Monday, March 31, 2014

HAPPY BORNDAY ~ suweettt 28th to me yeayyyy ! ;) #1



29MAC2014 . . Sabtu . . 28tahun . . .


"Ya Allah, KAU kurniakanlah dia kesihatan yang baik, KAU murahkanlah rezeki dia, KAU berilah dia peluang untuk bergelar ibu, KAU jadikkan lah dia seorang isteri yang sempurna dimata suaminya, KAU indahkah lah hidupnya dengan orang orang yang disayangi.. KAU jauhkan lah dia dengan kesesatan dunia... AMIN "

♥♥Selamat Hari Lahir Eida ♥♥









Yang suka gile present ke28 ni! next entry k? wiwiiwiwii
signature ms eida
Read More ->>

Friday, March 28, 2014

Resepi Prata Chicken Yang Paling Senang !

 

lameee gila kott tak post entry makanan dekat sinii. entry resepii .. kannnn.. rindu takk korang dengan resepi ai? muehehhee.. ni nak mengaku ni, sekarang ni zaman MALAS ai masak. semua talaa ke kedai jeee.. penat la balik malam malam nak masak, makan dua orang je.. kekekeke.. ai ok je kalau tak makan malam, lagi ai suka! leh diet ! khakahkah cumanya ai kesian dekat hubby.. udah la kurus, lapa, bini tak nak masak , kesah nak diet je.. laki terabai. kahkahakhahhh.. so, gigih ai cari penemuan resepi baruuuu untuk elak ai kene makan nasi malam malam hari tapi dalam masa yang same , hubby ai is kenyangggg walaupun bukan dengan nasi malam malam hariii kekekekke . . paham tak korang apa yang cuba ai sampaikan ni? mihmihmih.. dah laaaa jom kite try resepi ni ! simple kacang goreng jeww.. pejam mata dah siap! yeayy makan !


Jom try Resepi Prata Chicken yang paling senang ni ! senang tahap mak bedah.. semalam satu hape barang pun xde kat rumah. so semuanya ai baru beli. tahukk? gigih taknak makan nasi punya pasal sanggup buat menatang ni maghrib maghrib harii ... ai estimate repesi ni hanya makan masa 30minit je nak buat. see... dah la senang, cepat pulak tu.. heeeeeeee ~ 


Bahan bahan
1. Isi dada ayam (perap dengan madu + black pepper)
2. Sayur sayuran (ai guna tomato ceri + salad sahaja)
3. Mayonis + Thousand Island + cheese
4. Prata (ai guna brand KAWAN)

 
 ni isi dada ayam ai perap dengan madu yang ade kat rumah dengan black pepper. gaul gaul rata. biarkan kejap. then baru grilled atas non stick pan . sepatutnya TANPA minyak tapi ai letak jugak la sikit minyak tapi ai guna olive oil ;)
(sihatt takk menu ai. kekekke)


 ai guna dua sayur ni je. kalau korang suka macam macam jenis, just add on ok?
 see bawang pun ai tak letak. malas HAHA..kalau nak letak bawang, letak bawang holland k basuh sayur dan potong tomato ceri tu....


 last sekali baru panaskan Prata korang. just letak atas non stick pan dan salai je.. eh salai ke panggil? sebab tak de isi minyak ape pun nii.. api perlahan yekkkk. agak agak dah kekuningan, angkat terus


 macam mane ai susun? meh nak ajar
1. mula mula atas prata tu korang sapukan mayonis + thousand island ( tak letak pun xpe ikut suka tekak korang laaa)
2. letak salad. cheese (hubby suka cheese)
3. campak campak tomato ceri  dan ayam grilled
4.  bungkuskan prata korang, settle !


 tadaaaaaaaaaaaaa ! ni lah die Prata Chicken yang paling senang ai rasa. hehe~



memula ai nak buat, hubby tak berapa suka. ye la hubby kan. die dengan nasi tak boleh dipisahkan. ai je baru nak clash dengan nasi ni. kekeke.. pastu ai berkeras jugak nak buat. hee~ well ai kan kepala batu degil. tapi percayalahhh ai berdegil mesti bersebab. and guess what? hubby makan sambil jilat jari tauu.. sambil thumb up die bagi kat ai ! sedap sedap katanya.. suh buat tiap tiap malam pun xpe.... elehhhhh.. tu laaaaaaaaaa dont judge book by its cover. kekekkeke. walaupun prata ni simple tapi ai rasa cukup khasiatnya. dia ada salad ayam grilled roti prata tu sendiri. menu diet berkhasiat jugak ni.. cumanya dekat prata ai, ai TAK letak la si cheese, mayonis semua tu. hanya prata, salad dan ayam sahaja. siyes kenyang macam makan nasi .. try lah korang ! heeeeeee~ *perasaan tak ai tak letak lgsg si garam* heeehehe



Selamat Mencuba  ;)
*oh ya idea Prata Chicken ni ai amik dari resepi
abah careno tapi ai olah ikut selera tekak ai. heee~







Yang lepas ni nak tukar daging pulak heee,
 signature ms eida
Read More ->>

Wednesday, March 26, 2014

Nak berselfie pun agak agak laaaaaaaa

 


London – Seorang remaja yang taksub untuk mendapatkan gambar potret dirinya (selfie) dengan sempurna cuba membunuh diri apabila gagal berbuat demikian. Danny Bowman, 19, menghabiskan masa 10 jam sehari untuk mengambil hampir 200 keping gambar dirinya menggunakan telefon pintar.


Dia sanggup berhenti sekolah, tidak keluar rumah selama enam bulan, menurunkan berat badan sehingga 12 kilogram untuk menjadikan dirinya kelihatan sempurna dalam gambar.Dia juga bertindak agresif apabila ditegur ibu bapanya. Akhirnya, dia mengambil tindakan drastik untuk melepaskan diri dari ketaksubannya dengan mengambil dadah secara berlebihan namun berjaya diselamatkan ibunya, Penny. Kini, dia cuba untuk kembali kepada kehidupan normal selepas menjalani terapi intensif di hospital untuk merawat ketagihan teknologi yang dihidapinya.


“Saya sentiasa cuba mendapatkan gambar terbaik diri sendiri dan apabila menyedari yang saya tidak mampu melakukannya, saya mahu membunuh diri. “Saya kehilangan kawan, pelajaran, kesihatan dan hampir kehilangan nyawa,” kata Danny. Kini, dia yang mula memuat naik “selfie” di Facebook sejak berusia 15 tahun sudah tujuh bulan tidak mengambil gambar seperti itu. “Satu-satunya perkara paling penting bagi saya adalah mempunyai telefon pintar bersama saya supaya saya dapat memuaskan keinginan mengambil gambar sendiri pada bila-bila masa. “Akhirnya saya sedar saya tidak mampu memuaskan keinginan saya. Ramai yang tidak sedar apabila mereka memuat naik gambar “selfie” di Facebook atau Twitter, ia dengan cepat menjadi tidak terkawal. Ia akan menjadi misi untuk mendapatkan penerimaan orang ramai melalui “like” atau komen memuji dan lama kelamaan akan menjadi taksub untuk melakukannya. Ia akan merosakkan sesiapa saja,” katanya.
 
credit to : blog AiniAzmeer
credit to: 1malaysianews.com



 ***************************************

ai tak berapa gemar selfie (muka sahaja). TAPI ai suka tangkap gambar full . gambar melompat. gambar itu ini. selfie muka sahaja ai tak berapa minat kekekkekee.. tapi betul la, cuba fikir fikir balik, kenapa kita tangkap gambar kita then upload di media sosial? macam facebook? instagram dll? kenapa? suka kan kalau orang like gambar kita, orang komen puji itu ini. kemainnnn sukaaaaaaaaaaaa HAHA . . tapi penyakit selfie sekarang ni makin terukk. kalau ai bukak je instagram tu, penuhh jee selfie artis artis tauuuu.. baik laki ke pempuan ke. sameee je.. muahahahhahaha.. yang pelik tu, beribu like ! khakhakah.. tapi betul laaaaaaaaaaaaa berselfie tak salah.. tapi berpada pada laa agak agak laaa jangan taksub sudaaaa, jangan jadikkan acara WAJIB sudaaa mihmihmih.......................

tak tahu sejak bila hubby mula berselfie. ini terjebak dengan Mr.P lah yang kuat berselfie atas gunung. lagi parah bila berselfie memasing dengan handphone pink hak milik orang lain. kahkahkahakah







Yang tak kesah korang kuat selfie ke tak, bukan kene bayar pun kannnn  ;p
  signature ms eida
Read More ->>

Monday, March 24, 2014

XPDC Gunung Datuk, Rembau Negeri Sembilan

 

 puncak Gunung Datuk



lagi naik gunung yeayy ! best pulak keluar peluh berjurai jurai ni... badan jadik lebih sihat rasanya. perubahan yang ketara ai rasa badan is ringann.. hmm kene kerap lagi daki gunung lah jawabnyeee kuikuikuii bukan untuk sihat sahaja, tapi dalam masa yang sama, its help me a lot dalam penurunan berat badan. kannnn ai dalam challenge 90 days. heeee 

 yeayy finally im here ! Gunung Datuk weiiiiiii  ;))



15Mac2014 Sabtu, gunung yang diteroka adalah Gunung Datuk di Rembau Negeri Sembilan.. buat COHAN ini adalah kali pertama ke sini. tapi ada juga ahli yang sudah berpuluh kali dah sampai ke puncak Gunung Datuk ni. . secara automatiknya, dia adalah guide kita untuk XPDC Gunung Datuk ni... seramai 15 orang ahli COHAN yang menyertai XPDC Gunung Datuk ni. Tujuan utama ke Gunung Datuk ini untuk menanda aras ketinggian. Ketinggian dari aras laut Gunung Datuk ni adalah 870meter. ni kerja Presiden dengan ahli jawatan kuasa yang lain la.. yang ai tahu ai kene daki daki daki dan dakiiiiiiii gunung tuuuuu... 

 apesal ai tepek gambar dia besar kemain? haaa nak bagitahu, ni Man. tak pasal2 jadik guide ke Gunung Datuk sebabnya, dia je yang dah pernah sampai ke Gunung Datuk ni.. dia buat Gunung Datuk ni macam trek nak jogging je.. ececececece habis semua orang dia tinggalkan kat belakang, hampehhh punya guide ! kakhakhakhakhahhh




okay mari bermula ceritanya.. kitaorang gerak dari rumah pukul 7am. sampai di kaki gunung pukul 9am. untuk masuk ke kawasan Gunung Datuk ni, kene bayar permit RM5/seorang. start naik dalam pukul 9.45am. untuk hikers tegar , Gunung Datuk ni mainan diaorang je. dalam 2jam dah sampaii kott atas puncak. tapi bagi ai? hancus... muahhahahahha.. ai jalan je slow slow. trek dia? mencanak naik okayyyyy !! penuh dengan akar kayu batu besar besar heyy saborrrr jelaaaaaaaaaaaaaaa . . tiap kali naik gunung mesti tengah tengah jalan tu ai akan menyesal.. kahkahkahkahhh.. "kenapaaaaa laaaa aku pergi join daki gunung niii.. kan bestt tidoo je kat rumah..."  huuuuuuuuuuu ~  Gunung Datuk, ai ade one word to u.. Naik Satu Penyeksaaan. Turun Satu Penderitaan. kahkahkahkah.. bila korang sampai di Gunung Datuk ni, tahu laa apa maksudnyaaaa huuu ~

bergambar sebelum start mendaki...
 ada 15 orang, mane lagi sorang?
 haa hubby ai laa.. dia tukang tangkap gambar ni hehehe
(3org pempuan, 12org laki laki)

Bayaran Permit Memasuki Hutan Simpanan Kekal 
Gunung DatukRM5/seorang
Anything boleh call Pejabat Hutan Tampin, 06-4413 346

 Jimi Saito & hubby  ;)) jadik sweeper untuk XPDC kali ni . . banyak berjasa nii sebab tak ramai boleh MAMPU jadik sweeper kekekkee

 mungkin dah penat sangatt kott, macam macam aksi yang timbul kekkeke
tapi orang kata, kalau penat, peluk la pokok. sebab pokok sejuk? ye keeee
sayang, baik yu pelok ai. hikhikhik

 hoiii trekkkkk kaw.. kemain canak ann ann annn
(sayang..... beg kenapa tu? tercabut dah ehh.. huuuu~)

lagi satu mencanak. rumput kering banyak. bikin ai nak tergelincir jeee.. huhu

 Eyuh gigih naik setapak setapak setapak. ;))

maafkan tuan camera sebab tangkap pic goyang. pic goyang dalam hutan tu biasa. hehehe
(ada dalam gambar : Azizi + Mr.P + Cast + Ayeen + Yus)



even satu beg pun ai TAK bawak, tapi rasanya heyy semput aaaaaaaaaa.. cuma this time better than Gunung Nuang last time tu. ai tetap moving walaupun ai penat, walaupun ai slow. hmm ade peningkatan. hikhikhik . . tapi ai salute aaa pada hubby, dia follow jee ai dari belakang even beg die berat kot HAHA sabar eh sayang... nanti kalau ai dah jalan laju, kita speed same same k. okkkk berangan! puiiii

 selama 3jam trek dia macam ni je.... kesian kaki weii hukhuk

 belanja terapi #1 
kaki posing walaupun penat, senyum itu WAJIB HAHA
(me + Eyuh)



untuk sampai ke puncak Gunung Datuk ni, landmark dia, batu besar gile. bile dah sampai batu besar gile tu, makanya nak dekat laaaaa tu... hati berbungaaa nyee bile nampak si batu besar nii.. yeayyyy ! sampai kat 2nd peak tu, ai ternampak satu lagi penyeksaaan. tangga !!!! bukan sebarang tangga weii. tangga tu hanya di ikat dengan kabel ape ntah di celah celah batu besar untuk ke atas puncak....... mak aiiiiiiii.. seram sejukkkkk kakiii nak kene panjat si tangga ituew?? nak tak nak, hati kene kental untuk panjat. ai jenis TAK gayat tapi bileee panjat si tangga tu boleh lak bergoyang goyang, heyyyy mak terus seram laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa gedik punya tangga!!! nasib laa ada diaorang ni yang tolong pegang tangga tu. kahkahkahkah.. hilang macho ai. kekkekeke . .

 diaorang ni dah sampai lama sikit dari ai. ai kan jalan lambat kekekkeke.. 
pernah dengar, biar lambat asalkan selamat? huuuu~

\
masa ni ai baru je sampai kat kawasan batu besar tu... 

 
 terus kene paksa naik tangga ni. tangga ni tak tinggi sangatt tapi dia bergoyang tahukkkkk!!
sib baik ade Cast kat atas tu tolong pegang kiri kanan tangga.. heee~
orang lain buat ape? tangkap pic kitaorang jee!

lepas settle tangga tadi, ni haaa ada tangga lagii untuk ke batu puncak Gunung Datuk ni.. ape hal banyak sangatt tangga niii woiiiii....... ai is redhaaaaa . . redha redha pun sempat peace yawww kekekkeke



sampai puncak tepat jam 12tengah hari. ye tengah panas panas terik kaw berada di atas puncak Gunung Datuk ketinggian 870meter, tergamam tau !!! santekkkkkkkkkkkkk sangatttt.. angin kuat. sebelum pergi ai risau sangatt jerebu akan menghalang keindahan atas puncak ni. tapi tidak. langit clear sangat. xde jerebu. cantiknyaaaaaaaaaaaaaaaa pemandangan atas puncak Gunung Datuk ni.. siyes weiiii.. banyak banyak gunung yang pernah ai teroka, Puncak Gunung Datuk paling cantikkk !! kiranya berbaloii laaaa usaha mendaki bagai nak rakkk tadiii kan.. sebab bila tiba kat puncak itu satu KEPUASAN yang tak terkira hebatnyaa ;)) apa je aktiviti atas puncak? bergambar aaaaaaa. rugi laaa dah berpenat lelah tak nak posing? satu kerugian besar tahukkkk.. satu jam lebih kitaorang berada atas puncak ni. memang posing tak hentii.. yang berselfie berselfie. yang jadik cameraman pun ade. yang tukang posing itu WAJIB. kekekkee..

 batu besar kat puncak ni. lawa kann korangggggg pemandangan diaaa ;))

 sekali sekala dating atas puncak gunung pun cara gak kan? heee~

 3 Cohanian Gegirl

 suka gileeeeeeeeee gambar niii !

 kekekkeke.. macam pernah nampak tak posing ituew? hihi

 belanja terapi lagii. ples jangan muak! ai nk tunjuk betapa cantiknyaaaaa Puncak Gunung Datuk niii. heeeeeeeeee~ pergi la sini pergi laaaaaaaaaaa  ;))

 anginnnnnnn kemari kaw.... kahkahkahakhahh kurus nye mamat ni! ehem

 sampai puncak tido ke ? 

 suka gile gambar ni. nampak macam lukisan jewwww hutan hutan tuuu

 haaa ples ehh ehh jangan tiru aksi Mr.P ni. dia ni memang. orang berderau jantung , die senyum senyum simpul pulak.. pok kang.. HAHA

 sebelum turun, mari kembali ke tujuan asal kita. iaitu menanda aras ketinggian. 
tu diaaa sampai kene berdukung bagai.. hee~ actually COHAN tanda aras start dari 
aras 200meter, 400meter, 600meter dan puncak ;))

 tanda aras 600meter dari aras laut. Jimi & hubby gigih memaku. kekeke

 ini tidak adil tidak adil bagi kuuuuuuu.. mane pic ai?
 hukhukhuk


ok ok dah stop laa upload pic puncak. kang korang meroyan HAHA... tapi siyes memang cantikk..... heee ~ dan kalau ikutkan tak nak turun lagi tau, tapi orang kat bawah tu dah terjerit jerit panggil turun. heyy kacau daun betul laaaaaa.. hukhukhuk . . disebabkan ramai yang lapar dari ramai yang nak turun cepat, kitaorang decide makan alas perut dulu............... ye perut lain lain yek. yang boleh tahan lapar sampai ke kaki gunung tu bagus la.. tapi kita dah datang bergroup ni, harap maklum sila fikir sekali perut orang lain.... perut kan tak samaaaaaa......... jangan pentingkan diri sendiri yekkk kekkekekeke

start turun gunung pukul 2pm. turun ni satu penderitaan tahukkkkkk.. banyaknyee akar kayuu yang kene kita langkah. dah la kaki macam segan jeeee tak mau langkah daaaa. hoii sakit ibu jari tahan tauuuuuu.................... tapi ape jua cara yang ai cuba turun lantak aaaa janji sampai kat bawah kahkahkahkah... nak dijadikan cerita best lagii, tengah tengah jalan tu boleh pulak hujan lebatt................ nak nak pulak tengah tengah hujan tu ade yang sibuk karok.. ai syak hujan turun sebab suara beliau. kekkeke ... bestnyaaaaaaaa mandi hujan dalam hutan............. lamaaa gilee tak rasa macam ni.. last rasa masa naik Gunung Ledang 2010.. kekekekeke... tersenyum simpul ai teringat balik kenangan time tu. heeee~

 pelancong korea. hekhekhek

 satu penderitaan

 turun pakai tali. sib baik ade tali. tempat yang xde tali tu?
 pandai pandai sendiri laaa gamaknyeee huhu

 take 5, take 10 take la berapa banyak take pun. janji selamat sampai bawah.. heee~

 ohsem gambau ni. ai loike muah muah



sampai kat kaki gunung dalam pukul 4pm. dua jam masa yang diambil untuk turun berbanding tiga jam untuk mendaki... hmmmm... masa ai sampai, dah ade group COHAN yang dah sampai. diaorang laju. hebakkkkkk !  lepas berehat kitaorang terus blahhhh cari kedai makan.. lapaaaa ouhhhhh....................... lepas makan terus masing masing berpecah balik rumah. sampai rumah ade la dalam pukul 7pm kot... azab gunung dah lepas, ni menanti azab naik tangga tingkat 4! khakahkahkah.. paling azab weiiiiiiiiiiiii.. sampai umah mandi terus ZZZzzzzZZzzzzz . . itu sahaja cerita XPDC kali ni, jumpe next XPDC korang !

plate yang digantung di puncak Gunung Datuk. kalau korang jumpe plate ni, 
COHAN punya tau tau. heeeeeeeeee ~
(mane name ai carikkkk ples)


XPDC Gunung Datuk,
Guide Man 
Mr.P
Assassin
Jimi Saito
Ramli
Ayeen
Castello
Sham
Azizi
Tok'Ban
Zul
Ginta
Me
Eyuh
Yus



#COHAN ( Challenge Of Hiking And Nature)







Yang TAK sabar next XPDC puiii  HAHA

 signature ms eida
Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page