Monday, December 30, 2013

Percutian ke Hat Yai, Thailand DAY 1



 


Percutian ke Hat Yai, Thailand bermula begini. kalau tak silap ai tiga minggu sebelum pergi baru kitaorang kompemkan nak pergi. sebabnya masih menunggu jawapan seorang kawan yang 50-50 nak pergi. anum, rugi ko tak pergi, Hat Yai best giler ! hikhikhik  so, yang kompem pergi hanya ai, hubby, Anna & hubbynya Arjuna. mereka ni kawan masa ai study dulu.. masih berhubung sampai sekarang. ;)) hubby memang dah kenal lama mereka since selalu je ai bawak jumpe mereka.. heee~ so no hall nak pergi bercuti dengan mereka................... ;))  Percutian kitaorang ke Hat Yai, Thailand pada 21hb-25hb Disember 2013 termasuklah perjalanan pergi dan balik dengan menaiki Keretapi Tanah Melayu (KTMB) ini kali kedua ai naik keretapi. syok oooooooo  ;p

haii Anna. haii Juna... pat orang pun layan jeeee merayau kat Hat Yai tuu.. mihmihmih


Pada mulanya, tiket keretapi untuk yang katil dah habis da. al maklum la cuti sekolah kan. tapi AnnaJuna gigih pergi KL Sentral beli tiket tempat duduk. eksaited kaw! Harga tiket tempat duduk ke Hat Yai adalah RM48/seorang pergi. Sakit pinggang woiiiii duduk sahajaaa dalam keretapi ni. sepatutnya untuk perjalanan jauh begini, korang beli yang katil or bilik okay? harga pun lain la. korang boleh jenguk harga di Laman web Keretapi Tanah Melayu (KTMB) klik SINI ;))  Perjalanan ke Hat Yai dari  Stesen KL Sentral dengan menaiki keretapi, nama gerabak tu Senandung Langkawi pukul 9.30malam mengambil masa 11jam. tapi keretapi ni ade delay, so perjalanan pergi kitaorang jadik 16jam !! kematu montot duduk dalam keretapii woiiiiii


21hb Disember 2013, Sabtu

Dari KTM Segambut ke KL Sentral pukul 8.30malam, ai ingat ai dah lambat daaa. nasib baik KTM smpai tepat jam 9malam. AnnaJuna dah sampai daaaa.. Pukul 9.30malam, gate dah bukak daa. Platform A masa tu. Pukul 9.35malam, keretapi pun gerak. yeayy ! eksaited ! masuk masuk jew keretapi, perut dah lapaaaa. kita makan dulu ? tahu takk korang, dalam keretapi ni ade disediakan cafe tau.. boleh lepak makan dekat situ. tapi ai malas. so ai beli dan makan kat tempat jeww. senang, pas makan boleh terus mentidoooooooooo  ZZZzZZzzzzz 

 tido macam ni jew sepanjang 16jam. kau mampu? hiuhihuhiuuu~



Ai tersedar pukul 5.30pagi. ehhh ehh tak sampai lagii.. masa ni baru dekat Geogtown. alaaaa lambat lagii... jom pekena air panas kat cafe dulu. lama kitaorang melepak kat sini. lepas keretapi sambung perjalanan nya, ai pun sambung ZZZzZZzzzz.. HAHA  itu jela kerja dalam keretapi. kuikuiii.. kalau tak silap ai, keretapi ai ni ade delay dekat dua jam! dari pukul 8.35pagi-10.35pagi. haa jangan main main dengan ida yekk.. aiols catit tauuu masa masa kejadian.. kuikuii..... Masa keretapi ni delay, ada pengumuman kate, ada gangguan landasan. padahal Juna kate, masa ni la Danok kene bom. huwaaaaa.. kalau laaaaa orang keretapi bagitahu, mestii huru hara time tu. huuu~ so, disebabkan kitaorang TAK tahu, jawabnya? masa menunggu keretapi ni delay, kitaorang turun kat landasan dia, melepak , posing bagaiii lagi. HAHA lawak pulak kalau teringat balik.. heee~

 titanic sangattt ! puii . bang bang tu keretapi yekk bukan cruise. kohkohkoh

 aku takkk paham korang berdua ni dok menyangkung buat ape haaaaaaaaaaa ~

dalam keretapi, gadjet sangat penting okay! buat teman buang masa.. kuikukuii



Okay sampai Stesen Padang Besar pukul 11pagi. terus pergi ke Platform 1 pintu 6 ada urusan cop cop pasport semua. Jangan lupa amik arrival card dan isi pergi balik punya. tau. pastu beratur. masa kat Padang Besar ni, keretapi tadi akan tukar kepala keretapi ke Hat Yai, makan masa dalam 40minit. so boleh la pergi isi perut dulu. ada kedai kat tingkat atas stesen ni. satu satunya kedai yang ada. harga boleh tahan. Juna sorang je makan, yang lain simpan perut nak makan kat Hat Yai kateeeee nyeee.. ;p Keretapi gerak ke Hat Yai pukul 12.45tengah hari. dari Padang Besar ke Hat Yai makan masa 1jam. tak sempat nak tido ke hape. ralit tengok pemandangan hutan jeeeww... sampai Hat Yai terus cari tuk tuk nak ke hotel. ye disebabkan kitaorang TAK tahu kat mane hotel, naik aje la tuk tuk. ohh ya! tuk tuk Thailand diibaratkan macam cab di Malaysia. murah je tambang dia. dalam RM2-10 jeww..

 isi arrival card dengan departure card tau tau. nak cepat, bawak pen sendiri tak yah menunggu pen dari orang lain. ai awal2 dah pesan kat Anna suh bawak pen. heeee~

cam gini la tempat cop cop pasport kat Stesen Padang Besar ituewww. 
model Juna. hikhikhik

 aiols dengan tuk tuk merah. macam macam kaler ade weii kat sane. comel angat!


Ada lah tak sampai 5minit kot? dah sampai hotel kitaorang. bapak heyy dekat. menyesal naik tuk tuk. HAHA tapi sokay laa. murah jeww. THB20 a.k.a RM2 sorang! hihihihi  ~ sampai sampai hotel terus ai serah kertas booking. masa ni pukul 1.40petang waktu Malaysia. kalau waktu Thailand baru pukul 12.40tengah hari. badan dah penat gileee time ni. ye laa 16jam kokk duduk dalam keretapi. tak sabar nak masuk bilik lunjur kaki atas katil. . hewhehwhew  .. nasib baik boleh check-in awal. yeayyy! next entry ai cerita pasal hotel yang ai book ni okay? stop sini dulu k. penat laaaa menaip. HAHA


 dari dalam tuk tuk. itulah muka depan Stesen Hat Yai. 
ehh die eja Haadyai ? muka depan? gasakkk aaahhhhh





Tips ke Hat Yai naik Keretapi Tanah Melayu,
1) Bawak makanan ringan (dalam keretapi makan mahal ouhh)
2) Bawak stokin/glove/selimut/bantal (dalam keretapi sejuk gila)
3) Bawak tisu sendiri untuk kegunaan toilet dalam keretapi (paham paham sendiri lah ye~)
4) Bawak pen sendiri untuk isi arrival/departure card




Info mengenai Hat Yai
Kiraan duit Thailand ke Ringgit Malaysia, THB100 =  RM10.42 , ai tukar duit dekat Malaysia RM540 dapat THB5000. korang jangan percaya ai tukar RM500 je, kat Hat Yai ai tukar lagi. muahhahhaa.. korang tunggu next next entry yeee!  HAHA

Oh ya ,, waktu Thai lambat satu jam dari waktu Malaysia. eg:  Malaysia pukul 7pm, Thailand baru pukul 6pm. tapii pukul 6pm Thailand dah macam maghrib kita daaaaa.. tapi jangan risau, walau malam dia cepat dan pendek, tapi malam di Hat Yai sangatt happening yawww ~





Kira kira (suka lewwtewww  ;p)
Makan Ringan RM24.50
Tiket KTM dari Segambut ke KL Sentral (dua orang) RM2
Tiket Keretapi Tanah Melayu dari Kl Sentral ke Hat Yai RM192 (dua orang pergi dan balik)
2bekas nasi lemak (dalam keretapi) RM11
2ketul sandwich (dalam keretapi) RM8
Break1st di kedai di Stesen Padang Besar RM7.30
Toilet di Stesen Hat Yai THB3  (convert duit M'sia , THB3 x 0.1042  = RM0.31)
Naik tuk tuk dari Stesen Hat Yai ke hotel THB40 (dua orang) (convert duit M'sia , THB40 x 0.1042  = RM4.20)
Total RM249.31








Yang rindu makanan Hat Yai, sedap ooohhh !
 signature ms eida

56 comments:

  1. memang happening la kalo ko bercuti dik....gerammm je tgk! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. grrrrrrrrr kan kak.. ida yang dah pergi ni pun geramm jugakk. hubby ajak pergi lagi sekali. mihmihmih

      Delete
  2. Wah... belum lagi k nrl baca habis... dah rasa camne bestnya pi haadyai... selalu dulu time study kat ITM Arau, naik ktm le smpai arau... tapi dr rumah family kena naik kat Tapah Road... itupun dah rasa kematu montot... dr Kl Sentral -Haadyai x tau le... bila plak nak lajak sampai haadyai... hewhew..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah sampai dah kak? hebat! heeeeee~ lajak la kak ke Hat Yai. Hat Yai name biasa je. tapi tempat die besttt kakkkkkkkkkkk

      Delete
  3. idaaaa....bestnyaaa...
    laju2 hapdet k..
    tak sabar nak baca citer kat hatyaii..

    mcm best je naik KTM,nnt bawak nory plak ek...pliss...plisss...plisss..

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay selaju yg mungkin ida update ye! hehhehehehe.. okayy nnti kita pegi Hat Yai lagi k. bawak baby R sekali. heeeeeeeeee~

      Delete
  4. weee..best3..
    lagi..lagiii..
    hihi..
    tp susah la plak kan nk bwk ank naik ktm..tmbh2 ank lasak kanmahen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade je orang bawak anak naik ketapi kak.. meriah! heeeeeeee~

      Delete
  5. bestnye tngok Ieda g jalan2 makan angin..
    mesti cuti banyak ni kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuti dah habis dah pun.. hihihihihi.. tunggu cuti tahun 2014 pulak. heeeeeeeeee~

      Delete
  6. mau bongkok 16 tdo camtu kikikikiki ... keterujaan punyer pasal oklah kan... alaaa... sikitnya entry ... bebellah panjang² hahahaha ....

    jgn rasa serba salah bkn psl ieda pun .. mmg ramai update cerita bercuti ... hihihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha sib baik ida tak patah pinggang kak... heeeeeeeeee~ next next entry ida bebel panjang lagi k? heehehhe~

      Delete
  7. assalamualaikum ida.. sheila naik ktm 2 jam pun bontot macam nak bengkak daa. hihi bestnya. daa update next entri daa. tak sabor haihh nak baca :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam sheila. hhehhehe. ye la sheila dah berbadan dua mane nk tahan duduk lame lame kan... ;))

      Delete
  8. Replies
    1. tak mampuii aaaarr rara. ida hidup lagi ni . ahhahahhahaah

      Delete
  9. wahhhh rinduuuu hadyai jugakkk.... nurul amek yg katil...best giler tido dlm ketapi..sedar2 dh sampai KL...tgk stesen keretapi hadyai mmg menggamit kenangan betul la... hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi. syooknyeeeeeee.. ida sakit2 badan tapi tido tu tetapppp.. hahahahhaha

      Delete
  10. Hohoi jeles meh die gi kat hatyai..thanks ye wat entry bajet..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhe.. okay akak! khas tuk orang yg plan ke Hat Yai macam akak.. hehehhe

      Delete
  11. Good job babe..complete n detail sgt entry nii..aku boleh copycat..hahaha..weh,btol ke andi ajak pegi lg? :-P

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah wehh andi ajak pergi lagiii.. die nak beli helmet lagii. HAHHAHA dgn nak beli gajus. heheheh

      Delete
  12. Sambung cepat. Hentak kaki nk baca.

    ReplyDelete
  13. kentalnyer da duk dalam ketapi lama2 cenggitu..aduiii tak larat kot nak tahan muntot huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kental tak kental gak la kak pink. redha je name nye nii HAHHAHHA

      Delete
  14. pehhh anga.... nnt kaklyn nak p bole minta penerangan dari anga hehehehehe kiranya mcm travel :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh sajewww kak lin........... habak je bile nak pergiii. hehehhehe

      Delete
  15. cek abang lah andi dengan juna tuh?? hahaha

    ReplyDelete
  16. selamat time kejadian bom tu korang jauh lagi.. fifi baru sempat nak bace entry eida!~ nk pulun satu2 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau xpe.. tak tahu pun kene bom time tu.. sampai otel baru tahuu HAHHAHA..

      Delete
  17. macamn nak book hotel?ke sampai sana blh book?terjah jek ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh baca entry HATYAI dari awal hingga akhir. refer link kat bawah yekk ;

      http://www.idabaharum.com/search/label/%3AHat%20Yai

      Delete
  18. aslkum....nak tompang tanye ni...kalau seat yg 24 engget tu hazab x...hihih....sbb aritu nak try nek train ke bangkok tpi mcm x bape nak redha dengan masa perjalanan tu...hihihih :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam..... hazab sangatt HAHHAH 16jam duduk saja, awak rasa? hikhikhik.... tapi bila perasaan eksaited berleluasa, nan hado pk semua tu.. balik rumah baru sakit sakit badan haa padan muka HAHHAHHA

      Delete
    2. ahaha.... x de rejeki nak naik train...tadi g check tiket untuk sabtu ni....katenye dah abis.....so tpaksa la naik bus....and a bit expensive dri naik train.... :D...

      Delete
    3. naik bas lagi mahal eh eh.. yelaa xde stop mane mane cam train tu haa.. berapa jam agak2 ke hatyai naik bas ehh.. satu pengalaman jugak ni best! anyway, enjoy ur holidayy wwiiwiiii ~

      Delete
    4. ahaha...thnks.... katanya less then 10 jam la mcm tu... yg lama nnti sebab nak tngu imegresen bukak pkul 6 pagi...hehehe.... will update u letter ye sis...ahaha.... thnks for the info... :D

      Delete
    5. jgn lupa update cerita enjoyy di hatyaii heee~

      Delete
  19. Asssalam . Sya lina..saja mahu tnya d hatyai bahaya tak kalau pi berdua saja...hotel pun x cari lg..ingat smpai sana baru nak booking..hotel mana yg pn ieda diami ketika di sana.?.. betul ke di sana ada motor sewa...tp boleh ke kita guna lesen knderean brmotor dari msia...cadangnya 28 feb nak ke sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. bahaya ke tak? ida rasa ok ok je hatyai xde masalah pun... ida tak ingat stay mana, cube godek2 entry berkaitan trip hatyai ini sbb ida dah update sedetails yang mungkin. mohon dibaca ya? not sure ade ke tak sewa motor sbb ida jalan kaki je. kalau pergi jauh sikit kitaorang naik tuk tuk sahaja.

      Delete
  20. Wow eida... nampak best... nak pi dalam hujung mac... nanti bila keretapi singgah ke padang besar untuk cop pasport... keretapi yang sama juga ke naik... kalau macam tu... tak payah bawa turun beg lah.... tinggal dalam keretapi... selamat kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat Hatyai nak makan halal kat mana.dan hotel yg dekat kat ktm ada ke

      Delete
  21. kalau ikuti cerita percutian saya di Hatyai, ada saya senaraikan tempat2 makan di sana . mohon godek2 entry yaaaa . TQ

    ReplyDelete
  22. Insurans kereta motosikal van ke Thailand

    http://nurmas-homestay.blogspot.my/2015/12/perkhidmatan-insurans-ke-thailand.html?m=1

    ReplyDelete
  23. Assalamulaikum, nanti tgk cerita saya 22 jam mereput dalam keretapi Dari Butterworth ke Bangkok pulak ..LA ni kat bangkok ni

    ReplyDelete
  24. Assalamulaikum, nanti tgk cerita saya 22 jam mereput dalam keretapi Dari Butterworth ke Bangkok pulak ..LA ni kat bangkok ni

    ReplyDelete
  25. Assalamulaikum, nanti tgk cerita saya 22 jam mereput dalam keretapi Dari Butterworth ke Bangkok pulak ..LA ni kat bangkok ni

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page