Thursday, November 28, 2013

Pembayaran Gaji Goverment 2014





Bila cerita pasal gaji jewww , muka ada senyummm simpulllll..... hewhehew ~ belum pun habis tahun 2013, ai dah dok search tarikh pembayaran gaji bagi kakitangan kerajaan 2014! HAHA gelojohhh.. sajew jew nak bagi semangat tahun baruuu IN.. semangat tu mestilah dimulai dengan melihat tarikh tarikh keramat ini. HAHA nak nak bulan Januari nanti dapat bonus pak jib bagi.. manyak syokkkk woooooo.... mau honeymonn.. yeayyyyyyy ! heaven sungguh bulan cinta dapat bonus. mihmihmih


23hb! 23hb Januari. tiktoktiktokkk  ;p



p/s : kalau ada sapa sapa yang nak print, boleh la klik SINI or  bukak portal rasmi SINI  








Yang sudah print ! yeayy !  ;)
signature ms eida
Read More ->>

Tuesday, November 26, 2013

Vendor-vendor Majlis Perkahwinan Along ;)





Berbulan bulan ai survey, ai cari pakej yang palinggggg murahhh untuk semuaaaa benda termasuklah khemah, pelamin, photoghaper, make up baju pengantin dan hal hal yang lain. ai survey mengikut budjet along. kalau along kate banyak itu je, ai cari lah vendor ikut budjet itu sajeeeewww.. TAPI ai nak hasil yang TERBAIK. HAHA  ade ke? haaaa ade yeee.. semuanya dihujung jari sajewwwww


Internet. Sumber yang cepat! Uols google jee.. kompem ade! Tips di sini, cari dua tiga quo , pastu bandingkan harga. pastu tengok hasil kerja, komen komen orang yang pernah menggunakan servis mereka baru lah buat keputusan yang BETUL. Bagi semuaa vendor-vendor yang ai pilih, semuanya MEMUASKAN HATI ai dan along ;))


Jom kita check it out semua vendor-vendor yang service nya TIP TOP ni! Ai rekemen sangatt pada semua Bride To Be yee ;)) harga boleh runding, TAK mahal TAPI hasil menarik kebaboooOOOOomm... kuikuiii



1. Outfit Bride & Groom
Sumber facebook
Zellon Sri Andaman (facebook)  klik
Contact person; 019-917 7004 Kak Has Zellon
Pakej yang diambil,
Make up for nikah & sanding
Baju persanding lelaki & perempuan
Aksesori
Total RM1.4k sajeww  ;)

dusty pink pilihan mereka  ;)


Outfit Nikah made from JAKEL RM450 (lelaki & perempuan)
Veil from JAKEL RM180
Tempah Baju kurung moden RM120 , contact person Tailor Kak Yati (Jln Kuching) 012-673 6559
Tempah Baju melayu RM160 , contact peson , Aden Tailoring (no tel dah lupe HAHA)

turqoise pilihan ai. heee~



2. Pelamin.
Sumber Facebook sajeww
Lyna Esqandar (facebook)  klik
Contact person;  017-384 4750  Kak Lyna
Pakej yang diambil ,
Pelamin satu panel , bunga tipu
Kerusi High Back (sanding)
6x Walkway Sakura & red carpet
Bunga Tangan (fresh flower)
Arch, payung, set renjis, 2 bantal nikah PVC
No delivery charge ;)
Total? teka? percayalah. Below RM1.6k jeww ;))

ini pelamin untuk nikah. ;))

 ini pelamin untuk sanding. hanya kerusi yang berubah.
warna pilihan yang cantik. eh puji diri sendiri pulak? hehhehe

ni lah pokok sakura yang dijadikan walkway tu.. santekk sangat!
 like like likeeee ;))





3. Khemah.
Sumber kenalan dulu . hehe  ;))
Contact person ; Kak Heze 019-214 8860
Pakej yang diambil ,
2 canopy Arabian (meja panjang)
2 meja buffet
1 meja candy buffet
1 set canopy pelamin (ada underlayer)
Meja makan beradab & meja cake
2 meja bulat (kerusi bersarung & riben)
Centerpiece (fresh flower)
FOC: Khemah kecik & delivery  ;))
Total ? teka laaaa.. below RM1.8k sajeew ;))

 set khemah pelamin (arabian,underlayer,ada stage, lampu kipas)

set khemah tetamu, meja panjang. lebih kemas dari meja bulat kot. ai punya pendapat laa ;))

meja beradab, meja cake dan meja VVIP bersarung riben ;))

setiap khemah walaupun khemah kecik di depan tu, ada kipas dan lampu ;))


masa pasang/bukak khemah dan pelamin, 
TERsangat ontime! ai like. service tiptop! rekemen!!





4. Offical PhotoGrapher.
Sumber officemate jeee
Haizam Hamzah Photography (facebook)  klik
Contact Person ; Haizam 017-273 7963
Pakej yang diambil,
Cover 3Majlis (Nikah,Sanding & Outdoor)
Storybook Hard Cover Crystal
Sticky Custom Album
Frame Pic & Pic Edited
Soft Copy Pic *All Events*
Total ? RM1.8k sajewww

  


ai like the style ;))
(tips; cari OP yang senang bekerjsama. senang suruh. tahan karenah kita. kejap suh amik gambar sini , gambar sane. HAHA.. rata rata ahli keluarga ai senang/suka dengan OP pilihan ai. hewhehwhehew.. REKEMEN OP ni okay !!)





5. Wedding Cake
Contact person ; 03-4149 5500
Flavour ; 
3kg American Chocolate Fresh Cream Baby blue & pink
Dolls + Charge delivery  ;(
Total RM283  ;))

 sedap hingga menjilat jarii weiiiii  ;)





6. Outfit Sedondon.
We all memilih tema Persandingan baby blue & baby pink
Pengantin memakai baby pink.
dan kami sekeluarga memakai baby blue.
Baju Kurung Colour Block dari Ameena Shopalic (facebook) klik
3helai RM360  ;)

somel sangatt ! baju TAK panas walaupun kainnya berkilat gitu. eh kilat ke panggil? 
seharian busyy ai dengan coklat, masih comel tak sayeeeeee  ;p





7. Button Badge
Sumber facebook Nini Moh Noor Cute Little Design & Artwork klik
Contact person; Kak Masni 019-205 1240
Details,
Button badge 140pcs + wording + delivery  = RM185


model TIDAK berbayar sudah BERPUNYA. HAHA





8. Chocolate Fountain 
Facebook  Chocolate-Fountain-SheLovesChocolate klik
Blog She.Loves.Chocolate  klik
Contact Person EIDA 012-233 4792
Pakej,
3tier Mesin Coklat Fountain
9kg coklat, 16kg anggur, 7kg marsmallow, cupcake oren, bubblerice coklat, gula gula

Chocolate Fountain Buffet  ;))

 berebbuutttttt... !

inginkan Coklat Fountain untuk majlis anda?
Jgn segan silu, call/sms/wasap Eida 012-2334792  ;p









Yang seharian buat entry ni... phewww... HAHA
signature ms eida
Read More ->>

Download & Install Photobook Designer





Hai hai hai uols semua.. hari ni nak up entry permintaan seseorang. kak Mimi take noted. hee~ juga kepada sesiapa yang merasakan tutorial ini berguna ;)) kepada semua yang telah membeli PHOTOBOOK FREE, ingat ENTRY INI ? (klik) , ini ai dengan baik hatinyaaaaa up tutorial macam mane nak download & install Photobook Designer untuk mendesign Photobook uolss  ;)) sayang titew takkk.... kuikuii

okay jom start !
mula mula pergi ke website ; www.photobook.com.my (klik)

 dah keluar page ni? nampak red arrow tu? tekan situ untuk DOWNLOAD & install Photobook Designer ;)) tips disini. sila download awal pagi sebab proses download ni tersangat la lame.. ai semalam download pagi, tengah hari baru siap. hukhukhuk


 1. Lepas dah siap download, cari dimana sofware itu berada dalam komputer uols. selalunya akan masuk folder downloads kan? double klik kat icon tuuuuuu
2.  akan keluar Photobook Designer Setup ----> tekan NEXT, NEXT NEXT jeee
3. Settle setup, automatik kat desktop ada ICON  PHOTOBOOK DESIGNER 


Double klik kat ICON Photobook Designer tu, then akan keluar page ini.....  ;))  
Then, tekan Create a New Project ;))


Pastu dia akan keluar semua page page ini.... jom ai terang satu persatu ;))
1. Pilih PHOTOBOOK  ---> NEXT
2. Pilih Softcover  ----> NEXT
 (sebab kita nye yang beli FREE tu kan softcover?,
 tak caya sila check voucher groupon korang tauuu)
3. Pilih saiz Photobook 6"x6" Mini Square Softcover.  ---> NEXT
(kita beli yang free tu 6x6 mini square soffcover ---> boleh check di voucher groupon sekali lagiii )
4. terus keluar kotak suh kita isi nama projek kita. ai buat untuk gambar gambar anniversary di Sabah awal tahun hari tu. so nama projek ai , Sabah3rdyear  ;))  ---> NEXT


 Terus keluar INI. yeayyyy! 
nampak tak red arrow ai, yang kotak colour hijau tu adalah guide. baca dan pahamkan. die akan guide korang macam mane nak design, apa fungsi button itu ini. okayyy ? ;))


dan akhir sekali, apa apa yang korang dah buat, sila SAVE. kat mane button SAVE? cari kat FILE tu haaaaa..... kalau dah penat, sila SAVE dan boleh sambung esok esok lusa.. heee~ Macam mane nak bukak Project Photobook korang ni esok esok lusa? 
 just klik kat OPEN an EXISTING PROJECT, terus keluar Photobook yang korang save tu... kalau TAK SAVE, tak kan ade ye.. So, SAVE semua kerja kerja design korang tauuuuu.... ;))





Okay selamat Mencuba!  ;)



p/s : Photobook Malaysia ni nak kene bagi ai Photobook FREE,
ni dok ajar customer die download. HAHA








Yang rindu pulak Kundasang *mood edit pic anniversary awal tahun hari tu*
signature ms eida
Read More ->>

Monday, November 25, 2013

Reception Along & Abang Ipar ;))





 amboi kemain pengantin nak tido dah kewww? kuikuiii


Jom sambung balik cerita pasal Majlis Perkahwinan along ai. ENTRY ni ada ai update pasal Majlis Pernikahan. hari ni ai nak cerita pasal Majlis Persandingan pulak. Reception ;)) Reception pada siang hari selepas pernikahan malam tu. 9November2013. Tapi sebelum tu sajewww nak bagitahu malam lepas along ai nikah, we all semua tido pukul 3pagiii ! Akibat gigih menyocok anggur untuk coklat fountain. Jangan tak tahu ai sponsor coklat fountain besar besaran punyaaaaa. sapa datang, dapat makan sampai lembam tu, bestt takkk? heeee ~ Coklat saja dah 9kilo. Anggur 16kilo. Marsmallow 7kilo. haaaa hambikkkkkkkkkk  HAHA. selain niat ai untuk promote coklat fountain pada semua orang, niat yang baik jangan dilupakan. bersedekah pada semua orang. makan laaaaaa... doa doa bisness Coklat Fountain ai terus mendapat sambutan yaaaa ;))

selain tu ada jugak cupcake oren, bubblerice coklat (mak buat), gula gula yang mane semuanya lambat laku sebab masing masing dok serbu anggur & marsmallow untuk dicelup celup coklat duluuu! HAHA



Ai rasa tanggungjawab tu besar sangatt bila along ai kawen ni. ye la. abah dah tak berapa sihat. mak pun tak berapa sihat. hanya we all yang ade ni lah penggerak majlis. a lots terima kasih pada sedara mara yang datang hulurkan tenaga kerja. even sakit jugak mata ai tengok ada segelintir sedara mara yang hanya datang makan sajeww. haih ! saborrrr jelaaaaaaaaaa . . yang banyak membantu, Rewang BLOK K. oh ya, ramai puji masakan sedap ye? harus lahh.. gotong royong rewang Blok K tuuuuuu........ no no catering ! takut ! kuikuiii

masakan lauk tengahhari tema pada hari tu. 
dessert sagu gula melaka. lupe nak makan. adehh! kempunan dah niii  ;(
(Rewang BLOK K maksudnya, pasukan gotong royong kat rumah mak ai. mak kan duduk Blok K. tu psal name die Rewang Blok K. heeee )



Masa untuk bersanding awal. kenapa awal? ai nak elak hari hujan...... dan nak beri masa kepada pengantin untuk berjumpa dengan tetamu. dulu ai sanding lewat dalm kul 2pm, ai tak sempat pun jumpa tetamu. sadis! so, ai takkan ulangi kesilapan yg lepas, tu yang ai suruh along sanding awal.. heeeeeee ~ disebabkan ai jaga booth coklat fountain, ai tak berkesempatan untuk merayau rayau time majlis tu. tak sempat sangatt nak layan borak tetamu/kawan kawan ai yang sudi hadir time tu... yang mane datang tegur ai dekat booth candy, mesti ai bagi coklat, goodies lebih, heeeee ~ sorry tau korang, busyy hari tu tak sempat nak borak! terima kasih sudiii datang kenduri along ai ;)) kalau terkurang tu mintak maaf banyak banyakk ;(

 terima kasih Abg Lan & Kekda a.k.a puanstoberi (hehe) 

tenkiuuuu kak p datanggg...... kenyang makan coklat kann? siap tapau lagi.. mihmihmihh

 wakil geng BFF ye. Thanks babe. Yatie, Sheh, Alla  ;))

 my bos kecik, Kak Fiza. datang serbu CF. heeee~

 thanks eyuh & dayah datang..... sorry tak dapat borak lameee... ;(
dah apehal korang makin kurus niii? jeles!!! okbai~

 yang ni kalau tak datang siap! HAHA
thanks anum & zakri. dah kenapa kiteee je yang semangat buat gaya ni?
 wakkakakka  .. psttt anum, anna datang laaa.. tapi dah nak habis kenduri. tapi coklat fountain masih ade.. sib baikkk.. kalau tak kempunan si mommy to be ain. heeee~ 
 (xde gambar. OP dah gerak shoot outdoor pengantinn)

Gambar Afundi MASUK. HAHA
tenkiuuu babe, Anna&Juna, Mom to be Ain & Sarip  ;))
(nasib sampai ade lagi CF ye kann ye kannnn)

BKUB. My boss datang.. heyy terharuu.. tq bos datang.... ngeeee~

Abang& Kakak Ipar pun datang.. tenkiuuuu... hadiah pun tenkiu jugakk.. heee~


Niat ai pada awalnya nak buatkan PhotoBooth untuk majlis along ni tapi TAK sempat. Ai hanya sempat buatkan WISH BOOTH saja. Ada props sikit kalau nak bergambar, wedding tree, main cop cop gituewww.. ada WISH TREE. gigih pulak ai buatkannnn.. dapat pujian banyak pihak. wow! terujaaaa makk.. heee ~ ai dah bosan dengan guestbook, tu yang bertukar kepada wish tree ;))

Wedding Tree with LOVE FRAME ;)
(tetiba ai nampak cawan coklat fountain kat belakang.. haaa curikk tulang yee penjaga booth? kuikui)


Wish Tree.  Bride to be boleh la guna Wish tree ganti dengan guestbook. bosan la guestbook ajeeee.. ce tukar tukar. heee ~


Macam biasa lah lepas bersanding, ada renjis merenjis. lepas tu sesi makan beradab. lepas main potong potong cake. suap menyuap. pastu sesi bergambar dengan kawan kawan. beramah mesra dengan tetamu. kuikuii. petang tu macam nak hujan. last last along gerak dengan PhotoGrapher untuk shoot outdoor dalam pukul 4petang.. 

 Bersanding 

Makan Beradab
(dah kenapa abg ipar nak suap die pun sekali nganga mulut? kuikuii)

 Potong motong suap menyuap Kek Pengantin 
(ngangaaaaa budak budak tengok. hikhikhik)

Keluarga Besar Abang Ipar. ;)

 Keluarga we all. TAK berapa ramai, jenuh dah panggil semuaaa tangkap gambar 
tapi BUSY laa semuaaaa... :)

 Keluarga Kecil kami  ;)
(Abah takde kan? Abah time ni dah panas daaaa... dia tak leh bersesak ramai orang)



Akhirnya, petang tu, hujan selebat lebatnya. ape lagii kelamkabut we all mengemas semua menda. Penat penat. HAHA  habis kenduri, ai sakit pinggang yang teramat sampai nak tunduk pun TAK boleh. akhirnya tewas esoknya terus MC. kuikuikuiii.. dah minggu depannya terus ai berurut. baru lah legaaa sikit.. kemainn penangan wedding planner sampai sakit sakit badan. heeeeeeeeeeee ~ overall ai puas hati apa yang ai buat untuk kakak yang tersayang .. ngeee ~


diakhiri dengan gambar outdoor mereka. suka kemainn ye korang!  ;)
To along & abang ipar ,
Semoga Berbahagia Sampai ke SYurga ya!






Yang nak anak buah cepat! amin aminnnn ;))
signature ms eida
Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page