Friday, February 28, 2014

Bersedekah pada KUCING jugak tau !





Salam Jumaat semuaaa.. semalam ade ai TERbaca dalam facebook. status kawan ai (nama dirahsiakan) lupa pulak nak printscreen tapi xpe laaa. ai cerita sini jeeeeee... status die berbunyi begini "Mari Bersedekah sementara masih Mampu"  haaa. baguskan kawan ai ni ajak orang bersedekah . .  TAPI yang TAK bagusnya dia ni, bila ai scroll komen komen kat status dia tu, majoriti niat bersedekah kepada anak yatim, orang susah dll. bila ada seorang kawan dia cakap, "aku pun selalu bersedekah tapi dekat kucing jelaaa"  so, kawan ai ni reply "kat kucing nak buat ape? nak sedekah kat landasan yang betul la. pergi rumah anak yatim ke.... bagi orang miskin makan kee, ape laa ko ni..."   haaaaa nampak takkkkkkkkkkk ? ggrrrr pulak ai !


ni pendapat ai la ehhh.. sape kate nak bersedekah tu hanya pada manusia ? ai nak tanya, kucing tu sape? kucing tu kan makhluk ALLAH jugak. sama sama menumpang di bumiNYA ni.. cumanya, kucing dilahirkan sebagai binatang bukan manusia. tahukah korang, kucing adalah binatang kesayangan Nabi kita.. sampai hatii tak nak bersedekah dekat binatang kesayangan Nabi?? ajak orang bersedekah tu dah bagus dah kawannnnn TAPI cara tu macam TAK betul laaaaaaaaaaaaa. dah terpesong daaaaa . kuikuikuii


bagi ai, TAK semua orang RAJIN nak cari rumah anak yatim bagi sedekahh, nak cari orang miskin bagi makan, itu semua memerlukan MASA. orang sekarang ni malas nak cari MASA. Ai pun kadang kadang malassss. HAHA tapi macam mane kita nak bersedekah tanpa semua tu? haaaaa pendapat ai laaa, kita bersedekah dengan binatang. kita bagi kucing kucing terbiar tu makan. niat bersedekah. sama je pahala kita dapat. TAK salah berkongsi rezeki ALLAH bagi dekat kita dengan makhluk ALLAH yang lain , tidak semestinya manusia. binatang pun bolehhh .. 


Buat ape nak cari jalan susah nak cari pahala? meh ai nak ajar cara ai, korang beli makanan kucing banyak banyak letak dalam kereta. pergi mane mane nampak kucing terbiar, bagi makan. jalan lagi tempat lain, nampak lagi kucing terbiar, bagi lagiii... berapa je wehh makanan kucing tu ? tak sampai RM50 punnnnn... janji kita ikhlas nak bagi kucing kucing tu....... contoh di kedai makan, gerenti ade kucing terbiar kan datang dekat korang mintak makan.. belanja la diaorang seketul ayam ke, ikan sekor ke. ala baru berapa hengget. takkan kedekk kottt?? lagi satu yang selalu ai perasan, buat ape laaa dok bagi kat kucing kucing tu tulang tulang ikan? tulang tulang ayam? kesian. kucing kucing tu pun nak makan isi ayam jugakk.. adoii laa kemain kedekuttttt padahal rezeki ALLAH yang bagii . hukhuk . . tapi okay lagi bagi tulang tulang dari nampak kucing terus disepak sepak di halau halaunya kucing tu, lagi teruk siap angkat kaki, konon taknak bersentuh dengan kucing kucing terbiar tu.. "i tak suka binatang berbulu laaa .. geliiii" puiiiii.. laki ko berbulu takkk? eh suka pulak? HAHAHA  macam macam peel manusia niii ;p

 rutin tiap pagi sebelum pergi kerja. panggil semua kucing kucing kat bawah, bagi makan. walaupun ada je yang bertuan tapi bagi jugak. ape salahnya..



"Ala kau boleh lah, xde anak, duit boleh bagi kucing kucing tuu"  Selalu dah sangatt ai dengar ni. jap jap.. maknenye orang yang dah berkeluarga beranak pinak TAK PERLU bagi sedekah ke? alahaii ceteknyaaa pemikiran yekkk. belajar mane dulu? kahkahkahkah... macam ni la, ingat satu je ni yekk. REZEKI dari ALLAH. sikit banyak semua DIA yang tentukan. KALAU dah kata DIA nak bagi korang rezeki banyak ke sikit ke terima jelaaaaaa.. tak yah bagi alasan... bersedekah tetap bersedekah okay ? mungkin DIA saja nak uji, bagi rezeki sikit korang buat ape? kalau bagi rezeki banyak, korang akan buat ape pulak? mungkin time ALLAH bagi rezeki banyak tu, sepatutnya korang bersedekah kan? tapi korang pergi pulak beli Tiket Flight AA tempoh hari? HAHA haaaaaaaa nampak tak korang TAK ikhlas nak bersedekah. ALLAH nak uji je tu.... so bila DIA dah nampak korang ni bagi rezeki banyak ke rezeki sikit ke memang bukan jenis yang bersedekah, so ALLAH tarik lah rezeki korang tu sikit demi sikit...... that y korang tak cukup duit.. mihmihmih..sesukaa je ai buat kesimpulan HAHA... ai selalu fikir macam tu............ so, ai selalu remind diri sendiri, ade rezeki lebih ke xde ke, buat simpanan sikit pun xpe, jangan lupe family, jangan lupa bagi makan dekat kucing kucing terbiar dan yang paling penting belanja mushang makan sedap sedap. HAHA ikhlas tau tau . .

 mushang suka ayam kepsi. hikhik
oh ya mushang dah ade kawan baru, ai panggil die kecik. jumpe masa kecik dulu, masa tu kecik kene kejar dengan kucing besar. amik bawak masuk umah terus bela sampai sekarang. 



Cuba lah korang try buat apa yang ai buat ni. lama lama korang akan jadik biasa dengan perkara ni. baru lahh kucing kucing terbiar tu gemuk gemuk belaka , ramai yang bagi makan..... suka diaorang tu. kita tak nampak... mana lah tahu kannn, kucing kucing yang korang bagi makan ni la yang akan tolong korang masa akhirat nanti.. amin amin...................









Yang panjang pulak membebel, kang ade yang kate ai macam bagus.
HAHA ok lah bye nak siap siap pergi gym! hehe
 signature ms eida
Read More ->>

Thursday, February 27, 2014

Hiking Santai Kem Lolo, Gunung Nuang






ade pulak orang TAK percaya ai naik gunung? cisss.. hey heyy dulu before kahwin ai kaki gunung tauuuuuuuuu.. masuk pulak JKR ni, jumpa pulak team gunung, haaa lagii ligatt tapi lepas kahwin, slow sikittt sebab dah TAK berapa nak larat sangatt plus, sayang badan.. badan untuk suami. eh badan jeww? kohkohkoh  TAPI kerinduan terhadap hiking TAK dibendung lagi. last week ai BERJAYA follow team COHAN ke Gunung Nuang. yeayyyy ! Actually COHAN dah banyak kali buat aktiviti hiking ni, cumanya ai tak ikut. hubby hikers tegar COHAN. die pergi laaaaaaaa.. aiols selalu jaga mushang dirumah ajeeee sambil cucuk marsmallow. kahkahkahkah

 the banner ;))


last week, COHAN anjurkan Aktiviti Hiking and Leisure. Santai ke Kem Lolo, Gunung Nuang. actually Santai Kem Lolo ni untuk tujuan membawa ahli ahli baru, saje nak panas panaskan badan. sajer buat perkenalan COHAN kepada diaorang semua. so, lepas lepas ni banyak la aktiviti hiking dari COHAN.dan ai harap ai mampu nak ikut COHAN. mane tak nya, dah lama tak naik gunung, rasanya last two years itu pun pergi Broga je.. semputt weiiiii.. ai tahu mestii ai akan semput punya. ai tahu mesti kaki ai akan krem punya. ai tahu semua tu. tapi gatal nak pergi jugakk LOL.. Walaupun hiking ni hanya sampai di Kem Lolo tidak sampai ke puncak Gunung Nuang, ai rasa macam pffftttttttt tau takkkkk.. menyesal ikut ! HAHA tapi kalau tak ikut , rindu HUTAN. kuikuikuiii.. orang normal, dari starting point ke Kem Lolo hanya mengambil masa lebih kurang dua jam. tapi orang luar biasa macam ai ni haaa, tiga jam. HAHAHA  


Sabtu 22hb Februari 2014
Santai Kem Lolo, Gunung Nuang anjuran COHAN
 
Cerita nya bermula begini,  jam 3.30am ai dah bangun, mandi mandi siap siap. hubby? dia bangun lagi awal, tido setengah jam je.. hubby memang. dia kalau bab bab gunung ni, dia memang sukaaa aaa. tak tido satu hari pun xde halll.... kitaorang plan nak pergi amik Eyuh. last last sesat ape ntahh ceruk mane kitaorang pergi tak jumpe cari umah Eyuh. so, Eyuh kene datang BTHO. kahkahkahkah.. last last kitaorang gerak dari BTHO ke arah Hulu Langat dalam pukul 5.30am jugakkk.. kitaorang konvoi dengan opismate sekali, Yus & Amin. oh yaaaaa, kitaorang barisan Urusetia kene daki seawal pukul 6am.. nak get ready makanan,minuman untuk semua ahli baru yang bakal daki pukul 8.30am..

sebelum start mendaki, urusetia sibuk bahagi bahagi
 barang keperluan untuk dibawa ke atas



seriau jugak daki gelap gelita ni. dengan lampu headlamp samar samar je padahal dah charge kemain lame.. cis.. trekking hiking nak ke Kem Lolo ni, akan melalui jalan kenderaan 4WD dan motorsikal sejauh 4.9km. agak lebar jalan dengan tanah berbatu tapii mencanak naikk yekk. adoiii laaa semputtttttttt.. bawak beg xde berat mana pun, sebab semua bekalan makanan/minuman semua urusetia lelaki yang bawak. hekhekhekhek.. tapii bila mendaki mencanak ni, lutut cepat lenguh aaaaaa. masa naik tu ai dah rasa dah, kaki kanan ni semacam . tapi tetap jalan jugak. sekali sekala ai berhenti. mula mula jalan sekali harung semuaaaaa.. alih alih tinggal ai dengan hubby je paling last. HAHA that y hubby jadik hubby ai.... sentiasa di sisi susah senang. lebiuuuuuuu yuuu.... belanja satu beg baru okay! muahhahahhahahha ;p

 awal awal naik lagi, ai dah mintak kayu dekat hubby. apa guna kayu? buat tongkattt heeee~
jangan tak tahu kayu tongkat tu ade jew dalam kereta. ai bawak balik tanda terima kasih sebab banyakkk berbudii dengan ai semasa pendakian. kuikuikuiii


 ni Legend Nuang. Amin. dalam orang takut nak masuk hutan gelap gelita ni, 
dia slumber je masukk cari kayu nak buat tongkat. 
dapat la ai tongkat kiri dan kanan. yes! 



sepanjang perjalanan bape kali ai berhenti ehh? tak ingat. tapi jangan risau, sepanjang 4.9km tu ada 6 pondok untuk kita berehat, untuk kita solat. dont worry. masa lepas pondok pertama, ai dah tak larat nak bawak beg askar hubby, ai tukar dengan Apek. beg apek ringan sikit.. haaaa kantoi beg ringan! HAHA perjalanan diteruskan selepas diaorang solat subuh kat pondok kedua.. masa ni dah berpecah dah.... hari pun dah makin terang.... ai jalan dengan hubby and Yus. slow slow. trek? macam biasa mencanak naik bukit.... hohohohoo. pasrah aku ! bila ada trek turun bukit, heaven gile !!!


   amik wudhuuu... heee ~ 

macam ni la keadaan bila dah terang. baru nampak kiri kanan tu hutan . hukhuk
bila terang ni, kita akan nampak trek macam mane. lagi nampak trek yang mencanak naik, lagi lemah semangat aiolsss tauuu..... baik jalan dalam gelap lagii. hikhik

 tu hubby. beg die beratt gileeeeeee.. sampai nak terputus dahhh. hukhuk. xpe kite beli beg baru yeeeeeee.. beg ni bagi mushang. kahkahkahkah


ada satu kejadian berlaku, kaki ai krem tegang di tengah tengah jalan. masa ni dah nak sampaii pondok kelima & keenam, kiranya lepas habis pondok ni, kita akan masuk hutan sejauh 0.9km untuk sampai ke Kem Lolo tu..... semua orang dah ke depan. boleh pulakkk,  kaki ai krem! ai jalan belakang, hubby jalan depan. hubby dok borak borak dengan abang mane ntahhhh... ai panggil sekali tak dengar. kusyuk sangatt berborak. ai panggil kedua ketiga sib baik dengar. hubby urut urut dengan minyak betis ai tu.......... tegang weiiii...... sakit gile! ai tersepak batuu asalnyaaaaa  pastu terus betis jadik tegang! lunjurkan kaki kejap. try berdiri, okay boleh! jalan sampai hencot hencot. masuk hutan ada la beberapa anak sungaii. . cantikkk dah view sampai siniii...... jom bagi terapi semangat sikit dekat ai... hubby tolong tangkap pic. haaaa tu lah terapi semangat ai ! kahkhakahakhahh.. masa ni kaki sakit, tekak haus. haahaha dugaan btul laaaaa!

 kesian kan budak ni. baik duduk rumah tido atas katil empukk HAHA

 tapi ku tahan jebattttt...... dah nak sampaii dah time nii.. hikhik


akhirnya ai sampai jugak kat Kem Lolo ni. dari pukul 6am sampai pukul 9am. 3 jam kau ! HAHA ade aiols kesah? janji sampai. buat ape nak push badan. ikut rentak badan sudahhhhh. bukan dapat hadiah pun sampai awal? kahkahkahakhah.. masa ai sampai, semua urusetia lain dah sampai pun.. hikhik. dah start masak memasak daaaa. kikiki.... nasib baik tak kene marah dengan Mr.P hikhikhik .. sampai sampai je ai tuju kat beg ai cari air. . . nikmat gileeee dapat minum air............. huuu ~ lepas tu mula aktiviti memasakkkk.. ye kami masak di atas. fresh dari ladang semuanyaaaa

 Baju hitam. Chip. tengah buat penyepit ayam dengan buluh. mampu?
Baju kuning. Apek. tengah buat dapur untuk memasakkk

Eyuh.Yus. and hubby tengah nak goreng ikan masin ni. 

 Yus tengah masak sayur pucuk ubi masak lemak. ramai pujiii sedap ni yus. hehehee~

 Amin. tengah bakar ayam. sedap weii ayam diaaaaaa. 
sikit punya malu nak amik gambau. ;p

 tunggu ayam masak. perut dah laparrrrrr. kbaii  


Menu kita hari tu, Nasi Putih (ai dah siap siap masak dari rumah 3kilo) , sayur pucuk ubi masak lemak yang dimasak oleh Yus. semua orang puji sedap. next time masak lagi ye Yus? kikiki. . Ayam bakar yang diperap dan dibakar oleh Amin & Eyuh. sedap ayam ni... ape rahsia perap perap tu Amin? heeeee~ Amin ni orang panggil dia, Legend Nuang. sebab ape? semua selok belok ceruk hutan dia tahuuuuu dahhhhh. agaknya jalan sambil tutup mata pun die tak de hallllll  ;)) Budu+tempoyak+timun dari Chip. Ikan masin. ni menu memang terangkattttttttttttt.............. ! Yang paling penting air kopi kaw kaw dari Mr.P. mihmihmih... disebabkan Presiden murah dengan senyuman, dengan air kopi dia pun manisss sekaliii.. muaahahahhahaha

 sebahagian dari menu. sedap weii. ade orang makan bertambah tambah heee~
Presiden takutt sangatt tak cukup padahal berlebih lebihhhhh. 
sebab banyak sangattt makanannyeeee

 model air kopi susu Mr.P.  kuikuikuii



dah settle masak, kitaorang tunggu je ketibaan team ahli baru sampaii.. Mengikut kata sumber, last team ahli baru yang sampai ke Kem Lolo pada pukul 11.15am. pukul 12pm kitaorang dah ajak makan daaaa. mesti semua orang lapaaa kannnnn.. mari makan semua! ada yang makan ada yang mandi sungaiii...... ai? sibuk tangkap gambar semua orang. heeeeeeee ~ ape je aktiviti hari tu? makan mandi sungai makan mandi sungai berborak bergambar. HAHA dah kate name aktiviti ni Santai Kem Lolo kannn. haruslahh santaii sahajaaaaaaaa ;))  siyes sibuk sangatt dengan kerja sane sini, tak sempat nak berkenalan , tak sempat nak beramas mesra dengan semua ahli. huuuuu ~

 baru sampai. 

 berehat jap.

 ok mari makan. laparrrrrrrr

 serbuuuuuuuuuuuuuuuu.. jemput jemput tambah nasiikkkk

 lepas makan, mandi sungaiii...... air dia sejukk sangattt

 nampak betapa heavennya kalau berada kat tempat hubby tu kan? kan?

 oh yaaa ai tak mandi....... sibuk layan handphone.. kekekeke



Semua mulai kemas barang, mulai turun pada jam 1.30pm. nak turun ni besttt! sebab masa naik tadi kan banyak naik bukit? so nak turun ni banyak turun bukit laaaa. yeayyy! tak lenguh kakiii... tapii mendapat lah satu masalah lain pulakkk... sakit ibu jari dok menahan turun bukittt.. sakit pulak lama lama tahannnn. last last ai turun dengan berlari lari anak jeewww. senang.. ibu jari tak sakit. tapi penat berlari pulak daaaa.  HAHA  masa turun, ai turun dengan hubby dengan Eyuh sekali. jalan sikit tangkap gambar jalan sikit tangkap gambar. HAHA tapi okay jugakk tak terasa macam penat sangatt kalau ade terapii nii. kuikuikuiii..

 gerak balik. babai Nuang ;(


 Me and Eyuh. 
belanja korang terapi #1

 belanja terapi #2

 belanja terapi #3

 yeayyy! dah sampaii bawahh.. kuat kaki ni bekerja last week. kkekekeek

 gambar bukti. HAHA



so sampai bawah starting point dalam pukul 3.45pm.... sampai sampai terus pergi toilet boleh? kikikikiki ~ begitulah ceritanya ai naik gunung last weekend. terasa badan ringan sedikit walaupun kaki macam nak tercabuttt.. good memories untuk dikenang. dapat la jugak kawan baruu. heeee~ citer pasal kawan baru, kemain rancak sekarang dalam group whatsapp tu............. selamat berkenalan semua !


 Mari kenal Urusetia Comel COHAN untuk Aktiviti kali ini ;)

1. Mr.Presiden Ipin
2. Rahmat
3. Chip
4. Jimi
5. Apek
6. Jejak
7. Me
8. Yus
9. Eyuh
10. Amin (tiada dalam gambar)


 ini semuaaaaaaaaaaaa peserta untuk aktiviti Santai Kem Lolo, Gunung Nuang
30 orang semuanya. fuhh ramai ramai ramaii


till we meet next activities yaaaa ;))








Yang teringin nak sampai puncak !
 signature ms eida
Read More ->>

Wednesday, February 26, 2014

Pengalaman check-in Hard Rock Hotel, Penang ;)



 

Entry sebelum ni,
Bercuti ke Penang PART 1 (klik)

ampunkan laaa budak poyo ni. kuikuikuii



dah janji kan nak review ? dulu kann, masa study lagi ai dah duk berangan, bilaaa laaa boleh merasa duduk Hard Rock (HR) Hotel ni...? tengok orang pergi macam bestt jewww. akhirnyaaa, tahun 2014, ai berjaya jejak ke sana. salah satu wishlist ai jugak ni.. kuikuii. poyo betul wishlist nak pergi HR kan? kohkohkoh.. biasalah laa budak jakun memeyy aaa giniiii  ;p

 bukan kaki ai. mihmihmih

 teka teka mane kaki ai. pelik aaaaa orang tengok kitaorang, dengan karpet lobi pun nak tangkap gambar. abg bellboy tu siap jadik mangsa tolong tangkapkan gambar HAHA



tujuan utama memang tuk ke sini aje. motif cari makanan jatuh pada tujuan kedua. HAHA pada mulanya ingat nak book guna rate goverment. haa HR ade tau bagi rate goverment tapi alaaaa masih mahal laaaa. xpe xpe. jom kita usha Agoda.com pulak.. Agoda kan murahh jewwww. kuikukuii.. pada mulanya masing masing nak stay bilik Lagoon Suite yang berhadapan dengan pool. bukak sliding door terus nampak pool, haa terjun jee dari balkonii tu... tapi ya ampunnn! MAHAL gilossssssssss... so kitaorang decide untuk book Bilik Deluxe Seaview Room ajeeee.. sedihh ;( jadiknya,  untuk dua malam, tau kitaorang dapat berapa ?

 RM1,160.00 , pengsan jom?


tapii kitaorang kongsi tiga orang.. murah sikit la. bangun dari pengsan balik! HAHA so seorang kene bayar RM386.70 untuk berpeleseran di Hard Rock Hotel , Penang selama dua malam. jadik la kan? nak sangatt kan? muehehhehe ~ untuk makluman korang, hotel ni sangatt lah straight. bilik yang ai book tu kan untuk 2 orang sahaja kan? tapi kitaorang nak stay 3 orang kan? haaa berlaku laaaa adegan berlakon kat lobi hotel. ai pergi check-in dengan sis p, yang wardah pura pura main hp kat sofa lobi. kahkahkahakahkahh.. siap masa nak cek in tu dia tanya how many person? ai cakap two person only. HAHAHA tapi nasib baikk masa nak naik cari bilik tu, ai panggil wardah sekalii, kang naya tak leh naikk sebab, nak naik lift kene ade akses kad bilik. amboiiiii straight sangatt kan?maybe pihak HR tak mo bukan guest boleh naik ke atas kott.. choiii jeeeee ;p

 gambar WAJIB mesti ada kannnnnn  ;))


lepas cek in, terus masuk bilik. ohoiiiii cantiknyaaa bilik dia. elegan gile! terus bukak langsir cari balkoni.. kan bilik ni seaview type. kemainn nak tengok ade ke seaview nyeee. muahahhaah... style wehh bilik dia. toilet curlas habis! TV !! ha TV hebakkk aaaaaa.... semua movie bestt ade.. kaw pilih je.. sila la tengokkkk.. kitaorang sempat la tengok citer Fast Furios 6. kiikikiki.. macam macam ceritaaaaa adaa. freee jeeeeee... itu belum lagi boleh tengok Live Band yang kat lobi hotel via TV je.. tengok LIve Band sambil goyang goyang kaki atas katil.. alaaa rinduuu percutian santaiiii gitu.... ;((  pergghhh perghhhh ! stresss haku dengan hotel ni! HAHA . . tapi bengang dengan bilik dia, asal ada orang bukak sliding door balkoni je, aircond mesti tertutup automatik.. pastu ade bunyi. tiap kali mesti bunyi, tiap kali tu lah mesti ada orang tanya "bunyi ape tuh? oo bunyi aircond balkoni" HAHA

dari balkoni bilik. santekkkkkk

haaa korang ingat takk tadi, ai ade cakap bilik Lagoon Suite depan pool? bilik kat bawah tu la.... mau tak, bukak sliding door terus terjun! heaven kannnnnnnnn.. kalau sape sape ade anak kecik, bilik ni TERBAIK ahhhh! senang pantau anak dari dalam bilik jewww .. hikhik




apa yang menarik dekat hotel Hard Rock ni? WAJIB try swimming pool dia. swimming pool dia memang TERBAIK aaaaaahhhh. sepanjang panjang hotel, itu lah swimming pool dia. siap tengah tengah tu ade cafe pulak heh! bestt wooooooo.. tapi kitaorang tak mandi pun sebabnya biasalah hotel 5 stars ni, rules die ketat sangatt ! menyampahhh.. nak mandi kene pakai baju swimming suits jeee. no tshirt no seluar treck legging ke hape keee.. no no no yekkkkk.. kene 2 piece or muslimah suits. haaa celah maneeee kitaorang bawakkkkkkkkkkk. . jadiknya? tengok ajeee pool tu dari balkoni bilik sajeewwwww. sambil dalam hati berkata "next time datang, aku bawak muslimah suits aku!!!" wiiwiiiwiii




alaa model ai TAK BEST aaaaa.. kuikukuii... tak ke heaven pool dia? siap ade cafe tengah tengah. tapi tuk non muslim kot? sbb ai nampak ade jual arakk jeeeee



yang selebihnya, hotel ni banyakk sangatt shows kalau korang berminat nak tengok. ada live band. ada parti buih (tak digalakkan HAHA) , ada banyak mat salleh two piece bersidai. kuikuikuii. ai tak de la setiap masa duduk terperuk je dalam bilik, ada jugak yang kitaorang keluar cari makan , cari tempat berhibur. tapi siyes cakap stay di Hard Rock bestt sangattt ! tak tahu kenapa yang bestt sangatt mungkin dah set mind , Hard Rock itu best sebab mahal. HAHAHA
 
bayangkan katil Queen ni tidur 3 orang? gasakk aaaa. lagi mesraaaa. sudahnya, hubby wardah panggil kitaorang lesbian ke hape ni? HAHA
(war, cakap kat hubby yu, ni bukan lesbian, ni kasih sayang adik kakak. kahkahkahkah)

ada bawak lappy sila lah online kat sini. siap ade wifi. tu yang memanjang jewww ai upload pic. berbuluuu jeeee facebookers tengok status ai. HAHA

 yeayyy !



dan yang WAJIB jugak korang kene shopping di Rock Shop. mihmihmih.. mula mula kitaorang masuk malam tu... dah set semua orang kene beli baju HardRock sebab nak pakai untuk esoknya, kene sedondon.. HAHA well bercuti dengan ida kan.. tak sedondon TAK sah. kekekkee. redha jelaa sis p dengan wardah nii ;p .. ai cari yang lengan panjang, muslimah sikittt ;p RM120. yang lengan pendek RM100. mungkin lagi RM20 budjet nak buat lengan baju kiri dan kanan. muahhahahaha... dari kejauhan KL lagi ai dah aim , kene beli seketul FM HRC Penang ni. nak tepek kat peti ais. mahal pun mahal laaaa. ai latih diri tuk simpan duitt tuk FM itueww... kahkahkahahh tak boleh blaaaaaaaaaaa  ;p

 actually, bila purchase melebihi RM250, kita boleh beli beg hitam label Hotel Hard Rock Penang tu dengan harga RM5 satu. yg besar RM10, tapi yang besar tu ai dapat percuma jeww sebab dok mintak kat abang hensem cashier tu. kikikiki. ai beli yang kecik tuuuu jeee




overall, Hard Rock Hotel Penang ni memang BEST sangatt. ai pasang niat dalam hatii, nak datang lagi sekali dengan hubby. kalau boleh, ai nak angkut sekali mak abah adik kakak. HAHA doa doakan la rezeki aiols murahhhhhh tahun ni.... boleh lahh kesini lagii ;))

 
riang ria kami di Hard Rock Penang ;))







Kira kira
Hotel Hard Rock dua malam sorang bayar RM386.70
Baju Hard Rock lengan panjang (perempuan) RM120
Baju Hard Rock (lelaki) RM100
FM Hard Rock Penang RM60
Beg Hard Rock Small 6pcsxRM5 , RM30
Total RM696.70







Yang teringin nak cek in bilik lagoon suiteeeee, sayang jom? mihmih
 signature ms eida
Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page