Monday, December 29, 2014

Cuti Khas Kakitangan Kerajaan Yang Terlibat Banjir

 

Cuti Khas Kakitangan Kerajaan Yang Terlibat Dengan Banjir | Mungkin ada kakitangan kerajaan yang terlibat dengan Banjir di Kelantan, Terengganu, Perak, Kedah dan lain lain, yang mana mungkin TAK TAHU mereka boleh mendapat Cuti Khas ini ;)) tetapi ada syaratnya. Seperti berikut :

(i)       Pegawai-pegawai tidak hadir bekerja atas sebab-sebab kecemasan seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi, jambatan runtuh atau lain-lain malapetaka dan bencana alam, perintah berkurung dan perintah sekatan am oleh pihak berkuasa yang menyebabkan terhalangnya perjalanan ke pejabat atau ke tempat bekerja biasa.

(ii)       Kes-kes bencana dan kemalangan yang berlaku atas peribadi atau atas harta benda seseorang pegawai tidak dianggap kecemasan am dan hendaklah mengambil cuti lain yang layak.

(iii)      Pegawai perlu memaklumkan perkara ini kepada Ketua Jabatan dengan menggunakan borang permohonan seperti di lampiran kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1986 bagi tempoh tidak hadir itu.

(iv)       Mendapatkan pengesahan tentang bencana alam tersebut dari Pegawai Daerah, Penghulu, Pejabat Polis, Jabatan Penerangan, Jabatan Kebajikan dan Siaran Media Massa.

Kadar              : Tempoh berlaku bencana.
Agensi Terlibat : Perkhidmatan Awam
Tarikh Kuat Kuasa : 1 November 2002



Jika semua syarat tu korang lepas, bermakna layaklah korang mendapat cuti khas ini. Jangan lupa isi borang di Lampiran 'A' di Pekeliling Perkhidmatan Bil 1 Tahun 1986 *klik . Moga ianya menghilangkan runsing sesetengah pihak yang mana sudah kehabisan cuti pada akhir akhir tahun macam ni . . . #prayforpantaitimur . .







 Yang cuti hari ni, tak de mood kerja busy nak hantar barang barang makanan ;)
 signature ms eida
Read More ->>

Sesi Sekolah 2015 Ditangguhkan Akibat Banjir

 

 
KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi  negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).  Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).  Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.
Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.
Terima kasih.
 
Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014


 Sumber : Website Kementerian Pendidikan Malaysia klik*




 p/s : adik adik yang tak terlibat dengan kawasan banjir, jangan nak sangat YAHOOOooooo yek... kecik kecik mari kita belajar erti kemanusiaan ye sayanggg ;))






Yang cuti hari ni, hujan tak henti henti dari pagi tadi,
signature ms eida
Read More ->>

Monday, December 22, 2014

Preview Filem Rumah Pusaka di Simpang Jalan





Preview Filem Rumah Pusaka di Simpang Jalan | Arahan Mamat Khalid . FIlem Ke-13. pergh daebakk ! 15hb Disember 2014 kelmarin, ada Tayangan Perdana Filem Rumah Pusaka di Simpang Jalan, ai berkesempatan untuk hadiri as media bloggers . thank you sudi invite ida ... dan ai invite sekali eyza untuk pergi bersama ;)) Tayangan Perdana ni berlangsung pukul 9pm di TGV KLCC ;)) so, gigih la aiols naik LRT untuk ke KLCC. lama haih tak sini  ;(

partner in crime malam ituew ~ eyza *klik* 
thanks sudi follow idaaa ;))

 WAJIB cari banner Filem heeee ~


sesampai sahaja, kene daftar dulu then dapat goodies bag (ada tshirt filem yeayyyy) as asually hehe. dan pergi makan... tapi disebabkan masih kenyang, ai pandang sahaja makanan yang disediakan kehkehkeh. minat ai lebih kepada artis artis yang hadir . ape lagi nak ajak selfie ahhhhh HAHAHAHA *tapi sedih tak dapat selfie bersama dgn Jihan*

 with fida. comel kecik gila fida ni. ai besar gedegang haih!

 sporting habis Pekin bila diminta buat peace!


secara ringkas filem ini,
"Rumah Pusaka Di Simpang Jalan mengisahkan beberapa Ahli keluarga Datuk Semerah Setongkol yang masih hidup  dipanggil ke sebuah rumah pusaka untuk menerima harta peninggalan warisan nenek moyang mereka. Mereka semua dijemput ke rumah nenek moyang mereka dan disambut oleh Johar Zulkifli (Syuk SYJ), penjaga rumah tersebut. Rashid (Pekin Ibrahim) mempunyai perasaan ganjil bahawa sesuatu yang tidak kena dengan rumah ini semasa beliau menjejakkan kaki ke rumah. Namun untuk mendapatkan harta pusaka tersebut mereka semua diminta untuk tinggal di rumah pada malam itu dan mereka terpaksa melalui ujian yang telah ditetapkan. Peristiwa yang pelik mula berlaku kepada semua ahli keluarga termasuk Rashid, Markona (Beli Ngasri), Yeh (Rab Khalid), Susanti (Jehan Muse), Ali (Ahmad Maembong) dan Milie (Fatin Syahirah)
  
jujur ai cakap, filem ni boleh laaaa boleh laaa ditonton bersama family di masa lapang, boleh tahan kelakar dengan kehadiran jihan dan syuk SYJ. ai rasa lakonan paling WIN is YEH Sekupang.......... akhir kata, sokong lah industri perfileman TanahAir kitaaaa ;))



 Jangan lupa tonton filem Rumah Pusaka di Simpang Jalan yang bakal menemui anda pada 
1 Januari 2015 di semua pawagam berhampiran andaaaaaaaaa ! Hidup Mamat Khalid !








Yang rasa Mamat Khalid punya cerita memang lain dari yang lain kan?
signature ms eida
Read More ->>

Sunday, December 21, 2014

Bloggers Day Out di Klang Parade

 

Bloggers Day Out di Klang Parade  | Creating New Memories . . Last 13hb Disember 2014 hari tu, ai berkesempatan melepak bersama 30 bloggers  yang lain di Klang Parade. kita kasi pusing habis satu mall okayyyy ! ai dulu pernah sekali datang bersama auntie tapi time tu Klang Parade so so jekk.. but now, Klang Parade gila ohsem babeeee . . . baru lepas renovate lah katanyaaaa plus banyak shops yang best best !


"" Klang Parade telah membuat pelancaran secara besar-besaran menandakan siapnya beberapa inisiatif dalam meningkatkan beberapa aset asas yang diubah dan menjadikan Klang Parade sebuah pusat membeli belah komuniti yang moden. Kerja-kerja menaiktaraf ini telah digerakkan oleh pemilik pusat membeli belah Klang Parade itu sendiri iaitu ARA Asset Management Limited yang mana kerja-kerja menaiktaraf tersebut telah dimulakan pada bulan Jun 2013 yang lalu. Penambahan termasuk membesarkan kawasan umum (2 atrium), kawasan membeli belah dan kawasan makanan dan minuman supaya menjadi pusat membeli belah yang lebih selesa untuk pengguna. ""   

semua bloggers yang terlibat kasi chance bergambar duluuuuuu wiwiiii ~


Pendaftaran pada pukul 4pm. ngam ngam ai sampai.. daftar dan diberi goodies beg wiwiiiii ~ ai like.. okay apa aktiviti pertama kitaorang di Klang Parade ini? its karok babeeee ... lets go! tapi boleh pulak masa otw tu, kitaorang dikejutkan dengan suprise dancing . . . ! sapa sapa ? Its Rejuvenate Dance Crew dari 8TV Showdown and Astro Battleground di Peanut Butter Studio. Actually studio ini bakal dibuka. sapa sapa yang berminat nak belajar menari boleh la join... ohsem sangat dance diaorang k! ai ade lah record tapi tak leh nak masuk dalam blog ni haaaa .. sabau ajelah!

 thank you katanyaaaa ;))

 behave sangat bloggers ni kannn hekhekeh


 machem machem mimik muka diaorang buat style sangat korang !

Facebook Peanut Butter studio : https://www.facebook.com/PeanutButterStudioMy
Facebook Rejuvenate:  www.fb.com/RejuvenateDanceCrew



Lepas tengok cutey cutey dance, kitaorang proceed ke karok LOL. dekat mana ? Firezone Family KTV. serius ini tempat favourite! tapi bila dah ramai sangat, aiols jadik malu pulak nak nyanyi.. kehkehkeh . . cantik ! besar ! happening sangattttt Family KTV ni. bilik yang kitaorang dapat, perghhhh gila besau okay ! bayangkan semua bloggers boleh muat dalam tu? mampu? screen ada TIGA! sofa panjang sangatttttttttttttttttt. kaw nak tido pon bolehhhhhhhh  ;p
 

  KBBA in the house yaw ~

 besar kan bilik dia? paling besar ! so boleh lah buat gathering sambil berkarok kannn ;))

 layari website;  http://www.firezonefmktv.com
untuk keterangan lanjut ;))


Settle berkaraoke kitaorang buat apa? heading to Circus Circus Entertaiment. ni tempat main main game gituew ~ haa fefeling jadik budak budak sangatt kenss . kuikuiiii ~ di sini, kitaorang diberi token seplastik dan sila la "having fun" dengan game game yang ada............... wahhh best sangat ! lets gooooooooooo . . . ! semua benda nak main..... lupe kejap umur berapa ni cik kak? kehkehkeh...

 main bola jaring, baling pon kelaut dahhh HAHA

 ramai ramai depan entrance Circus-Circus ;))
mai datang sini bawak anak anak cuti sekolahh nii heeee ~


selepas berlibur segala kat Circus Entertaiment, kitaorang proceed dengan Amazing Mall Hunt. ala ala treasure hunt gituew  ~ kitaorang dibahagikan mengikut kumpulan warna reben yang diberikan masa awal awal lagi.. ai dapat kaler kuning..  so bermakna ai is Yellow Team wiiii~  apa task Yellow team? lets  do ittt bebehhhh ... Mula sekali kitaorang dibawa ke kedai Little Hearts. Kedai ni jual patung banyakkkkkkkkkk sangatttttttt omeyomey angat semuanya ! apa yang perlu kita buat? pilih salah satu patung dan selfie bersama! HAHHAA mudah bukan? kalau kaki selfie , tarak hal punya laaaa...

 haa nampak ai dah pilih pinky pinky jewww ~

 ayuh selfie !

 dan hasilnya.. upload ! 

 this is my Yellow Team... ;))
dapat goodies dari Little Hearts . . .



Lepas tu kitaorang dibawa ke Kedai Makan Teppanyaki Gril.. untuk makan !! Nope. ada aktiviti yang tersembunyi ye semuaaaa..... kitaorang kene teka makanan apa yang kitaorang makan sambil mataku tertutup rapatt gituew ~ mampu makan macam tu? memang takkklaaaaa.... ikan kemana, ayam kemana, tahu tahu sumbat masuk dalam hidung KHAKHAKAHKAH

 salmon itu panjang ke? HAHAHAHA

 jangan tersuap orang depan sudah laaaa hiks

 rare makan sambil tutup mataaaa.. yg pasti TAK kenyang HAHHAHA


okay ask terakhir Yellow Team, heading to Hip Hop Arena.. actually sini kedai baju bajan comel comel teruk semua ada jual dekat sini... ai jeling jeling jeee.. task disini kitaorang diminta pose like hip hop yaw ~ ni nak bagitahu, pernah korang tengok pose hip hop gegurl pakai skrit? nahh amikkk HAHAHHAHHA

 dengan nad nad pun pakai skrit haa gasak laaa pose hip hop menda nyeee weiiiii HAHHAHHA


okay settle segala taskkk, masa untuk makan yeayyyy . makan dimana? kat mana? kat mana? dekattt Fourt Court Junction dia.............. HALAL dont worry. kedai yang TAK HALAL telah diasingkan... dont worry ;)) kami diberi vouchers RM30 sorang...... so melantak lah semua yekk. kehkehkehehhh

muka kenyang hikhihik


lepas makan tahu tahu dah pukul 8.30malam.... tiba masa untuk bergumbiraaa bersama Upin Ipin yang setia menunggu para bloggers.....lepas bergambar tamatlahhhhh Bloggers Day Out pada hari inii di Klang Parade  ;)) jujur ai cakap, Klang Parade tempat yang sesuai untuk hang out bersama family, kawan kawan or gathering.. tempat dia tak sesak. kedai banyak. tempat makan banyak.... parking senang cari. . lokasi pun strategik untuk orang Lembah Klang.............. jemput datang semua ke:

 KLANG PARADE
No 2112, Jalan Meru,
41050 Klang, Selangor,
Malaysia

Facebook Rasmi Klang Parade: Klang Parade

 riang ria di klang parade  ;))

with adik natcumi and kakak farah yang omey angat !



Last but not least, thank youuuu sooo much to ARA Asset Management Limited for having us, team Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) to spend our day in Klang Parade. we all enjoy sangat ! Terima kasih kerana mempercayai Blogger Malaysia esp KBBA ~ #muahciked

happy !






Yang next time nak datang karok lagi sini hiks,
signature ms eida
Read More ->>

Wednesday, December 17, 2014

Percutian ke Koh Lipe PART 3

 


Percutian ke Koh Lipe PART 3 | bersambung kembali episod bercuti ke Koh Lipe bersama #tripadikberadiks wiwiiwi~ lepas dah recharge battery (rehatkan badan, lepas siap berdengkur ;p) hubby ajak ai pergi tepi pantai. eleh nak beromantika lewteww. baiklah saya kan istewii misaliiii krik krik krikk ~ dalam pukul 3pm (time tengah panas berdentum weiiii) kitaorang lepak lepak tunggu adik beradik ai siap. apa je aktiviti pertama? kayaking babeeeee.. my favorite sport ! dari KL, ai jangka harga satu kayak is RM30/person. tapi sekali kitaorang survey, kayaking dekat Koh Lipe memang murah teroook! tahu berapa ? its just 200THB satu kayak satu jam. amagad ! rasa murah habis sampai nak tambah lagi satu jam? ishk tak yah laaa.. satu jam pun dah mengah habis kehkehkekehh itu pun main cengelat, hubby jer yang kayuh, ai steady duduk belakang tangkap gambar sane sini muehehhehe , jom ai bawak korang semua explore laut yang super duper cantik ohsem gilos!
 ada yang tanya pakai camera ape ni? oh ini Gopro 3+ Black Edition, 
adik ai punya harap maklum.

 siap berdiri. . kita kene berani untuk mendapatkan best shot ! puii

 cantik sangat kan? yang hitam2 kat dalam laut tu, coral dia. laut dia dalam gila. saja je adik ai pacak pedal untuk tahu kedalaman laut ni. sampai habis pacak tak cecah cecah lagi dasar.
nyeee... omaiiii haiiiii

kehkehkeh. candid shot !


Percutian ke Koh Lipe PART 3 | lepas tamat satu jam, kitaorang cadang nak pergi tengok Sunset. dekat mana? Sunset beach lah of coz. . sebabnya rata rata memang menyarankan untuk pergi. ayuh mari kita pergi jugakk ~ actually, tak tahu jalan ke arah mana. maps pun tak bawak. haaa gigih la bertanya orang sana sini ;p sudahnya? jalan kaki jauuuuuuuuuuuhhh gileee weiii. mengah habis! naik bukit turun bukit segalaaaa. adventure betul nak sampai Sunset Beach ni?  tapi kan, orang kata usaha itu tangga kejayaan kan.. sampai lah kitaorang di Sunset Beach yang mana masa itu, matahari tengah nak otw terbenam daa... amagad ! santekkkkkkkkkkkkkkkkkk sangatt. subhanallah indahnya ciptaan NYA. . mari cepat cepat keluarkan lensa untuk capture setiap moments indah.. ;))

ada bagus jugak jalan kaki jauh ke Sunset Beach, boleh cuci mata uols ~ 
banyak signboard pelik pelik sinii hihihihi

 balik main kayak otw ke Sunset Beach sempat pekena Pancake Chocolate yumyy weiii !
WAJIB try. sama sedap dengan yang Krabi punyaa heeee ~

  ngam ngam sampai di Sunset Beach, scene dah macam ni. Subhanallah ;))

 merenung tepat pada sang mentari



Percutian ke Koh Lipe PART 3 | kalau tak silap ai, matahari terbenam dalam pukul 6pm (waktu thailand) . . so make sure korang pergi dalam pukul 5.30pm ke? okay? oh ya lagi satu, tips ke Sunset Beach . . jangan pergi ikut jalan walking street. bapak jauh okay! peluh tiak kehkehkeh. boleh je naik taksi diaorang tapi tahu berapa bayaran dia? ai ade tahan satu taksi. sekali 500THB babeeee per person. gilo? RM5 je untuk ke Sunset Beach yang mana amik masa dalam 20min je berjalan kaki? hikhikhik memang TAK laa ai nak bayar kan? mari berjalan kaki yukkkk . . tapi kalau nak jalan short cut, korang lalu Pattaya Beach, pergi sampai hujung nanti akan jumpa Sita Hotel. hotel 5 star ni. pergi Sunset Beach lalu di celahan walkway Hotel Sita ni tauuu .. dekat sajok! siut jekkk... kitaorang lalu jalan ni untuk balik dari Sunset Beach tu laa.. tanya local people diaorang bagi jalan ni.. huhuhu ~


Percutian ke Koh Lipe PART 3 | di malam hari, kitaorang pergi dinner dekat Roti Mina. Kedai ni HALAL berada dalam walking street.. ai rekemen korang makan sini. SEDAP ! MURAH sikit dari Bungroon Food tu . . so, bermula la episod kitaorang break1st, lunch , dinner di Roti Mina. sampaikan owner kedai tu pun dah kenal kiaorang hikhikhik . . Kedai Roti Mina ni memang kosong je manjang sebab HALAL kot? orangg melayu kan tak ramai dekat sini..... mat minah salleh suka pergi lepak dekat bar bar yang ada jeww... huh

 taksi ni kepunyaan tuan punya kedai ni. kitaorang amik pic kat sini, dia pandang dari jauh kecik beso kecik beso jeeee budak malaysiaaa niii HAHAHA

 sedap gilaaa weii..... must try okay!
THB100

 awal awal ai dah pekena tomyam. perghh memang terbaik ah kuey tiaw tomyam dia. kuah dia pekat giler pedas sedap arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh . . . semangkuk THB150

paham kok?
Total THB690. mahal kan?
*nanti ai buat satu entry khas harga makanan di Koh Lipe okay bebeh?*



Percutian ke Koh Lipe PART 3 | lepas makan, ayuh shopping ! jalan di malam hari lagi selamat dari gangguan anjing yek. sebabnya kita boleh jalan selit selit di antara orang lain. so xde la anjing tu dok tenung jeeeeee kau! HAHAHA . . antara sourvenir yang ai perasaan famous di Koh Lipe adalah, post office ni haaaa. tak tahu kenapa? tapi ai beli lah jugak kehkehkeh.. harga barangan dekat sini boleh tahan. korang kene pandai mintak diskaun or else, korang kene combine beli barang sekali biar nampak banyak baru dapat diskaun.. kalau tak? jangan harap. diaorang ni degil TAKNAK bagi diskaun kedek !

 
 trademark Koh Lipe maybe?
 
 sourvenir famous . eh korang,, ai nak bagi giveaway ciked.
Simple. Just tinggalkan nama/alamat/no.tel/email kat ruang komen k?
 ai random pilih dari situ je. heee ~ 

 gadis dan hospital. hikhikhik

 ada ATM jangan risau. just aktifkan pengeluaran antarabangsa je . ok?

 tengah tengah jalan memang port dia!


Percutian ke Koh Lipe PART 3 | walking street ni makin malam makin meriah, makan bawah makin banyak orang mabuk KAHKAHKAH. kitaorang round sampai habis lepas tu patah balik. da pukul 10pm, kita orang Malaysia kene tunjukkan contoh yang baikk, ayuh pulang ke hotel HAHAHA . . sebelum tu sempat jekk singgah kedai beli sekotak rokok Thai . THB100 okay ! grrrrrr okbaiii nanti sambung ehhhh... nak tido *entry ini di update pada pukul 3.30am - harap maklum*

 rasa apa rokok thailand tu?





tumpang lalu kejap nak iklan iklan iklan ;
  klik gambar jika berminat mahupun ingin mengetahui dengan lebih lanjut 
terima kasih korangggg ;))





Kira-kira bajet untuk dua orang tau!
Kayaking 1 hour + 1 kayak 2 person , THB200 (convert duit M'sia , THB200 x 0.1038  = RM20.80)
Pancake Choc 2pcs , THB120 (convert duit M'sia , THB120 x 0.1038  = RM12.50)
Buah THB40 (convert duit M'sia , THB40 x 0.1038  = RM4.20)
Dinner di Roti Mina, THB370 (convert duit M'sia , THB370 x 0.1038  = RM38.40)
Tshirt Syg THB400 (convert duit M'sia , THB400 x 0.1038  = RM42.00)
Tshirt Koh Lipe 2helai THB360 (convert duit M'sia , THB360 x 0.1038  = RM37.40)
Sourvenir THB600 (convert duit M'sia , THB600 x 0.1038  = RM62.30)
Rokok Syg THB100 (convert duit M'sia , THB100 x 0.1038  = RM10.40)

Total RM228.00



*Entry Berkaitan* KLIK






Yang rindunyaaa makanan Thailand! sedap!
signature ms eida
Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page