Thursday, September 12, 2013

Pakej 4 Island, Krabi ;)





Untuk kembalikan ingatan uols, 

Entry entry yang lepas, 


DAY 3 - 24June2013 Isnin

ke laut kaw , ke laut laut laut dalam sane tuuu.. HAHA blog ai dah ke laut dah. ai ingat xde apa la, ok je kalau tak update, bukan ada yang gigih follow ken... tapi sejak dua menjak ni, heyy ramai pulakk email, siap call wasap lagii suh update blog. rindu katenye.. muahahhaha... aiols pun rinduu.. so hari ni , gigih aiols sambung balik Percutian ke Krabi tempoh hari yeeee... basi dah nii. dah berkulat dah citer ni. wakakkaka


okay, hari ni dah masuk hari ketiga we all kat Krabi, Thailand, apa bikin hari ketiga ni? haaa.. aktiviti hari ni ialah, pergi snorkeling di 4 islands by long tail dan buat kayaking, yeayyy ! kayak ni pada mulanya ai sorang je yang nak buat. sanggup kaw nak pergi dua orang je dengan hubby sbb orang lain tak mo buat. HAHA  well, sampai sane, semua orang pun buat jugak kayak, best kan? kan ida dah cakap. muahhahahaha  ;p  Awal ai bangun hari  tu, pukul 7am dah mandi mandi siap segala then turun break1st.  kali ni lama pulak tunggu van datang pick up. puas sudah makan, tak sampai sampai lagi.. last last pukul 9am lebih baru sampaii. pastu sempat lagi die menyinggah penuhkan van dia. amboiii padat sepadat padatnyaaaaa....

menu break1st same je tetiap pagi... HAHA



Van terus ke Ao Nang Beach. kene isi maklumat peribadi dulu untuk insurans. isi lah ramai ramai gilir gilir, dah siap isi, tak gerak gerak lagi ke boat. tangkap gambar dulu la. WAJIB isi masa lapang dengan menangkap gambar. HAHA orang sekeliling tengok pelik nyee budak Malaysiaaa nii.. kuikukuii . this time gedik gedik nak try naik longtail boat. semalam masa Pakej Phi Phi Island kan dah naik speedboat? nak merasa. haaa amik kaw.. mabuk laut selaut lautnyaaaa.. heyy tak boleh blah aarrr longtail nii. die punya melayang layang dalam boat tu nak termuntah tau? dengan bau minyak diesel die guna tu.. heyyy mabuk wa mabukkkkkkkkkk ! memang dari awal briefing, guide dah bagitahu, longtail ni bahaya sedikit, agak boleh mabuk. sebab kondisi boat tu guna papan je semata.. sekali ombak hempas boat ni, kompem kaw terbalik! kompem! huuuuuuuuuuuu~

milaaaaa kenapaaaa monyok jeee tu... hehehe  ;p

diaorang ni bagi ape pun posing lompat, jadik sajeeee.. jeles!


Okay tempat pertama disinggah ialah, Pranang Beach/Cave. tak de menda pun kat sini? tak menarik langsung. HAHA  dia macam gua yang kene jalan ke dalam sikit. nak tahu apa kat belah dalam? kene lah pergi, sbb ai tak masuk sampai dalam sebab masa dah berhabis masa kat toilet, semua membuang. mabukkk kan.. HAHA  lagipun sekejap je berhenti kat Pranang Cave ni. dalam 45minit rasanya. xdan lah nak teroka semuaaa. apa pun tak sempat. tapi sekeping dua gambar ape ade hal kan...... senyummmm  (walau tengah mabukkk ;p) dekat sini banyak monyet jee. monyet agak behave. dia tak amik barang barang kita. die cool je tengok kita lalu lalang. hiii ~

 Welcome to Pranang Beach ;)
(haaaa itulah longtails.. bayangkan dia jalan tengah tengah laut.... serammmness takkk)


ni cave dia. mula mula ai slumber je amik pic bagai ken, sekali yaya cakap, daaa jangan macam macam , kang dalam camera nampak benda lain. ni cave orang kan.. heyy buat ai takut. okay sekeping je ni . HAHA


 ni lah rupa gaya dalam longtails itueeeww.. nampak nampak ai pegang kepala. heyy dah pening .., nak muntohhhh pleaseeeee.. ohkohkohhh


gambar mempoyo.com harus ada. bak kata yaya. HAHA



Okay next, kita ke Poda Island. sampai kat Poda Island ni dah tengah hari dahh. time lunch. ape lagi mencekik. ai tak makan, mual mabuk tak habis lagi. ai minum air jeee... ai just makan hisap hisap asam yang syafiq bawak je.. itu je yang boleh masuk. kuikuikuii.. teruk weyy mabuk longtail ni. siyes! tak pernah ai mabuk laut macam ni.. jangan lah naik longtail lagi dah eh eh ?  ;p  makanan lunch yang disediakan tak semewah mane, tapi ai perasaan ada orang makan tambah. lapar ehh? ke sedap? hehe  . settle makan, jom kayakkk.. yeayy! actually group we all je yang amik kayak ni, yang group lain boleh pergi snorkeling. alaa satu jam je pun...

Jack Separow sesat kat Poda Island. mihmihmih ~

makan cenggini je. jangan harap ada meja kerusi bagai yee.. hee~ 

auuuummmmm.. HAHA ai is sajee jee letak gambau nii. HAHA
ni lah buffet TERHEBAT!  ;p
hai zul, sajee je yee berdiri kat belakang tuuu... kikikuikuiii




We all akan berkayak selama satu jam.. satu jam je pun? heyy satu jam pun penattttt...... kalau dua tiga jam? pengsan aku kat tengah laut tuuuu.. muahahahaha. ai kene sepakat dengan hubby. ikut hubby nye cara kayak, aiols mane reti kayak sangattt.. bila dapat tangkap cara kayak baru boat kita lajuuuu jee jalan. hee~ percayalah aktiviti kayak ni sesuaii sangatt kalau nak tahu korang laki bini boleh berkerjasama or not. tak caya? cubalah. HAHA  kalau silap teknik, boleh jadik bahan gadoh laki binikk okayyy  ;p

i'm ready ! ;)

kayaking time............. gila bestttttttttt okayyyyyyyyyyyyy !


Okay kenalkan ni, guide kayak we all. Mr.Dome. teror gila dia kayuh kayak sensorang , laju pulak tu. tau tau dah ke depan jeeee.. tertinggal we all kat belakang. Masa ni, Mr.Dome cakap nak bawak we all ke satu pulau, ala lupe name die.. walaupun Mr.Dome dah bagitahu, memang tak ingat lah sebab dok layan penat mengayuh kayak. muahahaha . . pulau tu sebenarnya ditutup satu ketika dulu tuk satu pengambaran movie. ntah cite ape, ai pun lupa. Mr.Dome ni baikkk.. die sudi jee amikkan we all pic. heyy lagi galak lah semua orang berposingg . HAHA 

ini Mr.Dome. cakap haii semuaaaaaaaaaaaaa   ;))


kat sini lah pengambaran tu berlaku. lupe ah citer ape! sape tahu ??



gambar gambar di atas semua, Mr.Dome yang tangkap kan.. gila sporting dia. sangaat!!! die pun ada gaya tersendirii.. hebakk die ni.. hebakk.. boleh jadik PhotoG kalau dilatih.. wakkakakkaa
amacam? kuikukuiiii



dah dah cukup sudahh.... kang ada yang berbulu.. kuikuii ~ jom kita kayuh balik kayak ke boat tadi. semua orang dah tunggu dah... kita nak ke next next pulau, Chicken Island, yeayy ! masuk boat seram balik takut mabuk balik. masa kayak tadi takde pulak rasa mabuk, dah hilang mane ntah. HAHA tapi sib baikk aiols okay sikitt sebab ralit tengok langit, laut pemandangan semuaaaaaaaaa cantik cantik belaka... heyy indahnyaaaa ciptaanNYA  ;))  sekejap je dah sampai Chicken Island. nampak takk dari jauh rupa macam ayam kan? thats y nama die Chicken Island .. heee ~ kat sini kita boleh snorkeling yeee anak anak.. yeayy takk sabarrrrr ! sini ikan satu colour je.. boleh la dari tak de kan. gigih ai pegang camera Tough kehulu kehilir dalam laut untuk amik gambar semuaaa orang... ai nak semua orang kene ada WAJIB ada gambar dengan ikan. heee ~ baru lah namenye snorkeling. dan barulah Krabi. eh? alalallalalaaaa

 nampak tak rupa ayam situ? tu pasal laa name pulau ni Chicken Island. haa lawak kan.. hehe~

 ikan satu colour. ai is redha je laaaaaa ;(

nory & zul. banyak pulak ikan kerumun diaorang. heee ~

4sekawan. gambar kenangan ni. ntah bila dapat berkumpul macam ni lagii kan? huuu ~


agak lame dekat sini, ai dah macam penat sikit dah... tapi tak puas nak snorkeling lagiii... tapi dah kene jom naik boat balikkk... hewhehwhwew.. jangan lambat sebab kita nak pergi ke last call ni,  Tup Island pulak... haaa tempat yang ditunggu tunggu nii.. kenapa? sebab selalu dengar orang cakap, kalau pergi Krabi, tak pergi Tup Island is rugi.. Tup Island ni unik sebab nak ke pulau sebelah, kita boleh berjalan atas pasir laut. incase kalau air surut la.. kalau air pasang, no no pasir da. dah tak boleh lah kiranya nak menyeberang ke pulau sebelah. haaa pemandangan antara dua pulau tu yang TERsangat lah cantiknyaaaaaaaaaaaaaaaaa, subhanallah  ;)) siyes !

 welcome welcome. mestilah dimulakan dengan gambar kamii.. hewhewhehew

 dah sampai Tup Island. ni otw ke tempat yang ada pasir nak ke pulau sebelah tu. ala susah pulak nak terangkan. HAHA

nampak takkk dari pulau sini ke pulau sane, boleh dilalui dengan pasir pasir ni je.. heyy kiri kanan laut cantik. siyes! sangattt santekkkkkkkkkkkkkkkkkk !


 KAMI    kami    kami    ;))


HAHA , gelak dulu boleh? kat sini jadik satu peristiwa.. ai suruh hubby amikkan pic lompat ai. dekat antara dua pulau ni la. hubby die pandai amik gambar. tapi ai tahu die malas nk amik sebab dah penat kott. die saje tak jadikkan gambar ai. so xde lah gambar lompat ai. tapii gambar lompat die, kemaiin ai beria tangkap. TAK ACI!! terus ai merajuk dengan dia. sampai turun boat baru ai cakap dengan dia. lantakkkk.. HAHA bila ingat balik, heyy kelakar pulak.. pasal gambar pun nak gadoh. wakakkakkaa

ni ai tengah ngajuk lah ni. masyam je muka aii.. kaw tengok hubby ai. tengok die. slumber je,, leh senyum senyum lagiii. cehhh!! nyampahhhh  .. huu~


tak lama pun dekat Tup Island ni, satu jam je kot? settle amik gambar semua, xdan pun  nak bermandi manda, jakun nak amik gambar je lebihhhh  ;p  naik boat, terussssssssssssssss mabuk ai datang balik... hey sib baik ade asam syafiq. rasa mual tu dah sampai tekak dah.. ntah sape punya minyak bam ntah ai sapu kat perut. hubby? die buat dono jee ngan ai. kan ai tengah merajuk dengan dia. tak heran die ai tengah mabuk. ego ye hubby. ego yee. siap die! HAHAHA , so ai tutup mata, layan mabuk sorang sorang.. tau tau dah sampaii. yeayy ! legaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


okay nanti sambung lagi yee.. jam 4pm we all sampai hotel. nak mandi , nak siap semua nak pergi makan.. heyy ai mula dah laparr kemaiiiiinn.. sebbab tadi kan tak makan langsung? boleh bayangkan takk ai lapar cmne? okbaiii  ;p



Jom kira kira duit yang lesap  ;p
Ohh TAK de sebab tak de beli pape. hikhik




**Ai bagitahu semula ye.. Pakej 4 Island 2 orang 800thb, convert duit M'sia RM83.80
Kayaking 2 orang 500thb, convert duit M'sia RM52.40







Yang rindu pulak dengan Krabi nii, bila lah boleh repeat ;p
signature ms eida

25 comments:

  1. ida mabuk laut, nory plak kena berak2, yang kelakarnya turun je boat terus berlari cari toilet dulu...muahahahah....kenangannn....rinduu time ni, bila dapat rasa lagii kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. muahahahha.. tau xpe.. lawak gile kan. takmo ida dah naik loangtail. tobatttttttttttttttttttttt

      Delete
  2. untungkan pi Thailand, tempat best2 bayaran pun murah je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah. Thai murah je. same dgn indon. hehehehhee

      Delete
  3. huhuhu gila la best gila! jeles3! dr awal akak review kita dah jeles..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhahahhaa.. nnti shakira g la honeymoon kat sini yeeeeee. best!!

      Delete
  4. Cerita merong maha wangsa kot eh, ntah huhuhuhu ....

    mestilah rindu .. eida kalau menuliskan beriya eida cerita.. akabaca.. mcm ieda tgh cerita dpn akak hah hihihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tak. citer ni omputihhhh... ntah ape la tajuk die... hihi..

      yeke kak? hahaha.. gigh ken ida bercerita. suka angatt!! kuikuii

      Delete
  5. tergelak betul tengok pic mr dome..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha.. hebattt die tu... boleh diasah lagi bakat die tuh. hihihihihii

      Delete
  6. waaa hebat adik kakak nih...mmg murah plak bila tgk totalnya tuh bila pergi secara berkumpulan...pandai korang aturkan ye...serius seronok tgk gambar2 dik eida and the geng...terhibur sis...korang mmg kaki gambar hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. camera n kami tak dapat dipisahkan. cewaaaaaahhh ~ aah budjet kalau pergi ramai ramai cenggini kak.. best!

      Delete
  7. muka masam pakai spek.mak mila cakap atas sampai bawah ada cutting ke haha....oke fine sedar gemuk -.=' tu bam mcdee.

    ReplyDelete
  8. Kemain seronok lg ye..kenangan yg sukar dilupakan..btul x ieda?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak. tak kan dilupakan sampai bila bilaaaa ;))

      Delete
  9. udah kenapa hubby eida sangkut selipar kat tangan tu.hahaha.eh g 4 pulau 1 hari.vahhh mmg pening~ kalau rara pon muntah kot rasanya~ ooo xde lah mahal sgt.ok lah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhahahahhaaaaaa.... siot je rara, perasaan je ehh.. susak nak jalan atas air pakai selipar, tu yang die sangkut kat tangan jee.. hikhikhik.... hmm dah name pakej 4island, harus 4pulau. heeeeeeeeeee ~ murah je ni.. pergi la rara pergii pergii.. ehhehehehe

      Delete
  10. pergi pakej ramai2 ek?bole bgthu detail x?nk thu sgt2.planning nk pergi bln 3..trigin sgt nk bhepi2 cm korang... email sya... norshahiba@moh.gov.my.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye pergi ramai ramai. details yg macam mane ye? sbb setiap entry yg ida buat rasanya dah cukup details kott. so awak boleh refer balik kesemua entry krabi ida , klik link kat bawah ye

      http://msieda.blogspot.com/search/label/%3ACutiCutiCintaku%20di%20Krabi

      Delete
  11. kak Ida ambil pakej 4 island poda island, pranang beach, chicken island, tup islands dr agent mana ek?

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page