Tuesday, February 18, 2014

Tips & Budjet Keseluruhan ke Medan, Indonesia





(entry ni khas tuk silent reader ai yang nak pergi Medan minggu ni, ida update laju laju khas tuk awak tauu , niza  . heee~ have fun di Medan!  dan jugak untuk semuaaaa yang tak jemu jemu komen entry Medan ida.. tenkiuuuuu ;)) )

Jom jom kita kira same same budjet keseluruhan kitaorang ke Medan, Indonesia. ai teruja sebabnya ai sendiri TAK tahu berapa dah habis. HAHA rasa macam OVERbudjet jewwwww. kuikuii. sokmo jee aiols ni tau OVERbudjet. patutlahhhhh dah tak de duitt daaaaaa.. Mihmihmihmih ~  xpe xpe duit boleh cari, memori indah bersama tersayang sekali sekala je.. kohkohkoh.. ayat penyedap hati tak boleh blaaaaaahhhhhh . . entry ni ai khaskan untuk full budjet dan jugak tips tips ke Medan, Indonesia okay? ai rasa WAJIB korang tahu ape yang BEST kat Medan ni, dan apa yang TAK best. supaya korang TAK menyesal macam ai. muehehhehe


Ai review sekali lagi secara ringkas k. untuk ke Medan, korang kene amik supir, maknanya kene ade driver orang Medan jugak. Sebab destinasi dari satu tempat ke satu tempat adalah jauh. terpulang pada korang nak amik driver sahaja or fullboard macam kitaorang. ai malas nak fikir tu yang ai amik fullboard jeww.. fullboard bermaksud, hotel, makan minum, transport, fee semua dah include. kalau uols amik driver only, so semua berkenaan dgn hotel, makan minum, duit minyak toll, segala fee korang kene uruskan sendiri.. Tips 1. Pakej Fullboard ke Medan makin ramai orang pergi makin murah. macam ai hanya pergi berdua, so pakej fullboard ai agak mahal sedikit. so, nak murah, sila pergi Medan, Indonesia beramai ramai. bawak lah segala pak mak tok nek semua k. ;))

Pakej Fullboard kitaorang ke Medan, Indonesia selama 4hari 3malam RM1500
Tiket Flight ke Medan, Indonesia all in (meals, seats, luggage) RM272




Tips 2. Bawak pen sorang satu siap siap sebab dalam flight kene isi borang arrival dan custom declaration. tak yah tunggu turn nak guna pen kan? Flight perjalanan KL-Medan dekat jew. sekejap sangatt. tak yah purchase meals pergi dan balik. baik simpan duit untuk shopping k? hewhehwhew

Tips 3. Tukar duit awal awal dekat Malaysia. Tak yah tukar dekat Medan. MAHAL okay !!!! buat siap siap list penukaran duit dari duit RM kepada Rupiah. senang nak refer masa shopping nantii ;)) 

Tips 4. Tak yah pergi Pulau Samosir pun xpe. xde menda. HAHA. Jangan shopping dekat Pulau Samosir. diaorang meniaga main paksa paksa hoiiii.... ai dah terkena. dah la barang mahal. setakat korang nak naik feri dan patah balik okay laaaa. heee ~ 

Ni perbelanjaan ai ;
Tiket bas dari KL-Sentral ke LCCT (dua orang) RM20
Simkad Indonesia rp13ribu (covert duit M'sia RM4.30)
Air Teh Botol rp4ribu (covert duit M'sia RM1.30)
Rokok Malboro rp15ribu (covert duit M'sia RM4.95)
6xkotak kacang tumbuk di kedai PATEN rp150ribu (covert duit M'sia RM49.50)
Tips budak budak tasik rp2ribu (covert duit M'sia RM0.66)
21xketul FM Danau Toba  rp410ribu (covert duit M'sia RM135.30)
Seluar gobos 2helai rp370k (covert duit M'sia RM122.10)
T-shirt Lake Toba dua helai rp80k (covert duit M'sia RM26.40)
Seketul FM Lake Toba  rp50ribu (covert duit M'sia RM16.50)


Korang nak tahu kisah ai TERKENA di Pulau Samosir, rujuk 


 ada yang request nak tengok seluar gobos yang ai beli. ai rasa rare sangat seluar ni. tu yang dimana mana ai singgah mestii ai cari seluar gobos ni. paling murah seluar ni di Pasar Buah, Berastagi. yang ai pakai tu ai beli masa di Pulau Samosir, yang ai kene ketuk tu.. pfffttt tul ! RM61 tuuuu!!! same tak dengan ai pakai dengan kawan kawan ai pakaii? haa kawan kawan ai pakai tu ai belikan di Pasar Buah, baru RM12 sehelaii.. sengett betul laaaaa.. nampak takk ai terkena macam manee? so korang shopping di Pasar Buah, Berastagi ok!!



Tips 5. dah sampai Danau Toba, WAJIB bermalam di Danau Toba International Cottage tau tau. bestt gileeee hotel ni.. berapa harga satu malam? alaaaa tak tahuu sebabnya ai amik fullboard semua dah termasuk. kikiki~ korang leh refer wesbsite dia la. okay? shopping area sini, murah lah jugak dari Pulau Samosir. tapi ai TAK suggest sangatt lah sinii. sebabnyaaa, ai lebih prefer korang shopping dekat Pasar Buah, Berastagi. lagiii murahhh weiiiiiii ! Apa yang penting sangatt di Danau Toba ni, korang WAJIB berposing di sini. Lawa sangatt pemandangan Danau Toba ;))

Ni perbelanjaan kitaorang ;
Milo 3in1 4paket  rp8ribu  (covert duit M'sia, RM2.60)
Seluar gobos lagi dua helai  rp130ribu (covert duit M'sia, RM42.90)
Kemeja batik sayang sehelai rp75ribu (covert duit M'sia, RM24.80)
T-shirt Danau Toba dua helai  rp100ribu (covert duit M'sia, RM33.00)
Beg kain beras seketul rp45ribu (covert duit M'sia, RM14.90)
Rokok DunHill rp15ribu   (covert duit M'sia, RM4.90)
Satu cawa teh halia di Simarjarunjung rp16ribu (covert duit M'sia, RM5.30)




Tips 6.  Bab makanan pulak.. Jangan lupa rasa kesedapan burung puyuh goreng di kawasan Permatang Siantar. Sedap weiiii. Teh Botol pun. di area Parapat, WAJIB cuba Ikan Nila. boleh ajak tourguide korang pergi ke Desa Tongging makan Ikan Nila Bakar cicah dengan sambal tombur. heyy terbaikkk !!!! makan tepi tasik toba. heyyy besttt !  Bila dah sampai area Berastagi, di Pasar Buah nanti, korang pekena jagung manis & air tebu tauuu.... sedap weiii. Sampai di Medan, WAJIB cuba BAKSO diaorang. heyy sedapp. meatball dia kemain besar. HAHA kenyangggg. dan jugak WAJIB cari 3 jenis air ni. (Jus Markissa, Jus Martabe dan Jus Alpakot) 3 jenis air ni memang TAK rugiii diminum.. sedapp sangattttt ;)) oh ya, sebelum pulang ke Malaysia, WAJIB beli Bika Ambon, kuih tradisional orang Medan. ce bagi mak ayah rasa ke.. sedap weii. macam kuih bingka di Malaysia. ;))

Perbelanjaan ;
FM Waterfall 3ketul rp25ribu (convert duit M'sia RM 7.40)
Seluar gobos lagi sehelai rp50ribu (convert duit M'sia RM 14.90)
Seluar gobos lelaki (pendek) rp40ribu (convert duit M'sia RM 11.90)
Masuk toilet di Pasar Buah rp1ribu (convert duit M'sia RM 0.30)
Fm lagi (untuk kawan kawan hubby) 25ketul rp220ribu (convert duit M'sia RM 65.30)
Seluar gobos lagi dua helai rp80ribu (convert duit M'sia RM 23.80)
Jagung manis 3 ketul rp15ribu  (convert duit M'sia RM 4.50)
Air tebu 2 cawan rp15ribu  (convert duit M'sia RM 4.50)
Derma rp7ribu (convert duit M'sia RM 2.10) 
Jus Markissa rp8,900 (convert duit M'sia RM 2.70)

jangan segan silu baca lah



Tips 7. Dari segi pakaian pulak. heii semua pun nak bagi tahu ke? muahahhahaa.. kat Danau Toba, malam malam is sejuk sangatttt. bawak la stokin dan baju sejuk. Berastagi siang xde sejuk mana, tapi malam boleh tahan sejuk jugakkk... di Medan, PANAS. HAHAHAHA so pandai pandai korang bawak baju macam mane k... ;))

sepanjang di Medan, 5 kotak rokok hubby beli, lagi satu kotak dah xde. hubby bagi kat jiran depan. kikikiki. kotak hitam tu paling mahal die beli. RM7. kuikuikuii


Tips 8.  Shopping di Medan. kalau nak beli kain pasang ke telekung ke. tak yahh aaa pergi Pasar Ikan. MAHAL. ajak korang punya tourguide pergi Jalan Hindu. haaa sini kedai or kilang diaorang. peniaga di Pasar Ikan pun amik dari sini, so better shopping sini lagii murahh. heee ~ ai TERbeli baju rayaa disini. kuikuikuiii. Sepanjang di Medan, amik kesempatan melawat Istana Maimoon. bukan ai nak suruh korang dengar sangat sejarah tu, cumanya ai nak korang rasa pakai Baju Persalinan Raja & Permaisuri. heeeeeeeeee ~ besttt. pastu posing aaaa satu istana. HAHA

belanja belanjaaaaa  ;p
Kain Pasang 7helai RM530 
Pakai baju persalinan Raja & Permaisuri rp10ribu seorang,  rp20ribu
(convert duit M'sia RM7.30)
Print gambar Raja & Permaisuri dua keping rp20ribu (convert duit M'sia RM7.30)
Beg solat 7ketul rp100ribu (convert duit M'sia RM36.50)
Makan di Foodcourt Amaliun rp170ribu (convert duit M'sia RM62.05)
Rokok lagi? RM5
Rokok hitam rp19ribu (convert duit M'sia RM7.00)
3 kotak Bika Ambon rp240ribu (convert duit M'sia RM 87.60)
Tips tour guide & driver rp400ribu (convert duit M'sia RM 146.00)
Tips airport asist rp50ribu (convert duit M'sia RM18.25)
Starbuck rp53ribu (convert duit M'sia RM19.40)
Tiket bas LCCT ke Kl Sentral RM20
Tiket KTM KL Sentral ke Segambut RM2

nak tengok Raja & Permaisuri Tanah Malay?
rujuk entry Bercuti ke Medan, Indonesia PART 4 (klik)
HAHAHAAH




Tips 9. WAJIB. PENTING. Bawak universal charger okayyy! Sebab di Medan, Indonesia, plug nya plug pelik. HAHA kalau nak lagi bestt, bawak sekali extension plug. ai bawak sebabnya, hp je dah dua? powerbank lagi? camera lagi? tak ke nak guna banyak plug? hikhikhik. so ai angkut extension plug kemana sahajaaaaa ;))


Tips 10. kalau korang jenis tak ingat family, kawan kawan, mungkin budjet korang akan kurang sedikit. eh ehhh,, ada tau orang yang bercuti yang ingin bercuti saja. xde makne nak bawak ole ole tuk family. kuikuikuii. tapi TIDAK bagi ai. ai pergi kemana saja, gerentii WAJIB ai bawak balik sesuatu untuk family ai.  dan sekarang family hubby jugak. kalau ade duit lebih, ai beli FM untuk kawan kawan office dan kawan kawan rapat yang sering kali ingat ai setiap kali diaorang bercuti. kira balas balik laaaa. kalau korang rajin laaa, cuba kira ape je barang yang ai beli tuk diri sendiri & hubby? sikit jeeeee kannnn.. berbanding ai shopping untuk orang lain. kehkehkeh.. so setiap kali ai pergi mana mana , ai TERover budjet tu sebab ai ingat family ;)) HAHHA  *alasan baik kan?*


Total kenangan terindah ai di Medan, Indonesia ialah RM3,367.21 okbai!





Yang legaaa dah settle update ! yeayyy ! ;)
signature ms eida

31 comments:

  1. Assalamualaikum Eida... wahh boleh tahan gak total keseluruhan ni... takpe shopping terlebih asalkan ingat keluarga ye dok? heheeeee thanks Eida beri semua tips berguna ni ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam.. haa boleh tahan sebab ida shopping kaw kaw.. jgn ikut cara ida. hahahhahahha

      Delete
  2. syok gilerrrrrr arrrr...nak pegi krabi tak berani pegi berdua dgn anak & laki..ehhh dah kenapa aku ckp psl krabi sedang kan entry psl medan..hahahaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHA kann. dah kenapaa krabi wujud dlm Medan ni... ? haa ade lewtewwwww.. kekkeke

      Delete
  3. kalau pergi bercuti mmg lebih banyak utk family & kawan2 drpd diri sendiri kan?

    nice tips & review eida.. sangat2 berguna utk yg bercadang nak bercuti kat sana.. maybe one sweet day, zana akan gunakan entry ni as rujukan ke kan.. hehe.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. jenis yg ingat ni mmg lebur la duit. hehe. tapi xpe kepuasan tuuuu.... okay! zana pergii ajak adiey tuuu... besttt ;)) tapi kundasang dulu laaa. hehehhehe

      Delete
  4. eida! ku syg sgt kat mu! x kedekut ilmu! kalau daku nk g memana! mmg daku akan tgk entry mu! mekasih!

    ReplyDelete
  5. Best la tengok Eida gi Medan... Rasa cam nak gi jugak.. tapi tak tau bila..hi..hi..hi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpee slow slow kayuh.. nnti sampai jugak eyza kat sini.. hehehhee

      Delete
  6. ok nak pengsan dulu, pastu sambung baca balik....hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHA pengsang bangun baca? cayalah noryyy hekehkehk

      Delete
  7. daaaaa...eida bawa buku nota ke haper haaa kat sana..smua pun ingattt..ni mmg details okeh..nnt klu akk nak pergi..akk roger je eida hahaha..tak yah pening2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHHAHAHA.. ida salin kat hp kak pinkk semua benda ida buat, ida beli... hp jew..... ;))

      Delete
  8. as salam.., ms eida... nper best sgtttt nieeee.... ni yg nak kena plan utk bercuti ni...! ^___^ tq sbb sharing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam... amboiii BERmis eida sangattt.. kahkahkahakhh. panggil ida jeeee... haa sila sila cutiii .. releaseeeee tensionnnn. hekehkeh

      Delete
  9. kalo pergi indo, selalu over budget kan hehe..
    tapi kalo g thailand, ok je within budget je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thai within budjet? ida g hatyai samee jee OVERbudjet. kahkahkahahhh

      Delete
  10. terbaik la.. penuh info padat.. kalau nak pergi medan kene salin satu2 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kikikiki.. kalau salin okay lagii. jangan tanya ida sudahh.. ida dah cerita sehabis details nii. hehheheee

      Delete
  11. sooo helpfull!!!! mmg best gler..tq miss ida. sy bru je buat blog utk share pengalaman. nnt leh share kisah di medan jgk..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. most welcome... hehehehhe.. sila silaaaaa ;))

      Delete
  12. thanks 4 the info yang bguna.. =)

    ReplyDelete
  13. Salam kenal awak..gigih baca entry medan awak sebab akak nak gi medan next week..hihi..pakej yg akak amik tu hotel die sumeee sama ngan hotel yg awak pegi..tp akak mmg dpt murahla, pergi total 6 org..=)..

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page