Thursday, January 16, 2014

Percutian ke Hat Yai DAY 3 PART 1



 


Entry sebelum ini,
1) Teaser Hat Yai (klik)
2) Percutian ke Hat Yai, Thailand  DAY 1 (klik)
3) Hotel Murah di Hat Yai, Thailand (klik)
4) Percutian ke Hat Yai, Thailand DAY 2 PART 1 (klik)
5) Percutian ke Hat Yai, Thailand DAY 2 PART 2 (klik)



Isnin 23hb Disember 2013


Hari ketiga ni BEST! sebab hari ni kitaorang akan buat aktiviti di Songkla, Thailand. actually kitaorang dah deal dengan satu drebar tuk tuk ni. die tawar Songkla Tour kepada kitaorang, merangkumi pergi ke Ice Dome Hat Yai, ke Chang Puak Camp, Samila Beach dan jadik guide kepada kitaorang the whole day hari ni dengan bayaran seorang THB300. (around RM30++ je) .. ai rasa ini mahal sebab ai pernah baca blog sape ntah dapat THB200 je seorang, tapi nak tak nak terpaksa amik sebab suka dengan drebar tu , die paham apa kitaorang cakap. lain tuk tuk takut tak paham, susah pulak nak berkomunikasi. yang best nya pergi ke Songkla bukan naik tuk tuk tapi naik hilux. fuuuuyoooooo.. dreabar tuu kate Songkla jauh, dalam 45min gitu. tapi memang terasa jauh pun masa pergi tu.. sib baik naik hilux, kalau naik tuk tuk, sakit montot aiiiii~ mihmihmih


pepagi hari dalam pukul 8.30am, kitaorang dah get ready nak pergi cari makan di Salma Restoran. turun je lobi nampak si drebar tuk tuk tu dah tunggu kitaorang, padahal janji pukul 9am. hihi. awal dia ni. alang alang suh die hantar ke Salma Restoran. free je. jangan nak mengade kenekan bayaran ye! hikhikhik.. break1st di Salma Restoran ni sedap. tapi service lambat. ramai gila orang. harga biasa je. makanan dia sedap wehhhhh ! kat Salma Restoran ni boleh tukar duit. murah bak ang! lepas makan segala kenyang isi perut, moh kitaa meneruskan perjalanan ke Songkla. yeayyy !

Makan di Salma Restoran (area Mayflower hotel) jangan lupe order nasi kari ayam hijau ni. giler sedap. ai order bubur nasi. pun sedap jugakkk ! try tauu ;))



Destinasi pertama adalah , Ice Dome Hat Yai. ai tak pernah masuk Ice Room kat I-cty, Shah Alam tu. tu yang nak merasa masuk kat sini. mengikut apa yg blogger lain cakap, tak masuk Ice Dome ni pun takpe. bukan ade ape pun. tapi ai nak masuk sebab nak tahu betul ke apa yang blogger lain cakap tu? hekhekhek ~ Ice Dome ni bukak pukul 10am. jangan TAK tahu kitaorang sampai sebelum Ice Dome ni bukak. HAHA masuk sini kene bayar tiket THB300/dewasa. masuk dalam 30min jew. tapi kalau korang boleh tahan kesejukkan dia, duduk lama lama pun xde hal. wa tak tahan hari tu. udah la masuk tu pagi. tak kene timing betul laaaa. time pagi kan masih sejuk, pastu pergi masuk tempat sejuk? bertambah sejuk laaa waaaaaaaaaaaaaaaaa.. &^%$#@*& lah !  tapi best laa dalam die. macam macam ukiran ais ade. boleh tangkap gambar banyak banyak. ada satu tempat tu ade sliding. disebabkan ai sejuk tahap gaban, ai TAK buat. Anna & hubby buat laaaa. mane tak ai sejuk, glove TAK BAGI. boots pun tak bagi. ai masuk situ dengan selipar je. heyy mane tak sejukk. dengan jaket tak de button, ntah pape aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. so, betul la blogger2 lain cakap, TAK masuk Ice Dome ni pun xpe. okay? heeee ~

 kat depan pintu masuk

ni la tempat sliding tu. sejuk montot HAHA
(kaw tengok, die punya staff bagi glove, jaket pun masih elok, ade ke patut visitor bagi cincai boncai punya? boooo samee dieee!!!)


 gigih la ai merayap dalam ni pakai selipar je. sampai krem jari kaki tau! kijamm yu!!


 hubby & juna redha pakai seluar pendek? ape rasa korang? muahaahhaha


 ada banyak lagi bongkah bongkah ais pelbagai rupa tapi ini paling cantik di mata ai. heeeeeeeeee~



tak sampai setengah jalan, ai dah menggigil... pffff sejuk gilaaaa. cepat cepat ai nak keluar. ai syak kalau jaket dia proper, ade sediakan glove & boots, ai tahan sikit kot sejuk nii. choii aaaaaa. xpe xpe asal masuk dah la. masa kat pintu exit tu, ada lah jual cenderahati semua segala. macam biasa. ai beli FM Ice Dome ~ HAHAHA sangatt bukan ida kan kalau tak beli FM? kuikuiii...

 ni je yang paling cantik. lain tak lawa langsung. dan ini je yg paling murah. HAHA
(sorry this time ai tak beli pape tuk kawan kawan. trip kali ni more tu diri sendiri&family)



okay perjalanan diteruskan dengan pergi ke Chang Puak Camp. sini banyakk gilaaa aktiviti okay. bayar saje. HAHA. Ada aktiviti ride ATV, ada archery, main tembak tembak dan jugak naik gajah. disebabkan dulu masa pergi Krabi, ai dah pernah naik gajah, so kat sini ai tak naik. AnnaJuna je yang naik. harga sini lebih murah dari Krabi. Kat sini ai hanya buat aktiviti ATV+Archery(hubby saja).. so sementara tunggu AnnaJuna pusing pusing naik gajah, ai teman hubby main gunshoots. layankan jelaa hubby ni, budjet nak jadik polis kot dulu? tembak sikit pun tak kene sasarannyee.. muaahhaha. last last peluru yang akhir tu baru kene... apee aaa sayang nii.. tak sharpshooter laaa.. kohkohkohh ..

 yeayyy ! dah sampai Chang Puak Camp. gambar ni penuh cantik kan? tau sape amikkan? mestilah our tour guide. pandai die amik gambar heeee ~

 ni la kaunter depan yg menjual semua tiket tiket. beli kat sini k.

nahh .. ni list harga aktiviti kat sini. tuk pakej ade. nak amik asing asing pun boleh. okay ?

ecececeee~ aksi kemain. tembak ke lain. HAHA

bunyi das dia ni memekak kan telinga jeeee. hukhukhuk



Ai ada jugak beli pisang sebakul nak bagi gajah makan. budjet nak buat video la. last last hubby bagi makan tanpa bagitahu ai. sudahnya ai nak bagi ape? hubby suh beli sebakul lagi. arghh malas aaaa. ngajuk! ;p  ~ lepas AnnaJuna settle naik gajah, kitaorang main archery pulak. ai tak main. sebab ai tahu aku tak retiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. buat rugi arrow je kang. so hubby, AnnaJuna je yang main.. macam biasa, aiols tukang amik gambar sajeeeww... heeee ~ kejap je main, hujan pun dah rintik rintik, jom laa kite main ATV pulak. hoiii ini TAK sabar okayyy ! sangattt ! nak nak nakkkkk............. pada mulanya masa briefing tu, ai cuak boleh ke aku handle ATV besar gabak ni kan? udahla tak reti naik motor? kang accident macam mane? HAHAHAH kaw tengok imiginasi aku... over tau ! tapiii bukan idaaaaaa laaaa kalau TAK try benda benda gini kan................. masa naik tu, gementar tapii lepas beberapa saat, taknak turun! syok pulak ! nak pulas handle kuat kuat. lajuuuuuuuuuuuu lagiiii yeayyyyy !! naik ATV ni 45minit. trek die okay laa mencabar sikit. tapi jangan risau buat beginner macam ai. ATV ni stabil , takkan terbalik punya. kaw bawak je laju laju lagi bestt ! HAHA

sawadikap. mari mari mari pisang sebakul. hihi


nampak macam senang archery ni, tapi nak shoot tengah tengah tu kemain susah. akibatnya, ada arrow melayang atas bumbung. melayang ntah mane mane. nasib laa abg tu kene kutip diaorang punya anak panah nii. hehhehe~




 sejibik ATV ada tengah2 jalan time ni.. haruslah posing dulu kannnnnnnnnn


 budak ni kan.. mula mula takut. pastu die lah minah ronggeng jalanan. HAHA











gambar ni paling ai suka. brader yg jaga kitaorang tolong tangkap pic ni.



Masa korang naik ATV ni ada orang tangkapkan gambar. kalau nak beli, sila la pose yekk. macam ai beli. AnnaJuna tak beli sebab diaorang beli gambar diaorang naik gajah. heeee ~ harga RM20++. kat Chang Puak Camp ni jugak ada money changer. kat kedai cenderahati tepi tepi dalam camp tu. kedai cenderahati gajah ai panggil. rate situ agak murah berbanding kita di Malaysia ni. ai tukar situ RM100 sahaja. nak buat makan makan di tepi Samila Beach kang. sebab dalam purse dah takde duit THB daaaa. habis semua. HAHAHA




Kira-kira
Songkla Tour seorang THB300, dua orang THB600 (convert duit M'sia , THB600 x 0.1042  = RM62.50)
Break1st di Salma Restoran THB200 (convert duit M'sia , THB200 x 0.1042  = RM20.80)
Tiket masuk Ice Dome Hat Yai seorang THB300, dua orang THB600 (convert duit M'sia , THB600 x 0.1042  = RM62.50)
FM Ice Dome Hat Yai THB39 (convert duit M'sia , THB39 x 0.1042  = RM4.10)
Tiket Ride ATV (Chang Puak Camp) seorang THB500, dua orang THB1000 (convert duit M'sia , THB1000 x 0.1042  = RM104.20)
Archery 1 round (Chang Puak Camp) seorang THB150 (convert duit M'sia , THB150 x 0.1042  = RM15.60)
Main Gunshoot 10peluru (Chang Puak Camp) seorang THB100 (convert duit M'sia , THB100 x 0.1042  = RM10.40)
Beli pisang bagi gajah makan satu bakul THB100 (convert duit M'sia , THB100 x 0.1042  = RM10.40)
Beli gambar Ride ATV THB200 (convert duit M'sia , THB200 x 0.1042  = RM20.80)
(tukar duit RM100 di Chang Puak Camp, THB10.30 je)
so lepas ni rate harga telah bertukar ke THB10.30 yekkk ;))
Total RM311.30







Yang rekemen korang pergi Chang Puak Camp okay !
 signature ms eida

23 comments:

  1. bestnya naik atv tu...
    boleh tak kalau ngidam nak naik atv tu...
    agak2 terberanak awal tak aku nnt...

    bila baca entry hatyai ida ni kan, nampakk macam hatyai ni tempat yang best giler...
    sebelum ni baca entry org lain, macam biasa2 je hatyai tuu...
    hehehe...

    tak sabarrr nak baca lagi...next entry pleaseeeee!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha.. best bestt. ida takkan pergi tempat yg tak best . heeeeeeeeeee~

      Delete
  2. banyak aktiviti boleh buat ea? best nih. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. besttt.. ada banyak je aktiviti. ramai yang tak tahu.heee~

      Delete
  3. byk jugak rupanya tmpt2 menarik dkt hatyai nii. ritu nina pergi kedai terapung jeaa. hukhukmcm syokkk jea naik ATV tu :)

    ReplyDelete
  4. fuh cikji yg baca ni pun boleh rasai kesejukkan, dgn short pants slipar jepun je okeylah tu 30mins gak. kalau cikji rasa suploh mins je boleh thn lps tu blah haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahaha.. terpaksa cikji. dah bayar.. gigih la jugak tahan 30mins. tu. hahahhahaha

      Delete
  5. Tak dpt akak bygkan tahap kesejukan tuh..kalo akak memg dh surrender

    ReplyDelete
    Replies
    1. hekhkehekk.. ida takmo masuk dah!!! hahahhahaa

      Delete
  6. Xpenah try atv..tp mcm best je tgk korg naik..nanti nk try..best gle la gi sn..byk aktiviti n tempat best..adusss..kene kompol duet nihh..*pening*

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa peningggg aaaa. sabar kak.. ade rejeki terlebih akak pergi yeeee.. dekat je hatyai nii heheee

      Delete
  7. klu x masuk mmg rugikan.. dah rasa sendiri.. barulah tahu best tdk.. tp entry² eida kat hat yai semua pun best² aktiviti berbaloi².. kira x rugilah berjalan kesana ...

    adehh tu seluar tu... seluar tu.. tergoda ... hahahaha ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah hat yai ni dulu orang cakap tak bestt tapi ida tak percaya. ternyata bestt jee hatyaii.. jgn dgr cakap orang. hahahahhahaha

      #akak tergoda ke? ala xde pulak ida beli lebihhh.. huhuhuu

      Delete
  8. hi..pestime dtg cni.bestnya..honeymoon ke? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haii.. tq kak sudi jenguk blog ida. hehhehe.. xla.. pergi happy happy dengan kawan2 jeeee

      Delete
  9. lawak..kesian pun ada part ieda hanya pakai slipar je dlm ice dome.. hahahaahaah..eh tergelak plk !

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh eh ehhh die gelakkan ida yekk.... tapi bile pk pk balik, aku pun nak tergelak kat diri sendiri! hahhahhahahaa

      Delete
  10. Chang Puak Camp tu tough betul aktiviti...ok ni list utk geng2 dewasa, sbb sis bawa anak kecik lg so xleh la pi sini, tggu si kecik dh besar baru leh pi balik hahhaha...alaa gambar kt ice dome x banyak eh dik...huwaaa diorang x bg glove bagai but pun xd ek...ish2 sian la kt anak sis nanti...adeh2...kalo gitu pi tempat lain je la kan...dari membazir duit gitu, sejuk sgt kan...ok2 noted...nexttttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah ade qi tak sesuai kot ke camp tu.... ice dome tak byk pic sbb sejuk giler kak oiiii ! HHAHHAHA

      Delete
  11. naik gajah rm bpe

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page