Wednesday, November 5, 2014

Healthy Lifestyle | Sarapan Pagi Yang Sihat !

 

Healthy Lifestyle | Sarapan Pagi yang Sihat ! bertahun tahun lamanya , kaw dah bedal nasi lemak, mee goreng, mihun segala jenis kalori dahhhhh .. sekarang tiba masanya kaw hadap benda alah ini pulak kehkehkehkeh. . nak mengajar perut ni korang................... mohon hadam segala jenis bijirin yang masuk dalam perut ye akhir akhir ini.. bayang kan dia adalah nasi lemakk okay pleaseeeeeeeeeeeeee ;p


akhir akhir ni kalau perasaan, ai dah start kurangkan makanan yang tak perlu sangat untuk badan ni.. baru nak tersedar ke cik kak? eceh.. bukan senang nak ajar perut yang dah lali dengan makanan asasi orang melayu ni tauuu..... penat try n error, bijirin mane yang perut suka. . last last , ai ketemu menu cereal yang perut ai sukaaaaaaaaa !

gabungan HL COKLAT (low fat pls)  + Fitness Cereal COKLAT


nampak tak perut suka apa? COKLAT babe coklat hikhikhik. . tapi masih mementingkan sihatnya bila kita beli LOW FAT coklat dengan Fitness punya cereal.. no fat fattyyyy ;p .. try makan semangkuk hari ni, lepas tu esoknya makan lagi dan lagi dan lagi.. yeayy perut tak meragam ! dan SAH inilah sarapan pagi ai selepas lepas lepas ini... #mohonistiqamah


tapi korang nak tahu tak, penat ai mengajar perut untuk hadam semua makanan ni, penat lagi ai tepis sindiran perli perli orang kat luar sana tau... kenapa eh? manusia ni bila nampak orang lain macam sikit, macam kes ai ni , bila mana ai mula dengan healthy lifestyle ni,  ada yang panas bontot dengar/baca.............. pastu dia memekak kata kita ni poyo. ala sekejap je tu. alah budjet je lebih tu. dan macam macam lagi. konfius beta? 

kejap
ada aku mintak duit korang?
ada aku kacau hidup korang?
dan yang pasti aku tak kacau laki korang?

alah
nak tiru lifestyle aku, cakap ajelah
silakan
aiols TAK KESAH ;))
marilah kita sihat bersama sama ;))
Jom main kira-kira kejap. ai beli Sekotak HL Coklat Low Fat RM5.99 dengan Fitness Cereal Coklat RM12.99 .. Total RM18.98 .. dengan total ni, 5 hari punya break1st ye. Isnin-Jumaat. korang rasa jimat takkkkkk ? selain kita amalkan gaya hidup sihat, kita juga amalkan gaya sihat poket kehkehkehkeh . . eceh.


soalan lazim - tak BOSAN ke makan hari hari itu je?? jujur ai kata TAK. sebabnya, its coklat babe.. perut ai suka coklat.............. ai suka coklat........... benda kita suka, kita takkan bosan kan? cumanya  kadang kadang ai add on fruits. berries, strawberies, pisang. ikut la............. sekarang ni ai selang selikan dengan seminggu makan Cereal , the next weeknya makan Overnight Oats pulak... ingat lagi Resepi Overnight Oats ai? KLIK SINI ;)) so tak de istilah bosan. cumanya weekend ai belanja perut ai makan jugak nasi lemak, mee goreng ke ape ke. kesian jugak dia. kita kan orang Malaysia. mana boleh larikk dengan makanan asasi semua tu................ seminggu dua kali je tau ! its a cheatday ;)) (tips : korang kenal pasti apa yang korang suka dulu, jangan ikut pemakanan orang , lain badan lain caranya)


p/s : yang ramai tanya, eh ida, dah turun berapa kg sekarang? ai senyum je. sorry kawan ai tak timbang sangat. kat rumah xde penimbang. penimbang ai cuma baju sebelum kahwin dan cermin sahaja ;)) nenanti la ai rasa badan ai dah cukup susut ai timbang okay? ;)) TAPI, since motif ai bukan nak kurus 100% sangat cumanya nak amalkan healthy lifestyle jew... ada beberapa perubahan selain berat badan yang lebih penting bagi ai ;)) biarlah rahsia yekk ;))  #muahciked






Yang suka dengan keadaan sekarang ni ;)

signature ms eida

19 comments:

  1. elee...org2 tu jeles la tu nmpk usaha kte nk diet kan kan kan..

    eeehhh..kte pun suke choc HL tu...choc je la pun yg boleh telan..hehhe..

    ReplyDelete
  2. Memang sedap sarapan fitness cereal ni.
    Miza suka minum susu dutch lady low fat.
    tak pernah rasa lagi susu HL nih :)

    ReplyDelete
  3. langsing la pasni.. twehehehe... :D

    Jom masuk JK1M nak?? bln 1 nanti. Akak ingat nak masuk lah..

    ReplyDelete
  4. Assalam ida,
    ooooooooooooooooooo....
    patutla iols nengok uols makin selim melim
    ini RAHSIA-nya yer :P

    ReplyDelete
  5. amboii. sedap nampakkkkkk. balik keje ni terus g beli confirm!

    ReplyDelete
  6. tahniah dan harap dapat teruskan healty lifestyle... nak berubah memang banyak cabaran... kena pekak kan telinga je la

    salam singgah

    ReplyDelete
  7. org jeles laa tu sebab tudorg ckp poyo...tp cuba kalau btl2 kita kurus..confirmmm nk join sekaki....

    ReplyDelete
  8. eida.. kite same.. fifi pon dalam process nak sihat.. tapi tu la.. ade mulut longkang.. tak suke betul!~

    ReplyDelete
  9. benda ni mudah nak disediakan,maklumlah aku kan malas, nak yang senang2 je haha...klu malas masak mila makan conflakes dgn susu je.

    ReplyDelete
  10. Dulu waktu keje pun makan mcm ni..sekrg duk umah makan nasi lemak..nasi goreng..hahha...

    ReplyDelete
  11. akak makan ni utk malam hihihi .... air kotal marigold hl ni bgs sbb ada asid folik .. terbaik tau utk bdn ... susu pilihan yg bijak .. peduliklah org nak sindir.. kang kt sakit mcm lah dia yg tanggungkan .. yg penting niat kita nak sihat ... chaiyok ida.. moga istiqamah ...

    ReplyDelete
  12. As salam ieda. Ayu pun suka makan cereals. Tapi disebabkan dah berkahwin..hubby biasa bfast heavy kena la masak heavy mcm mee grg ke..nasi lemak ke.. hehehe

    www.bidadarigojes.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. yup. bila kita berubah, ada pula yang cakap cakap gitu. dah kenapa? . emmm. diri kita, kita yang tentukan ;)

    ReplyDelete
  14. jgn pedulik cakap org..buat panas hati jek

    ReplyDelete
  15. Anak2 saya pun suka susu.HL...jom jenjalan ke blog saya.... http://hotmamabiz.blogspot.com

    ReplyDelete
  16. kalau saya perut boleh ja terima mcm nie. tapi saya plak cepat jemu makan makanan yg sama tiap hari...

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page