah ada orange. sorry gambar tak banyak nak tunjuk............. gopro masa tu dekat adik ai , dia sibuk selfie dengan ikan kehkehkehekeh
turun aje dari boat kene lalu ikut tali untuk ke tengah laut
okay kita dah ke tengah, ayuh tengok coral besau yang dikatakan itueww ~
nahhh ini dia. macam macam kaler lawa sangat !
beginilaa keadaan di tengah laut Koh Jabang..............
masa ni ai dah naik, semput nafas weii ombak kuat sangat. so yang sambung snorkeling dok kejar ikan adalah hubby and my sis hihihihi
dikerumuni ikan . . . goreng ponnnn sodappp kehkehkekehh
nampak 'ikan' besau ituew? HAHHAHHA
cuci mata je weii datang sinii kehkehkehkeh
Percutian ke Koh Lipe PART 4 | Spot last kitaorang berpatah balik dekat
Koh Hin Ngam batu hitam tadi. panas ya amat. masa ni dah pukul 3pm lebihh . . . apa je yang ada dekat siniii ? kesemua batu yang ada ni warna hitam kehkehkeh. batu dia lawa lawa lembut .............. datang sini main bina menara batu , boleh? actually ai nak amik seketul bawak balik tapi
ada orang cakap, barang siapa yang TERbawak balik batu batu hitam ni nanti kene BALA. yeke? disebabkan takut ai letak balik kehkehkeh
TAK percaya tapi takyah cari pasal laaaa kannn hikhikhik
memang suka benor tunjuk kaki eh? ;p
siap jumpe batu bentuk LOVE weiiii
mari menyusun batu mak jemahhhh
yeayyy dah siap, setelah beberapa kali kecundang hihii
motif laki ku baring? batu tu panas tauuuu .. eh xde la panas sangat. suam suam hihihi
patutnya plan nak pakai baju sedondon time ni, tapi tu laaaaaa baju tak da saiz banyak ! huhu
pilihan Tshirt di Koh Lipe not soooo good!
jangan ditenung lama lama ...
Percutian ke Koh Lipe PART 4 | kejap je dekat sini...................... terus bergerak balik ke Koh Lipe.. penat gilaaaaaaa plus lapar teruk ! disepanjang perjalanan, hujan rintik rintik............. BOT saja bawak slow nak bagi kitaorang menikmati lewteww hikhik ............. dekat dekat pukul 4pm kitaorang sampai di Pattaya Beach ;)) thanks BOT bawa kamiii ;)) ai bagi sedikit tips untuk dia. sebab jaga kitaorang macam macam ragam hikhikhik , so tamatlah aktiviti snorkeling ,
enjoyy sangatt !
tumpang lalu kejap nak iklan iklan iklan ;
klik gambar jika berminat mahupun ingin mengetahui dengan lebih lanjut
terima kasih korangggg ;))
Kira-kira bajet dua orang tau!
Break1st di Roti Mina THB240 (convert duit M'sia , THB240 x 0.1038 = RM24.90)
Snorkeling THB1,050 (convert duit M'sia , THB1,050 x 0.1038 = RM109.00)
Tips untuk BOT , THB100 (convert duit M'sia , THB100 x 0.1038 = RM10.40)
Total RM144.30
*Entry Berkaitan* KLIK
p/s: kehadapan semua penerima souvenir Koh Lipe, dah terima kah?
update dgn ida yekk... risau tak sampai jekk hehehhehe ~
Yang mohon ampun entry panjang benor! hihihi