Thursday, February 28, 2013

Travel Kit paling jimat !




*Ini travel kit saya. Kemana mana saya bercutii , mesti dia ikut. WAJIB!*



Dalam satu satu travel kit ada semuaa peralatan mandi, ada berus gigi, ubat gigi, syampoo, sabun, showel gel dan lain lain lagi.. (ayat tak boleh blahhhhhhhhhh). .  Walau ai tahu, setiap kali pergi hotel mestii disediakan kan semua tu, Tapiii, ai tak suka sabun hotel, tak suka syampoo hotel, yang ai sukaaaa hanyalah tuala diaaaa... Miahhahhaha... Uols suka ke? Ai kurenggggg, Tu yang ai suka bawak Travel Kit ai sendiri bila bercutiii.... Jangan risau kalau tak cukup ke hape ke kan, sebab last honeymoon ai, Sabah tu, 5hari4malam ai gunaaaaa ni. Tak guna barang hotel pun. Berdua lagi pakai.. Cukup okayyyyyy  ;)

*Ai beli kat Guardian jeee. Murahhh ajeee.. 
Travel Bottle Kit tu hanya RM16. Berus/Ubat gigi hanya RM10. Siap leh bengkok bengkok si berus gigi. Muat okay sumbat dalam beg tuh.. hikhikhik*




 *Siap semuaaaaaaaaaaaaaaa.. Dah ready Travel Kit uolss? Okay jom pergi bercutiiiii! HAHA*










Yang rasa selesaaaa guna barang sendiri dari barang hotel, dono y?  ;p
signature ms eida
Read More ->>

Wednesday, February 27, 2013

Kenali Blogger/Sukarelawan Program Amal Mesra Blogger Bersama Anak Yatim






Separuh dari yang hadir ada dalam gambar. 
Ada juga yang TAK ade sebab dah balik dulu. Hujan petang tu. 



Hari ni ai nak up senarai namaa blogger yang join. Blogger yang join ada link masing masing. Jenuh ai pusing pada satu satu mejaaaa nak mintak tulis link blog. Kalau ada yang takde link, sorri ehh. Mungkin ai terlepas pandang. Ye laaa, masa pendaftaran, ai kelam kabut nak handle daftar dengan 'gangguan' budak budak lagi , nak pegang pen laaa, nak conteng kertas laaa, tanya itu ini.. heyy lahaiii budak budakk.. Tak boleh nak marah, budak budak kennnn . .So, kita layaaaaaaaankan ajeeeeee  ;p


Sambung cerita, kalau tak de nama/link blog, bagitahu ai, ai akan edit tambah. Simple kan? Tak perlu sentap ehhhhh.. Hidup kene ceriaaaaa.. Miahahhaha *padahal takut kene marah* kuikuiii . . Mengikut senarai nama yang ada kat ai ni ha, ada seramai 42 orang yang hadir menjayakan Program Amal Mesra Blogger Bersama Anak Yatim ni.. Ada yang bawak isteri. Ada yang bawak suami. Ada yang bawak kawan. Bawak kawan kepada kawan. Bagus kannnnn ? Dalam 42 orang ni, 20 orang adalah blogger.. 


Ai takde gambar sorang sorang, kalau tak, ai dah tepek dahhh kat siniii... HEHE ~ Tapi ai akan senaraikan link link merekaaaa.. Terima kasih kawan kawan sudiii join Program Amal yang dianjurkan oleh kami. Terharu sebentar. Terkesima sekejap dengan tenaga yang dihulurkan.. Eh eh? Badan uolss rasa sengal sengal takk? Penangan mengecat mungkin. kuikuiiii 


Link Blogger Yang hadir Program Amal Mesra Blogger Bersama Anak Yatim

1. Nadia - http://www.nadiafarahida.com/
2. Eida - http://msieda.blogspot.com/
3. Mila - http://milaahmad.blogspot.com/
4. Nory - http://noryzoulkefle.blogspot.com/
5. Ieza - http://senyumangadisgerimis.blogspot.com/
6. Nuha - http://lovebubbling.blogspot.com/
7. Bella - http://bellaisyqeef.blogspot.com/
8. Iera - http://ierasebelas.blogspot.com/
9. Sheila - http://www.sheilashahfiekry.my/
10. Ayu - http://ayuamanshah.blogspot.com/
11. Linda - http://anggunbabycloset.blogspot.com/
12. Zana - http://adieyza.blogspot.com/
13. Zue - http://akubukanblog.blogspot.com/
14. Yana - http://leeyanaradhi.blogspot.com/
15. Mimi - http://www.mimiepinkummi.my
16. Boni Kacak - http://www.bonikacak.com/
17. Abg Long Mujahid - http://www.soutulmujahid.com/
18. Ummi - http://nukilanummiabi.blogspot.com/
19. Nugrul - http://www.nugrulsakura.my/
20. Liza - http://syahidahbillah.blogspot.com/



Sukarelawan Yang hadir Program Amal Mesra Blogger Bersama Anak Yatim

1. Syafiq
2. Andi
3. Mcdee
4. Zul
5. Nasrul
6. Hadi
7. Dayat
8. Karlida
9. Hadi Kahar
10. Faidzal
11. Nini
12. Wan
13. Aidhar a.k.a KakNgah
14. Khairul
15. Poksu
16. Moksu
17. Kak Lim
18. Joey
19. Salim
20. Dahlia
21. Hafizah
22. Aliah



Kepada semuaaaa yang terlibat. Terima kasihhh banyak banyakk tau. Tak tahu lah bila ai nak stop ucap terima kasih ni.. Miahhaha... Terima kasih atas semuaaaaaaaaaaaa yang telah menyumbang tenaga, masa, tauuuuuuuuuu................  ;)










Yang gigih tak sayaaaa menyenaraikan semuaa link itueww?  ;p
signature ms eida
Read More ->>

Meatball IKEA ade campuran Daging Kuda? Gulp !








STOCKHOLM - Daging kuda ditemui pada bebola daging yang dilabelkan sebagai daging lembu yang dijual di kedai rangkaian perabot Ikea, lapor agensi berita AP semalam. Pentadbiran Veterinar Negara Zcech menyatakan, daging kuda ditemui pada bebola daging beku yang diperbuat di Sweden dan dihantar ke Republik Czech untuk dijual di kedai-kedai Ikea.

Sejumlah 760 kilogram bebola daging itu dihalang daripada tiba di kedai tersebut untuk dijual. Jurucakap IKEA, Ylva Magnusson menyatakan, bebola daging itu telah dihantar ke Slovakia, Hungary, Perancis, Britain, Portugal, Belanda, Belgium, Sepanyol, Itali, Greece, Cyprus dan Ireland.

Magnusson berkata, bebola daging itu ditarik penjualan di kedai-kedai Ikea di negara tersebut. Sementara itu, pihak berkuasa di Denmark menyatakan, satu laporan polis akan dibuat selepas seorang penjual daging menjual daging kuda kepada kedai-kedai piza tempatan. Kedai-kedai piza itu ditipu kerana menganggap daging kuda tersebut sebagai daging lembu.

Ketua Penyiasat Pentadbiran Veterinar dan Makanan Denmark, Michael Rosenmark berkata, beberapa sampel telah diambil daripada daging piza yang dikeluarkan oleh Harby Slagterhus menunjukkan ia mengandungi campuran daging kuda, babi dan lembu. Penjual di bandar Arhus itu mendakwa pihak restoran mengetahui produk tersebut mengandungi daging kuda.

Pihak berkuasa di seluruh Eropah mula melakukan ujian asid deoksiribonukleik secara rawak selepas menemui cam puran daging kuda dalam produk beku daging burger dan lasagne. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0226&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2M3qEh42W 
Hakcipta terpelihara 


Sumber 




p/s : Kita boleh makan daging kuda ke tak eh? halal ke tak eh? blurrrrr






Yang terkedu!
signature ms eida
Read More ->>

WORDLESS WEDNESDAY #57 | Sijil Gunung Tahan






Kalau BERJAYA daki Gunung yang diiktiraf, mesti akan dapat sijil penghargaan gitu~ 
Gunung Tahan adalah salah satunyaaaaa . . 
Hubby dah dapat,
  Sijil Penghargaan - Telah Berjaya mendaki Gunung Tahan

SYABAS !









p/s : Hubby takde dua hari. Outstation. Ai gembira dalam sedih. Sedih sebab asyik kene tinggal jeee. Gembira sebab? Hubby outstation ke Langkawiiiiiiii . . Cokelattt, come to mamaaaaa.. hekhekhekk










Yang nak berBW jap ! Awal pulak sampai hari ni...... ;p
signature ms eida
Read More ->>

Tuesday, February 26, 2013

Kenali Urusetia Program Amal Mesra Blogger Bersama Anak Yatim






Hai hai haiii . . Masak lah uols semuaaa baca pasal Program Anak Yatim ni berhari hari.. HAHA. Banyak ni nak cerita , nak kongsi dalam belog. Untuk tatapan dikemudian hari. Satu satu ai akan cerita supaya tak kan tertinggal satu ceritaa pun.. Disebabkan gambar belum dapat sepenuhnya dari Official PhotoG Program Amal Mesra Blogger Bersama Anak Yatim ni, mari kita ceritaaa pasal Orang KUAT Program ini.... Mana tau ada yang TAK kenal mereka kan?

Urusetia a.k.a Orang Kuat . . Tabikkkkkkk !



Takde si Orang KUAT ni, TAK jalan Program ni. Selama duabulan lebih, kepala mereka berlima running pasal program ni. Ke sana sini cari sponsor, yang gigih cari Nadia lahhh, we all , si tulang belakang gigih menghebahkan seluas luasnyaaaaaa untuk mengumpul danaaaa.... Settle semua, gigih plan macam mane program ni nanti, nak buat ape, nak beli ape, nak bagi ape, ... Dari awal tahun hari tu rasanya, start keluarrr mencari, survey barang, gigih pergi kilang cari almari loker... Semuaaa nak kene fikir, dari sekecik kecik benda sampaii sebesar besar halll . . Gigih sangattt !


We all TAK kesah duit minyak keluar, duit makan keluar, tenaga, masa terpaksa dikorbankan, heyyy TAK kesah semuaaa tuh... Asalkan event ini berjaya! Tu belum campur bergadoh pasal idea . . HAHA~ Koranggg, terima kasih semuaaaaa  ;) Sayang korang ketattttt sangatttt tau! Jom kenali mereka satu satu . . . . Kalau nak lagi best, follow lah merekaaaaaa  ;)


Nadia & Syafiq - http://www.nadiafarahida.com




Terima kasih sayang sebab izinkan saya untuk buat sesuatu yang mendatangkan kebaikan untuk diri saya sebenarnya. Saya cuba untuk buat baik, cuba untuk perbaiki diri. Terima kasih sayang juga sebab support event saya. Hari hari dengar saya membebel pasal event ni. Terima kasih sebab jadi, tangan dan kaki saya di event ni kelmarin. Saya tahu awak penat. Gigih awak mengecat/mengangkat barang. Terima kasih sayang.. Saya sayangggggggggggg awakkk dunia dan akhirat  ;)









Ieza & Nasrul (Mak & Ayah) - http://senyumangadisgerimis.blogspot.com/








Yang rinduuuuuuuu suasana Program kelmarin,
signature ms eida
Read More ->>

Monday, February 25, 2013

Program Mesra Amal Blogger Bersama Anak Yatim #1





*Para Blogger/Sukarelawan bersama Ustaz Hayaudin & Kak Zu 
dari Rumah Amal Kasih Bestari, Kg. Melayu Subang.*




Event Program Amal Mesra Blogger Bersama Anak Yatim berjalan dengan lancar semalam. Total Sumbangan terkumpul RM13k. Syukur sangatt! Di saat-saat akhir pun masih ada yang ingin memberi. Terima kasih. Walaupun hujan turun lebat di petang hari, hujan itu Rahmat. ALLAH SWT turunkan rahmat buat kita semua rupanya. ;)


Terima kasih tak terhingga buat semua sponsor, yang sudiii menaja majlis kami.
1. Kanopi/Khemah yangg suweet sangatt dari Salamah Catering (Kak Long)
2. Banner & Bunting yang kalerpulll sangatttt dari OJ
3. Games Planner dari Bubbles Event Management , even ultraman king tak menang. hikhikhik. . 
4. Catering, TQ Abg fifi dari FIEBY'Z Catering 017-3996985
5. Tak lupa juga gambar gambar kami yang ohsem dari Zaini Husain Muhammad Hayden Little Hannah Collection

(i'll review all the sponsor next entry ya!)



Juga tak lupa kepada semuaaaaaaaa sukarelawan, para blogger yang menjayakan program ini sampaiiii sempurna saya kira. Nak sebut sorang sorang, jenuhh.. ada 40orang ni..... hehe~ Terima kasih ye semuaaa, jangan serik untuk join event yang dianjurkan oleh kami.. Terima kasih tak terhingga untuk tenaga, kerjasama,masa yang diberikan. Terimaaa kasihh.. Terima kasihhhh ;)


"Siapa sangka blogger yang tiada apa apa, tiada penaja besar, tiada vvip, dan bukan dari institusi mane mane, boleh menyempurnakan majlis ini. Ustaz sangat terharu dan berterima kasih kepada semua." Sebaris kata Ustaz Hayaudin dari Rumah Amal Kasih Bestari.

*mood: Ustaz buat semuaaa orang sebakk.. *mata berkaca*



To urusetia : Rindu nak gaduh, bertekak dgn dengan korang lagiii... ngeeee~
 

To all : o-O ye. Ida mintak maap, kalau ada terkasar bahase sepanjang kitaaaa bekerjasama dalam menjayakan Program Amal ni..  Tau tau ! 










Yang TAK cukup tido, balik nak tido puas puassssssssssssss,
signature ms eida
Read More ->>

Friday, February 22, 2013

♥♥♥ Three years @ Sabah bahh | Budjet ke SABAH






Entry kali ni nak cerita pasal budjet. Entry ini ai ade buat budjet, konon bawak RM2k aje. Nak guna banyak tu , tak nak lebih lebihhh . .  Tapiii? Kita mana nak tahu akan datang punya hal kan? Awal awal ai dah kene kuar duit banyak tuk bayar tiket baru akibat tertinggal flight. Situ je dah RM618.00. Dah nampak budjet ai larikkkk ken? Tu yang ai pesan diri sendiri, kalau nak bercuti, keneeee adeee duit lebihhhh. Tak boleh cukup cukupp.. Bahayaaaaaaaaaa


Ramai yang call, pm, msg, email pasal budjet ke Sabah. Ai serba salah mula mula nak tunjuk apa yang ai belanjaaaa, nanti orang cakap ai poyooOOOoo .. Tapiii, niat ai nak memudahkan, nak berkongsiiii pengalaman ke sanaaa.. Ai sendiri tak tahu nak bentangkan budjet ni macam mana sebenarnya. By day ke, by aktiviti ke... HAHA..  Harap dapat membantu uols sikit sikit dalam planning bercuti ke Sabah yeeeeee . . . Kalau terkurang sana sini info, maap kan tuan hambaaaaaaaa ;p


Jangan ikut cara ai berbelanjaa tau tau. Ikut cara sendiri... Amik yang patut patut jeee, yang mana uols boleh cut tu , cut la kosnyaaa... Ai ni bercuti napsuuu gajahhhh.. Berbelanja macam ai akan sampai tempat tu sekalii je.. Tu yang semuaaa nak cubaaa.. HAHA . .  Okay, kalau uols nak baca balik kesemuaa entry pasal Percutian ai di Sabah , refer link ini , ♥♥♥ Three years @ Sabah bahh 



DAY 1
Kira kira
Flight yang sedia purchase online RM501.80
Beli tiket flight baru RM618.00 (pergi saja)
Parking fee 2jam50min RM7.00
Wrapping luggage RM10.00
Makan makan lepak lepak Oldtown RM38.00
Air Mineral RM2.50
Teksi dari airport ke Pasar Filipino (Kota Kinabalu) RM30
Hotel Budjet Sinsuran Home RM50/satu malam
Rokok RM3.00
Kuih tempatan RM1.00
Sayap Ayam 3 ketul RM4.50
Makan seafooddi Pasar Filipino RM42.00
Borong di Pasar Penjual Ikan Masin Pasar Filipino RM78
Borong di Pasar Kraftangan Pasar Filipino RM266.00
Beli Tshirt I LOVE SABAH (WAJIB ni) hehe RM46.00 (RM23/sehelai)
Snack - Roti & Air mineral RM4.00




DAY 2
Kira kira
Break1st RM6.90
Kereta Sewa 3hari2malam RM280.00
Snack - Air mineral RM3.90
Minyak ke Kundasang RM60.00
Tiket masuk Desa Castle RM4 x 2orang Dewasa RM8.00
Makan makan (sosej, waffle,icecream,fresh milk) RM13.10
Fridget Magnet (WAJIB) RM5.00
Rumput bagi anak lembu kambing makan RM3.00
KFC RM24.00
Mount Kinabalu Heritage 3hari2malam RM340.00
Keychain RM8.50



DAY 3
Kira kira
Tuala RM10
Tiket masuk Poring Hot Springs 2org Dewasa RM6
Tiket masuk Canopy Walkway Poring 2 org Dewasa RM6
Camera charge RM5
Open Bath Tub RM3 seorang per hour. 1jam 2 org RM6
Makan makan RM16
Tiket masuk Fish Spa 2org RM10
Camera charge RM5
Makanan ikan RM4
Buah-buahan RM17
Bayam Goreng RM17
Strawberry RM10
Carrot RM4
Bunga RM5



DAY 4
Kira kira
Shopping Tea RM20.60
Lunch di Sabah Tea RM44.00
Break1st di Sabah Tea RM31.00
Tiket Masuk Kundasang War Memorial 2Dewasa RM4.00
Cenderahati RM30.00
Tiket Masuk Kinabalu Park 2Dewasa RM12.00 (sebab ai masuk 2x kan?)
Tiket Masuk Rumah Terbalik 2xDewasa RM20.00
Fridget Magnet RM9.00
Dinner @ Pasar Filipino RM41.50
Hotel Budjet 1 malam RM75.00



DAY 5
Kira kira
Break1st RM11.00
Seawalking Pulau Manukan RM470.00
Parking kereta di Jesselton Point RM5.00
Lunch Tanjung Aru RM32
Parking Tanjung Aru RM1
Wrapping RM40
Fridget Magnet RM10




TOTAL = RM3,374.70




Kbai! Jom pengsaaaaaaaaannnnnnn !!









Yang sendiri gerun tengok jumlah perbelanjaan semuaaaaa.... larikkkkkk
signature ms eida
Read More ->>

Thursday, February 21, 2013

Lelaki BOROI = Lelaki PENYAYANG tau !





Erkk..tahukah anda hampir 92% lelaki yg berkahwin akan boroi dlm 2 tahun perkahwinan. Malas statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaki kpd suami yg six pax dan masih tampan...



Berbanding kadar penceraian yg melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian, namun itulah hakikatnya. Beruntunglah kpd mereka yg mempunyai suami boroi dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh.





##Hubby ai maintain je kurus keding gitu. Dah tiga tahun kawen? Alaaaaa.. sayang pehlisss boroi.. Miahahaha... Tapi ai know, even dia tak boroi, diaaa sayanggg ai.... Muahahaha. . So, kawan kawan, jangan risau hubby uols boroii, selamat tau? takde orang nakk, takde orang tackle, takde orang kacau. Pempuan lain pon tak pandang lakiiii kitaaaa yang boroii niii.. Kan selamat tuh? Tapii, jaga jaga cik salmah, hubby hubby yang masih tampan bergayaaaaa.. Sayangi lah istewiii anda sepanjang hayat okayyyyyyy , walau istewiii tu dah berubah bentuk.. Muahhahahhaaaaaaaa . KBAI!


###Yang entry suka suki ni. Jangan amik terlalu serius eh? eh? Tak sukanyaaa hidup dalam keadaan serius manjang. Ce happy happy. Kita gelak ramai ramai okayyy? Ini cerita biasa yang TAK de kene mngena dgn orang lain. Saja saja up. Ai rasa comel je cerita boroiii ni.. huhauhuahuahaaaaa








Yang saja up cerita ni,
signature ms eida
Read More ->>

Wednesday, February 20, 2013

Aturcara Program Mesra Amal Blogger Bersama Anak Yatim








ATURCARA PROGRAM MESRA AMAL
 BLOGGER BERSAMA ANAK YATIM



8.00 pagi   : Ketibaan Sukarelawan/Blogger
8.15 pagi   : Taklimat Ringkas Kepada Sukarelawan/Blogger
                 : Ucapan Aluan Daripada Pihak Rumah Amal Kasih Bestari
 
8.30 pagi   : Sarapan
               
9.00 pagi   : Aktiviti Mengecat Rumah Anak Yatim
                 : Aktiviti Gotong–royong Bersama Anak Yatim
               
12.30tghhari: Rehat
                : Makan Tengah Hari
                : Solat Berjemaah (sila bawa telekung sendiri - kaum perempuan)

2.00 petang: Aktiviti Bersama Anak Yatim (Games)
  oleh Bubbles Event Management
               
4.15 petang: Minum Petang
4.30 petang: Solat Berjemaah
5.00 petang: Persembahan Anak Yatim
                 : Sesi Penyerahan Hadiah Games Kepada Anak Yatim
                 : Sesi Penyerahan Sumbangan Dana Kepada Pihak Rumah Amal
                 : Sesi bergambar
                 : Bersurai








## Mintak perhatian ya sukarelawan/blogger yang telah mendaftar untuk Program Amal ni. Minta sangattt, untuk datang ON TIME. Kalau tak tahu jalan, mintak keluar awal sikit boleh ? Bagi mengelakkan sesat barat dan sampai lewat. Nakkkk sangattt mula kerja awal supaya kerja mengecat cepat siap.. Bayangkan kerja tak siap, dinding tak sempat kering sebab mula kerja mengecat lambat, kesian adik adik kita kat rumah tu, duduk dalam rumah keadaan yang tak cantik, tak selesa, tak kemas. Kan?? Pasang niat dari rumah lagii, nak pergi buat kerja amal di rumah anak yatim sampaiiiii habis. Sampaiii rumah tu siap sepenuhnyaaaa.. Dengan itu, kita pon boleh balik dengan hati yang senanggggggg . . . Betul ?  Terima kasih kerana memberi kerjasama.. Jumpa ahad nanti ! 


Ingat alamat ini, salin dalam telepon masing masing,

Rumah Amal Kasih Bestari,
LOT 5930, Kg. Betik, Kg. Melayu Subang,
40150, Shah Alam, Selangor.
*Landmark - Pergi ke arah Airport Subang. Dari situ akan nampak Signboard Kg.Melayu Subang. Ikut signboard tu tau. Dah hampir sampai, akan ada banting/banner seperti di atas. Kalau nampak bunting tu, uols tak sesatlah jawabnyaaa..  
**landmarik Jalan lain - Dari Aiport Subang, terus saja. sampai jumpa simpang tiga. (sebelah kiri ada caltex). Amik kiri tu. Terus je akan nampak banting/banner Program ini.
Kalau sesat call nombor ini - 012-642 4314 Ieza









Yang berharap Program ini berjalan lancar, amin amin amin . . ..
signature ms eida
Read More ->>

BREAKING NEWS : Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2013 (RM400) 1.4 Juta Penjawat + Elaun Perumahan Naik?







Gaji Kakitangan Awam + Elaun Perumahan Naik?


Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berbesar hati di mana akan bertindak meluluskan kenaikan gaji akkitangan awam 2013 sekitar RM400 dan elaun perumahan dinaikkan kepada (antara RM350-RM450). Dan dijangka kenaikan gaji kakitangan awam + elaun perumahan (ETP) akan diluluskan pada seawal hari Khamis ini atau selewat-lewatnya awal minggu hadapan.
P/S : Nantikan kemaksini berita seterusnya daripada Berita Semasa selepas ini….
PP/S : Dalam pada masa yang sama, (CUEPACS) dilihat akan terus menekan supaya kerajaan mengkaji semula faedah pinjaman perumahan kakitangan awam sebanyak 4 peratus dengan menurunkan ia kepada satu peratus.





## Bestnyaaaa kalau ini betul betul terjadi... Mesti jeleeeeeeesss dengan pekerja government kann? HAHA . Statement berani matikkk haku... Terus kene block blog ni kang! Huauahuahuahaa









Yang nak terpacak depan TV malam ni! doa doa doa doaaaaaaa!
signature ms eida
Read More ->>

♥♥♥ Three years @ Sabah bahh | Tanjung Aru





Lepas balik dari buat seawalking, we all cepat cepat balik hotel. Nak siap siap mandi, rehat sekejap dan terus check out. Masa tu dah pukul 2pm. Terus pergi ke Airport KK. Bukan nak balik sekarang, flight we all pukul 6.05pm nanti. Cuma nak tahu jalan saja. Kang sesat naya tinggal flight lagiiii... Miahahaha.. Lepas dah tahu jalan, we all singgah cari makan kat Tanjung Aru. Cantikkk pantai diaaa.. Sunyi sepiii je... Ada lah dua tiga orang je yang mandiii....

*Foodcourt Tanjung Aru, Gerai nama Pondok Pantai.*




Orang cakap mesti mesti singgah makan kat FoofCourt Tanjung Aru ni. Sedap katanyaaa.. We all pun nak test lah ni. Seperti biasa, order sayap ayam yang sedappppp kebabooooOOom ni. Wajib cuba! Hubby order Mee goreng biasa je.. Tapi sedap diaaaaa, kemaiiinnn, licin satu pinggan hubby makan ! Ai punya bihun tomyam pun sedap , pedas, banyakkk udanggg ! Gilaaaaaa sedapppppppp ! Betul cakap orang, FoodCourt Tanjung Aru memang marbelesss makanan dia !! Wajib datang okay ?

*Tiap kali makan kat Sabah, mestii ai order Sayap Ayam ni. Sedappp sangatttt!!*




Lepas dah makan kenyang kenyang, we all terus pergi Airport balik.. Dekat je dari Tanjung Aru ni. 10min dah sampaii.. Sampai airport tunggu KakMaya kejap nak hantar kereta terus pergi wrapping beg/kotak semuaaa .. Haaa. sini yang bengang ni, ai pergi wrapping dulu baru pergi daftar luggage. Sampai kaunter, kotak ai tak boleh bawak masuk kargo sebab dalam kotak ada buah taram. Buah taram TAK lepas naik kargo sebab ada bau. So, kene bukak balik kotak, keluarkan keropok yang ai beli, buah taram tinggal kat kawan ai, Anna yang akan sampai dari KL pukul 5.30pm. Ai dah niat, kalau Anna taknak buah ni, ai bagi je kat budak wrapping jeee.. HAHA

 *Semua beg ai kasi masuk kargo. Ai beli luggage 25kg masa balik. Siap terlebih 0.9kg, abang kaunter tu, lepas kan je. Nasibb tak kene bayar.. HAHA*



*Ingat Pas Lawatan Sosial masa mula mula masuk Sabah? Kat sini , kaunter yang kita kene pulangkan balik Pas Lawatan itu.*




Tepat jam 6.30pm, lewat sikit dari jadual asal, we all pun fly balik KL. Percutian yang sangattt BEST! Terkesan dalam hati. Macam macam hal. Our memori terindah. HAHA ~ Ntah bila akan jejak kaki ke bumi Sabah ni. Rindu Kundasang. Siyes. Sejukk sangatt.. Sini panas. HAHA . . 

Babaiiii Sabahh. Ada rezeki, duit terlebih sana sini, we all datang lagii yaaa.. Huuu~





Kira kira
Lunch Tanjung Aru RM32
Parking Tanjung Aru RM1
Wrapping RM40
Fridget Magnet RM10
TOTAL RM83.00





-TAMAT-




Next entry : Budjet yang keluar untuk honeymoon this time.
JOM PENGSAN beramai ramaii.. HAHA









Yang jeles ada orang tu nak pergi Krabiiii, hewheww ..   ;p
signature ms eida
Read More ->>

WORDLESS WEDNESDAY #57 | I'm telling myself everyday !







*AMEEN*








Yang selalu cakap pada diri sendiri, cakap itu DOA. DOA untuk diri sendiri.  ;)
signature ms eida
Read More ->>

Tuesday, February 19, 2013

Jumlah KESELURUHAN kutipan sumbangan anak yatim





Keseluruhan tau tau. Lama sangatt ai tak update. Jangan risau, ai TAK makan duit orang, tak makan duit anak yatim. Semua duit derma sedang elok duduk diam diam dalam acc Maybank ai. InsyaALLAH, hari ahad ini , 24hb Februari 2013, akan disampaikan kutipan keseluruhan ini kepada Rumah Amal Kasih Bestari tu. Okay ai update simple aje ni, nak amik jumlah keseluruhan je, sebab kalau nak tengok lagiii details pecahan pecahan sumbangan, dari belog sape dapat berapa, sapa bagi berapa, rujuk Blog Nadia okay ?


Jumlah keseluruhan kutipan sumbangan anak anak yatim adalah sebanyak RM11,266.00. YA ALLAH. Sapa sangka jumlah kutipan kami cecah 11ribu. Makan ribu ni. Huwaaaa nak nanges. Banyaknyaaa.. Murah rezeki adik adik kitaaaaa .. Kan? Selama sebulan team kami gigih mencari sumbangan sana sini, hebahkan seluas yang mungkin, ALLAH balas dengan hebat! Syukur YA ALLAH... ! 


Dikesempatan ini, ai nak ucapkan berbanyakkkkkkkkkkkkk terima kasihhhhh yang TAK terhingga kepada semuaaaaaaaaaa yang telah memberi sumbangan.. Sampaikan kepada kawan kawan, saudara mara, semuaaa semuaaa yang sudi membuat hebahan untuk sama sama mencari sumbangan. Tak kira dalam facebook ke, dalam belog uols ke.. Kami bagi pihak Rumah Amal Kasih Bestari ucapkan jutaaaaaaaaaaaaaan terimaa kasihhh tau tau. *nak nangisss* Semoga ALLAH SWT akan memberi rezeki berlipat gandaaaaa untuk kamu kamu si baik hati semuaaa..  Oh ya! Tak lupa jugak, ai nak mintak maap sekiranya, sepanjang ai mencari sumbangan ada terguris hati kiri dan kanan, yang kenal mahupun tak kenal. Sesungguhnya yang baik itu datang dari NYA, yang buruk itu saya..


Lepas ni, dah TAK perlu TRANSFER ke Maybank ai dah tau tau. Lepas ni uols semua kalau ingin menderma, boleh bagi terus kepada Rumah anak anak yatim yang ada disekeliling uols ... Okay? Tarikh kami mengutip derma dah tamat dah. Lepas ni kami fokus keperluan anak anak yatim dan juga event pada 24hb Feb ini. Doakan majlis kami berjalan lancar ye kawan kawan. Tunggu update mengenai Program Amal ini nanti tauuu... 



Sedikit petikan untuk kita muhasabah diri,
"" sebagai renungan untuk diri aku sendiri dan korang semua, percayalah.rezeki Allah tu luasssssssssssss babe. takkan terjejas harta kita kalau kita menderma untuk anak yatim walau seringgit cuma. depan orang kaw berlagak kaw palingggg kaya sekali, gaji kaw lah yang paling tinggi sekali, pangkat kaw la yang paling hebat sekali, hp kaw la yang paling canggih sekali, handbag kaw lah yang paling mahal sekali, kereta kaw lah yang paling tiptop sekali, rumah kaw la yang paling mahal sekali. amek la semua paling yang kaw nak. cuma aku berdoa, semoga Allah bukakan pintu hati aku, bukakan pintu hati kaw, dan kita semua supaya kita tak jadi ummat manusia yang paaaaaaaling kedekut, paaaaaling berkira dengan golongan yang lebih memerlukan. :) kan? ""


*AMIN YA ALLAH . . AMIN*










Yang tak sabar nak , 24hb, 24hb.............. !  ;)
signature ms eida
Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page