Wednesday, May 28, 2014

Percutian Pendek di Homestay Damansara Damai



 dimulai entry dengan gambar budak bambam ni.. heyy geram akuuu tengok!
ni iqy anak nory, baru genap dua bulan time ni.
kecik kecik ada double chin dah!  HAHA



ayuh sambung cerita weekend kami. untuk yang terlepas pandang entry penginapan superb kami, yang mana tak perlu bayar mahal mahal untuk hotel, tak perlu pergi jauh jauh untuk bercuti, just booking sini sahaja. Homestay Murah di Selangor yang mana ai rekemen korang ke Homestay ini. Klik Entry Review Homestay Murah ini yekkk ;))


dijadikkan cerita, sementara menunggu mak buyung sampai, ai dengan nory gigih menyiapkan party baby shower tuk yaya. gigih kot ai memprint segala deco yang ada. alaaa ai search kat google je. simple tapi harap yaya suka sebabnya ai buat dengan penuh kasihsayangggggggg niii, special for her and her bunga ;)) wiwiiiwiwiiii  ;)) bukan je ai gigih, ai paksa hubby gigih same. HAHA memang plan nak buat selimpang selimpang 'Mommy To Be' untuk yaya. atau orang putih panggil 'sash' cewahhh ~ ai beli sesiap kain then guess who yang lukis melukis ? opkos bapak andi lewwww... sapa sangka hubby memang kreatippp orangnya! how luckyyy we are kan kan ;)) sape nak tempah? mari mariii kuikuikuikuiii
 
 hubby buatkan sash untuk yaya. nanti ai preggy (aminn) sape nak buatkan?? hikhikhik

 dan terhasillah deco deco party baby shower ini untuk yaya and her bunga ;))
port ni jadik tempat kitaorang shoot esoknya.
disebabkan 'dia' adalah bunga, so mama ida tepek banyakkkk bunga tisu situ yekk hihi



lepas mendeco deco dinding ituew, yaya pun sampaii. lalu kami pun beramai ramai siap siap untuk terjun pool . wooooohakkkkkkk ! masa yang ditunggu tunggu telah tiba wiwiwiwiwii.. tahu kenapa ai TAK sabar untuk terjun pool? ehem~ nak test new toy yang boleh masuk air kehkhekehkehhh.. bau kedaii aummm aummmm.. ai panggil dia AdikGopro (nanti ai review eh eh?) . . semua mandi kecuali nory sebab nory kene jaga iqy. tak pe nory, nanti bila iqy dah besar, kita repeat okay? kita campakk iqy dalam pool . biar besar besar nanti dia jadik divers! untung untung boleh bawak kita semua dive ke dasar lautan cewahhhhhh ~

 susah nak panggil ramai ramai nak tangkap gambar semua,
 ate semua dah jakun jumpe pool HAHA
 
 ececececececehhhh



aktiviti malam hari di homestay? dah tentunya BBQ time. mari kita main bakar bakar. menu malam tu ada ayam & sotong yang telah diperap dengan kasih sayang oleh yaya dan syafiq. seperti biasa, kitaorang akan request menu dari chef zul, hoiiii zul masak sedap weiiii. so kitaorang requestt bihun goreng. pergh pergh sedap sangat! zul masak apa pun sedap sebab dia kan cheff ngee~ kenyanggggggg weii.. dan akhirnya, termakbul juga hajat hubby nak membuat burger bakar untuk diaorang semua. nak tahu resepi burger bakar? Klik sini Resepi Buger Bakar Andi ;))  hubby buat bapakkkk besar punya burger sampaikan semua orang dah nak sesakk nafasss tahan perutt sebab kenyang sangattt malam tuu huhuhu.. lepas makan kami borak borak sampai mata dah layuuuuuuuuu

 para suami membakar dengan pemanggang ajaib di balkoni yang besar ituew sesambil tengok panorama Kuala Lumpur. cewahhh ~


dan hasilnya ???

 Burger Bakar Andii, bapak hoiiii besar sangatt ni!
ni kalau makan dekat kedai, mahu tigapolehhengget!
daging sikit punya besar sampai terkeluar dek paksi, 
dengan cheese sorang sekeping.. 
yums


 sotong dan ayam bakar ;))
yaya cakap 1st time dia perap perap ni, tapi not bad rasa. boleh buat lagi yek yaya?
 resepi tu simpan lagi takkk? mihmihmih

sambil makan sambil lepak sambil tengok TV sambil borak
mata pun layuuuu.. sorang sorang masuk bilikkk kehkhekhekhh



begitulah cerita hari pertama kitaorang di homestay. esoknya?
ade lahhhhhh tunggu ehh next entry tau tau ;))


 




Yang terliur pulak tengok burger tu? syg? ehem**
 signature ms eida
Read More ->>

WORDLESS WEDNESDAY #64 | #sebabkanmuncungadaorangnaklempangkita ;p

 


 #iedand
#muncungbolehsangkutbajutak
#merajuksebabdahlamaholidaykot
#hubbysibukdengangunungdiaje
#sentapbinidipinggirkanseketika
#biniponmeroyan
#tapitakpeholidaynextyearjanganbuatdonojeyee
#ohbaliohmelbourne
#botaklahlakiaku
#adeakukesah
#janjidapatpergiholiday
HAHAHHAHAHHA






Yang nak pergi berangan sekejap ??&^%$#@*??
 signature ms eida
Read More ->>

Thursday, May 22, 2014

Homestay Murah di Selangor






Homestay Murah di Selangor | ramainyaaaa TAK sabar nak tahuu kemana ai pergii menghilang weekend yang lepas ehh? ehh? bengang lewtew tengok ai update kat IG (follow @idabaharum), update video mandi pool kat FB (add Ida Baharum) wiwiiwiiii....  ai angkut sekalii kembar kembar yang lain... rasa macam lamaaaa sangattt kitaorang TAK pergi bercutii sejak nory preggy sambung pulak yaya preggy, sebelum milo or ai yang preggy baik kita pergi cuti cuti. HAHA . . . kali ni kami TAK pergi jauh mana pun, dekat saje. janji selesa dapat kumpul ramai ramai , dan paling penting murah jeww. Untuk short vacay kami, kitaorang ke D'Damansara Guest House yang terletak di Damansara Damai jeee ! 'jauh' nyeee percutian kali inii.. kuikuikuiii


D'Damansara Guest House ni terletak berhampiran dengan MCD Damansara Damai. korang kalau nak datang sini, search aje MCD Damansara Damai, kompem sampaii ;)) Homestay ni sebenarnya sebuah unit Kondo @ One Damansara Condominium. owner jadikkan ianya Homestay or GuestHouse.. Keadaan rumah sangatt lahh BEST ! Kondo kan..... ;)) Ada 3bilik dan 2bilik air. Sesuaii untuk percutian ramai orang. Tak yah susah susah bazirkan duit pergi sewa hotel yekkk.... kita sumbat semua orang masuk dalam satu rumah. still selesa ;))

jom ai bawak korang tengok disekitar dalam rumah, BERSIH nya! owner adalah Melayu, no wonder la bersih ya amat. rapi je rumah ni dijaga ;)) yang paling BEST, ketiga tiga bilik adalah fully aircond ! nyaman gileee tidooo......

 ruang tamu. cantik pulak tema ungu kannn ;)) siap ada LCD TV dan Astro Njoi

ai datang awal. sementara tunggu nory yaya sampai, ai lepak lepak dengan hubby duluu.. wiiwiwiwiiwiii  (oh ya milo tak dpat join, hubby nye mcdee masuk sepital.. miloo nnti kita repeat sini, milo mcdee ikut sekali tau!)

 sebelah ruang tamu ada meja makan kecik. laki laki je makan kat atas meja, kitaorang bini binik makan bawah senang nak gosipppp even mulut penuh makanan HAHA

 ai selalu menitikberatkan dapur kalau stay jenis Homestay macam ni. risau nak masak masak peralatan tak de disediakan. TAPI korang jangan risau, dapur dia adalah lengkap! ada pinggan mangkuk cawan sudu, siap ada peti ais, microwave, kettle.. even tak de dapo yang disediakan, ai is OK je sebab ai boleh je bawak portable dapur, tak jadik masalahhhh ;))

 okay ini bilik Utama, siap ade bilik air dalam dia. setiap bilik ada disediakan sejadah, hanger dan dua helai tuala. seeee!! tak payah bawak tuala pun xpe.. tapi ai tak tahu Homestay ni lengkap giler, ai angkut sekaliii tuala dari rumah. buat berat beg! choiiii 
(tapi toiletries kene bawak sendiri yekk hihihi, itu tak disediakan)

 ini bilik kedua. bilik ni sederhana besar, aircond dia kuat ! kejap kejap nory terpaksa off aircond sebab iqyshann tido tak lena sebab sejuk sangatt hihihi.. iqyy, mama ida hadiahkan bilik sejukkkk ni sempena awak usia dua bulan tau tau ;))

 ni bilik ketiga, agak kecil sedikit. ai suka lepak bilik ni sebabnya lagi kecil bilik lagi sejuk HAHA, ai rasa kalau ai tido dalam bilik ni, kompem hubby asyikkkkk terkucil jeeee... kuikuikuii die bukan boleh sejukkk sangattt tapi ade hati nak pasang aircond dekat rumah hukhukhk

 ni adalah bilik air luar dan bilik air dalam bilik Utama tadi. tekanan air die, bapakk kuat! best giler. ai suka air laju laju nii. terasa macam puasnyaaaa mandiiii yuhuuu~ heeeeee ~ oh ya! korang kalau datang sini nanti, tak yah la bawak iron sebabnya, ada je disediakan iron . ai dan nory TAK tahu ade iron , so kitaorang bawak iron sendiri dari rumah. lagi menambah berat beg akuuuuu choii lagi sekaliii HAHA


 okay ini balkoni dia. hoii bapak besar gile............... mula mula kitaorang nak buat bbq kat tepi pool, tapi ada bayaran dikenakan oleh pihak management, so kitaorang taknak bayar.. kedekutt! HAHA last last kitaorang buat bbq kat balkoni niii jeeee.. gile ah ! jimat ! nanti korang buat kat sinii je k.. just kene inform dengan owner jee.... tapi korang jangan risau, owner TERsangatlah baik.... ;))

macam macam aktiviti boleh buat kat balkoni niii. 
sangatt BESAR  kan?? ;))



setakat ini, ai sangatt puas hatii dengan apa yang disediakan oleh owner Homestay ni kepada customer. baru berbaloii bayar kannn... tapii, ai jadik LEBIH teruja, LEBIH puas hatii bila ai round round disekitar homestay ni. macam macam ada . cantik pulak tu kawasan dia. bestnyaaa kalau ade sebiji rumah kat sinii.. #kuatberangan HAHA


jom kita tengok fasilities yang ada di Homestay ni ;))
bestnya semua fasilities ni satu level dengan unit Homestay ni.
jalan beberapa langkah dah sampaii ;))

 ada gym. standard kan sekarang kondo ade provide gym. tapi hubby tak sempat nak merasa sebab sibuk berborak non stop kuikukuikuiii

 oh ni besttt ! Kedai Runcit ni bersebelah jee dengan Homestay ni. sangatt memudahkan kerja. sebab ada orang tu kannn lupa bawak gula dengan tehh, so pergi la beli kat kedai ni. kejap kejap ehh lupe bawak marjerin la pulak.. pergi beli lagi dekat  kedai runcit nii.  senang citer ape semua yang lupe nak bawak, semuaaaaaaa tala pergi kedai ni.. kekeke.. kirenye sumber makanan tak putus la selagii kedai runcit ni TAK tutup . hihihi. ai siap beli ubat stapler tau! HAHA


 ada taman permainan. tapi kitaorang tak main la. so budak budak laa kekkekeke

 ini yang ditunggu tunggu yeayyyy ! pool ... dapat mandi sekalii jeee... sebab petang tu kan hujan sekejap. lewat petang baru boleh mandii. . nnti nak repeat ah ;)) sebab ai tengah menggila nak buat video nii. ehem
**sambil kenyit mata dekat owner Homestay, nk duduk free lagi bolehhhh? hihi**

 yang ada gelongsor tu pool tuk budak budak ... bestttt kannn..
korang bawak la anak korang mandi mandi kat sinii. ala takyah hotel sangatt laaaa, bazir!
pergi je homestay niii murahhh semua adaa macam duduk hotel jeeeww kekdanya! hehehe

 pool tuk budak budak jugak. cetek sikit nii ;))


itu je nak cerita. best tahap maksimum ! nora bagiiii lima bintanggg HAHA aktiviti hari pertama xde menda sangat kitaorang buat. yaya pun sampai lewat sebab pergi EXPO Baby. nory sampai kemudian, ape lagi, kerja ai duk gomel  budak iqyhsan jelaaaaaaaaaaaa hee ~ eh sambung next entry lah penat menaip dahhh lapooooo nak g makan kejap. kekkekekeeee

suprise for yaya and her bunga ;)) next entry ehh?



citer panjang kemain, detail pasal homestay murah lagi best lagi seronok tak hingat ni tak bagi pun dak ida oiiiii!! hiihi ok ini detailsnya yeee..
En. Shahrin (012-5809297)

D'Damansara Guest House

A-01-03, Blok A

One Damansara Condominium

Jln. PJU 10/1

Damansara Damai

47830 Petaling Jaya

Selangor

UPDATE: Harga Homestay RM300/satu malam (kalau nak stay lebih dari satu malam, boleh nego harga dengan owner ye. mintak nk diskaun ke hape ke try la mintak kekeke...) dan PALING BEST kalau korang mention nama ai/nama belog idabaharum.com , korang akan dapat diskaun RM10. hanya dengan sebut nama ai je tau tau. kang tak sebut tak dapat la diskaun RM10 tuuu huhuhu.... RM10 pun duit tauuuuu hekhekhkeh


Selamat Bercuti !





Yang nanti nak repeat lagii yeayy !
 signature ms eida
Read More ->>

Wednesday, May 21, 2014

Buku Kapsul Nurani Untuk Dijual



Buku Kapsul Nurani | Satu buku dari sudut pandangan ai lah kan, BAGUS untuk dibaca ;)) ai ni bukan minat baca novel sangatt, baca buku ke..majalah ke...  hoiii malas sangatt okayyyy ;p TAPI cuba bagi ai baca blog korang ,, haaaaa sampai juling juling mata kooo , ai baca ~ hikhik . . so bile dapat buku Kapsul Nurani ni, ai tertarik nak baca.. tak tahu kenapa mungkin sebab dengar tajuk "Kapsul Nurani" rasa macam ada sesuatu yang baik-baik nak disampaikan oleh penulis.... ;)) jadi, ayuh kita baca ia weeeee ~

sila percaya ai sedang MEMBACA buku kuikuikuii



Buku Kapsul Nurani ini sebenarnya bukanlah satu cerita novel cintan cintun, tetapi Buku Kapsul Nurani adalah lebih kepada catatatn inspirasi penulisan dari 50 penulis tanah air tak kira penulis senior mahupun yang baharu menceburi bidang penulisan. Kiranya, ada 50 catatan inspirasi dari 50 orang penulis. hebakkk takkk? Dalam satu buku sahaja ada 50buah kisah yang lebih menceritakan tentang memotivasikan pembangunan diri, kekeluargaan, cinta (suke lewteww) , pengalaman hidup dan macam macam lagiii.. Ai rekemen Buku Kapsul Nurani ni untuk dibaca untuk semuaa peringkat umur. dan yang paling penting, tak perlu korang nak beli 50 buah buku untuk membaca 50 cerita! beli sahaja Buku Kapsul Nurani ni,, jimatttttt kens ;)) hehehe




salah satu petikan dalam Buku Kapsul Nurani, 
bertajuk "Itu sahaja!" 

"Terima kasih Anuar... tahniah... satu kerja yang bagus . . " Teringat cerita seorang rakan tentang ketua di tempat kerjanya.  Beria-ia menceritakan apa yang berlaku pagi tadi di pejabat. Dengan wajah ceria dan bangga. Itulah kandungan email ringkas dari ketuanya kepada beliau. Ringkas. Macam tiada apa apa. Macam malas nak menaip pun ada. Pada ketika itu bagi aku perkara itu kecil saja. Alahh.... email macam nak tak nak sahaja. Telahan aku silap rupanya, rakan aku itu sangat-sangat teruja apabila mendapat email tersebut. "Fuhh.. bos aku ucap terima kasih kat aku la... baru lah seronok kerja macam ni....." katanya. Email ringkas. Itu sahaja ! "
 
koranggg , kenalkan, ni adalah salah seorang dari 50 penulis Buku Kapsul Nurani ;))


 Karya Inspirasi 'ITU SAHAJA' adalah dari En Hafis ;))




kalau korang kaki novelis, korang paham tak maksud tersirat dalam petikan di atas? kot kot kalau ada bos bos yang tengah membaca entry ni sekarang, ITU SAHAJA cukup dapat memberikan keseronokan bekerja untuk staff . ringkas kan? tapi maksud mendalam. tu pasal ai terdetikk nak bacaaaaaaaa Buku Kapsul Nurani ni. ada macam macam catatan yang bagus bagus isinyaaa ;)) berminat tak korang? sekali sekala bagi mata baca sikit benda hok baik baik suci mulia macam niii. heeee ~ tak lah korang asyik baca cerita merapu meraban ai dekat belog jee kan.. sekali sekala ai belanja korang cerita NURANI ;p



Detail untuk membeli Buku Kapsul Nurani ni, 
SMS/Wasap En.Hafis 012-5532490 (salah seorang penulis buku ini)  
ataupun boleh email pembelian/sebarang pertanyaan ke putrainternet@yahoo.com
Nak tahu mengenai buku ini dengan lebih lanjut, korang boleh jenguk 

Senaskah hanya RM25.00 tidak termasuk postage ;))
Order sekarang ;))
Selamat BerNurani ;))







Yang dengar dengar cerita akan ada Kapsul Nurani 2? wow!
signature ms eida
Read More ->>

WORDLESS WEDNESDAY #63 | Without Kids

 

Kadang ada anak, TAK bersyukur.
Kadang yang tak ada anak pun TAK bersyukur.
Dua dua ada kebaikan dan keburukan. 
Redha ;))


salah satu contoh, 
 buat TTCians, mari kita enjoy life kita sekarang yekkk !







Yang TAK sabar esok gajiii weehuuuuuuuuu,
 signature ms eida
Read More ->>

Tinggalkan link boleh?




Entry ni melekat kat atas ni ikut suka hati puan blog ;p
mohon scroll bawah sikit tuk new entry yeee ;))


Motif mintak link? Nak create Bloglist baru derrr . . disebabkan ai dah bertukar kepada dotCom, bloglist ai hilang ntah kemanaaaaaaaaaa . . tunggu punya tunggu ingatkan dia datang balik, rupanya memang dah tak nampak rupa daaahhh bloglist ai. hikhikhik.. so ai TERpaksa merajinkan diri untuk create bloglist baruuuuuuuu..................... which is, kerja yang ai TERsangatlahhhhhh malasssssssssss huu~


actually, memang dah lamaa ai nak tukar bloglist, sebab rata rata dalam bloglist ai ada yang TAK aktif daahh, ada yang ai dah TAK suka baca daahhh.. so ai bercadang untuk remove tapi tak TERbuat buat , last last blogslit hilang.. memangggg dia suruh ai create cepat cepat. kuikuikuiii so, nak mintak korang semua, kalau terasa nak masuk dalam bloglist ai, tinggalkan laaaa linkk... agak agak TAKMO link korang ade dalam bloglist ai, tak yah laaa komen kahkahkahkahkahahh . . ai TAK paksa ikut sukaaa korang laaaaaa ;)) kbai busyyyyyyyyyyyyyy tapi lemau tahap ape ntah nak buat kerja pagi nii. hukhukhuk

diakhiri dengan gambar budak gemuk mok mok iniii,
mushangggggggg in the house yaw! ada yang merinduii? kehkehkehkeh







Yang sabar menunggu korang bagi link hikhihkhik,
signature ms eida
Read More ->>

Friday, May 16, 2014

Kejutan Budaya




Renungan Hari Jumaat ;))


ohh makk terkejuttt HAHA . .  hari ni ai terdetik nak cerita pasal KEJUTAN BUDAYA ni. dulu ai mengaku, tak semenggah jew hidup. HAHA al maklum laaa duduk kuala lumpur a.k.a key ell ni.. at least ai TAK PURA PURA.. dari remaja sampai ke dewasa, itu lahhh diri ai yang sebenarnyee sampaii laaaa terdetik dek hati hendak berubah kepada yang lebih baik. demi mu suami. sebab hendak bersuami ai berubah? adakah satu masalah yang besar? takkk kannnn.. at least ade jugak hati hendak berubah kannnn ;)) sampai lah sekarang , begini la diri ai seadanya. mengharapkan perubahan yang lebih baik dan baik untuk masa hadapan ;))

 ida somewhere at 2008. baru start pakai tudung ni 
omeyy takk sayeee ;p


seseorang yang ai kenal dulu, pernah menegur ai "kenapa kau ni teruk sangatt? pakai baju tak cukup kain? tak pakai tudung ?? teruknya ya allahhhh" ok ok ai sabar je orang tegur. malas nak amik port masa muda remaja duluu. tapi dalam hati kate, "amboi kaww,,  macam baik sangat nak tegur tegur orang? mentang mentang pakai tudung. setakat pakai tudung hati macam longkang nak buat apa? HAHA" dan percayalahhh korang, dunia ni ADIL. kehidupan kita ni macam pusingan roda je, pernah dengar?? kadang kita berada di atas, kadang kita berada di bawah...... nak menegur ni agak agak laaaa.. kaw menegur ke mengutuk ni? hendak menegur tu biarlah sopan ayat dia. tak de la sentap mak jemaah. huu~ sampai sekarang ai ingat, ai TAK pasti budak tu ingat ke takk...  dan tahu takk korang semua, budak yang tegur ai dulu tu, eh eh eh?? dah jadik budak key ell laaa... dah colour rambut.... dah pakai tak cukup kain, kakkk, mane tudung labuh duluuuuu?? muahhahahaha.. seeeeeeeeeee !! ingatlah korang, bahawasanya mungkin hari ni kita lebih baik dari dia, tapi mungkin esok lusa tahun depan, mungkin dia lebih baik dari kita... jangan lah sesuka hati nak menghukum orang.... dan budak tu ai rasa dah terkene KEJUTAN BUDAYA kahkahkahkahkahh .. ishkk tak baik gelakkan orang ;p

tahun 2009 ni. masa ni nak attend berbuka puasa rasanya. ramai yang terkejut ai pakai tudung ;)) ai senyum jeeee........... masa ni ai pergi dengan hubby yang masa tu baru je jadik en tunang ai ;))



oh ya, sambung balik cerita pasal budak tadi,, ai stalk facebook dia, dia dah berhijab semula. syukur. mungkin baru tersedar. kadang kadang kesian dengan orang macam ni kannn. mak ayah susah payah didik ikut didikan agama. bila dah besar, terkena kejutan budaya akibat berkawan dengan ntah sapa sapa, lalu terjerumus. dah tak pasal pasal ada dosa di tengah tengah kehidupan beliau. kalau tak kene kejutan budaya tu, anak solehah tu! huuu~ semoga awak bahagia lah ehhh ;)) dulu awak ingat takk, awakk pernah mengata kitee? kehkehekhekeh.. 


dan yang pasti korang jaga lah anak anak, adik adik, tak kesah la sesiapa pun, dunia sekarang tak sama macam dulu. dunia sekarang heyy seremmm takutttttt . . mintak simpang la anak anak kaum kerabat terkena kejutan budaya ni.. bahaya weiiii . .  masalah remaja berleluasa. anak anak boleh lupa mak ayah, bini/laki boleh lupa bini/laki di rumah... akhir kata, jaga lah diri korang semua yek! benda tak elok tu,, boleh fikir sendiri sendiri mane baik mana buruk. . . mintak dijauhkan la yekkk ;)) Yang ramaii je yang ai kenal terkena kejutan budaya ni , sedih ! nak nasihat kang kate POYOnye kaww idaaaaa kehkehkehkehh.. so aiols, duduk diam diam perghatii jeeeeee facebook dia sambil update belog dengan harapan warga readers idabaharum.com janganlah terjerumussss ke kancah kejutan budaya iniii okayyyyy. mmihmihmihmihh. . . . .harap harap kita semuaaaa dilindungi oleh NYA aminn ;))

dulu ai stage no2 no3.. slow slow berubah kepada no6. sekarang. harap harap capailah hajat nak no7 dan no8. ;)) pendapat ai la kan, perubahan diri sendiri ni kene dari dalam diri jugak. jangan jadik ikutan. kalau tak ikhlas, lepas pakai tudung kaw boleh bukak semula tudung sebab kaw tak ikhlas berubah kan ? ramai je yang cakap alaaaa boleh je nak stage no8 terus. memang boleh sangat ! tapiiiiii kalau kaw berubah dengan niat TAK ikhlas, dengan niat ikut cakap orang, percayalahhh lepas kaw berada di stage no8 kompem2 kaw boleh turun stage no7 dan stage stage seterusnyaaa sebab kaw sebenarnya belum ready ;)) itu pendapat ai laaaa.. pendapat orang lain mestii lainn dan kompem kompem kejap lagi ai kene hentam dalam kotak komen ni kang HAHHA




p/s :next time jumpa orang yang tak berapa nak elok, janganlah tegur macam kaw hebat sangat kannn.. biarlah dia, biar die fikir sendiri baik buruk dari kaw sakitkan hati dia. biar die berubah dengan sendirinya, jangan sibuk jaga tepi kain orang yeee. ;)) *notetomyselfjuga*







Yang berharap perubahan ini kekal selamanya amen ;))
 signature ms eida
Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page