Thursday, November 20, 2014

Tiket Feri dari Telaga Terminal ke Koh Lipe





Macam mana nak pergi ke Koh Lipe melalui Langkawi? soalan cepumas. beratus orang tanya okay tipu. puluhan saja. hiks . .Kita boleh ke Koh Lipe dengan menaiki Feri di Telaga Harbour Terminal Langkawi. kat mana ni? ala dekat dengan area Cable Car. perasaan tak ada banyak kapal kapal layar parking? haaa situlah Telaga Harbour Terminal Langkawi ;)


tapi sebelum itu, kalau korang bukan dari Langkawi, korang kene datang dulu Langkawi tau? Tak kesah nak naik kereta ke, naik bas ke, naik keretapi tanah melayu ke ataupun naik flight macam ai. poyo tak? sebenarnya gini, ai dah buat kira kira untuk naik bas sahaja ke Langkawi, survey tiket bas dalam RM86 return. tapi tangan ai is gatal nak bukak Air Asia , SAJE SAJE tengok tiket flight ke Langkawi, tick punya tick sekali muncul RM99. murah bagi ai............ dengan itu, #tripadikberadik ini ke Langkawi dengan flight wiiwiiwiiiiii ~ plus malas nak berpenat lelah bagai naik flight senanggggg kuikuikuii


okay dah. mari sambung macam mana nak beli tiket feri ke Koh Lipe ni?
mula mula masuk laman web ini :  http://telaga-terminal.com/ (boleh klik)

front page. nampak coloumn ferry reservation? buat pilihan tarikh , berapa orang dekat situ.
pilih one way or return. yang one way tu mungkin dia tak tahu bila nak balik kot? hihi.. tapi ada jugak yang ambik day trip ke Koh Lipe sahaja. terpulang nak yang mana satu . tapi bagi ai, day trip is TAK BERBALOI. korang kene bermalam di Koh Lipe. rasai semua aktiviti air dekat Koh Lipe. baru nampak laut dia yang OHSEM ituewww ~ nak senang, pilih aje tiket feri return macam ai. heeeeee ~ pergi Koh Lipe 3hari2malam dah cukup memadai.. nak lagi enjoy duduk la seminggu macam mat mat salleh sane.... berminggu minggu duduk dekat situ hikhikhik

pilih jugak masa ferry - Masa Feri ada dua kali sahaja dalam sehari iaitu pada
 pukul 9.30am dan 4.30pm

Tips : Pilih Masa Feri Berlepas dari Telaga Terminal Pagi 9.30am. 
Masa balik Feri Berlepas dari Koh Lipe 4.30pm
(dapat banyak masa di Koh Lipe hehe)


baru berbaloi bayar duit Feri berharga RM248.00 seorang return (walk in di Telaga Terminal)
ataupun harga feri RM228.00 seorang return (beli online)

bila dah pilih semua tu, kita kene isi segala jenis form. billing infomation, details guest yang terlibat. siap kene isi no pasport ye. pastikan pasport korang valid lagi tau!



 okay boleh pilih nak buat payment cara yang mana. tapi ai prefer bayar ke Maybank Telaga Terminal. transfer sahaja. sejak dua menjak banyak kes credit card kene hack bagai ni, ai is tak berani laaaa nak guna credit card hukhuk

 

dah siap bayar total RM922 (+ admin fees) untuk 4 tiket Feri Return. voucher booking akan sampai ke email yang kita submit masa isi form tadi... Kejap! nampak tak Online Rebate tuuuuuu? rugi ouuhh tak sambar! so korang KENE plan vacay korang, then purchase tiket feri online yekk.. jimat duittt heee ~ RM20 setiap tiket tuuuuuuuuuuuu ;p



okay bukak email tadi, selepas beberapa jam yek. Pihak Telaga Terminal akan hantar Booking Voucher. Dua jenis macam yang dekat atas ni. satu booking details, dan satu lagi booking voucher. korang kene print dua dua kertas tu dan bawa ke Telaga Terminal untuk urusan Check In Feri nantii 



bila tiba di Telaga Terminal, serahkan segala jenis voucher yang korang print tu bersama pasport dan borang arrival departure. biasalah masuk negara orang kan kene isi segala mak nenek borang . . borang tu ada je atas kaunter boleh amik dan isi. jangan lupe bawak pen sebab pen tak berapa ada kat situ kehkehkeh . . 



akak kaunter tu akan amik pasport korang, then nanti korang kene pergi dekat Pejabat Kastam Imigresen belakang petronas (bangunan warna kuning) untuk urusan imigresen. akak tu jugak akan bagi korang boarding pass untuk naik feri. curlas kan? macam naik flight weiii dia punya prosedur hikhikhik . .  oh ya! memang korang kene berada dua jam awal sebelum feri berlepas.. macam ai feri berlepas pukul 9.30am kan? pukul 7.30am kitaorang dah terpacak depan kaunter yang belum bukak. disiplin sungguh anak pakcik baharum dan puan kamariah ni! HAHHAHAH


tepat pukul 9.20am, kita akan diminta untuk beratur dan masuk ke dalam feri. nampak kat belakang feri tu? haaa feri tu la kita naik. . besar sejuk. tapi kalau ramai orang ai rasa bahang or akan muncul macam macam bau kehkehkeh. nasib baik time ai pergi, nan hado sangat orang nyaaa selamatttt hidungg kuuu ;p sharp 9.30am feri pun jalan. kita pun ape lagi? mari buat taik mata mihmih~



 sampai lah waktu nak berlepas, ada dua group Melayu je. yang lain semua mat dengan minah salleh jekk.. kitaorang pelik la, apesal xde melayu pergi Koh Lipe ni? bukan xde tapi tak ramai. . pelik pelik pelik dan bila sampai Koh Lipe baru lah tahu kenapaaaaa. nak tahu? next entry okay? penat dah menaip HHAHAHHAHA




tumpang lalu kejap nak iklan iklan iklan ;

  klik gambar jika berminat mahupun ingin mengetahui dengan lebih lanjut 
terima kasih korangggg ;))






Kira-kira
Tiket Feri dari Telaga Terminal ke Koh Lipe Return dua orang RM456.00 (Seorang RM228.00)

Total RM456.00




*Entry Berkaitan* KLIK








Yang cuba untuk habiskan entry secepat mungkin sebab ada orang tu dah tak sabar nak pergi HAHHAHA
signature ms eida

31 comments:

  1. TQ for the info.. baru thu pasal pasal tmpt nie..
    boleh ltk dlm kalender pjlnan ni... yahooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. heeee~ bookmark sekali entry ida yek! ehh? HAHHAHA

      Delete
  2. Salam eida :)..

    Eida, trm kasih yer komen d blog lady sal sireh.. eida berminat? Harganya sangat2 berbaloi n boleh thn sehingga 2 bulan.. boleh juge dgunakn untuk ruam2 pd badan baby.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam awak,

      ida tak de baby lah awak hehehe~

      Delete
  3. syok lah jalan!! rindunya nak jalan-jalan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mai laaa naniee join jalan jalannnnn ~ wiwiiwiiiiii ~

      Delete
  4. oiihh..memang kne plan abis2 nak island ni..hiks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup plan jgn tak plan! duit kumpul duluuu heeeee ~

      Delete
  5. wahh..eksaitednye nk tau ape yg jd seterusnye..idaa..update lg pelisss..
    tp ntah bile la ktorg bole spi ke cni.. ;'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaALLAH sampai nantiii . dekat je koh lipe niii ilaa hehhehe~

      Delete
  6. mahal gak ek tiket feri tu. Ada option lain ke kak nak ke lipe ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde. mmg kene naik boat saja ke koh lipe. either dari langkawi or satun/pak bara.

      Delete
  7. Assalamualaikum ida. wahh bestnya bestnya! next entry pleaseeee :))

    ReplyDelete
  8. Assalam Ida,
    ok3
    cepat3 NEXT ENTRY
    iols dah tak sabor2 dah ni
    nak p jugaaaaaaaaakkkkkk :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam kak,

      pergi kakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk .. besttt !

      Delete
  9. EIDA..info seperti ni sis JM cari..mmg tak tahu langsung berkenaan Koh Lipe nih..lepas baca entri ni rasa nk plan ke sana..terus sis JM bookmark entri nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye akak JM. hehe pergi yek.. sekali sekala tukar angin heeee~

      Delete
  10. tak tahu plak boleh pergi melalui langkawi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya bolehhhhh... simple prosedur.. pergi laaa heheheh ~

      Delete
  11. Uihh... mcm mahal jer tiket ferry tu... xde alternatif lain yg lebih murah ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak ke koh lipe memang kene naik feri ni. either u pergi dari thailand pun kene naik feri jugak cuma kos die lain. tapi koser la kan nak pergi thai semata2 hahahahahahha

      Delete
  12. teringin nak tahu kenape tak ramai melayu yang pergi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa boleh baca entry ida yg seterusnya dan seterusnyaaaa hhehehe ~

      Delete
  13. boleh saya tau.. pakej snorkling tu camne? kena cari kt sana ke? atau mmg disediakan sekali.. sbb saya baru 1st time gak bab bab pulau nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakej snorkeling sampai pulau baru cari. dont worry ramai agent kat tepi2 pantai. boleh tanya jek.....

      Delete
  14. makanan kat lipe mcmana? tempat tidor kalau kita tak booking melalui agent di sini, boleh tak kita terus cari kat sana?

    ReplyDelete
  15. satu lagi border pass boleh tak?

    ReplyDelete
  16. hotel kena tempah awal2 kat malaysia ke atau boleh dpt mudah di sana?

    ReplyDelete
  17. jeti telaga terminal dgn pejabat imigresen tu jauh tak? kena naik kenderaan ke nak ke sana?

    ReplyDelete
  18. Kawan dari China nak pi ko lipe melalui langkawi, ada staff yg berbahasa ingris x?

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page