
Sedia maklum, abah ai kan menjalani Rawatan Dialisis sepanjang hidup. Ini adalah tahun pertama abah berpuasa dengan menjalani rawatan dialisis. sesiapa dalam keadaan ai, mestiii tahu punya, orang yang mengalami dialisis, sedikit sebanyak badannya akan lemah selepas rawatan tu, jadik, bagaimana pesakit dialisis ingin berpuasa sepanjang harii?
Awal awal lagii, mak ai dah bertanya kan hal ni kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). dan ai rasa, ai patut share mengenai hal ini. pada yang mengalami keadaan ini, inilah jawapannya yeee ;))
************************************************************
SOALAN:
Assalamualaikum,
Saya ingin bertanya bagaimanakah caranya untuk berpuasa bagi pesakit dialisis...... ?
JAWAPAN:
Waalaikumussalam wbt
Dikongsikan di sini hukum dan fatwa tentang puasa bagi pesakit dialisis. Puan bolehlah membacanya di sini :
http://mufti.johordt.gov.my/fatwa
http://mufti.johordt.gov.my/fatwa
Harap maklum. Terima kasih
************************************************************
Huraian yang ada didalam link tersebut.
Huraian yang ada didalam link tersebut.
Fatwa Status Puasa Bagi Pesakit Yang Menerima
Rawatan Dialisis Peritonial
Keputusan:
Dimaklumkan bahawa perkara di atas telah dibincang dan dibahaskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 27 Syaaban 1430 bersamaan 18 Ogos 2009. setelah dilihat dengan penuh penelitian, maka keputusannya adalah seperti berikut :
بسم الله الرّحمن الرّحيم. الحمدلله ربّ العلمين والصّلاة والسّلام على اشرفالأنبياء والمرسلين وعلى ءآله وصحبه اجمعين.
Alhamdulillah fatwanya :
" Sekiranya rawatan dialisis peritonial dilakukan pada siang hari ramadhan ( bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari ) maka ia membatalkan puasa kerana darah yang dimasukkan semula ke dalam badan pesakit ada dicampurkan unsur kimia dan unsur berzat iaitu larutan gula dan asid amino.
Oleh itu, orang yang berpenyakit buah pinggang yang mana kehidupan hariannya sepanjang hayat bergantung pada penggunaan dialisis peritonial ( tidak boleh tidak ) maka gugurlah kewajipan berpuasa ke atas dirinya dan ia hanya diwajibkan membayar fidyah iaitu secupak beras untuk setiap hari yang ditinggalkan.
Walaubagaimanapun jika sekiranya penggunaan dialisis peritonial hanya pada waktu tertentu sahaja ( pada keadaan kritikal ) dan kebetulan semasa itu ia berpuasa maka batal puasa tersebut dan ia wajib qada' semula puasa tersebut pada hari yang lain ".
والله أعلم بالصواب.
Ini bermakna, abah ai tak boleh berpuasa pada hari yang abah menjalani rawatan dialisis atau jika dia kelihatan letih pada hari yang tiada rawatan dialisis,mudarat bagi abah untuk meneruskan puasanya itu, maka abah ai dibenarkan berbuka puasa.. Hanya layak membayar fidyah sahaja iaitu 1 cupak beras sehari bersamaan 675g beras iaitu RM1.80.
Maka pengiraannya adalah seperti berikut :
Jumlah hari tinggal puasa X RM1.80 = ?
Paham tak uols? harap dapat membantu sesiapa yang berada dalam keadaan ini ataupun sedang mencari penyelesaian untuk hal ini. Sekian perkongsian ai. heee ~ ;))
Yang sekadar berkongsi untuk semuaaa ,

Gud sharing... tp mana entry Bali lagiii... cepaaattt...
ReplyDeleteEntry bali? helooo.. sape yang pergi Bali ni? hahhahahaa
DeleteSama mcm nenek akk gak kena dialisis... uhuhuhu
ReplyDeletehuhuhuhu.. sian kan kak tgok mereka kene cucuk jarum hari harii.. ;(
Deletebagus perkongsian nie..
ReplyDeletesama sama kita sebarkan untuk ilmu bersama ;)
Deleteinfo yang bergune.. tq ida..
ReplyDeletemost welcome ;)
Deletethanks for sharing, harap ilmu bermanafaat untuk semua..
ReplyDeletebila nak buat buka pose sub ni ?
most welcome fida... haaa anna ade ajak g buka umah die, jom??
Deletebabe, abah aku pun tak puasa..doktor x bagi..so, mmg kena bayar fidyah la..aritu abah aku try nk pose tp doktor marah...
ReplyDeletesbb lemah kan... kang puasa cmne nk mkn ubat? huhuhu.. xpe laaa bukan benda sengaja kan.. nnti boleh bayar fidyah yeee ;)
DeleteAssalamualaikum ida, thanks sharing..
ReplyDeletewasalam sheila.. most welcomeee ;)
Deleteilmu yang baik dikongsikan bersama.. ;)
ReplyDeleteye betulll ;))
Deletetenkiu untuk info ni tau. hehehe
ReplyDeleteokayyy boniii ;))
Deletenice sharing kak.. apapun, puasa tu tetap kna ganti kan even terkecuali....
ReplyDeletekene ganti bagi yang mampu.. hehehee
Delete