
Cuti Khas Kakitangan Kerajaan Yang Terlibat Dengan Banjir | Mungkin ada kakitangan kerajaan yang terlibat dengan Banjir di Kelantan, Terengganu, Perak, Kedah dan lain lain, yang mana mungkin TAK TAHU mereka boleh mendapat Cuti Khas ini ;)) tetapi ada syaratnya. Seperti berikut :
(i) Pegawai-pegawai tidak hadir bekerja atas sebab-sebab
kecemasan seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi, jambatan runtuh atau
lain-lain malapetaka dan bencana alam, perintah berkurung dan perintah
sekatan am oleh pihak berkuasa yang menyebabkan terhalangnya perjalanan
ke pejabat atau ke tempat bekerja biasa.
(ii) Kes-kes bencana dan kemalangan yang berlaku atas peribadi
atau atas harta benda seseorang pegawai tidak dianggap kecemasan am dan
hendaklah mengambil cuti lain yang layak.
(iii) Pegawai perlu memaklumkan perkara ini kepada Ketua Jabatan
dengan menggunakan borang permohonan seperti di lampiran kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1986 bagi tempoh tidak hadir itu.
(iv) Mendapatkan pengesahan tentang bencana alam tersebut dari
Pegawai Daerah, Penghulu, Pejabat Polis, Jabatan Penerangan, Jabatan
Kebajikan dan Siaran Media Massa.
Kadar : Tempoh berlaku bencana.
Agensi Terlibat : Perkhidmatan Awam
Tarikh Kuat Kuasa : 1 November 2002
Jika semua syarat tu korang lepas, bermakna layaklah korang mendapat cuti khas ini. Jangan lupa isi borang di Lampiran 'A' di Pekeliling Perkhidmatan Bil 1 Tahun 1986 *klik . Moga ianya menghilangkan runsing sesetengah pihak yang mana sudah kehabisan cuti pada akhir akhir tahun macam ni . . . #prayforpantaitimur . .
Yang cuti hari ni, tak de mood kerja busy nak hantar barang barang makanan ;)

Assalamualaikum ida.. alhamdullilah. ada juga cuti khas ye.. bagus2.. pray for pantai timur
ReplyDeletewasalam sheila, sekurang-kurangnya membantu kan... #prayforpantaitimur ;(
DeleteAlhamdulilah, ada pembelaan utk mereka yg terlibat dengan banjir...syukur
ReplyDeletealhamdulillah syukurrrr ;))
DeleteGood info. Hope semua akan ok pasni...
ReplyDeletekann harap2 mudah-mudahan aminnnnnnnnnn
Deletenasib baik ada dak cuti... kalau x mana nk fikir rumah, kerja lagi
ReplyDeletehuwaaaaaaa sedih!
Deletesebaiknya perlu ada cuti khas ni
ReplyDeletesib baik ada hehhehehehhe ~ eh eh JM dah balik ehhhhhhhhhh
Delete