
Percutian ke Hat Yai, Thailand bermula begini. kalau tak silap ai tiga minggu sebelum pergi baru kitaorang kompemkan nak pergi. sebabnya masih menunggu jawapan seorang kawan yang 50-50 nak pergi. anum, rugi ko tak pergi, Hat Yai best giler ! hikhikhik so, yang kompem pergi hanya ai, hubby, Anna & hubbynya Arjuna. mereka ni kawan masa ai study dulu.. masih berhubung sampai sekarang. ;)) hubby memang dah kenal lama mereka since selalu je ai bawak jumpe mereka.. heee~ so no hall nak pergi bercuti dengan mereka................... ;)) Percutian kitaorang ke Hat Yai, Thailand pada 21hb-25hb Disember 2013 termasuklah perjalanan pergi dan balik dengan menaiki Keretapi Tanah Melayu (KTMB) ini kali kedua ai naik keretapi. syok oooooooo ;p
Pada mulanya, tiket keretapi untuk yang katil dah habis da. al maklum la cuti sekolah kan. tapi AnnaJuna gigih pergi KL Sentral beli tiket tempat duduk. eksaited kaw! Harga tiket tempat duduk ke Hat Yai adalah RM48/seorang pergi. Sakit pinggang woiiiii duduk sahajaaa dalam keretapi ni. sepatutnya untuk perjalanan jauh begini, korang beli yang katil or bilik okay? harga pun lain la. korang boleh jenguk harga di Laman web Keretapi Tanah Melayu (KTMB) klik SINI ;)) Perjalanan ke Hat Yai dari Stesen KL Sentral dengan menaiki keretapi, nama gerabak tu Senandung Langkawi pukul 9.30malam mengambil masa 11jam. tapi keretapi ni ade delay, so perjalanan pergi kitaorang jadik 16jam !! kematu montot duduk dalam keretapii woiiiiii
21hb Disember 2013, Sabtu
Dari KTM Segambut ke KL Sentral pukul 8.30malam, ai ingat ai dah lambat daaa. nasib baik KTM smpai tepat jam 9malam. AnnaJuna dah sampai daaaa.. Pukul 9.30malam, gate dah bukak daa. Platform A masa tu. Pukul 9.35malam, keretapi pun gerak. yeayy ! eksaited ! masuk masuk jew keretapi, perut dah lapaaaa. kita makan dulu ? tahu takk korang, dalam keretapi ni ade disediakan cafe tau.. boleh lepak makan dekat situ. tapi ai malas. so ai beli dan makan kat tempat jeww. senang, pas makan boleh terus mentidoooooooooo ZZZzZZzzzzz
tido macam ni jew sepanjang 16jam. kau mampu? hiuhihuhiuuu~
Ai tersedar pukul 5.30pagi. ehhh ehh tak sampai lagii.. masa ni baru dekat Geogtown. alaaaa lambat lagii... jom pekena air panas kat cafe dulu. lama kitaorang melepak kat sini. lepas keretapi sambung perjalanan nya, ai pun sambung ZZZzZZzzzz.. HAHA itu jela kerja dalam keretapi. kuikuiii.. kalau tak silap ai, keretapi ai ni ade delay dekat dua jam! dari pukul 8.35pagi-10.35pagi. haa jangan main main dengan ida yekk.. aiols catit tauuu masa masa kejadian.. kuikuii..... Masa keretapi ni delay, ada pengumuman kate, ada gangguan landasan. padahal Juna kate, masa ni la Danok kene bom. huwaaaaa.. kalau laaaaa orang keretapi bagitahu, mestii huru hara time tu. huuu~ so, disebabkan kitaorang TAK tahu, jawabnya? masa menunggu keretapi ni delay, kitaorang turun kat landasan dia, melepak , posing bagaiii lagi. HAHA lawak pulak kalau teringat balik.. heee~
titanic sangattt ! puii . bang bang tu keretapi yekk bukan cruise. kohkohkoh
aku takkk paham korang berdua ni dok menyangkung buat ape haaaaaaaaaaa ~
dalam keretapi, gadjet sangat penting okay! buat teman buang masa.. kuikukuii
Okay sampai Stesen Padang Besar pukul 11pagi. terus pergi ke Platform 1 pintu 6 ada urusan cop cop pasport semua. Jangan lupa amik arrival card dan isi pergi balik punya. tau. pastu beratur. masa kat Padang Besar ni, keretapi tadi akan tukar kepala keretapi ke Hat Yai, makan masa dalam 40minit. so boleh la pergi isi perut dulu. ada kedai kat tingkat atas stesen ni. satu satunya kedai yang ada. harga boleh tahan. Juna sorang je makan, yang lain simpan perut nak makan kat Hat Yai kateeeee nyeee.. ;p Keretapi gerak ke Hat Yai pukul 12.45tengah hari. dari Padang Besar ke Hat Yai makan masa 1jam. tak sempat nak tido ke hape. ralit tengok pemandangan hutan jeeeww... sampai Hat Yai terus cari tuk tuk nak ke hotel. ye disebabkan kitaorang TAK tahu kat mane hotel, naik aje la tuk tuk. ohh ya! tuk tuk Thailand diibaratkan macam cab di Malaysia. murah je tambang dia. dalam RM2-10 jeww..
isi arrival card dengan departure card tau tau. nak cepat, bawak pen sendiri tak yah menunggu pen dari orang lain. ai awal2 dah pesan kat Anna suh bawak pen. heeee~
cam gini la tempat cop cop pasport kat Stesen Padang Besar ituewww.
model Juna. hikhikhik
aiols dengan tuk tuk merah. macam macam kaler ade weii kat sane. comel angat!
Ada lah tak sampai 5minit kot? dah sampai hotel kitaorang. bapak heyy dekat. menyesal naik tuk tuk. HAHA tapi sokay laa. murah jeww. THB20 a.k.a RM2 sorang! hihihihi ~ sampai sampai hotel terus ai serah kertas booking. masa ni pukul 1.40petang waktu Malaysia. kalau waktu Thailand baru pukul 12.40tengah hari. badan dah penat gileee time ni. ye laa 16jam kokk duduk dalam keretapi. tak sabar nak masuk bilik lunjur kaki atas katil. . hewhehwhew .. nasib baik boleh check-in awal. yeayyy! next entry ai cerita pasal hotel yang ai book ni okay? stop sini dulu k. penat laaaa menaip. HAHA
dari dalam tuk tuk. itulah muka depan Stesen Hat Yai.
ehh die eja Haadyai ? muka depan? gasakkk aaahhhhh
Tips ke Hat Yai naik Keretapi Tanah Melayu,
1) Bawak makanan ringan (dalam keretapi makan mahal ouhh)
2) Bawak stokin/glove/selimut/bantal (dalam keretapi sejuk gila)
3) Bawak tisu sendiri untuk kegunaan toilet dalam keretapi (paham paham sendiri lah ye~)
4) Bawak pen sendiri untuk isi arrival/departure card
Info mengenai Hat Yai
Kiraan duit Thailand ke Ringgit Malaysia, THB100 = RM10.42 , ai tukar duit dekat Malaysia RM540 dapat THB5000. korang jangan percaya ai tukar RM500 je, kat Hat Yai ai tukar lagi. muahhahhaa.. korang tunggu next next entry yeee! HAHA
Oh ya ,, waktu Thai lambat satu jam dari waktu Malaysia. eg: Malaysia pukul 7pm, Thailand baru pukul 6pm. tapii pukul 6pm Thailand dah macam maghrib kita daaaaa.. tapi jangan risau, walau malam dia cepat dan pendek, tapi malam di Hat Yai sangatt happening yawww ~
Kira kira (suka lewwtewww ;p)
Makan Ringan RM24.50
Tiket KTM dari Segambut ke KL Sentral (dua orang) RM2
Tiket Keretapi Tanah Melayu dari Kl Sentral ke Hat Yai RM192 (dua orang pergi dan balik)
2bekas nasi lemak (dalam keretapi) RM11
2ketul sandwich (dalam keretapi) RM8
Break1st di kedai di Stesen Padang Besar RM7.30
Toilet di Stesen Hat Yai THB3 (convert duit M'sia , THB3 x 0.1042 = RM0.31)
Naik tuk tuk dari Stesen Hat Yai ke hotel THB40 (dua orang) (convert duit M'sia , THB40 x 0.1042 = RM4.20)
Total RM249.31
Yang rindu makanan Hat Yai, sedap ooohhh !

Read More ->>