Thursday, July 17, 2014

Setahun berlalu. 17 Julai 2014. Al-Fatihah. #missyou

 

17Julai2013.
Ai kehilangan seorang makcik sedara yang teramat rapat.
Lagak macam makcik tapi hakikatnya dia adalah pendengar yang setia.
Al-Fatihah. mohon semua saudara mara seIslam, kita sedekahkan AL-Fatihah kepada, 
       Allahyarhamah Widayati Abdol Aziz dan Allahyarham Muhamad Syafiq Yusob
Tenanglah kau disana. Kehilanganmu terasa. hmmm..

Petikan dibawah adalah nurkilan dari sepupu ai yang mana beliaulah kali terakhir bersama arwah. dan petikan petikan akhbar yang mana tak betul sangatt huuuu ~

"" 17 Julai 2014 bersamaan 19 Ramadan genap setahun arwah meninggalkan kami semua, kenangan
 demi kenangan sentiasa dalam ingatan ketika bersama arwah. Tujuan haku post artikel nie bukan suka2 
nk tepek2 tapi sebagai untuk kenangan kami sekeluarga Anak Cucu Cicit Azizah, peristiwa yg berlaku
 pada 17 Julai 2013 bersamaan 7 ramadan 2013, tujuan arwah pulang ke Melaka ingin berjumpa ngan ibu 
& ayah ku yg baru pulang dari Umrah, sebelum kejadian arwah ade ckp tidak puas hendak bersembang
 ngan mak dan ayah ku, sampai di Kg Serkam, Melaka  iaitu "Teratak Anak Cucu Cicit Azizah" arwah dan
 kami pun terus kedapur masak untuk hidangan berbuka puasa nnt, ketika itu haku dan arwah byk bercerita 
untuk persiapan hari raya, mcm2 arwah cerita dgn haku niat nk masak redang, dan kari ayam (masakan ibuku) 
kegemaran arwah, dan sebagainya.  

Ketika kami sedang berbuka puasa arwah mcm biasa suka amik gambar, ketika itu arwah duduk sebelah
 haku kami bertukar2 makanan, ketika itu arwah sungguh berselera menikmati juadah berbuka puasa, 
mana taknye mak haku masak mcm2 maklumlah kt mekah mana ade sambal udang, asam pedas,
 sambal belacan hehehehe. Selepas kami sekeluarga berbuka puasa bersama mak, ayah, makteh, 
pakteh dan bersama2 anak arwah, mak dan ayah haku pun keluarkan oleh2 dari mekah untuk diagihkan2 
kepada saudara mara, seingat haku arwah shafiq sempat menyarungkan jubah putih sgt ensem arwah 
ketika tu, haku pun sempat menyakat arwah shafiq, arwah hanya senyum. 

Dlm pukul 9-10mlm, arwah bersama makteh dan pakteh pun ingin pula kerumah, maktehku ke KL dan 
arwah ke Klang. Haku dan abgngah pun pulang kerumah masing-masing kerna esok pagi anak sekolah, 
dalam sedang lena dibuai mimpi aku dpt panggilan dari ayahku, yg mengatakan shafiq sudah meninggal, 
Ya Allah buntang biji mate aku, ketika itu aku terpikirkan maklang, shahir n syazwan bagaimana??? 
Ya Allah kau selamatkan lah mereka, hati ni tak henti2 berdoa. Aku pun call suami pulang kerumah 
dengan segera (suami ke kelas) sbb ayah n mak nk pergi ke hospital seremban, risau kemungkinan ayah
 haku penat ketika itu, haku pun call abgngah, setibanya mak ayah, suami n abgngah dirumah haku, 
mereka semua ingin pergi kehospital, ketika itu haku call maklang,makteh, pakteh tk dpt dihubungi sbb 
haku nk tau status yg sebenar, kemudian haku pun call sepupu2 ku along, anga, uda dan paksu 
untuk sampaikan kejadian tersebut. YA Allah ketika tu kelam kabut sgt, seolah2 mcm dlm mimpi. 
Dapat panggilan dari suami haku yg ingin mengatakan maklang haku telah pergi Ya Allah mengigil kakiku 
bagaikan tak bole berdiri dgn betul. Al-Fatehah untuk kedua2 arwah ""

petikan dari Blog sepupu ai, KakLynn . 


Dua Beranak Maut Selang Dua Jam - Persona PJW 9537 Di Cari | Sangat memilukan apabila nyawa dua 
beranak melayang hanya berselang dua jam 20 minit dalam dua kemalangan ngeri di Kilometer 247.6,
 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Senawang, kelmarin.


Keadaan kenderaan yang remuk akibat kemalangan di Kilometer 247.6 Lebuh Raya PLUS arah Utara, Pedas, semalam yang mengorbankan Widayati dan Muhammad Syafiq.
Antara org yg terlibat ketika kejadian tersebut



Kereta Hyundai Atos dipandu Widayati yang remuk.

SEREMBAN – Seorang wanita yang pada mulanya terselamat dalam satu kemalangan, maut akibat 
dirempuh sebuah kereta ketika mangsa sedang menunggu bantuan di lorong kecemasan lebuh raya.

Kejadian berlaku kira-kira 11.30 malam di Kilometer 247.6 Lebuhraya Utara - Selatan, berhampiran Plaza Tol
 Senawang, dekat sini, apabila Widayati Abdol Aziz, 41, berdiri di lorong bantuan kecemasan selepas kereta
 jenis Hyundai Atos dinaiki bersama tiga anaknya hilang kawalan dan terbabas di tengah lebuh raya, kira-kira 
sejam sebelum itu.


Ketika kemalangan pertama, Widayati bersama dua anaknya, Muhamad Shazwan, 17, dan Mohd Shahir, 11,
 berjaya keluar dari kereta. Bagaimanapun, seorang lagi anaknya, Muhammad Shafiq Mohd Yusob, 15, 
tercampak keluar kenderaan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Berikutan kemalangan itu, sekumpulan orang awam turut sama membantu mangsa di tempat kejadian.

Bagaimanapun, ketika masing-masing sedang menunggu bantuan kecemasan, kira-kira sejam selepas itu,
sebuah kereta jenis Proton Persona meluru laju dan merempuh Widayati dan anaknya, serta orang
awam yang membantu mangsa.

Akibatnya, Widayati cedera parah di kepala dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar, di sini, sebelum
disahkan meninggal dunia kira-kira 12.50 malam.

Sementara, kakak mangsa dikenali sebagai Kamariah, 50, yang tiba selepas kemalangan pertama serta
seorang orang awam, Ismail Na'emat, 55, parah, manakala seorang lagi orang awam,
Khairul Hasni Abd Ghani, 40, dan dua anak Widayati, cedera ringan.

Difahamkan, pemandu Proton Persona itu bagaimanapun melarikan diri sejurus selepas merempuh mangsa.

Ketika kejadian, cuaca juga berada dalam keadaan baik, namun keadaan jalan gelap kerana tiada lampu jalan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamarudin mengesahkan
 menerima laporan kejadian.

Polis kini sedang mencari pemandu Proton Persona terbabit yang bernombor pendaftaran PJW9537 untuk
 tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sinar Harian 18 Jul 2013


Hilang 2 nyawa selang 2 jam

Seremban: Memilukan apabila nyawa dua beranak melayang selang dua jam 20 minit dalam dua
kemalangan ngeri di Kilometer 247.6, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Senawang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.30 malam, kemalangan mengorbankan Muhammad Shafiq Mohd Yusob, 15, yang
 cedera parah di kepala selepas kereta Hyundai Atos dipandu ibunya, Widayati Abdol Aziz, 41, hilang kawalan.

Kemalangan mengorbankan Muhammad Shafiq itu dipercayai berlaku selepas kereta dipandu Widayati dari
 Melaka menghala ke rumah mereka di Klang, Selangor bersama dua lagi anaknya,
Muhammad Shazwan Mohd Yusob, 17, dan Mohd Shahir Mohd Yusob, 11, melanggar pembahagi lebuh raya
menyebabkan kereta itu berpusing lalu melintang di tengah lebuh raya.

Saksi kejadian, Jamal Mohd Mustafa, 52, berkata, ketika kejadian dia dari Putrajaya menghala ke Pedas
 terkejut sebaik melihat mayat dan kereta dalam keadaan remuk di tengah lebuh raya.

“Saya memberhentikan motosikal mengawal lalu lintas bagi mengelak kenderaan lain menggilis mayat itu
berikutan ketika kejadian hanya terdapat tiga petugas lebuh raya selain kawasan itu menuruni bukit dan gelap.

myMetro 18 Jul 2013


Pemilik plat PJW 9537 diminta serah diri

Seremban: Dua beranak maut dalam dua kemalangan berasingan di Kilometer 247.6,
 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, mangsa yang juga kakitangan di Majlis Perbandaran Klang (MPK),
Widayati Abdol Aziz, 41, yang memandu kereta Hyundai Atos bersama tiga anak lelakinya,
Mohd Shahir Mohd Yusob, 11, Muhammad Shafiq Mohd Yusob, 15, dan Muhammad Shazwan Mohd Yusob,17,
 dalam perjalanan pulang dari rumah kakaknya di Melaka ke Taman Sri Kapar, Klang, Selangor.

Jurucakap polis berkata, setibanya di tempat kejadian, kereta dipandu Widayati hilang kawalan
sebelum merempuh pembahagi lebuh raya lalu berpusing dan melintang di tengah jalan.

“Muhammad Shafiq yang berada di tempat duduk belakang tercampak keluar dan meninggal dunia
 di tempat kejadian akibat cedera parah,” katanya.

“Manakala Widayati, Mohd Shahir dan Muhammad Shazwan tidak mengalami sebarang kecederaan dan
 dibantu orang ramai sebelum diletakkan di lorong kecemasan sementara menanti bantuan tiba,” katanya
kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Menurutnya, Widayati sempat menghubungi kakaknya, Kamariah Abdol Aziz, 50, yang berada di Jasin,
Melaka memaklumkan kejadian itu.

“Kakak mangsa tiba di tempat kejadian melihat keadaan adiknya dan turut sama dua orang awam, Ismail
Na’emat, 55, dan Khairul Hasni Abd Ghani, 40, yang cuba membantu.

“Bagaimanapun, kira-kira jam 11.30 malam, datang sebuah kereta Proton Persona hitam dipandu seorang
lelaki berusia 20-an dipercayai hilang kawalan dan cuba mengelak kereta Hyundai ATOS di tengah jalan
 dan merempuh enam mangsa di lorong kecemasan,” katanya.

Kata jurucakap, akibat rempuhan itu, Widayati yang cedera parah di kepala meninggal dunia
 kira-kira jam 12.50 pagi di wad kecemasan HTJS, manakala Kamariah dan Ismail cedera parah.

“Muhammad Shazwan, Mohd Shahir dan Khairul Hasni hanya cedera ringan dan jenazah dua
beranak itu dituntut keluarga sebelum dikebumikan di Jasin, Melaka,” katanya.

Menurutnya, polis meminta pemandu kereta Proton Persona hitam bernombor pendaftaran PJW 9537
 tampil serah diri di balai berhampiran atau gerakan memburu dijalankan.

myMetro 18 Jul 2013puh enam mangsa di lorong kecemasan,” katanya.







#YaALLAH, rindunya mereka saat ini. Tempatkanlah mereka dikalangan orang orang yang beriman. Al-Fatihah.#






Yang merinduiiiii,
signature ms eida

18 comments:

  1. Al-Fatihah.. doakan ketenangannya disana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al-Fatihah. amin. kita doakan mereka ya ;(

      Delete
  2. Al-fatihah..moga roh arwah dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
  3. Teruk juga kemalangan tu.. ya Allah, sedih ena .. Al Fatihah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al-Fatihah ena. tu laaaaa xsangka jadik kat family sendirii selalunya tgok berita jee...

      Delete
  4. al-fatihah...dah setahun rupanya kejadian tu kan...semoga arwah tenang disana..amiinn

    ReplyDelete
    Replies
    1. kejap je masa berlaluuu... hmmm. amin aminnn

      Delete
  5. al fathihah.. mereka bahagia di sana tu eida..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum eida.. sabar banyak ye. Al-Fatihah. semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman disisi Allah SWT..

    ReplyDelete
  7. Wlaupun dh setshun berlalu rasa seperti baru je mereka pergi kan eida. Jgn sedih2 ye doakan yg terbaik buat mereka. Al fatihah

    ReplyDelete
  8. al-fatihah. moga rohnya dicucuri rahmat...

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page