Monday, September 30, 2013

Makin hari makin sayang dengan EPHYRA LOL !





 i ♥♥ EPHYRA


gambar terbaru ai. last week. pepagi hari ai keluar nak lepaking dengan kawan kawan, gigih ai minum EPHYRA dulu . tak sempat minum kat atas rumah, ai bancuh then minum dalam kereta. sedapnyaaa air oren ni.. hee~ kotak kedua EPHYRA dah nak habis da.. kini nak sambung minum EPHYRA kotak ketiga pulak. haii~ makin hari makin selesa ai dengan rutin harian minum EPHYRA ni ;)   seperti biasa, ai keluar tanpa make up yang heavy pun. cukup dengan lipstick & eyeliner jeww..  terus nampak muka ai bersinar sinar. auch! perasaan! HAHA

kasi besar sikit gambar ni.. hee~ .. ai pernah tanya hubby, 
"yang yang, yu rasa ada perubahan tak kulit muka ai?"
hubby jawab "ada jugak. nampak macam dah licin sikit, xde pun jerawat kecik kecik tu. parut yang kat bawah pipi tu macam dah takde jeee"
yeayyyy !



oh actually buat yang tertanya tanya, ai dah minum EPHYRA lame dah. dah nak masuk bulan ketiga dah ni. boleh baca entry entry INI dan INI yang mana dulu ai pernah share pasal EPHYRA ni pada permulaan ai minum. okay ?  ;))  tapi perubahan yang terbaru yang ai dapat lately ni, ai perasaan, tumit kaki ai macam dah tak de rekahan. selalunya ada lah merekah sana sini. kan pakai heels kan. pastu kalau rasa pegang tu kasar jeww.. tapi semalam ai perasaan dah kurang kasar, dan kurang rekahan tu. yeayyyy ! dulu kotak pertama tak de perbezaan ketara sangat pun, tapi lepas habis kotak kedua EPHYRA ni, ternyata berbeza! tak yah sapu krim bagai bagai daa.. heee ~ minum saja EPHYRA .. yeayy !

ai is segan la nak tunjuk gambar kaki. cam tak sopan jew kan?
 tapi sajaaaa nak tayang jugakk tumit kaki ai yang dah kureng rekahan. mihmihmihh  



Ni nak berkongsi dengan semua, para ibu ibu yang baru lepas bersalin maybe, ini testimoni yang terbaru dari pengguna EPHYRA sendiri yang masih menyusu badan babynya, dimana EPHYRA banyak membantu para ibu ibu dalam menambahkan kuantiti susu badan. Memang kan jadik masalah jika susu badan sikit  dan tak cukup. kesian baby, kecik kecik kene minum susu formula. TAPI tidak lagi, kerana EPHYRA dapat membantu ibu ibu ini menambahkan lagi susu badan. tentunya EPHYRA sangat sesuai dan selamat diminum oleh ibu ibu baru bersalin dan masih lagi menyusukan bayinya ;)) Selain membantu menambahkan kuantiti susu ibu, EPHYRA juga terbukti memberi manfaat kepada bayi yang disusukan itu dimana, bayi menjadi lebih sihat, kulit baby jadik lebih cerah dan gebu. aummm.. sedap syiooomm nantii.. hee ~

testimoni dari seorang ibu yang sangatt berpuas hatii dengan hasil EPHYRA ;))



Oh ya. buat semua yang masih meragui produk EPHYRA ni, boleh lah berkunjung ke Halfest Expo Exhibition pada 2 Oktober sehingga 6 Oktober 2013 (Ekspo Makanan Halal Terbesar di Malaysia) yang bakal diadakan di Mines Convention Centre Seri Kembangan, Selangor. Cari Booth 0078 ye.. ;)) Kat situ, depan depan uols boleh nampak the real EPHYRA. Yang mana masih meragui status HALAL produk EPHYRA ni, haaa ni lah masanya. Dah nama pun Ekspo Makanan Halal kan? Of coz EPHYRA menitikberatkan status HALAL tersebut.  Pentingnya HALAL kerana makanan yang baik lagi halal memberikan kesihatan kepada badan kita. Sebaliknya pulak akan mendatangkan penyakit. Islam sendiri sangat mementingkan aspek HALAL dan kebersihan supaya apa yang dimakan oleh kita benar-benar membawa manfaat bukannya kemudaratan.


Begitulah jugak Oceanlife Marketing Sdn Bhd selaku pengeluar produk EPHYRA yang sangat sangatt menitikberatkan kualiti halal produk  EPHYRA itu sendiri untuk kebaikan pengguna semua ;)) Banyakkan produk di luar sane yang sebenarnya TAK mempunyai status HALAL yang SAH dari JAKIM. Jakim kan sangatt dipercayai sebagai badan kerajaan yang tentunya kalau status HALAL dikeluarkan JAKIM pasti JAKIM telah membuat penilaian yang sangat teliti tentang tahap keselamatan dan tahap halal sesuatu produk.  Setiap permohonan HALAL dari JAKIM memerlukan sijil Kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) baru lah boleh memohon status HALAL.  Jadi persoalan disini, adakah lambakan produk kesihatan dan kecantikan di luar sana benar benar HALAL dari JAKIM ataupun sekadar print logo HALAL saja?


Haaa, kerana itulah Oceanlife Marketing Sdn Bhd menyertai Ekspo HALFEST ini, tujuan untuk membawa  EPHYRA ke tahap lebih tinggi dan mendapat kredibiliti dan kepercayaan pengguna sebagai produk yang berkesan dan tentu tentunya SELAMAT dan yang pasti HALAL. Oh ya, jangan lupe singgah di Booth 0078  EPHYRA kerana banyakkk cabutan bertuah yang menanti dan tentunya ada banyakk harga PROMOSI  EPHYRA untuk semuaaa.. JANGAN LEPASKAN PELUANG YE !  ;)

ai pun nak singgah nanti. heee ~



Oh yee, seperti biasa, tawaran untuk pembaca blog ai untuk membeli produk EPHYRA ini dengan lebih murah, masih adaaaaa.. ;) yeayyyy! gelek gelek bontot sikit. hehehe~ harga yang boleh dimiliki jika uols sebut nama ai & blog, Eida dari www.msieda.blogspot.com...  Satu Kotak EPHYRA RM197, tapi kalau beli dua kotak sekaligus, dapat lagii murahhhh RM380 jeeee  ;))




Uols nak tahu lebih lanjut pasal EPHYRA ?

Klik Oficial Website  - www.oceanlife2u.com
Klik FB - Oceanlife2u
Sapa ada instagram? boleh la follow, search ephyra2u
Nak tahu pengalaman Memey Suhaiza dalam menggunakan EPHYRA ? Follow insta beliau jeee , search memeysuhaiza
Boleh jugak call HQ OceanLife untuk bertanya mengenai produk EPHYRA ; 03-41417889








Yang TAK sabar nak tahu apa pulak perubahan untuk kotak ketiga ni, yeayy! ;)
signature ms eida
Read More ->>

Thursday, September 26, 2013

Testimoni diri sendiri dengan GLA dan Alfalfa Complex Shaklee



 


Dah kureng kan ai cerita pasal perjalanan TTC (Trying to concieve) dalam blog ai ni kan? Ntah la. macam dah TAK selesa sangat nak bercerita sebab ada yang memerhati.. tak suka haih. kalau perhati tak sampaikan ke orang lain xpe la. ko tahu sorang dah la. ni tak hebah hebah kat semua orang, asal jumpe je, "tak de lagi ke" heyy ai is dah boooosang laaa ditanya begitu.... soalan lain please?? ;p


tapi hari ini tergerak hati nak berkongsi testimoni pasal satu produk ni. buat TTC, cuba dan mencuba satu satu produk untuk hamil adalah satu habit. jangan pelik bila ai cakap ai banyakk makan produk/supplement untuk hamil. ai usaha ke arah itu la. nak jumpa doktor belum bersedia lagi untuk treatment bagai. lagipun niat di hati nak regularkan period dulu... period dah cantik normal macam orang lain, baru kita jumpa doc yee.. kang tak regular period, doc bagi makan ubat. ubat doc banyak drugs. me dont like. kang dari kurus sikit ni terus gemuk balik.. eh kurus ke? HAHA

sahabat baik ai sekarang  ;))
Produk Kesihatan Shaklee


Tak ingat la bila ai sendiri yang nak cuba produk ni bila baca testimoni orang. tapi bagi ai, jangan dengar cakap orang, cuba dulu. rasa dulu. mana tahu tak kene dengan diri ke ken......  Ai try produk Shaklee. Mesti semua orang pernah dengar ken? Ai beli dari sepupu ai sendiri, sepupu ke? abang sepupu punya bini... same lah kan? HAHA  Kronologi nye begini, pada mulanya sepupu ai, Kak Yan ai panggil dia, beri sebotol GLA Complex percuma kepada ai. sebab apa eh ? ai pun dah lupa. ai makan. katanya GLA Complex ni boleh regularkan period hormon bagai bagai semua tu. so ai pun telan. sebotol dah habis, tak de pape pun perubahan? tapii prinsip ai, jangan cepat menduga, baru sebotol kan..... ada duit lebih kita beli lagiii... kali ni ai beli GLA Complex dan Alfalfa Complex. Kata Kak Yan, perubahan berkesan kalau GLA dimakan dengan Alfalfa. itu untuk isteri la. budjet punya supplement ni. heee ~  haaa ai pun makan lah setiap hari . gigih tau. si Alfalfa tu ai telan 10biji sehari. GLA pun sebiji 3x sehari. Kak Yan kate lagi, ada cyst makan lebih sikit GLA Complex tu.. ;)) baikkkkk

inilah dia, Kak Yan dan sebelah tu, abg sepupu ai ;))


Haaaa bukan tu je ai beli, gigih laaa ai beli untuk hubby jugak. Zinc Complex dan Vita-E Complex. Vitamin E ni laki binik boleh makan. makan sebiji sehari sebelum tido. untuk hubungan suami isteri katanya. heee ~ Zinc ni membantu dalam penghasilan sperma yang berkualiti. open sikit cakap eh? dah dewasa kan? muahahhahahaa . . tapi hubby makan zinc ikut suka hati diaaaa... tak konsisten pun. sedih ai. ;((


Masa ai membeli vita Shaklee ni dengan Kak Yan yang mesra di panggil MAMA dalam Keluarga Shaklee MamaFisya, ai sudah pun jadik member Shaklee. walau ai bukan pengedar dia, ai ahli tauuuu.... beli vita untuk diri sendiri jeeee  ;)) kalau berkesan baru rasa YAKIN nak berkongsi cerita dengan orang lain. testimoni dari diri sendiri kannnn..yakin gila kot! NOW, dah yakin untuk berkongsi berita gembira dengan orang lain. hee ~


oh ni time team MamaFisyaVitashop bukak booth di Melaka :))


Okay ceritanya begini, pendekkan cerita, period ai dah hampir ke arah on time. syukur ~ ai tak cakap tetap sangat. baru sebulan dua dia sharp on time. tak leh nak happy sangat. takut die buat hal balik. HAHA  kerja ai memang telan si GLA sebiji 3kali sehari. eh? baru teringat, dah nak habis dah GLA ai. huu ~ Pastu si Alfalfa tu ai telan 10biji sehari. Vitamin E ai telan sebiji sebelum tido. aum aum aummmm  muahahaha~


Perubahan/Testimoni GLA Complex & Alfalfa Complex pada diri ai? Jujur cakap, Shaklee sesuai dengan diri ai. punya lah banyak supplement ai makan sebelum ni, period ai macam tuuuuuuuuu jugakk. tapi dengan Shaklee, period ai hampir ke arah normal. ai doa harap harap lepas ni, cycle jadik 28hari jewwww setiap bulan... idaman kalbu tu! so, dengan adanya period yang dah semakin tetap/normal ni, ai begitu eksaited la nak menghitung hari O kan? ehem ehem ~ harap harap ada lah rezeki ai selepas ini. kalau tak de lagi tu, xpe ai is akan tetap menunggu. makan supplement non stop. ada tu rezeki. lambatttttt sikit jewwww . . heee~ *ayatsedapkanhatisendiri*


Buat kawan kawan yang sibukkkk menanyakan "bila lagi?" tu, siap sarankan ai buat treament sane sini, nanti dulu la ehhh....... ai tahu apa yang berlaku pada diri ai. ai usaha sendiri. terima kasih atas perihatin uols tu. bagi ai, sebelum jumpa doktor untuk ke arah treatment yang lebih serius, better ai usaha regularkan period ai. ;)) cumanya, doa lah yang terbaik untuk hubby and ai. terima kasih.. heee ~



Nama : Eida
No Ahli Shaklee : 913062
Email : iedand23@gmail.com
No h/p : 012-2334792



Anything , uols nak tanya ai pasal Set Kesuburan ni ai reti lah jawab sebab sendiri makan khenn~ HEHE Tapi untuk pengetahuan uols semua, Shaklee banyak lagi Vitamin. Ada Vitamin untuk kurus, Vitamin untuk naikkan berat badan, Vitamin untuk menyusukan baby, Vitamin untuk kulit dan kecantikan, alaaaaaa semua ada lah.... siyes! rasa dulu baru tahu kebaikan dia. tak rugi pun makan vitamin ni. untuk diri sendiri jugak. sihat untuk bila bila. ;))


Untuk semua, uols kalau TAK confident nak tanya ai, uols boleh tanya sepupu ai. a.k.a mama dalam Keluarga Shaklee MamaFisya ni. Uols gerenti confident dengan dia sebabnya dia dah Sr. Key Coordinator dalam Shaklee ni. mungkin dengan penerangan dia, uols lebih memahami kheennnn~ so jangan malu malu tanya dia kay, 

No hp : 019-331 1968








Yang berharap ada lah rezeki selepas ini, ameeeeeeeen ;))
  signature ms eida
Read More ->>

Ikea with dua mak buyung. hekhekehk ;p





Ni cerita minggu lepas. minggu lepas minggu lepaking bagi ai. heyyy laaa, bestnya melepak. HAHA  kesian ai kan? lama tak keluar jalan jalan, melepak borak borak dengan kawan kawan, weekend ai busy dengan coklat fountain jeee.. kalau ada masa, memang nak qada je tido.. tak kuasa nak keluar. hikhik.. tapi minggu lepas, takde event yang ai kene jaga just semua mesin selamat disewakan kepada customer, ai ajak hubby keluar, keluar jalan jalan. lama tak melepak, kang sentap kawan kawan ai. tak pasal pasal aku tak de dah kawan. HAHA


Sabtu lepas, ai temankan dua mak buyung merealisasikan 'mengidam' diaorang nak makan meatball ikea. ai yang TAK mengandung pun turut mengidam jugak. ai just mengandungi lemak je.. muahahahaha . . awal pagi nory dah kejutkan ai. alahaii baru nak merasa bangun lewat hari sabtu.... heeee ~ gigih la siap siap , lawa lawa, heyy lame tak melawa... HAHA , mane tak nye, pergi buat coklat fountain just pakai jeans n tshirt je. tudung pun saukk jeeee.. dah macam indon buat kerja dah. HAHA (takpe takpe tunggu t-shirt rasmi coklat keluar~ hehe)   ai pergi ke rumah nory, budjet nak naik satu kereta la. kehkehkeh


kiri kanan mak buyung. doakan one sweet day ai juga begitu  ;))
ameeeen


Sampai ikea, mak aiiii, diaorang ni tengah bulan ke akhir bulan ke, same je kan? gile full parking. sib baik ada orang tu tak membebel. ai heran dan pelik ni, kenapaaa hubby setuju ke ikea. HAHA  hubby memang payah nak ke ikea. ni kali kedua die pergi. kesian. binik die dah beribu kalii juta dahhh... huehuheuhe~ sampai sampai dah lapar kemain. satu hal nak cari tempat duduk. gile ramai. tapi nasib baik ai bawak dua mak buyung, memang lucky laaa dapat tempat yeayy! bila lapar, semua nak makan, meatball nak, chicken wings nak, mashpotato pun nak. heyy sedap angat lah die punya mash potato.. next time nak order lagi la. eh? next time?lalalalalaallalaa  ;p

riang ria menternak lemak di ikea. kuikuikuiii


Lepas makan, sesi mengukur. niat ai hanya nak beli hadiah kahwin member. nak cari lampu je. ai sokmo gitu. asal orang kahwin, bagi lampu. lampu lampu lampu. HAHA  ieza sibuk dok survey almari baby. nak meletop dah die time tu. tapi saat entry ini dipublish, ieza dah selamat melahirkan seorang baby boy. doakan babynya selamat ya. ada komplikasi sikit baby. doakan semuanya yee. lepas habis ukur ikea, ieza balik. ai dengan nory? tak balik lagi. alang alang ai dah free, haruslah guna peluang sebaik mungkin.. haa kemanakah kite? karok time.. yeayyyy!

cari ayat tersembunyi. vangang sangatt tau! muehehehehee~


ai ingat nak suprisekan hubby. hubby tak suka karok okay! tapi malam tu we all berjaya paksa die nyanyii. yeayyy! sedap pe suara sayang. hee~ putih putih melatiii kawww... muahahahaha.. ai ajak nory so ai belanja lah diaorang. karok kat Giant equine. ai tak tahu pun ada karok situ. nory kan kaki tegar microfon, so die punya idea lah ni... heee ~ 2jam sudah memadai. ada orang tu sampai serak serak suara nyanyii. ye makcik makcik !! HAHA  .  niat dihati nak balik umah terus after karok tu, ntah macam mane tersangkut melepak pekena roti canai banjir. heyy mak buyung nory lah ni mengajorrr... sudahnya dengan ai ai suka makan roti canai banjir. kukuikuiii


Akhirnya, tertido ai dekat rumah nory. padahal esok ada plan lain dengan kawan lain pulak. heyy cari nahas betul. HAHA ni lah natijah lameeeeee gileeeeeee tak keluar weekend. hee~ thanks hubby sudi keluar. kalau tak, hubby nak mentido jee kat rumah. kuikuii.. ye ye tido lah hubby. simpan tenaga ye. kita tunggu akhir tahun ni punya sibuk. bulan kahwin tu. ai doa rezeki makin murah untuk dua bulan terakhir tahun ni. aminnnn ;)  *banyakbendanakbayarni* 


kemain payah tau nak suh mereka ni tangkap gambar. si suami pemalu ya rabbi. ni lah gelagat mereka.  doakan mereka tabah kuat mengharungi ujian dari NYA ya. 
to : Za, Arab, ingat ehh. ALLAH uji kita sebab ALLAH sayang kita. Kenapa ujian berbeza beza? Sebab ALLAH tahu tahap kemampuan kita. Percayalah.. Semuanya akan selamat. Amin amin...
To baby comel : sayang, kuat ye sayang, mama ida tau baby comel TAK sabar nak bermanja manja dengan mummy daddy, so pleaseee stay strong for them! for us! mama ida doa untuk baby comel ;) amennnnnnnnnnnn








Yang teringat ingat mashpotato ikea, yummy!
signature ms eida
Read More ->>

Friday, September 20, 2013

Kisah Sebenar REALITI SUAMI ISTERI ;)






hebakk supermama ni. ai? tak pasti mampu ke tidak jadik begini, 
TAPI
itu bukan persoalannya. hebatnya seorang perempuan bukan terletak pada dia BUAT semua kerja rumah ye  sebabbb nyaaa.. *sila baca cerita dibawah*



***************************************************************************

Kisah buat suami biar reti bahasa sikit...

  
Pak Ngah Adan : "Apasal monyok ni Muin?"

Muin : "Tah le Adan, bini aku tu, maleh beno masak gulai tempoyak feberet aku"

Pak Ngah Adan : "Ate, apasal kau tak masak sendiri je?"

Muin : "Mane le aku tau masak Adan oi, aku ni kan suami, bior la bini aku masak, aku makan je"

Pak Ngah Adan : "Patutnye kau la yang masak"

Muin : "Ish.... kan masak tu tugas isteri?"

Pak Ngah Adan : "Bila masa pulak masak ni jadi tugas isteri?"

Muin : "Laaa, kan dari dahulu kala lagi"

Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya, kita ni dok amal budaya sampai tak ikut ajaran agama"

Muin : "Ajaran agama? lain ke yang Islam ajar?"

Pak Ngah Adan : "Memang la lain, tu pasal kita kena belajar"

Muin : "Sebenarnya ikut Islam macam mana?"

Pak Ngah Adan : "Kalau ikut Mazhab Syafie dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, kewajipan isteri satu je, layan suami, yang lain semua kewajipan suami"

Muin : "Hoh, layan suami je?"

Pak Ngah Adan : "Haah, kewajipan yang kena isteri buat layan suami je"

"Yang lain-lain, dalam urusan rumahtangga semua urusan suami. Macam sediakan rumah, kemas rumah, basuh pakaian, basuh pinggan mangkuk, jaga anak, sampai susukan anak pun kewajipan suami"

Muin : "Susukan anak pun suami kena buat? biar betul"

Pak Ngah Adan : "Kalau isteri tak mau susukan anak, suami tak boleh paksa, dia kena cari ibu susuan atau cari la susu kambing ke, lembu ke."

"Tapi Islam ni indah, Allah tak wajibkan, tapi Allah anugerahkan kasih sayang kepada ibu untuk dia susukan anak tu."

Muin : "Oooooo, apa lagi kewajipan suami?"

Pak Ngah Adan : "Suami wajib bagi makan kepada isteri. Minimum 1 mud atau satu cupak Baghdad lebih kurang tadahan 2 tapak tangan makanan ruji kepada isteri setiap hari. lauk pauk tu tak wajib dah. Wajib sediakan tempat tinggal. Wajib berikan sepasang pakaian setahun"

"Kalau isteri malas nak suap makanan, maka wajib suami suapkan makanan tu ke mulut isterinya"

"Tapi kalau suami nak bagi lebih tak jadi masalah. Takkan nak bagi makan nasi tak berlauk pulak kan?"

"Suami tak wajib bagi duit kat isteri dia, tapi boleh ganti duit kalau isteri tu rela dan nak uruskan sendiri, macam gantikan makanan dengan duit, isteri makan sendiri la. Duit isteri adalah hak isteri sepenuhnya, dia boleh buat apa sahaja dengan duit tu tanpa minta izin suami. Tapi baiknya bagi tau la kalau benda tu besar macam nak beli kereta tu"

Muin : "Kalau isteri tak tuntut hak dia?"

Pak Ngah Adan : "Itu kebaikan dalam berkasih sayang dan berumah tangga. Kalau isteri rasa cukup sekadar apa yang suami bagi tanpa tuntut apa-apa, itu baik. Sama macam suami bagi lebih dari kewajipan dia, itu baik"

"Kalau isteri redha melakukan kewajipan suami, itu sangat baik. Macam isteri redha memasak, mengemas rumah, basuh pakaian, jaga anak, susukan anak. Itu akan meringankan suaminya dan akan mendatangkan keredhaan suami dan Allah kepada si isteri. Tapi kalau isteri tak mau buat, suami tak boleh paksa. Malahan berdosa suami memaksa isteri melakukan yang asalnya adalah kewajipan suami itu sendiri"

"Tapi tolak ansur dalam rumahtangga itulah yang sebenarnya pengikat cukup kuat dalam rumahtangga, yang mendatangkan keharmonian dan rahmat Allah"

Muin : "Ooooo, baru aku tau"

Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya orang kita ni, belajar tak berapa mau, akibatnya hak dan tanggungjawab sendiri pun tak tau. Suami sibuk nak tambah bini, sebab tak tau betapa beratnya kewajipan suami. Kalau semua benda bini nak buat, memang best la kawin ramai. Isteri pulak dalam tak sedar ditindas secara rela. Bila badan letih mulut pun mula la membebel. Kadangkala pi marah suami pulak. Tak pasal-pasal hilang pahala dan dapat dosa"

"Imgat Muin, ramai perempuan masuk neraka disebabkan mulut mereka. Sebahagiannya sebab berleter sebab letih. Letih pulak sebab buat kewajipan suami yang dia rasa itu kewajipan isteri. Naya betul....."



Wallahualam...



************************************************************************


Ehem ehem~ jadiknya TAK salahlah kan kalau isteri balik penat penat dari kerja, TAK buat semua tu kannnnn?? sebabnya itu bukan tanggungjawab isteri. suami ye ye. Tapi si isteri zaman sekarang tersangatlahhhhhh baik hatii.. sanggup buat semua tu bagi pihak suaminya. suami buat apa? lambat siap makanan marah isteri! makanan tak sedap? marah si isteri lagi! alahaiii kesiannyaaaaa si isteriii.. no no no ye suamii.. itu kerja awak tau tau. kerja isteri? haaa mai bang atas katil tuuuu.. hari hari pun xde hall sebab dah tanggungjawab saye. muahahhahahhaa


Betul lelaki zaman sekarang , semua ingat semuaaaa tu kerja isteri. ai pelik. tapi ada jugak sesetengah isteri pun ingat macam tu. ai tak marah uols nak fikir macam tu. cumanya, pendapat ai. NO. Pendapat ai macam ni, isteri dah bekerja untuk tolong suami tambah pendapatan keluarga kan? padahal mencari rezeki untuk keluarga adalah tanggungjawab suami. tapi baiknyaaaaa isteri sanggup bekerja untuk tolong suaminya. nak nak yang sanggup cari kerja sampingan nak tolong tambah lagi mana yang TAK cukup tu. (ai lewteww ;p) So, apa salahnyaaaa, kiranya, kerja rumah tu dibuat bersama sama  ;)) TAK SALAH. 


Situasi ai, hubby tersangatlahhh memahami. eh eh bukan nak puji suami sendiri ehh. sapa yang kenal rapat dengan ai, tahu lah hubby ai macam mane.. heee ~ rajinya hubby ai menolong ai dalam buat kerja rumah sampai ada orang kata ai buli hubby ai sendiri! HAHA  TAK TAK. Hubby memang dah di latih untuk menolong isterinya membuat kerja rumah. eh? patutnya ai yang dikatakan tolong hubby buat kerja rumah. heee ~ contoh kalau ai masak, hubby yang akan basuh pinggan lepas makan. ai okay je dalam basuh baju, angkat baju, TAPI bab melipat baju dan menggosok baju.. heyyyyyy malas ya rabbi tau! Apa susah, dobikan ajeee semua tu................... mihmihmih .  ce uols teka, sape yang kemas rumah? like vacuum?mop? haaa hubby semua tu..... ;)) bertuahnyaa ai dapat hubby begitu. sebab ada sesetengah isteri yang merungut dapat suami yang TAK nak menolong langsung.. ape lagii ai nak? hubby sangatt memahami dahhh . cukup lah tu ;)


doakan kami bahagia ;) doakan kami kekal begini ;) 
doakan ye semua ;) mari kita doa yang baik baik saja ;)







Yang sekadar berkongsi, TAK terniat nak menyinggung mana mana hati yang membaca  ;)
signature ms eida
Read More ->>

Thursday, September 19, 2013

Budjet Keseluruhan ke Krabi, Thailand ;)






Untuk kembalikan ingatan uols, 

Entry entry yang lepas, 


DAY 4 - 25June2013 Selasa

nilai yang sama ;)   ai hanya tinggal ini untuk hari last di Krabi. hihihi


Naik je bilik, ai tengok barang TAK kemas lagi, hey hubby tidooo.. ingatkan dia naik awal, tolong kemas. cehhh.. penat lewteww  ;p  so, gigih la ai mengemas bagaii. siap kemas, mandi siap siap, kejut hubby then hubby siap terus turun bawah. memang jam 5am dua van terpacak depan hotel untuk hantar we all ke airport ;))  nak tahu we all sampai airport pukul berapa? haaa 5.30am weyyyyy.. airport pun TAK bukak lagii.. HAHA ape lagii kerja semua orang? mentido laaaaaa  ;p tapi ai tak lena nak tido sebabnya, airport dia sejuk gilaaaaaaaaaaaa.. ai merayau sane sini. jam 6.30 gitu, ada kedai yang dah bukak, so jalan jalan cuci mata. sambil sambil TERcuci poket. HAHA


Ai terbeli keychain + Stand picture post office Krabi 320thb


Tepattt jam 7.40am we all terbang meninggalkan Krabi, Thailand. Babaii Krabii.. Till we meet again yaa... ;)) heee ~ Atas flight, perut dah bunyi bunyii... lapar.....so sempat beli break1st laki bini ni. RM38. mahal kemain tapi TAK mengapa sebab dah kebulurrr.. muahahhaa.. lepas makan? mentido lagiiii........ jam 11am we all dah ada kat LCCT. buang segala yang boleh dibuang. ai siap boleh bayar bil celcom lagii. al maklum laaa.. hari balik tu 25hb. hari gajii... hewhehwhehww . .  naik bas terus mentido lagi, we all turun jalan ipoh . then amik cab balik rumah yaya dulu.... tujuan? nak kumpul segala gambar dari camera masing masing. WAJIB ni.. pastu baru senang hati nak balik rumah.... heeeeeeeee ~


till we meet again Krabi  .. babaiiii.. beg pun dah beranak ranakk... kuikuii


Jom kira kira duit yang lesap  ;p
Keychain + Stand Post Office 320thb , covert duit M'sia RM33.50
Break1st atas flight RM38,
Bas LCCT ke KL dua orang RM16
Cab (sheila bayar RM5)
Total 87.50




Begitulah cerita Percutian ke Krabi we all selama 4hari 3malam. best sangatt. siyes Krabi sangatt lah cantikk.. ada budjet, ada masa, pergi lah yee.. siyes uols TAKKAN menyesal kalau spend untuk ke Krabi. heee ~ okay, yang ditunggu tunggu budjet keseluruhan ai & hubby ke Krabi. Sini ai senaraikan semula semuaa perbelanjaan untuk ke Krabi, Thailand. satu pun tak tinggal. heee ~ moga moga dapat membantu uols yang nak pergi ke Krabi membuat budjet... okay? babai , till we meet again di percutian yang lain. cewahhh~  


Budjet Keseluruhan ke Krabi, Thailand  ;)
Tiket Air Asia Flight return 2pax 4H3M include seat return & meals RM576


Cab ke KL Sentral (charge midnight) RM18.70
Bas ke LCCT 2 orang per way RM16

Airport Transfer 2way for 2 person (from airport to hotel Krabi)
(3000thb/11orang = 273thb x 2orang = 546thb) covert duit M'sia 546thb x 10.48 =  RM57.20

Hotel Aonang Goodwill Hotel 4hari3malam  RM258

Elephant Trekking + Emerald Pool + Hotspring Waterfall Package 2person 2000thb , convert duit M'sia RM209.60

Tips guide untuk aktiviti Elephant 100thb , convert duit M'sia RM10.50

Air kelapa  40thb , conver duit M'sia RM4.20
Tuk tuk dari hotel ke Krabi Town  pergi balik dua orang 200thb , convert duit M'sia RM20.10
Tips untuk tuk tuk 20thb,  convert duit M'sia RM2.10
3 pinggan nasi ayam (ai makan sepinggan je tau! haha) 120thb, convert duit M'sia RM12.60
9 keping Pancake Banana Chocolate 270thb, convert duit M'sia RM28.30
5 ketul tote bag 630thb, convert duit M'sia RM66.00
Makan/minum kat 7e 88thb, convert duit M'sia RM9.20
5 helai Tshirt 750thb, convert duit M'sia RM78.60


Bayar pakej Phi Phi Island untuk 2orang 2200thb, convert duit M'sia RM230.60


Fridget Magnet Maya Bay seketul 60thb , convert duit M'sia RM6.30
Frame Phi Phi Island seketul 100thb, convert duit M'sia RM10.50

Makan di Chaba Thai 695thb, convert duit M'sia RM72.80
Tuk tuk pergi balik Ao Nang 2 orang 80thb, convert duit M'sia RM8.40
Plaster 18thb, convert duit M'sia RM1.90
Pancake Nuttella 45thb, convert duit M'sia RM4.70
Pancake Banana Chocolate 40thb, convert duit M'sia RM4.20
3 papan Fridget Magnet again (HAHA) 190thb, convert duit M'sia RM19.90
Cap Thailand untuk abah ai 150thb, convert duit M'sia RM15.70
5 helai Tshirt Quicksilver hubby 750thb, convert duit M'sia RM78.60
2 helai Baju ILOVEKRABI Pink 280thb, convert duit M'sia RM29.30
Dress Sexy (mihmihmih) 200thb, convert duit M'sia RM21.00

Pakej 4 Island 2 orang 800thb, convert duit M'sia RM83.80

Kayaking 2 orang 500thb, convert duit M'sia RM52.40

Makan dekat Restoran Sarefah 330thb, convert duit M'sia RM34.60

Full Body Oil Massage untuk dua orang, 500thb, convert duit M'sia RM52.40

3pcs Beg Tote Besar, 450thb convert duit M'sia RM47.20
FM tuk tuk pink 50thb convert duit M'sia RM5.20
Air kat 7E 40thb convert duit M'sia RM4.20
Keychain + Stand Post Office 320thb, covert duit M'sia RM33.50
Break1st atas flight RM38
Bas LCCT ke KL dua orang RM16



GRAND TOTAL : RM 2,238.30
*pengsan*






p/s : tak sangka pergi Krabi lagi murah dari ai pergi Kundasang hari tu. kuikuikuii











Yang sedih pulak dah habis cerita pasal Krabi niii, huwaaaaa  ;(
signature ms eida
Read More ->>

Tuesday, September 17, 2013

SPA di DARA Massage, Krabi Thailand





Untuk kembalikan ingatan uols, 

Entry entry yang lepas, 



Sambung cerita.. lepas balik dari aktiviti 4 Island tu, terus siap siap mandi, nak pergi cari kedai makan... kebetulan masa kat Krabi, we all ada terserempak dengan couple Malaysian sedang berhoneymoon. kedai makan ni diaorang yang suggets, senang jee nak pergi, jalan kaki jee dari otel. ke arah Masjid bersebelahan hotel yang we all stay ni. Restoran Sarefah namanya. makan asing. pempuan duduk ngan pempuan, laki duk ngan laki. senang nak bergosip. HAHA

tepi jalan saja...... gerenti nampak punyaa.. jalan menuju ke Krabi Town  ;)

haaaa kampung style sangattt.. hehehe  ;p

ai order lagi sekali pancake. tapi kali ni Apple Cinamon Pancake 40Bthb ---> Kureng sedap!
Nasi Putih + Tomyam Seafood + Ice Lemon Tea 
Nasi Goreng Ayam + Teh Ais
330thb semuanyaaaaa  .. harga standard  ;)



Lepas makan, we all jalan balik ke hotel. plan malam ni nak buat massage. heyy badan dah penat sangatt nii.. dua hari berturut turut full dengan aktiviti. esok dah nak balik dah. so ape kate kita buat massage. yeayy! Tempat massage ni pun, couple tadi yang bagitahu jugakkk... dekat je pun dengan hotel, jalan kaki sajaaaa.. Dara Massage namanya. sapa sapa massage kat sini, akan jadik dara kembali.. ok bongok disitu! HAHA ~ Ai amik pakej oil massage full body untuk hubby and ai. tak kuasa nak amik thai massage. dengar kate best tapi dengar kate jugak sakit. haaa sakit? ok bai! HAHAHA  tapii hubby hubby Nory, Mila, Sheila, Yaya semuaaaa amik thai massage. menjerit jerit kaw... berlawan lawan menjerit..bising gila SPA tu.. dah macam kat labour room jee , terjerit sana sini... HAHA  hubby ai yang oil massage pun menjerit.. sib baik ai tak amik thai massage tuk hubby. kalau tak, patah riukk lah laki aku... udahlah kecikk.. wakakkaka

harga harga nyaa.. bukan harga sebenar.. sebab boleh ditawar lagi. heee ~
Ai amik Full Body Oil Massage 500thb untuk dua orang saja. ;) 

 "sekalii... die guna sikuuuuu urut aku.. sakit oiii!"  hubby kate. HAHA



Ai dimassage oleh seorang perempuan, agak berumur, dah 30tahun lebih lebih. nama oiii.. sib baik pandai spekang. kalau tak naya aku nak cakap dengan die cmne... mula mula oii urut tang kaki. heyy betis ai sakit.. tak tahu kenapa. pastu naik ke tangan. tangan sedap. memang ai lenguh lenguh tangan punnn.. pastu badan depan belakang.. heyy habis semua die singkap. sib baik ai sempat cakap no no no kat tempat sulit. HAHA. so, oii tak usik tempat tuuu... nak kene cakap tau. kalau tak, diaorang ni main redahh je urut semua bendaaaa.. HAHA  Tapi part yang paling besttt is bila oii urut bahu ai. dia cakap teruk bahu ai. ai rasa sedap sangattt bila die urut tu. siap ada bunyi bunyi lagiii.... haaaaaaaaa ai tahu kenapa, ai angkut barang coklat fountain pergi balik setiap minggu kan.. umah ai kan tingkat 4. bayangkan lah korangg bahu ai bekerja cmne kan? HEHE  bestnyaaaa.. nak repeat Krabi, kompem ai datang urut kat Dara Massage lagiiii  ;))

..
sedap  ;)



Settle massage satu jam, jom kita sambung jalan jalan lagii kat Pantai Ao Nang. sapa yang tak habis shopping lagi boleh sambung. Sapa yang TAK habis duit lagi pun boleh habiskan. muahahhaa.. Ai tak terkecuali yee.. Misi malam ni ialah menghabiskan saki baki duit Thai yang adee.. mihmihmih.. apa yang ai beli untuk hari last shopping ni? 

3pcs Beg Tote Besar, satu dapat 150thb jee .. sesuai tuk bawak balik kg. hee~
ai hadiahkan kepada adik beradik ai ;))

 FM tuk tuk pink 50thb
omeyy angat lah si pink pinkyyy nii !




Actually malam tu ada misi, hubby nak cari keychain nak bagi as sourvnier kat kawan kawannya. keychain tu agak lucah sedikit. masa hari 1st ai dah nampak keychain tu dah. tapi hubby taknak beli pulak. dah tiba hari last ni la die nak beli. nak beli sekali banyak pulak tuu.... mane nak cariii? kedai sini pukul 10pm dah tutup tauuuuuuuuuu  ! jenuh la we all berjalan kaki kehulu kehilir cari keychain tu TAPI dukacitanya, tetap TAK de jugakk.. sorry guys...  ;p  last last singgah 7e beli air, hauss sangatt. terus jalan balik hotel. kawan kawan ai yang lain ada jee melepak kat bawah hotel tu.... hubby naik atas, ai stay dengan Yaya, Mila, Nory, Sheila berborak, bergosip.. Sheila paling awal surrender , naik dulu. we all stay lagi. berborak bagaii , sedar sedar dah pukul 3am. dah jom lah naik bilik, kita mengemas apa yang patut. kang pukul 5.00am van datang pick up untuk ke airport.....

.
HAHA. inilah yang dicari cari TAPI tak dapat. sian hubby. 
hiiiiii~ next time k sayang? ;p
(model : syafiq. kuikuiii)




ok bersambung eh?  next ai cerita pasal budjet pulak. heee ~ suka lewtewwwww





Jom kira kira duit yang lesap  ;p
Makan dekat Restoran Sarefah 330thb, convert duit M'sia RM34.60
Full Body Oil Massage untuk dua orang, 500thb, convert duit M'sia RM52.40
3pcs Beg Tote Besar, 450thb convert duit M'sia RM47.20
FM tuk tuk pink 50thb convert duit M'sia RM5.20
Air kat 7E 40thb convert duit M'sia RM4.20
Total 143.60








Yang TAK sabar nak up entry budjet! muahhahahhaa
signature ms eida
Read More ->>

Thursday, September 12, 2013

Pakej 4 Island, Krabi ;)





Untuk kembalikan ingatan uols, 

Entry entry yang lepas, 


DAY 3 - 24June2013 Isnin

ke laut kaw , ke laut laut laut dalam sane tuuu.. HAHA blog ai dah ke laut dah. ai ingat xde apa la, ok je kalau tak update, bukan ada yang gigih follow ken... tapi sejak dua menjak ni, heyy ramai pulakk email, siap call wasap lagii suh update blog. rindu katenye.. muahahhaha... aiols pun rinduu.. so hari ni , gigih aiols sambung balik Percutian ke Krabi tempoh hari yeeee... basi dah nii. dah berkulat dah citer ni. wakakkaka


okay, hari ni dah masuk hari ketiga we all kat Krabi, Thailand, apa bikin hari ketiga ni? haaa.. aktiviti hari ni ialah, pergi snorkeling di 4 islands by long tail dan buat kayaking, yeayyy ! kayak ni pada mulanya ai sorang je yang nak buat. sanggup kaw nak pergi dua orang je dengan hubby sbb orang lain tak mo buat. HAHA  well, sampai sane, semua orang pun buat jugak kayak, best kan? kan ida dah cakap. muahhahahaha  ;p  Awal ai bangun hari  tu, pukul 7am dah mandi mandi siap segala then turun break1st.  kali ni lama pulak tunggu van datang pick up. puas sudah makan, tak sampai sampai lagi.. last last pukul 9am lebih baru sampaii. pastu sempat lagi die menyinggah penuhkan van dia. amboiii padat sepadat padatnyaaaaa....

menu break1st same je tetiap pagi... HAHA



Van terus ke Ao Nang Beach. kene isi maklumat peribadi dulu untuk insurans. isi lah ramai ramai gilir gilir, dah siap isi, tak gerak gerak lagi ke boat. tangkap gambar dulu la. WAJIB isi masa lapang dengan menangkap gambar. HAHA orang sekeliling tengok pelik nyee budak Malaysiaaa nii.. kuikukuii . this time gedik gedik nak try naik longtail boat. semalam masa Pakej Phi Phi Island kan dah naik speedboat? nak merasa. haaa amik kaw.. mabuk laut selaut lautnyaaaa.. heyy tak boleh blah aarrr longtail nii. die punya melayang layang dalam boat tu nak termuntah tau? dengan bau minyak diesel die guna tu.. heyyy mabuk wa mabukkkkkkkkkk ! memang dari awal briefing, guide dah bagitahu, longtail ni bahaya sedikit, agak boleh mabuk. sebab kondisi boat tu guna papan je semata.. sekali ombak hempas boat ni, kompem kaw terbalik! kompem! huuuuuuuuuuuu~

milaaaaa kenapaaaa monyok jeee tu... hehehe  ;p

diaorang ni bagi ape pun posing lompat, jadik sajeeee.. jeles!


Okay tempat pertama disinggah ialah, Pranang Beach/Cave. tak de menda pun kat sini? tak menarik langsung. HAHA  dia macam gua yang kene jalan ke dalam sikit. nak tahu apa kat belah dalam? kene lah pergi, sbb ai tak masuk sampai dalam sebab masa dah berhabis masa kat toilet, semua membuang. mabukkk kan.. HAHA  lagipun sekejap je berhenti kat Pranang Cave ni. dalam 45minit rasanya. xdan lah nak teroka semuaaa. apa pun tak sempat. tapi sekeping dua gambar ape ade hal kan...... senyummmm  (walau tengah mabukkk ;p) dekat sini banyak monyet jee. monyet agak behave. dia tak amik barang barang kita. die cool je tengok kita lalu lalang. hiii ~

 Welcome to Pranang Beach ;)
(haaaa itulah longtails.. bayangkan dia jalan tengah tengah laut.... serammmness takkk)


ni cave dia. mula mula ai slumber je amik pic bagai ken, sekali yaya cakap, daaa jangan macam macam , kang dalam camera nampak benda lain. ni cave orang kan.. heyy buat ai takut. okay sekeping je ni . HAHA


 ni lah rupa gaya dalam longtails itueeeww.. nampak nampak ai pegang kepala. heyy dah pening .., nak muntohhhh pleaseeeee.. ohkohkohhh


gambar mempoyo.com harus ada. bak kata yaya. HAHA



Okay next, kita ke Poda Island. sampai kat Poda Island ni dah tengah hari dahh. time lunch. ape lagi mencekik. ai tak makan, mual mabuk tak habis lagi. ai minum air jeee... ai just makan hisap hisap asam yang syafiq bawak je.. itu je yang boleh masuk. kuikuikuii.. teruk weyy mabuk longtail ni. siyes! tak pernah ai mabuk laut macam ni.. jangan lah naik longtail lagi dah eh eh ?  ;p  makanan lunch yang disediakan tak semewah mane, tapi ai perasaan ada orang makan tambah. lapar ehh? ke sedap? hehe  . settle makan, jom kayakkk.. yeayy! actually group we all je yang amik kayak ni, yang group lain boleh pergi snorkeling. alaa satu jam je pun...

Jack Separow sesat kat Poda Island. mihmihmih ~

makan cenggini je. jangan harap ada meja kerusi bagai yee.. hee~ 

auuuummmmm.. HAHA ai is sajee jee letak gambau nii. HAHA
ni lah buffet TERHEBAT!  ;p
hai zul, sajee je yee berdiri kat belakang tuuu... kikikuikuiii




We all akan berkayak selama satu jam.. satu jam je pun? heyy satu jam pun penattttt...... kalau dua tiga jam? pengsan aku kat tengah laut tuuuu.. muahahahaha. ai kene sepakat dengan hubby. ikut hubby nye cara kayak, aiols mane reti kayak sangattt.. bila dapat tangkap cara kayak baru boat kita lajuuuu jee jalan. hee~ percayalah aktiviti kayak ni sesuaii sangatt kalau nak tahu korang laki bini boleh berkerjasama or not. tak caya? cubalah. HAHA  kalau silap teknik, boleh jadik bahan gadoh laki binikk okayyy  ;p

i'm ready ! ;)

kayaking time............. gila bestttttttttt okayyyyyyyyyyyyy !


Okay kenalkan ni, guide kayak we all. Mr.Dome. teror gila dia kayuh kayak sensorang , laju pulak tu. tau tau dah ke depan jeeee.. tertinggal we all kat belakang. Masa ni, Mr.Dome cakap nak bawak we all ke satu pulau, ala lupe name die.. walaupun Mr.Dome dah bagitahu, memang tak ingat lah sebab dok layan penat mengayuh kayak. muahahaha . . pulau tu sebenarnya ditutup satu ketika dulu tuk satu pengambaran movie. ntah cite ape, ai pun lupa. Mr.Dome ni baikkk.. die sudi jee amikkan we all pic. heyy lagi galak lah semua orang berposingg . HAHA 

ini Mr.Dome. cakap haii semuaaaaaaaaaaaaa   ;))


kat sini lah pengambaran tu berlaku. lupe ah citer ape! sape tahu ??



gambar gambar di atas semua, Mr.Dome yang tangkap kan.. gila sporting dia. sangaat!!! die pun ada gaya tersendirii.. hebakk die ni.. hebakk.. boleh jadik PhotoG kalau dilatih.. wakkakakkaa
amacam? kuikukuiiii



dah dah cukup sudahh.... kang ada yang berbulu.. kuikuii ~ jom kita kayuh balik kayak ke boat tadi. semua orang dah tunggu dah... kita nak ke next next pulau, Chicken Island, yeayy ! masuk boat seram balik takut mabuk balik. masa kayak tadi takde pulak rasa mabuk, dah hilang mane ntah. HAHA tapi sib baikk aiols okay sikitt sebab ralit tengok langit, laut pemandangan semuaaaaaaaaa cantik cantik belaka... heyy indahnyaaaa ciptaanNYA  ;))  sekejap je dah sampai Chicken Island. nampak takk dari jauh rupa macam ayam kan? thats y nama die Chicken Island .. heee ~ kat sini kita boleh snorkeling yeee anak anak.. yeayy takk sabarrrrr ! sini ikan satu colour je.. boleh la dari tak de kan. gigih ai pegang camera Tough kehulu kehilir dalam laut untuk amik gambar semuaaa orang... ai nak semua orang kene ada WAJIB ada gambar dengan ikan. heee ~ baru lah namenye snorkeling. dan barulah Krabi. eh? alalallalalaaaa

 nampak tak rupa ayam situ? tu pasal laa name pulau ni Chicken Island. haa lawak kan.. hehe~

 ikan satu colour. ai is redha je laaaaaa ;(

nory & zul. banyak pulak ikan kerumun diaorang. heee ~

4sekawan. gambar kenangan ni. ntah bila dapat berkumpul macam ni lagii kan? huuu ~


agak lame dekat sini, ai dah macam penat sikit dah... tapi tak puas nak snorkeling lagiii... tapi dah kene jom naik boat balikkk... hewhehwhwew.. jangan lambat sebab kita nak pergi ke last call ni,  Tup Island pulak... haaa tempat yang ditunggu tunggu nii.. kenapa? sebab selalu dengar orang cakap, kalau pergi Krabi, tak pergi Tup Island is rugi.. Tup Island ni unik sebab nak ke pulau sebelah, kita boleh berjalan atas pasir laut. incase kalau air surut la.. kalau air pasang, no no pasir da. dah tak boleh lah kiranya nak menyeberang ke pulau sebelah. haaa pemandangan antara dua pulau tu yang TERsangat lah cantiknyaaaaaaaaaaaaaaaaa, subhanallah  ;)) siyes !

 welcome welcome. mestilah dimulakan dengan gambar kamii.. hewhewhehew

 dah sampai Tup Island. ni otw ke tempat yang ada pasir nak ke pulau sebelah tu. ala susah pulak nak terangkan. HAHA

nampak takkk dari pulau sini ke pulau sane, boleh dilalui dengan pasir pasir ni je.. heyy kiri kanan laut cantik. siyes! sangattt santekkkkkkkkkkkkkkkkkk !


 KAMI    kami    kami    ;))


HAHA , gelak dulu boleh? kat sini jadik satu peristiwa.. ai suruh hubby amikkan pic lompat ai. dekat antara dua pulau ni la. hubby die pandai amik gambar. tapi ai tahu die malas nk amik sebab dah penat kott. die saje tak jadikkan gambar ai. so xde lah gambar lompat ai. tapii gambar lompat die, kemaiin ai beria tangkap. TAK ACI!! terus ai merajuk dengan dia. sampai turun boat baru ai cakap dengan dia. lantakkkk.. HAHA bila ingat balik, heyy kelakar pulak.. pasal gambar pun nak gadoh. wakakkakkaa

ni ai tengah ngajuk lah ni. masyam je muka aii.. kaw tengok hubby ai. tengok die. slumber je,, leh senyum senyum lagiii. cehhh!! nyampahhhh  .. huu~


tak lama pun dekat Tup Island ni, satu jam je kot? settle amik gambar semua, xdan pun  nak bermandi manda, jakun nak amik gambar je lebihhhh  ;p  naik boat, terussssssssssssssss mabuk ai datang balik... hey sib baik ade asam syafiq. rasa mual tu dah sampai tekak dah.. ntah sape punya minyak bam ntah ai sapu kat perut. hubby? die buat dono jee ngan ai. kan ai tengah merajuk dengan dia. tak heran die ai tengah mabuk. ego ye hubby. ego yee. siap die! HAHAHA , so ai tutup mata, layan mabuk sorang sorang.. tau tau dah sampaii. yeayy ! legaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


okay nanti sambung lagi yee.. jam 4pm we all sampai hotel. nak mandi , nak siap semua nak pergi makan.. heyy ai mula dah laparr kemaiiiiinn.. sebbab tadi kan tak makan langsung? boleh bayangkan takk ai lapar cmne? okbaiii  ;p



Jom kira kira duit yang lesap  ;p
Ohh TAK de sebab tak de beli pape. hikhik




**Ai bagitahu semula ye.. Pakej 4 Island 2 orang 800thb, convert duit M'sia RM83.80
Kayaking 2 orang 500thb, convert duit M'sia RM52.40







Yang rindu pulak dengan Krabi nii, bila lah boleh repeat ;p
signature ms eida
Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page