Friday, June 27, 2014

Promosi Buffet Ramadhan 2014 di Bangi Golf Resort

 

Buffet Ramadhan 2014 di Bangi Golf Resort memang TERBAIK. eh korang jangan pelikkk, belum masuk bulan Ramadhan tapi ai dah pergi merasa Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort ni. bukan apa hari tu ada dapat jemputan untuk 'tasting' makanan di sana.. dan hasilnya perut ai memang kenyang tahap gaban super duper sedap yums...... !opkos ai tak tinggal hubby.. ai pergi bersama geng kembar dan berpuluh blogger blogger yang lain yang jugak dijemput ;)) syukur alhamdulillah rejekiiiiii hekhekhkeh

 media tasting ramadhan buffet ;)


okay ini review dari hati ai sendiri yek. bukan paksaan dari mana mana, sebab selalu orang cakap, alaaaa ida pergi makan free mestilahh die akan cakap sedap sedap best bestt.. HAHA tapii percayalahhh kalau korang pergii Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort ni, korang takkan menyesal sebabnyaaaa, satu satunya buffet yang berani jamin makanan diaorang TAKKAN habis. cukup menampung semua tetamu yang hadir. sebagai contoh, Kambing Golek. ai tanya Chef Kamaruddin yang mana Ketua Chef di Bangi Golf Resort ni, berapa ekor kambing yang diperuntukkan dalam sehari untuk buffet ni? Chef yakin menjawab, "kamu takkan balik dengan TIDAK merasa Kambing Golek dari saya.. Chef berani jamin!" maknenyee kalau korang datang lambat sekalipun, kambing golek tergolek dot ni tetap ada. . kan chef kan? ai kan sokmo pergi mana mana buffet, kalau lambat sikitt datang mestii tengok ada segelintir makanan yang dah habis. kesian ai. tapi tidak di Bangi Golf Resort ya!
 
 ohoiii kambing bakar tergolek dot di situu. haii abangg kacakk. (ada rupa adi putra tak?)
penat ai suh abang ni senyum tauu mihmihmih

 nahh ai tepek gambar Chef Kamaruddin. kasi glemer. 
cheff nak masuk blog kan? hehe



Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort ni ada menyediakan lebih 200 jenis makanan.. ada macam macam jenis, ada western food yang mana kegemaran ai. ada masakan kampung. ada dessert yang menjadi tumpuan buffet selalunya dan banyakkkk lagiii weiii... larat tak larat je nak rasa semua. but dont worry korang. korang boleh makan lepak makan lepak. boleh pergi solat dulu boleh pergi kasi berasap dulu (merokok - u/p: hubby dan zul kekekeke) pastu boleh sambung makan lagii dan lagii.. Surau korang jangan risau, ada disediakan. kemas bersih. toilet pun bersih besar.. cermin besar weii! HAHAHA (ala lupe nak tangkap gambar!) jom tengok gambar makanan laaa wiwiwiiwiiii adehh lapar!


diantara masakan kampung yang disajikan , 

 





antara western food yang disajikan , (kegemaran!!!)
 ini ai suka sangat!!!


 ohh dengan ini. memang sedap meletopppp !

bukti ai suka sangat western food di Bangi Golf Resort terbeliak biji mata kooo~  
#okbai



 antara dessert yang disajikan , 






itu semua baru sebahagian yang ai tunjuk, padahal ada banyakk lagii makanan , jenuh lah pulak ai nk upload kan? korang pergi berbuka sini nantiii tauu ;)) ehh lupee nak bagitahu, kalau ada yang dah terliur dengan Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort ni, cepat cepat call untuk beli voucher dan booking, sebab kalau korang call dulu, voucher dewasa hanya RM50 nett dan kanak kanak (umur dari 5tahun hingga 11tahun) pula RM25 nett.. TAPI kalau korang main terjah a.k.a walk in, memang ada tempat punya cumanya harga dah jadik lain, tahu berapa ? dewasa RM65 nett dan kanak kanak RM30 nett. tak ke beza banyakk? tak sayang duit ke cik kak? mihmihmih. so ai punya cadangan sila laaaa call dulu dan booking untuk beli voucher awal awal .. ;))


untuk booking , korang boleh call nombor diatas
ataupun call Yati 016-388 7178 tau ;)) 
 Kak Yati yang berbaju hitam ;))


ni alamat Bangi Golf Resort 
 No.1 Persiaran Bandar
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor




antara kawan blogger yang sempat diterjah, yang lain tak sempat sibuk duk makan makan bergosip bergosip sedar sedar eh eh buffet dah nak tutup HAHHAHA moh la kita pulangg kekekeke  ;p

 kiri faizal abam pojie, ida, nory, milo, yaya, syafiq , andi dan iqy kekekeke

dengan mek onie

dengan Neena Anuar



Sedapnya juadah buffet ni punya penangan, sampai ai dah pun booking slot berbuka puasa di Bangi Golf Resort ni 5hb Julai ni. jom lah sape sape nak join.. call tau nombor tu .. jumpa di sanaaaaaaaaaa  ;)) tatatititutuuuuuuuu




p/s: Terima kasih Bangi Golf Resort ;))
#SelamatMenjalaniIbadahPuasa







Yang tak sabar nak makan lasagna lagi !! yums
signature ms eida
Read More ->>

Thursday, June 26, 2014

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2014 1435H

 


Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2014 di seluruh Malaysia. Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan takwim rasmi untuk Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2014M 1435H bagi setiap negeri di Malaysia. Untuk itu, ai kongsikan juga dengan korang semua yek, ai dah print, korang jangan lupa print dan tepek kat peti ais rumah tau tau .. senang nak refer ;)) lagi beberapa hari je lagi nak puasa kan? cepatnya masa berlalu ....


Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2014 1435H

a) Perlis
b) Kedah
c) Pulau Pinang
d) Perak
e) Kuala Lumpur & Putrajaya
f) Selangor
g) Negeri Sembilan
h) Melaka
i) Johor
j) Pahang
k) Terengganu
l) Kelantan
m) Sabah
n) Sarawak
o) Labuan

**akan keluar format PDF ni, so korang cari print kat menu bar tu yekk. 
pastu print je macam biasa ;))


#Selamat Menjalani Ibadah Puasa korang semua ;))








Yang tak sabar nak raya puasa, kuikuikuii
 signature ms eida
Read More ->>

Tuesday, June 24, 2014

Coklat Fountain Buffet Theme Minion

 

buat pertama kali ai membuat Coklat Fountain Buffet Theme Minion .. di request oleh kawan study dulu untuk 1st Birthday Party anaknya, Aneeq.. lama kot tak buat tema birthday party since ai hanya fokus wedding sahaja. ai nak beri peluang kepada candy buffet yang lain untuk merasa. kita sama sama merasa yekk.. kita tak tamak tauuuu ;))  tapi ini permintaan kawan, kena lah buat kan HEHE.. berdebar ya amat masa nak buat tema ni, mula mula ai dengar, haaa?? Tema Minion? Apakah itu???? HAHHA laju laju ai google apakah Minion. kuikuikuiiii,, dan hasil Coklat Fountain Buffet Theme Minion ai adalah seperti berikutt ;  

*mohon tak kreatip jangan digelakkan yekk*

ni saja dari ai, boleh tak yana & adeeb? hehe

marshmallow dan buah buahan. campur epal dan anggur. dap dap ;))

biskut jejari ni kegemaran birthday boy. sampai ke malam, asyik je makan biskut ni jee..
berbaloii mama papa bayar kehkehkehkehehh

yup. Muhammad Aneeq Fayyadh bin Muhammad Adeeb Fahmi IS ONE alreadyyy 
ai tulis aneeq sahaja kuikuikuiii (ate panjang benor nama anaknye hikhik)

dua dua ni kawan study ai masa dekat Politeknik dulu. 
Adeeb & Yana
thanks korang sudii hire Coklat Fountain aiols heee ~
Semoga Berbahagia dan semoga aneeq membesar sebagai anak yang soleh AMIN ;))

merasmikan coklt fountain is the PAPA kehkehkehkeh, kantoi ko deeb, makan cekelattt banyakk lebihhh dari aneeq kuikuikuiii

tetamu yang hadir tidak melepaskan peluang jugak, yang pasti INI BUKAN CADBURY, HALAL ye coklat yang ai gunakan kehkehkehkehkhe

 mastermind. Coklat Fountain, coklat menjurah jurah . anyone?

 
 " A day without chocolate is a day without sunshine.....
 If you feel like having some, then feel free to rent mine... "

just call IDA 012 233 4792 
untuk menempah Coklat Fountain.
thanks ;))










Yang berharap CF ai semakin mendapat tempat di hatii peminat coklat cewahhh ~
 signature ms eida
Read More ->>

Monday, June 23, 2014

Namecard idabaharum dot com ;)

 

yuhuuuuu ~ benda yang ditunggu telah pun tiba. actually lama dah sampai tapi sekarang dah ada peraturan baru, barang personal, JKR dah tak nak terima, kena pick up sendiri di HQ POS LAJU.. hmm hmm hmm baiklahh.. memandangkan blog sudah bertukar URL nya, jadinya namecard pun haruslah bertukar sekali ye dak ? malu pulak hari tu event nak bagi namecard dekat orang tapi url lama. kuikuikuiiii


my new namecard, masih mengekalkan design yang sama, yang bertukar hanyalah details sahaja.

ida tetap ida yekk ;))


mau sekeping? wiwiiwiwiiiiii

macam biasa ai tempah namecard yang superduper murah ni dekat Asri 017 234 3425. call la kalau nak tempah yekk ;) babaiii... hello, this is my card. amboi kemainnn kehkehkehkehh









Yang gumbiraaaa sudah adaaa  new card, laku ke tak laku belakang ceritaaaa ;p
 signature ms eida
Read More ->>

Monday, June 16, 2014

Lesson Learnt Coklat Fountain #1

 

selama dua tahun ai dalam bisness services coklat fountain ni, banyak ai belajar.. banyak ragam manusia ai jumpa.. yang nak macam macam tapi nak murah, hikhik (ini ramai) yang nak macam macam barang, itu ini tapi bila tak habis guna nak pulangkan balik dengan harapan ai pulang semula duit. okay ini kelakar sangattt ! yang nak sewa mesin coklat fountain tapi TAKNAK bagi deposit keselamatan atas alasan deposit sangat mahal. RM200 deposit keselamatan ai. ini bukan saja saja mintak tapi untuk menjaga keselamatan mesin coklat ai jugak.. incase customer buat rosak, ai repair, kos repair akan ditolak dari deposit keselamatan sahaja. itu belum kawan kawan sendiri yang nak sewa, ada yang mintak free. ayat selalu ai dapat "kata kawan kawan". HAHA wahaii KAWANku, dah nama saya buat biss, kalau semua kawan mintak free, baik saya TAK yah buat biss, saya bukak kedai amal jariah jew. kuikuikuiii... FREE tu memang tak laa kan.... selalunya ai bagi diskaun jew ;)) ai kadang kadang tak paham kenapa ada ragam manusia macam ni? ai hanya mampu tersenyum melayan karenah mereka. kekkekekehh


tapiiii baru baru ni, ai berhadapan lagi dengan situasi yang ai rasa hoii mencabar tahap kesabaran ni weiii.......... ceritanya begini, ai bagi sewa mesin coklat fountain. then customer ini siap datang rumah atas alasan nak tengok mesin berfungsi ke tak. alahaiii takkan ai nak tipu bagi customer mesin rosak. xpernah dalam dua tahun tu ai berperangai macam tu. ai ingat ni adalah rezeki ai takkannnnnn ai nak tipuu.. tapi what to do, customer ada hak. ok mari lah datang rumah ai. ai demo mesin depan mata dia. depan mata husband dia. mesin ON. nyala elok. pusing pun elok. ai suruh diaorang sendiri tekan button. ok dah setuju. sain borang sewa semua, serah deposit duit segala. ok mereka pun balik..... sampai hari nak guna mesin tu, akak tu call ai. cakap mesin TAK nak pusing??? ai tak percaya. bagi video. ok hantar video tru wasap. ok betul memang mesin TAK pusing. tapi bukan itu persoalannya, persoalannya siapa yang salah? adakah ai? adakah mereka? yang ai tahu, mesin keluar dari tangan ai dalam keadaan baik dan berfungsi depan mata customer kannnn


ai nak selesaikan hal ni cara baik, dengan niat nak hantar mesin pergi check dan repair, so duit repair kita bahagi dua. . alih alih die mintak dikembalikan full deposit. ai macam whattheheckkk?? pfftttttt.. sudah la ai kene return semua deposit, kos repair mesin ai pun kene tanggung lah kan ?? ishkk teruknyaa customer macam nii. bertabah laaaa ai kene hadap manusia yang macam ini punya perangaiii. kesian. ai kembalikan RM200. ai pun TAK ingin nak simpan duit dia. mungkin rezekii ai lebihh banyak menantii lepas ni dengan customer yang molek molek sungguhh perangai ;)) aminnnnnn

So Lesson Learnt yang ai dapat :
Get ready TnC yang mana customer kene baca dan sign. dalam TnC tu wajib ada semua benda. bagi clear. tak nak jadik macam ni lagii. OK nanti ai buat ! (so lepas ni, kawan tak kawan yang sewa, maaf korang kene baca TnC dan sign.) ai tahu kewujudan TnC ni penting, tapi ai malas nak susahkan customer nak kene baca itu ini, sign itu ini, tapii dah jadik macam ni kenalah yeee wahaii my lovely customer hikhikhik  . TnC Coklat Fountain akan diupdate di Blog Coklat Fountain ;))



Okay itu part Mesin Coklat. Ini part Windguard pulak. Windguard tu Kotak Penghadang Angin. dah dua tahun ai bagi secara PERCUMA kepada semua customer ai yang sewa mesin.  ai cuma pesan jaga elok elok je. TAPI, as we know, benda percuma kan, orang tak kan jaga baik baik punya. ada yang ai dapat pecah la... ada yang tak kembalikan langsung windguard ai, senang cakap, "sorry dah hilang" senang cakappp !!!!! Nampak macam simple si Windguard tu. tapi tahu takk korang, ai tak tido malam mencariiiiiiii dimana bolehh menempah si windguard tu tahuukkkkk?? tanya orang sana sini, survey sana sinii...... susahnyaa dulu............. ;(( oh ya harga dia adalah sangat MAHAL okay ! sebab ianya adalah customade mengikut ukuran mesin ai. sedihnyaaa lahaii orang tak jaga bebetul hmm

So lesson learnt yang ai dapat :
Mulai Jun/2014, Windguard akan dikenakan Harga Sewaan. (sebab bila benda berbayar baru orang akan jaga dengan baik kannnn) Harga Sewaan akan dipamerkan di blog Coklat Fountain  ;)) betul cakap orang, benda dalam dunia ni semua berbayar.. dah orang bagi FOC awak taknak hargai nasib lah ehhh ;)) 


 


**senyum ida senyum**
 jangan nampak kesenangan ai dengan biss ni je, 
cuba layan kesusahan ai jugak kadang kadang  ;))











Yang redha je cabaran/dugaan dalam bidang yang diceburi hukhukhuk,
 signature ms eida
Read More ->>

Friday, June 13, 2014

Holiday Incoming with Geng Kereta Putih yeayy ! ;)

 

dah makin baik sikit kesihatan ai. terima kasih pada yang mendoakan. amin. dah sihat sikit ni laju laju update belog, heyy menggigil jari jemari ku kalau tak update blog kekekeke. . ni saja nk share, ai bukan sahaja dapat menrembat tiket flight anniversary (klik sini ceritanya) , malah ai berjaya membooking tiket flight holiday Geng Kereta Putih ataupun kami rata rata dikenali dikalangan blogger as 'kembar'  HEHEHE . sapa lagi kalau bukan, Yaya, Mila, Nory, dan yang kurang menonjolkan dirinya is Ieza. 

 cuba tekaaa kemanakah kami? tak sabar !



mohon doakan persahabatan yang terjalin dari dunia maya bawak ke dunia realiti ni berkekalan sampai bila bila tanpa gaduh terok, tanpa hasad dengki , tanpa segala galanya yekk.... ai pun tak paham segelintir manusia yang ntah datang dari dunia mana? sikit punya dengki dengan persahabatan budak budak kembar ni. adakah kami kacau kaw ke? adakah kami mintak duit kaw ke ? adakahhhh ??? TAKK kann? dah tu kenapa mestiiii dengki? dah tu kenapa mestii ada rasa cemburu dalam diri terhadap kamiiii? kalau jeles dengan kami, tiru saja kami. jadikkan idola. sekarang jugak pergii cari laju laju kawan then berkawan macam kami. okay? tapi pastikan sekepala. kalau tak, kompem dua tiga bulan je dah bermasam muka. kekekekekehh  *mohonjanganterasapulak*

 kami masa celebrate Yaya's Baby Shower..
ohh tima ni mila dengan ieza xde. busyy kate kooo ~
kalau tak kompem bunga diapit 4 orang dayang kkekekkee ~


ai pernah terdetik kenapa kami boleh serapat itu? mungkin sebab suami suami kami juga sekepala. diaorang suka berkawan each other. percaya tak kalau kitaorang tak ajak keluar sesama sendiri, diaorang sendiri yang akan ajak melepak sama sama... dari situ lah kot.. semuanya sekepala dari isteri mahupun suami.. itu sebabnya kami agak rapat berbanding kawan yang lain ;))  bagi yang mendoakan kami BFF, terima kasih banyak. kami berkawan bukan kerana nama as blogger ke hape ke. kami berkawan sebab sekepala. asal buat apa apa je, jadik ngam! kamceng orang kata.. rasa selesa. itu sahaja. bila kita berkawan secara ikhlas bukan untuk menunjuk nunjuk, bukan niat sebab kaw adalah blogger, bukan bukan.. kompem laa tak payah cerita dekat orang, orang pun boleh nampak kalau itu datang dari hati. cewahh ~ jemput baca korang, entry dari Blogger JMR23.com (klik sini - Erti Persahabatan Seorang Blogger) yang sudii meng-up-kan cerita kami. tak sangkaaa ! terharu sangattt ! yang pasti, kami TAK pernah suruh dia untuk berbuat demikian. . 


#sayasayangsemuakawansaya
#kawansajati
#sosuhwet
#kitakawanselamanya
#kamiyangberkawankawyangpanasdahkenapa?
#kamitakusikkawkawjangannakmemandaihebatberkatakata
#busukhatiehh
#ehhterasa?
#pergimuhasabahdiricepat
#okbaiii







Yang mengharapkan sangat sangatt ianya kekal selamanya , 
   signature ms eida
Read More ->>

Wednesday, June 11, 2014

WORDLESS WEDNESDAY #65 | not feeling well ;(

 

 semalam jumpa doktor dapat MC. tak sihat. demam selsema tekak perit.
panas kan sekarang?  malam malam rasa nak tido berbogel jeww.. HAHA
moga moga cepat sembuh amin.. moga moga terhapuslah dosa dosa kecil yang pernah ai buat kekeke. kan orang kata sakit itu penghapus dosa dosa kecil ;))







Yang tak berapa sihat so tak de mood nak update blog, sorry my dear ;(
signature ms eida
Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page