
hebakk supermama ni. ai? tak pasti mampu ke tidak jadik begini,
TAPI
itu bukan persoalannya. hebatnya seorang perempuan bukan terletak pada dia BUAT semua kerja rumah ye sebabbb nyaaa.. *sila baca cerita dibawah*
***************************************************************************
Kisah buat suami biar reti bahasa sikit...
Pak Ngah Adan : "Apasal monyok ni Muin?"
Muin : "Tah le Adan, bini aku tu, maleh beno masak
gulai tempoyak feberet aku"
Pak Ngah Adan : "Ate, apasal kau tak masak sendiri
je?"
Muin : "Mane le aku tau masak Adan oi, aku ni kan
suami, bior la bini aku masak, aku makan je"
Pak Ngah Adan : "Patutnye kau la yang masak"
Muin : "Ish.... kan masak tu tugas isteri?"
Pak Ngah Adan : "Bila masa pulak masak ni jadi tugas
isteri?"
Muin : "Laaa, kan dari dahulu kala lagi"
Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya, kita ni dok amal
budaya sampai tak ikut ajaran agama"
Muin : "Ajaran agama? lain ke yang Islam ajar?"
Pak Ngah Adan : "Memang la lain, tu pasal kita kena
belajar"
Muin : "Sebenarnya ikut Islam macam mana?"
Pak Ngah Adan : "Kalau ikut Mazhab Syafie dalam
kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, kewajipan isteri satu je, layan suami, yang
lain semua kewajipan suami"
Muin : "Hoh, layan suami je?"
Pak Ngah Adan : "Haah, kewajipan yang kena isteri buat
layan suami je"
"Yang lain-lain, dalam urusan rumahtangga semua urusan
suami. Macam sediakan rumah, kemas rumah, basuh pakaian, basuh pinggan mangkuk,
jaga anak, sampai susukan anak pun kewajipan suami"
Muin : "Susukan anak pun suami kena buat? biar
betul"
Pak Ngah Adan : "Kalau isteri tak mau susukan anak,
suami tak boleh paksa, dia kena cari ibu susuan atau cari la susu kambing ke,
lembu ke."
"Tapi Islam ni indah, Allah tak wajibkan, tapi Allah anugerahkan
kasih sayang kepada ibu untuk dia susukan anak tu."
Muin : "Oooooo, apa lagi kewajipan suami?"
Pak Ngah Adan : "Suami wajib bagi makan kepada isteri.
Minimum 1 mud atau satu cupak Baghdad lebih kurang tadahan 2 tapak tangan
makanan ruji kepada isteri setiap hari. lauk pauk tu tak wajib dah. Wajib
sediakan tempat tinggal. Wajib berikan sepasang pakaian setahun"
"Kalau isteri malas nak suap makanan, maka wajib suami
suapkan makanan tu ke mulut isterinya"
"Tapi kalau suami nak bagi lebih tak jadi masalah.
Takkan nak bagi makan nasi tak berlauk pulak kan?"
"Suami tak wajib bagi duit kat isteri dia, tapi boleh
ganti duit kalau isteri tu rela dan nak uruskan sendiri, macam gantikan makanan
dengan duit, isteri makan sendiri la. Duit isteri adalah hak isteri sepenuhnya,
dia boleh buat apa sahaja dengan duit tu tanpa minta izin suami. Tapi baiknya
bagi tau la kalau benda tu besar macam nak beli kereta tu"
Muin : "Kalau isteri tak tuntut hak dia?"
Pak Ngah Adan : "Itu kebaikan dalam berkasih sayang dan
berumah tangga. Kalau isteri rasa cukup sekadar apa yang suami bagi tanpa
tuntut apa-apa, itu baik. Sama macam suami bagi lebih dari kewajipan dia, itu
baik"
"Kalau isteri redha melakukan kewajipan suami, itu
sangat baik. Macam isteri redha memasak, mengemas rumah, basuh pakaian, jaga
anak, susukan anak. Itu akan meringankan suaminya dan akan mendatangkan
keredhaan suami dan Allah kepada si isteri. Tapi kalau isteri tak mau buat,
suami tak boleh paksa. Malahan berdosa suami memaksa isteri melakukan yang asalnya
adalah kewajipan suami itu sendiri"
"Tapi tolak ansur dalam rumahtangga itulah yang
sebenarnya pengikat cukup kuat dalam rumahtangga, yang mendatangkan keharmonian
dan rahmat Allah"
Muin : "Ooooo, baru aku tau"
Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya orang kita ni,
belajar tak berapa mau, akibatnya hak dan tanggungjawab sendiri pun tak tau.
Suami sibuk nak tambah bini, sebab tak tau betapa beratnya kewajipan suami.
Kalau semua benda bini nak buat, memang best la kawin ramai. Isteri pulak dalam
tak sedar ditindas secara rela. Bila badan letih mulut pun mula la membebel.
Kadangkala pi marah suami pulak. Tak pasal-pasal hilang pahala dan dapat
dosa"
"Imgat Muin, ramai perempuan masuk neraka disebabkan
mulut mereka. Sebahagiannya sebab berleter sebab letih. Letih pulak sebab buat
kewajipan suami yang dia rasa itu kewajipan isteri. Naya betul....."
Wallahualam...
************************************************************************
Ehem ehem~ jadiknya TAK salahlah kan kalau isteri balik penat penat dari kerja, TAK buat semua tu kannnnn?? sebabnya itu bukan tanggungjawab isteri. suami ye ye. Tapi si isteri zaman sekarang tersangatlahhhhhh baik hatii.. sanggup buat semua tu bagi pihak suaminya. suami buat apa? lambat siap makanan marah isteri! makanan tak sedap? marah si isteri lagi! alahaiii kesiannyaaaaa si isteriii.. no no no ye suamii.. itu kerja awak tau tau. kerja isteri? haaa mai bang atas katil tuuuu.. hari hari pun xde hall sebab dah tanggungjawab saye. muahahhahahhaa
Betul lelaki zaman sekarang , semua ingat semuaaaa tu kerja isteri. ai pelik. tapi ada jugak sesetengah isteri pun ingat macam tu. ai tak marah uols nak fikir macam tu. cumanya, pendapat ai. NO. Pendapat ai macam ni, isteri dah bekerja untuk tolong suami tambah pendapatan keluarga kan? padahal mencari rezeki untuk keluarga adalah tanggungjawab suami. tapi baiknyaaaaa isteri sanggup bekerja untuk tolong suaminya. nak nak yang sanggup cari kerja sampingan nak tolong tambah lagi mana yang TAK cukup tu. (ai lewteww ;p) So, apa salahnyaaaa, kiranya, kerja rumah tu dibuat bersama sama ;)) TAK SALAH.
Situasi ai, hubby tersangatlahhh memahami. eh eh bukan nak puji suami sendiri ehh. sapa yang kenal rapat dengan ai, tahu lah hubby ai macam mane.. heee ~ rajinya hubby ai menolong ai dalam buat kerja rumah sampai ada orang kata ai buli hubby ai sendiri! HAHA TAK TAK. Hubby memang dah di latih untuk menolong isterinya membuat kerja rumah. eh? patutnya ai yang dikatakan tolong hubby buat kerja rumah. heee ~ contoh kalau ai masak, hubby yang akan basuh pinggan lepas makan. ai okay je dalam basuh baju, angkat baju, TAPI bab melipat baju dan menggosok baju.. heyyyyyy malas ya rabbi tau! Apa susah, dobikan ajeee semua tu................... mihmihmih . ce uols teka, sape yang kemas rumah? like vacuum?mop? haaa hubby semua tu..... ;)) bertuahnyaa ai dapat hubby begitu. sebab ada sesetengah isteri yang merungut dapat suami yang TAK nak menolong langsung.. ape lagii ai nak? hubby sangatt memahami dahhh . cukup lah tu ;)
doakan kami bahagia ;) doakan kami kekal begini ;)
doakan ye semua ;) mari kita doa yang baik baik saja ;)
Yang sekadar berkongsi, TAK terniat nak menyinggung mana mana hati yang membaca ;)

samalah...yang mop lantai,vacum rumah,lap tingkap,cucu toilet,semua dayat....hhuhuhu...masak pun,dia masak lagi sedap dari aku masak kot...huhuhu....tapi bab kain,memang aku yg handle sebab aku tak bolehhh la lipat2 lain style....
ReplyDeletemoga kak eida bersama hubby bahagia selalu..
ReplyDeletemoga info ni banyak memberi kesedaran pada si suami :D
Salam Kenal.. :D
Benda ni ada ajar dalam pendidikan Islam sekolah. Tpi sebab budak2 yg belajar kan, jadi tak la paham. Bila dah besar nun, lupa dh apa dibelajar apatah lg dipraktikkan. btw, Thanks sharing :)))
ReplyDeletetak dinafikan masih ramai yg xtau benda ni...bile kita x buat keje rumah, lg kena marah..sedangkan bukan keje kita pun...
ReplyDeleteAlhamdulilah...bagus entry nih dik...sbb ramai kaum adam di luar sana alpa tgjjwb mereka sebenar...rajin asben dik eida...salute...leh segeng gan asben akak nih tau nih...
ReplyDeleteMoga dapat diamalkan suami isteri saling bantu membantu. Isteri bantu suami jadi pemimpin dengan taat padanya. Suami pula bantu isteri jadi yang taat pada suami...Insyallah TK berkongsi
ReplyDeleteharus kongsi dengan mcdee ni haha..
ReplyDeleteTQ ida...
kalau la tau dari awal cmni, mau gak bujang sampai mati~ hehehehe...
Deletesuke sgt bace post ni..thanks for sharing^^
ReplyDeletebetul3...setuju sgt2...memg kewajipan isteri melayan suami aje tau....so,suami xleh nak mrh isteri kalo isteri penat nak buat semua kerja kat rumah...tuh lah bile terlalu ikut adat dan membelakangkan agama..
ReplyDeletehehehehe sangat best baca ni, tersenyum je.. masa kursus kahwin tu hari pun ustaz tu ada terangkan mcm ni jgk.. terdiam kaum adam.. :p
ReplyDeleteakak, kalau ada ms kyra nk share entry ni ya kat blog..boleh? tq :)
sengih sampai telinga baca ni,,,
ReplyDeletemujurlah zul yang buat semua kerja rumah skrg...
tugas nory layann dia je...hikhikhikhik
alhamdulillahh ieda dikurniakan suami yg sg ringan tulangkan.. kan...
ReplyDeleteHai Eida....
ReplyDeleteLama bebenor xdgr cite pasal Mushang... Nanti update ye.. Hihi.. Rindu Mushang :)
setuju!! tapi sekarang mindset org lelaki, perempuan ni kena buat kerja rumah.. penat ke tak, mesti kne buat... bila tak buat, mulalah nk cerai berai pe semua... entah apa apa
ReplyDeletejum isi jiwa yang kosong http://hunyieda.blogspot.com/
ReplyDeleteHello Eida..lama x drop by kt blog Eida.. hubby Eida sama mcm hubby Aini.. sgt2 memahami kite.. its all about kerjasama.. if u understand him, he will also understand u..
ReplyDeleteSemoga hubungan Eida and hubby kekal hingga akhir hayat dan dimurahkan rezeki dpt baby yg soleh dan solehah yang comel..
Alhamdullilah, dikurniakan sang suami yg sangat membantu kan...hehe
ReplyDeleteapa y penting saling memahami..
ReplyDelete1. Tiada satu ayat Al-Quran yang mengatakan tanggungjawab isteri hanya 1 iaitu melayan suami semata-mata
ReplyDelete2. Tiada hadis sahih mengatakan tanggungjawab isteri hanya 1 iaitu melayan suami semata-mata
3. Adakah urusan yang dilakukan di luar rumah seperti mencari nafkah makan minum, kediaman, pakaian, perubatan menjadi kewajipan suami sepenuhnya, kemudian kerja-kerja di dalam rumah juga menjadi kewajipan suami?. Isteri seolah-olah tiada sebarang kerja, selain melayan suami dengan tubuh badannya sahaja. Cara yang lebih adil ialah kerja-kerja di luar rumah menjadi kewajipan suami, sementara dalam rumah pula hendaklah diambil tanggungjawab oleh isteri.
4. Banyak riwayat menyatakan kehidupan harian para sahabat sebagai suami atau isteri, masing-masing memberi khidmat dan bantu-membantu antara satu sama lain. Sebagai contoh, Asma' binti Abu Bakar, isteri al-Zubayr Ibn al-Awwam, selalu membantu suaminya dengan memberi makan kuda, mengangkut air dari tempat yang berbatu-batu jauhnya. Tidak pula kedengaran Baginda Rasulullah melarang Asma' berbuat demikian dengan alasan semuanya itu adalah kewajipan suami.
5. Fatimah al-Zahra, isteri Ali Abu Talib dan puteri Nabi, juga melakukan sendiri kerja-kerja memasak dan membakar roti, menyediakan makanan dan mengisar tepung, sehingga menjadi pecah-pecah pada tangannya. Fatimah dan suaminya pernah mengadu kepada Nabi agar mengizinkannya mendapatkan pembantu rumah atau khadimah. Tetapi Nabi menyuruh agar Fatimah terus melakukan sendiri kerja-kerja itu. Baginda tidak pula mengatakan, serah saja kepada Ali, kerana itu tanggungjawabnya sebagai suami.
6. Mungkin ada orang menjawab, sumbangan Fatimah yang membuat kerja-kerja rumah itu hanya sukarela, bukan sebagai kewajipan atau tugas. Saya katakan, kerja-kerja itu adalah kewajipan Fatimah bukannya sukarela, kerana Nabi tidak menerima cadangannya untuk mendapatkan pembantu rumah bagi menjalankan tugas-tugas itu. Jawapan Rasulullah s.a.w. kepada puterinya Fatimah adalah suatu perakuan yang dengan sendirinya menurunkan hukum yang bakal dipakai umatnya, iaitu dalam menentukan tanggungjawab siapa sepatutnya melakukan kerja-kerja rumah, suami atau isteri. Dalam ilmu Mustalah Hadis, perakuan ini disebut taqrir (perakuan Nabi).
7. Jangan sebarkan ajaran sesat yang akan menyebabkan para isteri-isteri menjadi pemalas dan nusyuz, malah mungkin menggugat ikatan perkahwinan yang dibina.
http://skypin.tripod.com/agama/aga115.html