Tuesday, September 23, 2014

Boat Noodle HALAL atau TIDAK HALAL?

 


Boat Noodle HALAL atau TIDAK HALAL? Orang makan kita pun nak makan jugak. pengaruh blog sangat ai ni tau! hikhik .. sana sini ai nampak orang makan Boat Noodle. ok fine. mari kita google dapatkan lokasi untuk kita terjah .. hubby follow aje. . paling dekat dengan ai adalah di Ikon Connaught. so pergi lah kami laki binik, niat di hati nak lunch Boat Noodle ;)) #inikejadianbeberapaminggulepas


sampai sahaja Boat Noodle, ramai sangat orang sampai kene amik nombor. tunggu dalam 15minit baru dapat meja. dah dapat meja, hubby start tanya soalan "HALAL ke kedai ni?" ai panggil waiter dan tanyakan soalan itu. Waiter cakap "Yes. Boat Noodle is HALAL for muslim mem" .. tapi ai tercari cari mana ehh Sijil Halal? kalau kata HALAL lahh? ai round round cari, tapi tak jumpa .. ai panggil dan tanya waiter lagi " Where ur HALAL Certificate sir?" . . Waiter itu jawab "We dont have Certificate to show you"  ai terus blank (*&^%$#@^&%??


Lepas itu, hubby mula search google dekat dekat situ jugak HAHAHA.. sebab bila dah was was , hubby dah start mencuka muka dia... dengan persekitaran tiada Melayu pun yang makan. mungkin di Ikon Cheras ni penuh Chinese maybe? tempat lain ai tengok ada je malay kan? eh ai tengok dalam gambar jee.... hikhikhi ~ hubby search tapi nan hado jumpa pasal Sijil dia ;( so, ai tanya lagi sekali "sayang, yu nak makan ke tak kat sini?" hubby jawab "TAKNAK!!"


Terus ai ajak hubby bangun dan pergi. sebelum itu, ai pergi kaunter dan mintak maaf sebab tak dapat stay untuk makan. waiter itu paham.. xpe la, dari kami was was nak makan even korang cakap Boat Noodle is HALAL. tapi for me, kalau HALAL, mana Sijilnya? takkan nak percaya dari mulut orang sahaja? Halal Haram bukan benda main main yaaaa .. mulut orang jangan percaya sangat lah.. itu ai la. kalau korang, ai tak tahu laaa huuu ~
 
ouh ramai rupanya yang musykil ....
sumber : Facebook Boat Noodle


balik dari kejadian itu, ai search Facebook Boat Noodle untuk dapatkan kepastian. ai dapat sedikit sebanyak jawapan jugak. refer gambar kat atas yek korang..katanya ada sijil Halal tapi Sijil Halal dari Thailand. ok ok paham. Boat Noodle memang asal dari Bangkok kan? tapi we're in Malaysia. why dont you get Certificate from JAKIM? which is HALAL from MALAYSIA?? ataupun maybe tengah dalam proses? ai tak tahu. tapi tidak mengapa.. mari kita bertanya pada yang PAKAR ye kawan kawan, jangan main serkap jarang. jangan dengar dari mulut orang. alah, benda simple contoh ehh, anak korang sakit kan? macam macam petua korang dengar untuk baikkan sakit anak tapi yang paling MUDAH, korang pergi je jumpa PAKAR dekat HOSPITAL .. kan?? same lah juga dengan kes ni. tanya aje dekat JAKIM . senang !

 email ai kepada JAKIM - buat masa sekarang JAKIM belum reply lagi. nanti kalau dah reply ai akan attach sini jawapan soalan itu. okay ?



tidak salah kita nak cari kebenaran. ianya hak individu, kalau korang rasa korang yakin, korang makan la. ai punya prinsip lain. kita berbeza. tak makan mee dari sini, ai masak je sendiri ape susah? HAHAHHAHA walaupun hati nak sangat makan Boat Noodle ni. mohon JAKIM reply secepat yang mungkin supaya kekusutan akan terjawab ;)) buat korang yang yakin 100% itu, boleh la terjah ke Boat Noodle ;)) ni antara lokasi lokasi Boat Noodle ;



Lokasi Boat Noodle di :

1.  The School @ Jaya One : P2 Floor
2.  Empire Damansara : G Floor
3.  Ikon Connaught : G Floor
4.  Publika : Block C5, G3
Opening Hours : 11am-9pm



p/s: kalau korang ditempat ai, korang makan tak dekat sini?? Huuuu~






Yang hari hari jenguk email, no respon lagi dari JAKIM ;(

signature ms eida

103 comments:

  1. Skrg mmg banyak kedai yang takde tanda halal..tapi dia tulis pork free. Dan byk jugak rancangan makan2 gi tmpt2 yg pork free ni.

    Sedaya upaya mmg tak masuk dan makan tmpt yg sebegini rupa. Pernah sekali teringin nak makan di bubba gump..mmg ramai kata halal. tapi kedai tu serve arak..walau ramai org melayu islam yang ada dlm kedai tu..kami ambil keputusan untuk tak makan disitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul.. dulu jahil bab bab gini.. tapi nowdays, ida alert sikit dengan sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JAKIM. if xde maaf kami takkan makan.....

      Delete
    2. Pork free apakebenda..
      Bahan asala Thai boatnoodle ni klau xletak daging khinzir pun bahan dia darah kot buat kuah. Kat situ "pork free" tetap haram.

      Delete
  2. ketinggalan ni xtau pun psl boat noodle..nnti dh dpt reply Jakim tu share ok..

    betul..ble dah was2 baik tak pyh mkn..Pork Free bukan tiket nak claim itu halal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. okai for sure ida update sini terus! tapi nan hado JAKIM reply lagi mugkin tengah siasat maybe kan? ida search internet, pork free bermakna semua makanan disitu xde menggunakan daging khinzir .. tapi kita musykil, ada yang jual wine? ada yang cara basuh pingang mangkuk.. kita tak tahu semua tu.. so better kita playsafe dengan makan di kedai yang JAKIM beri kelulusan sahaja kannn ;))

      Delete
  3. Setuju ngan Ida..bab halal haram ni jsdi darah daging..jd kita kena ambik berat jgn duk fikir ckp org je ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup... ida memang takkan dengar cakap orang melainkan dari pihak JAKIM sahaja. mungkin ada yang panas bontot dgn statement ini. HAHHAHAHHA

      Delete
  4. Jikalau kak ju ditempat dik eida pun kak ju was-was.... memang mana2 shop sis utamakan sijil halal dulu...kalo takde mmg tak la makan...nanti kita nak review dlm blog kena tgg dosa sbb review benda tak halal...bagus dik eida trus tanya jakim

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. ida pk kalau ida makan, then tulis dalam blog, orang lain pergi makan, then sebenarnya HALAL ke TAK kedai tu, kita tanggung wooooooo xnakkk buat dosa free haish!

      Delete
  5. pestime dengar pasal boat noodle nih..kalo dah was2 better tak payah makan..
    memang pengaruh blog ni kuat sebenarnya..asal nampak best jer nak try..
    zee dah terkena sekali kat melaka tapi bukan boat noodle lah..heheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. pestime ye kak? hehe ~ ida pun tahu dari kawan kawan IG yang ramai update pergi makan hikhikhikhk .. melaka? makan dekat mana. share pls ~

      Delete
  6. tak pernah dengar nama boat noodle ni..

    ReplyDelete
  7. jakim tgh siasat kot. hehehehhe:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe.. harap cepat pihak JAKIM reply email ida ;))

      Delete
  8. akak belum pernah mkn kat sini kalau di beri pilihan TAK kot :-)

    ReplyDelete
  9. Kenapa kau tiba tiba nak makan di boat noodle ni :)) terjebak dengan aku ke? Actually mmg boat noodle ni mmg tak ada sijil halal TAPI pork free& no alcohol, kalau tak yakin better tak payah lah, ala rasanya biasa saja :))

    Concept macam IKEA juga tiada sijil HALAL sampai sekarang kansss :))

    N.H.M.H

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku memang sokmo tetiba nak pergi makan sebab ramaiii yang update psl boat noodle termasuklah kau. rasa biasa biasa eh? tak yah la makan klu gitu. aku masak sendiri lagi sedap HAHAHHAA.. memang tak yakin sbb xde sijil HALAL even pork free no alkohol.... pelik tapi benar...

      ikea pun same! geram aku sampai sekarang xde sijil HALAL. rindu meatball ikea, lama tak makan.. so jawabnya masak meatball sendiri jelaaaa HAHHAHA

      Delete
    2. Assalamualaikum, tergerak nak komen sebab saya macam awak jugak sangat particular bab makan ni. Especially IKEA, haritu sebab tak tahan(hehe) saya pergi jugak jumpa tukang masak tu, Alhamdulillah Allah mudahkan dia bagi jumpa chef terus ๐Ÿ˜Š And chef tu tunjuk sijil halal jakim. ๐Ÿ˜Š Boleh makan tanpa was-was dah ๐Ÿ˜Š

      Delete
  10. Assalam ida,
    Tu la..akak slalu tgk HALAL JAKIM tu la kan3..
    Kalo ada staff melayu memang akak tanya betui2 kat depa...
    tapi bila dah was2 memang takleh la mkn..
    kan3

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yang kata boleh ada yang kata tak boleh . . tapi bila comes to was was tak yah la..... banyak lagi makanan yang SAH halal , yg kita yakin nak makan, boleh makan... kannnnnnnnnn kakkkk

      Delete
  11. satu lg cwgn baru kat The Scott Garden...sila tmbh dlm list! bahaha~

    so far i konfiden...sbb to me dia dikira product import sbb tu dia cuma ada sijil dari thai bkn dari malaysia...sama mcm peppero yg kecoh dulu tp dorg kata ada sijil halal korea sbb produk import kan so x apply lah kat jakim..gitu...

    but depends kan...kalau was was better jgn makan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouh ada yang baru? hikhikhik.. idok le ida amik port HAHHA.. haa kalau yakin baguslah..... ;))

      Delete
  12. Uishh..kalau was was xpyh makan LA....

    ReplyDelete
  13. first time dengar nama kedai ni..(oh ketinggalan , hihi). Kalau Ros kat tempat awak, Ros tak makan jugak. sebab kalau dah was was tu, emm memang tak la kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heeeeeeeeee~ macam femes dah kedai ni.. oo awak tak tahu maknenye tak cukup famous laa hikhikhik

      Delete
  14. meh datang rumah , zul masak mee goreng mamak...dijamin halalan toyyiba...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHHAHHAA okaiii ida sampaii nantiiiiiiiiiiiii tunggguuuuuuuuuuuuu

      Delete
  15. untuk mintak sijil halal dari jakim memang sangat susah sebab sangat strict. sangat sangat strict especially untuk kedai makan dan prosesnya terlalu lama. and kalau kedai tu jual arak memang tak akan dapat sijil halal tu. jadi mereka selalunya akan tulis pork free/alcohol free/sijil halal dari negara lain. so depends. macam ida cakap, kalau was-was jangan makan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang strict tu yang kita yakin nak makan kan... hadap la kalau nak kedai bebetyl HALAL for Muslim... kuikuikuiii ~

      Delete
  16. bgsnye ida..nnt klu dh dpt respon dr jakim update kt cni ye..nk tau jgk..kot tibe2 tringin nk mkn..tp ktorg sefamily mmg jarang mkn tmpt2 camtu..perut nak nasik je..hekhekhek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay ida update nnti! heeeeeeeeeeee ~ ida kan diet nasik.. kahkahakhakhahhhh

      Delete
  17. Boat noddle yg makan semangkuk pinggan kecik tu ye.. kena makan byk mangkuk tu kan.. yg tu ke? tu ari Hanis Zalikha ada upload kat IG dia. Akk tgk ada mangkuk dia ada serpih2, sompek2.. mmg tak la nak makan kalau camtu. sbb Nabi pun tak galakkan kita makan dari pinggan mangkuk sompek serpih pecah tu.. dari bab kebersihan pun sebenarnya tak buleh pakai mangkuk pecah2 tu (mungkin bg mereka itu adalah rare).
    Apatah lagi berkaitan halallan toyibban kan.. Mencari yg halal itu fardhu..jd, carik lah yg halal bukan shj "no pork"

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah yang bowl kecik kecik tu. aah ade hanis dok update kat ig... rare kononnnyaaa kekda.. hikhkhk.. tapi idok le nak makan bersopek bagaii ehhh.... tq kekda :))

      Delete
    2. Itu la. Tgk dlm ig org dok upload nmpk mangkuk dia sompek2. Kompius jgk, awat dia guna mangkuk sompek2. Hehe..klu husband saya mmg dia pantang la mangkuk, cawan sompek2 ni. Klu kat kedai, dia dpt cawan sompek sikit pon dia suruh org kedai tu tukar.

      Delete
    3. konon mangkuk sopek tu rare HAHHAHA tak koserr kann hiks.. lain orang lain pendapat. biarlah mereka. takkan nk dipaksa kan? sudah besar. so kita dgn cara kita hehehhehehe

      Delete
  18. same here.pernah berada dalam situasi macam tu.kata halal tapi bila tanya sijil halal, kata takde.apekahh...dari was-was terus keluar.pelik bila orang ramai selalu ambil ringan pasal halal haram ni.benda masuk dalam perut, jadi daging, haihh..takut la.selagi boleh prevent, cubala.moga Allah beri kekuatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada orang tak kesah semua tu... xpela... jgn kita jadik macam itu. kita berdiri lah dgn pegangan kita ;))

      Delete
  19. Macam mana kak ? Jakim dah balas ke ?

    ReplyDelete
  20. betul tu, kalau takde pengesahan..baik jgan makan..wpun teringin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. simpan saja keinginan ituewww xde ape jadik punn hhuhuhu kannnss

      Delete
  21. Salam. Akak, jakim dah reply email?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam masih tak reply. dono y ? hurm.........

      Delete
  22. Sejak bila dalam Islam, kena ada Sijil Halal baru halal untuk dimakan?
    Halal n haram bergantung pada ingredients, cara buat etc..
    Pegi rujuk balik apa yg halal n haram dlm Islam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Kalau ingredients, cara buat tu dah haram, awak still nak makan? sijil halal itu adalah guide line kita untuk memilih makanan yang selamat dimakan . yakin 100%! . . nampak macam remeh hal ini tapi percayalah ianya akan menjadi darah daging kita.

      Saya tak pandai sangat halal haram ni tapi satu je yang saya tahu, makanan pelik pelik dari luar negara, xde sijil halal dari Malaysia, something wrong. so saya akan cuba elakkan.

      Terima kasih drop komen ;))

      Delete
    2. Oh ya, ada yang kata, dia ada Sijil Halal dari Thailand. tapi saya masih tak jumpe sijil itu bila berada di dalam restoran tersebut................. kalau Sijil Halal Thailand which is saya rasa masih secure lagii ;))

      Delete
    3. Nampak sangat yang komen suruh oran rujuk balik halal and haram dalam Islam falls under the category yang makan je as long as no pork no lard no alcohol. Baik rujuk balik dengan ustaz dan ustazah ye.lagipun msia kan negeri Islam...patutnya senang cari makanan Halal and made easier with the presence if Jakim. Ingat kau duduk negeri mat salleh ke yg rata2 umat Islam kena pandai2 pantau cari masak and ingredients used.

      Delete
  23. hi ida..memang sana sini orang dok beratur nak makan boat noodle nih..tapi personallly i cakap i memang x teringin langsung coz bila i baca asal usul mi yang popular kat bkk ni..siap direnih dari darah b***, memang tekak xleh terima. Tapi pada u olls yang masih nak cuba, silalah..walaupun diorang ckp sup tu tulang daging n ayam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius direnih dgn vavi? tu ida tak pernah dgr pulak? ayomakkkk.. berhati2 la kita dalam pemilihan pemakanan sehariannn ;)

      Delete
  24. Salam.setahu saya,ada sijil halal dekat boat noodle ikon connought ni.saya nampak ada dilekatkn kat atas counter.cube check:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam, ada ? msa saya pergi xde.. memang sy round habis cari huhu. maybe skrg ni dah ade? not sure la mmg takkan pergi dahh huuhuhuhu

      Delete
  25. yes memang ada.baru je pergi lastweek :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. next time awak pergi boleh amik pic tak ? sbb kalau cakap mulut je susah nak percaya. then email ke saya iedand23@gmail.com untuk saya publish di dalam entry ni. kalau betul ada, mari kita clearkan hal ini TQ so much ;))

      Delete
  26. Ptg ni sy cube pegi dkt Ikon Conot.. kalu ada sy update

    ReplyDelete
    Replies
    1. okaiii.. pls kalau ada amik pic ya ;))

      Delete
    2. Salam.. skrg nie tgh musim boatnoodle rasa mcm nk try... saya tgk hanis suraya dia asyik mkn tu jer bermangkok mangkok... meleleh liur... hahaha pls pls update klau halal... tenkiu

      Delete
    3. okay saya masih menunggu sape sape yang dah pergi, komen sini tuk attach sekali mengenai sijil tersebut tapi rata rata xde pun ? huhuu

      Delete
    4. Ade sijil halal.. Baru pegi tadi.. It was just a photocopy of a halal certificates.. Hanged at the top corner of the casher...

      Delete
  27. salam.. cuba u check kat blog ni ainimrashihah. blogspot. com

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok dah jenguk. itu Boat Noodle Publika yek. ramai kata situ HALAL. tp yg saya pergi ni Boat Noodle dekat IKon Tmn Counaght.... ade pulak non halal dgn yang halal yekk.... salah pilih nayaaa jeeeeeeeeeee

      Delete
  28. Dah pergi semalam (22/12/2014) boat noodle yang kat Publika. Memang ada sijil halal. Dia gantung kat kaunter bayaran. Kalau tak caya boleh pergi tengok kat Boat Noodle Publika. Maaf tak dapat nak attach gambar sebab dalam fon member dan gambar sedikit kabur. Untuk kepastian takut kitorang tipu ke apa u all boleh pergi sendiri cawangan yang kat Publika tu dan tengok dia ada gantung dekat kaunter bayaran. Saya bukan siapa2 cuma saya makan tanpa was2...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ada yg mengatakan Boat Noodle kat Publika HALAL sebab ada sijil tergantung. Siap ada yg kata ade kedai Boat Noodle Halal dgn kedai Boat Noodle yg tak halal. ada dua ke? kene bebetul pilih , kalau salah, nayaaa jeeeeeeee..............

      bagus jika awak konfiden teruskan.. saya tidak pernah menghalang ;))

      Delete
    2. kat Publika semalam mmg ada 2 kedai noodle camni. 1 is Boat Noodle dan 1 lg Nine Bowl. Nine Bowl ni hampir sama je gambar susun2 mangkuk tu. Kalau tak tengok betul2 mmg boleh tersalah masuk tapi. Kena tgk btk2 kedai tu (Nine Noodle) memang tak halal sebab tulis pork. So hati2 nyaris2 termasuk kedai tu semalam. Selang 2 3 buah je dari Boat Noodle.

      Delete
    3. nama yg berbeza. cuba awak tgok blog ini, ainimrashihah. blogspot. com dia ada pergi then dia kata ada dua kedai Boat Noodle.. aiyokk peninggg mana satu niii HHAHAHHA

      Delete
  29. Hi Ida, macam mana ada reply dr JAKIM ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. JKIM tak reply pun....... hmmmm... cuba fiza pergi Boat Noodle Publika, budak budak dekat atas ni kata, situ ada sijil HALAL yang digantung... ce pergi check. ida ni malas laaa nak pergiii HAHHAHA xde niat nak pergi makan punnnn

      Delete
    2. as salam ieda..last week sy ada call Jakim berkenaan boat noodle ni..org yg bcakap dgn saya adalah en.fahmi if im not mistaken. mmg dia kata ramai yg kol Tanya psl restoran yg tgh hangat ni..depa still dlm penyiasatan & ambil masa yg agk lama. sementara tu dia advise xpyh pegi la kte xtau apa ramuan yg digunakan.kalau boleh elak mkn di restoran tu takut mdtgkan syubhah..wallahualam..

      Delete
    3. wasalam cik anon. serius awak dapat call??? memang sebaik baiknya elakkan itu pendapat ida la.. tapi sape lah kita nak ketengah kan pendapat kita kang ada yang kata memandai2, berlagak alim la what so ever la. jadiknya, tanggung sendiri laa apa yg dimakan itu hihihihihi habis cerita

      Delete
    4. Kaannnnnn...budak ofis ada je yg pegi try even dh gtau pun they still confident so sy ckp xpela as long kte dh gtau & tanggungjwb kte dh lepas kan..tpulangla pd diri masing2..sy xkesah org nk kata sy kuno atau apa summore sy xpernah teragak utk try pun huhuhu

      Delete
    5. heeeeee ~ lain orang lain pendapat. jgn sampai bermasam muka. biarkan....

      Delete
  30. Tgk member byk selfie dari makan je.huhu..tu pun penyakit gak tu.apa2 pun.baik makan kat rumah.sepinggan pun dah kenyang dok eh betul pe sy ckp?☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha bisalah lah tu.... sebelum mkn selfie. slps makan selfie. hahahhahahaha

      Delete
  31. as salam sis
    masih xdapat pape info kew daripada JAKIM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. masih TAK. rasanya JAKIM tak layan pertanyaan saya kot hihihihihi

      Delete
  32. assalammualaikum kak..sy bc blog akk pergi koh lipe..bercadang nk pergi hujung bulan ni..saya de baby 10bulan.rasanya sesuai x nak bw baby ke sana?? sy tnye ni memandangkan akk dh pernah pg kn n tau tmpt nye cmne... hope blh bg pandangan..hihi t.q ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi saya dah jawab di entry koh lipe yaaa ;))

      Delete
  33. Our shop is not Jakim Halal certified. But all our meat & meat ball suppliers have halal certifications. The rest of the ingredients are mostly vegetable and spices. We don't serve alcohol in outlets as well. We only have meat suppliers Halal certificates behind our cashier counters. Jakim halal certification is in progress, U can find out more in our FB page post last week. Thanks

    (PENJELASAN DARI BOAT NOODLE TENTANG STATUS HALAL -18/2/2015)
    Dalam proses dptkan sijil HALAL katanya... sijil halal yg dekat kaunter dkat icon tu yg dr supplier die...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penerangan jelas. Mohon sesiapa yg yakin untuk makan, pergi laa. HEHE .

      Delete
  34. Good story.. kalau i pun x masuk.. sorry.. pork free bermaksud xde babi... tp ayam ke ape ke.. x tau halal haram.. amd maybe contains alcohol... sikit ke.. wallahualam... ooopssss... x teringin pun.. tp selalu tgk org post mangkuk bertingkek2... motip?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihihi. xpe laaa diaorang yakin nak makan kan. masing2 pendapat kan. kita tak leh nk halang orang.. diaorang leh pk sendiri mana baik mana buruk. tak tahu sape salah sbb JAKIM sendiri tak reply email ida. huhuhu

      Delete
  35. terjumpa link ni...

    http://www.dianarashid.com/2014/12/boat-noodle-beri-penjelasan-berkaitan.html

    ReplyDelete
  36. Dear, pls update pasal status halal JAKIM tu..teringin nak makan tapi since awk ckp takde sijil HALAL JAKIM...mcm hubby awak...same thing dgn hubby akak..sgt particular psl HALAL JAKIM..nak pula kalau dia tengok pekerjanya semua org asing especially mata sepet..sorry to say that ..lagipun kita wajib mencari yg halal kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak, JAKIM tak reply harup maklum. hihihihiihi

      Delete
  37. Sy ade dapat offer dari Groupon untuk makan kat Boat Noodle JB tapi kat menu tu semua ade PORK! Haiyaaa manyak tipuuu wooo

    ReplyDelete
  38. Sy ade dapat offer dari Groupon untuk makan kat Boat Noodle JB tapi kat menu tu semua ade PORK! Haiyaaa manyak tipuuu wooo

    ReplyDelete
  39. tak makan pon xpe. xsedap pon.. megi kari meletopp lagi sedap.. hehe..

    ReplyDelete
  40. halal.. tengok blog ni.. de gmbr sijil halal dye amik gmbor http://eyzamiel.blogspot.my/2015/06/makan-makan-di-boat-noodle.html

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum, saya ada membuat research di beberapa laman sesawang mengenai boat noodles ini. Kerana kawan-kawan mengajak pergi ke boatnoodles. Saya agak mushkil kerana, saya ada melihat resepi membuat boat noodles ni. Jika mengikut resepi thai mereka ada yang menggunakan daging khinzir untuk membuat boat noodles ini dan juga menggunakan blood beef untuk membuatnya. Tetapi saya tidak pasti cara pembuatannya di Malaysia bagaimana. Berkemungkinan mereka menggunakan beef pork ect..kerana pelanggan mereka terdiri daripada pelbagai jenis kaum dan tidak menjurus kepada Melayu sahaja. Adakah ini halal kerana sebelum ini saya pernah makan di boatnoodles.

    ReplyDelete
  42. Bgus.. saya pun dok tnya.. mana halalnya... kat cyberjaya kaunter bayaran org islam melayu... tpie tgk pekerja bangla.. tukang masak non muslim.. mcm myanmar pun ada... so kalo non muslim yg masak.. sama gak non halalnya.. kerana mereka xistinjak.... cancel trus nak makan ngan wife... hahahaha

    ReplyDelete
  43. tq kak share info, memang ingat cuti ni nak makan boat noodle, yelaa kawan-kawan kita semua duk upload gambar makan dkt boat noodle. tp hritu pernah lalu boat noodle cheras ni, yelah dkt dgn rumah, tunang kata kenapa ramai cina, tak nampak melayu pun, kita pun apa lagi was-was lah nk makan. itu dari semalam ni duk google cari info psl boat noodle cheras, tulis pork free tp still was-was. sekali terjumpa blog akak ni haa rasa ringan sikit kepala duk fikir benda ni. haha takpelah biarlah tak dpt makan boat noodle pun, wlaupun tktahu halal haram, banyak lagi makanan lain yg HALAL boleh dimakan, betul dak kak? hehe btw tq share info!! :)

    ReplyDelete
  44. Makan ja mee celup klntn... rasa dia sama ja ngn boat noodle....

    ReplyDelete
  45. Tak halal. Guna darah lembu penting dlm versi lembu.

    ReplyDelete
  46. Cuba tengok Cara preparation dlm youtube sure x gamak nak makan walaupun dikatakan halal.

    ReplyDelete
  47. Assalamualaikum,
    Berikutan kemusykilan puan berkenaan isu halal boat noodle disini sy nk share sikit.
    Sekarang ni Central Kitchen dah dapat pengesahan halal dr JAKIM..yeaay. Untuk pengetahuan puan, central kitchen merupakan tmpat memproses semua bahan2 utama bg semua outlet boat noodle.cth bhn2 utamanya adalah spt sauces,marinated chicken, beef,mereka juga supply semua mee dr central kitchen. Memandangkan cuma central kitchen sj yg dpt halal,jdnye sijil pengesahan itu wajib dah sah dipamer di central kitchen shj.outlet xboleh lagi buat mase ini.
    Yg tahap kedua,mereka masih dlm proses memohon halal untuk outlet2 mereka pula.in shaa allah selepas semua proses permohonan dr pihak JAKIM/JAIN selesai,outlet juga akan dapat pamer sijil halal mereka sendiri.
    Untuk pengetahuan lebih lanjut,puan boleh check Facebook rasmi Boat Noodle. Setiap hari jumaat mereka akan update berkenaan topic halal dlm syarikay mereka. Dan ade juga dipapar ahli jawatankuasa halal mereka. Assalamualaikum

    ReplyDelete
  48. Kak..dh ada reply dr jakim ke

    ReplyDelete
  49. bab halal banyak yg konpius.. kedai roti lavender kat aeon ada yg nampk sijil halal.. di aeon bukit indah x nampak dan ade botol arak.. sampai skang x nk beli roti kat situ sebb was was

    ReplyDelete
  50. Saya ke boat noodle ,seremban ,hari ini sebab anak cadangkan .
    Anak2 masuk dulu n terus order .
    Saya masih diluar masa tu .
    Bila saya sampai saya tanya mana sijil halal jakim pada anak bujang saya.
    Dia cakap mmg halal jadi saya tanya waiter sijil halal jakim .
    Surprise2 .. masih belum dapat lagi katanya .
    I just go bonker in sec and lash out at my son tu . Not realising the restoran was fullhouse .
    Immediately cancel order but waiter cakap takleh cancel . So i told her i will pay everything we order .

    Yeh ... we had very bad experience previously because of my stupidity and it is suppose to a learning lesson for the family .
    Yet sometime .. we just need to check ourself .. i supposed.

    Anyway , we moved to other restoran that have Jakim halal cert .

    ReplyDelete
  51. Rasanya better elakkan dulu dari makan kalau was-was. tapi saya klau makanan tu from overseas punya franchise memang saya agak berhati-hati. walaupun cashier tu orang islam kita.

    Lagi satu, klaua ada pamirkan sijil halal cuba check betul2 sebab sijil halal ni biasanya akan mention apa yang halal. kadang2 bila diorang hantar sample untuk dapatkan halal certificate ni. bukan semua benda yang akan dapat halal cert. katakan diorang hantar 10 ingredients atau sample cuma 8 je yang approved so kat halal cert tu akan mention apa yang dapat cert. Pernah terjadi kat satu kedai roti popular, bila saya tengok cert halal tu bukan semua roti yang halal dari 20 display roti cuma 8 je yang dapat halal. tapi cara diorang buat seolah2 macam semua roti halal. So kena carefull.

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page